Anda di halaman 1dari 31

.tips: Interview 1. Pakaian kemas - ala-ala cik egu gituh. Termasuk name tag. 2.

Sedia jawapan mengapa nak jadi guru.....Jawab dengan suara yang tegas dan ada eyes contact dengan penemubual. Cth Jawapan: Negara kita memerlukan guru-guru yang berwibawa dan betul-betul minat untuk menjadi seorang pendidik. Saya rasa saya menepati ciri-ciri tersebut. Saya pasti saya mampu menjadi guru yang baik dan berwibawa dalam mendidik anak bangsa. Saya suka membaca. Apabila saya menjadi guru saya akan sentiasa dekat dengaan ilmu. Ilmu tersebut akan saya kongsikan pula dengan anak didik saya. Jiwa saya memang jiwa pendidik. Dirumah pada waktu lapang saya selalu mengajar anak-anak buah saya dan anak-anak jiran tanpa sebarang bayaran (ewaahhhh ) semata-mata saya ingin melihat mereka berjaya.... (dll..jawapan biar positif dan bertenaga). 3. Mesti tahu pasal PIPP (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan) Ada 6 teras.. Teras 1- membina negara bangsa Teras 2- membangunkan modal insan Teras 3- Memperkasakan sekolah kebangsaan Teras 4- Merapatkan Jurang Pendidikan Teras 5-Memartabatkan Profesyen Keguruan Teras 6- Melonjakkan institusi pendidikan. Soalan-soalan yang biasa ditanya. 1. 5minit pertama kebiasaan penemuduga akan menyuruh kita menceritakan latar belakang kita 2. PIPP-kaitkan, huraikan dan pelbagai jenis soalan. 3. FPK-Falsafah Pendidikan Kebangsaan- Elok dihafal-Bagaimana anda mengaplikasinya dan sebagainya 4. Isu-isu semasa-Dalam atau luar negeri 5. Rukun Negara 6. Dasar-dasar kerajaan seperti wasasan 2020 ataupun Islam Hadhari 7. Menteri-menteri di Malaysia terutama yang ada kaitan dengan Pendidikan 8. Kaitan Ijazah anda dengan bidang perguruan dan apa kah sumbangan anda. Nasihat saya pada calon temuduga guru, anda mesti tahu; ::PIPP dan laporannya ::Stuktur KPM ::Isu semasa (pendidikan dan bukan pendidikan) ::Menteri2 ::Speaking (walaupun broken) ::Bersedia untuk mengajar olok2 dalam bilik temuduga -sedia tajuk sekali dan isi ::Falsafah Pendidikan Kebangsaan ::Sejarah pendidikan ::Sekolah Wawasan, Kluster, Bestari ::NUTP ::Kalau ada pengalaman, pastikan ada surat akuan / pengesahan majikan (bekas)

dan jaga tingkah laku; ::Off HP ::Senyum selalu ::Duduk tegak dan sopan ::Pakaian kemas dan tidak seksi (Kalau tutup aurat tak de la isu seksi) ::Bercakap dengan sopan dan minta maaf kalau gagal menjawab ::Tunjuk keyakinan diri tinggi ::Pakai nametag format guru, bukan format lain ::Susun dokumen dalam fail dan salinan yang disahkan ikut senarai dokumen yang yang telah disediakan ::Datang awal ::Bawa alatulis (termasuk pensil 2B dan pemadam) serta usaha secara spiritual; ::Solat hajat ::Baca Surah Yassin 41 kali (niat yang baik apa yang dihajati) ::Doa banyak2 ::Selawat dan doa sebelum masuk bilik temuduga ::Berfikiran positif ::Minta parents dan org yang rapat doakan ::Berbuat baik dengan orang lain walaupun sesama calon lain(pesaing) ::Banyakkan sedekah ::Betulkan niat menjadi guru 1. Tahu nama2 penting dalam Kementerian Pelajaran 2. Tahu sedikit isu semasa negara 3. Tahu tentang isu pendidikan negara 4. Jawab dgn konfiden dan tenang 5. Kalau tak tahu, lebih baik berterus terang daripada menipu. Silap2 makan diri. sume salinan dan sijil asal dokumen pengenalan diri dan sijil2 kokurikulum dan kurikulum sejak sekolah menengah-uni ijazah dan transkrip akademik yang asal (kalo takde, bawak sume transkrip result ikut semester di maktab/uni, surat pengesahan graduasi dr BHEP uni Interview, sila baca: Pelan Induk Pendidikan Nasional Dasar Pendidikan Nasional Kenali menteri2 sekarang & terdahulu di Jbtn Pendidkan Isu2 terkini bidang pendidikan, etc. disiplin pelajar, isu guru taknak mengajar di pedalaman, dll. Rukunegara Lagu2 nasional/patriotik, esp. Lagu Guru Malaysia Sejarah pendidikan Malaysia Satu soalan faveret yang akan ditanya: Sanggup tak anda mengajar di pedalaman? (ini soalan psiko, kena pandai menjawab. Kalo jawab taknak, bleh start cari keje len dah)

Dan bersedia utk menjawab dlm bahasa inggeris, dgn suara yg lantang. Kalo tak lantang, kang dia tanya "bleh ke jadi cikgu? Suara pun tak lantang?"

Senarai Kabinet Malysia 2009 PM : Datuk Seri Najib Tun Razak TPM : Tan Sri Muhyiddin Yassin MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi) Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam) Timbalan-timbalan Menteri: 1. Datuk Liew Vui Keong 2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim 3. Datuk S.K. Devamany 4. Ahmad Maslan 5. T.Murugiah MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Tun Razak MENTERI KEWANGAN II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Timbalan: 1. Datuk Chor Chee Heung 2. Datuk Dr Awang Adek Hussin MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan: 1. Datuk Dr Wee Ka Siong 2. Dr Mohd Puad Zarkashi MENTERI PENGANGKUTAN: Datuk Ong Tee Keat Timbalan: 1. Datuk Abdul Rahim Bakri 2. Datuk Robert Lau Hoi Chew MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI: Tan Sri Bernard Dompok Timbalan: 1. Datuk Hamzah Zainudin MENTERI DALAM NEGERI: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Timbalan: 1. Datuk Wira Abu Seman Yusop 2. Jelaing anak Mersat MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN: Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Timbalan:

1. Datuk Joseph Salang Gandum 2. Senator Heng Seai Kie MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: Datuk Peter Chin Fah Kui Timbalan:Noriah Kasnon MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: Datuk Seri Shafie Apdal Timbalan: 1. Datuk Hassan Malek 2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun MENTERI PENGAJIAN TINGGI: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin Timbalan: 1. Datuk Dr Hou Kok Chung 2. Datuk Saifuddin Abdullah MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: Datuk Mustapa Mohamed Timbalan: 1. Datuk Mukhriz Mahathir 2. Datuk Jacob Dungau Sagan MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Dr Maximus Ongkili Timbalan:Fadillah Yusof MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: Datuk Douglas Uggah Embas Timbalan:Tan Sri Joseph Kurup MENTERI PELANCONGAN: Datuk Ng Yen Yen Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: Datuk Noh Omar Timbalan: 1. Datuk Johari Baharum 2. Datuk Rohani Abdul Karim MENTERI PERTAHANAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan:Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad MENTERI KERJA RAYA: Datuk Shaziman Abu Mansor Timbalan:Datuk Yong Khoon Seng MENTERI KESIHATAN: Datuk Liow Tiong Lai Timbalan:Datuk Rosnah Rashid Shirlin MENTERI BELIA DAN SUKAN: Datuk Ahmad Shabery Cheek Timbalan: 1. Datuk Razali Ibrahim 2. Wee Jeck Seng MENTERI SUMBER MANUSIA: Datuk Dr S.Subramaniam Timbalan:Datuk Maznah Mazlan MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA: Datuk Ismail Sabri Yaakob Timbalan:Datuk Tan Lian Hoe MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: Datuk Kong Cho Ha Timbalan:Datuk Lajim Ukin MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT: Datuk Seri Sharizat Jalil Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun MENTERI LUAR: Datuk Anifah Aman Timbalan: 1. A.Kohilan Pillay 2. Datuk Lee Chee Leong MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Timbalan:Datuk M.Saravanan Sekolah Wawasan

Pelaksanaan Sekolah Wawasan ? Sekolah integrasi ini berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di bawah satu bumbung atau satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Konsep ini bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya. ? Perkongsian kawasan dan kemudahan sekolah ini memungkinkan usaha-usaha penerapan nilai-nilai masyarakat majmuk serta memupuk semangat persefahaman dan toleransi antara kaum, khususnya di kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkat rendah lagi. Matlamat Mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa, latar belakang dan fahaman agama. Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran. Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Ciri-Ciri Dan Pelaksanaan Sekolah Wawasan Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan Sekolah Wawasan mempunyai dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran (SK/SJK/SJKT) yang terletak dalam satu kawasan dan menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Tiap-tiap sekolah mempunyai nama sekolah yang tersendiri termasuk lencana sekolah, lagu sekolah, logo sekolah dan peperiksaan sekolah masing-masing. Bagi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil), lembaga pengelola yang sedia ada akan terus kekal seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. Sekolah Wawasan mempunyai pentadbiran secara berasingan (Peruntukan Kewangan, Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan, Guru Besar dan personel yang lain-lain) bagi aliran masing-masing seperti yang dipraktikkan oleh sekolah kerajaan. Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mengekalkan identiti asal sekolahsekolah berkenaan. Warga Sekolah Wawasan digalak menggunakan sebahagian kemudahan sekolah secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang. Satu Jawatankuasa Penyelaras yang terdiri daripada Guru Besar dan dua orang guru dari setiap sekolah diwujudkan untuk menyelaras hal-hal pengurusan mengenai kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada Guru Besar dari Sekolah Wawasan berkenaan secara bergilir-gilir mengikut kesesuaian sama ada satu atau dua tahun sekali. Jawatankuasa Penyelaras tidak akan menggantikan fungsi Lembaga Pengelola SJKK (Cina) dan SJK (Tamil). Kantin sekolah akan dikendalikan bersama-sama oleh sekolah-sekolah berkenaan. Dalam urusan ini, sensitiviti semua kaum akan diambil kira

dan bayaran sewa akan diagihkan kepada sekolah -sekolah berdasarkan nisbah murid. Makanan yang disediakan adalah makanan yang halal dan juga mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum. Kurikulum dan Bahasa Pengantar Sekolah Wawasan menggunakan Kurikulum Kebangsaan dengan bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia manakala SJK(C) menggunakan Bahasa Cina dan SJK(T) menggunakan Bahasa Tamil. Mata pelajaran yang diajar di sekolah adalah mengikut Kursus-Kursus Pengajian bagi jenis aliran sekolah. Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Wawasan juga adalah mengikut jenis aliran sekolah dan jumlah tenaga pengajarnya adalah mengikut norma perjawatan yang telah ditetapkan. Kokurikulum Selain daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada di setiap sekolah, warga Sekolah Wawasan digalak menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan secara bersama. Bahasa pengantar masing-masing juga boleh digunakan semasa aktiviti kokurikulum dijalankan oleh sekolah masing-masing. Dalam sebarang bentuk pertandingan sama ada aktiviti kurikulum atau aktiviti kokurikulum, sekolah-sekolah berkenaan akan menghantar wakil terbaik dari sekolah masing-masing. Di samping itu, sekolah berkenaan boleh menghantar wakil sebagai satu pasukan sekolah wawasan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan pasukan yang mempunyai ramai penyertaan. Untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, Sekolah-Sekolah Wawasan adalah digalakkan mengadakan Temasya Sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Kebangsaan, Hari Kantin secara bersama. Namun demikian, sekolah masing-masing boleh mengadakan acara-acara tersebut secara berasingan. Perhimpunan bulanan hendaklah dijalankan secara bersama dengan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi perhimpunan. Bagaimanapun, bahasa Cina dan bahasa Tamil juga boleh digunakan untuk memperjelaskan jika ada isu-isu yang perlu diperjelaskan. Sekolahsekolah berkenaan boleh menjalankan perhimpunan mingguan dan perhimpunan-perhimpunan lain dengan menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Kesimpulan ? Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mampu membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu, bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara. ? Justeru, pelaksanaan Sekolah Wawasan oleh pihak kerajaan tidak seharusnya dieksploitasikan oleh pihak tertentu terutamanya pembangkang untuk kepentingan politik maisng-masing kerana matlamat asal penubuhan sekolah tersebut amat penting iaitu dalam melahirkan generasi yang bersatu-padu dan saling memahami antara satu sama lain. Sekolah Kluster DEFINISI

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. TUJUAN Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia. NUTP NUTP is short form for National Union of the Teaching Profession (Peninsular Malaysia). NUTP is a union formed by teachers for teachers in 1974. It is the result of the combination of National Union of Teachers (NUT) and National School Teachers National Union. NUTP as a union that protects teachers and the teaching profession is always concerned about the services of teachers, its business relationship, special privileges and other matters related to the teaching profession. It improves the welfare of members in the social and material aspects by following the laws of a workers union. Besides helping teachers to understand their role in fulfilling the country's Education Philosophy, NUTP also strives to improve the image and professionalism of teachers. Polya Problem Solving Model Polya's 1971 book How to solve it is a classic text on problem solving. According to Polya, most problem-solving strategies can be classified under four general principles: Understand the nature of the problem Draw up a plan to solve the problem. Try out the plan. Monitor the outcome of the plan 1. Understand the nature of the problem Is the problem well-defined? Can the problem be analysed into smaller sub-problems? What type of problem is it? (See the last tutorial on classifying problems.) What information can we gather about the problem? Have I / other people solve this problem before? What lessons might their experiences offer? What are the constraints (time, money, resources, etc) in solving the problem? 2. Draw up a plan Determine the time and resources needed. Carry out necessary preparations, e.g. research, coordination, etc. For solving problems that require a complex plan, write down the plan in a systematic manner. 3. Try out the plan Monitor progress to make sure that things go according to plan. Record errors or special considerations for future review.

4. Monitor the outcome of the plan This is the part of problem-solving that most people tend to ignore. One way for us to improve is to review past experiences and understand why we succeed or fail. So it is important to monitor our own performance review the whole exercise in order that we can do even better in the future. PPSMI PPSMI dilaksanakan dengan tujuan untuk memastikan pelajar dapat memperolehi ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, apabila pelajar mengikuti mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, mereka turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka.

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) Guru yang berpekerti mulia, berpandangan prograsif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Rukunegara Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Organisasi KPM Menteri : YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Timb. 1 : YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong Timb. 2 : YB Dr. Mohd Puad Zarkashi KSU KPM : Y.Bhg.Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Haji Awang KPPM : Y.Bhg. Tan Sri Hj. Alimuddin b. Hj. Mohd Dom Timb KSU (Pembangunan) : Y.Bhg. Datuk Fatimah bt. Md. Deni Timb KSU (Pengurusan) : Datuk Haji Kamaruzaman Bin Haji Mohd Noor Timb KPP (Sektor Operasi Pendidikan) : Y.Bhg. Dato' Hjh. Noor Rezan Bt. Bapoo Hashim Timb KPP (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) : Y.Bhg. Dr. Haili Bin Dolhan Timb KPP (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) : Y.Bhg. Datin Asariah Bt. Mior Shaharuddin Pengarah B.Matrix : Prof. Dato' Dr. Zainal Abidin bin Ahmad Pengarah B.Pembangunan Kurikulum : Haji Ali bin Ab. Ghani Pengarah B. Pendidikan Guru : Dato Misrah Ibrahim Pengarah B. Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster : Ashah Binti

Samah Pengarah B. Pengurusan Sekolah Harian : Tuan Hj Zulkifly bin Mohd Wazir SU B. Pengurusan Sumber Manusia : Khalid Abu Bakar Organisasi JPN Kelantan Pengarah : Tn. Hj. Ghazali Abd Rahman T/Pengarah : Hj Ishak Ismail K.Sektor Pengurusan Sekolah Hj Zahari Daud K.Sektor Pengurusan Akademik Hj Mohd Adnan Mohd Noor Pegawai PPD Pasir Mas Hjh Rosnah W.Ibrahim Pegawai PPD KB Hj Che Abd Aziz Daud Dasar Pendidikan Kebangsaan Untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama Lagu Guru Malaysia Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan Penerima Anugerah Tokoh Guru 2009 YBhg. Datuk Abdul Rahim Tahir En. Phua Seng Tiong Hj. Shahul Hamid Mydin Shah

2008 En. Abu Bakar Bin Shawkat Ali En. Krishnasamy a/l Kapaya Y. Bhg. Dato Dr. Hj. Zulkarnain Bin Hj. Abd. Rahman 2007 En. Gerald Lee Liong Ai Dato Haji Abdul Majid Bin Omar Dato Haji Muhamad Bin Mustaffa Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Nordin Tema Hari Guru 2008 2007 2006 2005 2004 2003 2002 2001 2000 Guru Cemerlang Negara Terbilang Guru Penjana Modal Insan Gemilang Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan Guru Berkualiti Aspirasi Negara Guru Berkualiti Aspirasi Negara Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

Sekolah Bestari Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut; projek makmal Komputer Sekolah program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) rangkaian SchoolNet rancangan TV pendidikan projek Rintis Sekolah Bestari ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran mata Pelajaran yang Berasaskan ICT perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta latihan ICT Guru pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah

Sistem Pendidikan Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada (a) Pendidikan Prasekolah Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun; (b) Pendidikan Rendah Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antaralima hinggah tujuh tahun; Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan; (c) Pendidikan Menengah Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas; Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :1. sekolah akademik 2. sekolah teknik dan vokasional 3. sekolah kebangsaan agama (d) Pendidikan Lepas Menengah Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidaktermasuk pendidikan tinggi. Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah. Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah : Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas. Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan. Kurikulum Kebangsaan ... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997] Imbasan Sejarah Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979 Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan Rang Undang Undang Pendidikan 1995 Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta Hala Tuju Pendidikan Perundangan Pendidikan 1957 - The Education Ordinance, 1957 1961 - Education Act, 1961 1963 - Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak - 1971) 1971 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 - Akta Politeknik Ungku Omar 1980 - Akta Majlis Peperiksaan Malaysia

Laporan-Laporan Penting 1956 - Report of the Education Committee, 1956 (Penyata Razak) 1960 - Report of the Education Review Committee, 1960 (Penyata Rahman Talib) 1967 - Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi 1973 - Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran) 1979 - Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir) 1991 - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan 1957 - Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah 1970 - Bahasa pengantar darjah 1 1975 - Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan 1976 - Bahasa pengantar Tingkatan 1 1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera 1980 - Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti 1981 - Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains 1982 - Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan 1983 - Bahasa pengantar semua kursus di universiti Peperiksaan Sekolah Rendah 1957 - MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan 1963 - MSSEE dimansuhkan 1967 - PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan 1973 - UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan 1982 - UDT dimansuhkan 1988 - PDL dimansuhkan 1988 - UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan Peperiksaan Sekolah Menengah 1957 - LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan 1957 - OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan 1957 - FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan 1957 - QT ( Qualifying Test) dimulakan 1960 - SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan 1961 - UK (Ujian Kelayakan) dimulakan 1962 - SPPTM (Sijil Pel. Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan 1964 - SPPTM dimansuhkan 1964 - FMC dimansuhkan 1964 - MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan 1964 - SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan 1967 - SRP/LCE soalan objektif mula digunakan 1968 - OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia. 1969 - SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan 1976 - Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan 1976 - MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan 1982 - HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan 1982 - STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan 1983 - LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan 1983 - SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan 1987 - Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V) 1987 - SPM di seluruh Malaysia dimulakan 1991 - KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan 1992 - Tahun terakhir bagi SRP 1993 - PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan 1993 - SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan Kurikulum 1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan 1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan 1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan 1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development 1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan 1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan 1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah 1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai 1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa 1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain 1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1 1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah 1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah 1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah 1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1

1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah 1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah. Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah Peperiksaan Khas 1964 - Penubuhan Unit Pendidikan Khas 1978 - Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh 1981 - Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas (Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan,Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikansebagai Pengerusi dan setiausaha) 1984 - Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-Kementerian. 1984 - Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri 1984 - Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam ditubuhkan 1985 - Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran Malaysia 1985 - Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara 1985 - Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan 1987 - Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam 1987 - Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran 1988 - Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak dengan Perlakuan Autisme Ringan 1989 - Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara 1991 - Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas 1993 - Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan danPelaksanaan Pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluanPendidikan Khas. Guru Cemerlang Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan. - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan. Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah. Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat. Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah. Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing. Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain. Meningkatkan motivasi guru. Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang. Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran. Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran. Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP). NKRA ketiga pula ialah Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkempampuan. Perdana Menteri mengumumkan pra sekolah akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Langkah ini katanya bagi mencapai matlamat agar sekurang-kurangnya 80 peratus kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan pra sekolah menjelang tahun 2012 berbanding 60 peratus sahaja buat masa ini. Selain itu Perdana Menteri turut memberikan jaminan jaminan melalui NKRA pendidikan ini, bagi kanak-kanak yang normal, mereka akan boleh membaca, menulis dan mengira apabila memasuki Tahun 4 sebelum hujung 2012. Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan, Najib turut menawarkan new deal kepada semua pengetua atau guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing. Dalam meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan pula, Perdana Menteri berkata kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyediakan pendidikan terbaik bermula daripada peringkat asas, iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, katanya, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana. "Suka atau tidak, adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah dan masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. "Maka, bagi menangani kemelut ini, saya telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai

kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012," kata Najib. Sekolah ditawar ganjaran Beliau berkata kerajaan juga akan menawarkan satu ganjaran atau satu Bai'ah baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah rendah dan menengah dengan memberi ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing. Selain itu sebagai projek perintis, 100 sekolah jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh, akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. "Dengan ini kita akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sebelum penamat 2012," katanya. Najib juga mengumumkan bahawa bermula Januari 2010, semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada setiap 1 haribulan bagi bulan berkenaan di bawah NKRA meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah. Kerajaan juga telah menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan dalam kalangan wanita kepada seramai 4,000 orang menjelang 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia. Sehingga Jun 2009, seramai 717 wanita telah dikenal pasti berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program itu, katanya. 1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita di sebalik segala perbezaan kita berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami. PENGENALAN Yayasan 1Malaysia (Y1M) adalah sebuah yayasan bebas, bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan khusus untuk membangun, menyokong dan menerajui kegiatan dan program yang akan melibatkan semua rakyat Malaysia dalam usaha ke arah mencapai perpaduan nasional dan konsep 1Malaysia. Yayasan ini ditubuhkan oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang sealiran berminat untuk melihat konsep 1Malaysia, yang dipandu oleh Perlembagaan Persekutuan menjadi tunjang kepada kehidupan semua rakyat Malaysia.

Soalan Dan Jawapan 1. Bilakan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan 6 National Key Result Area (NKRA)? Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah. Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana. 2. Siapakah Menteri-menteri yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA berkenaan? Bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik ialah:

I. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran) II. Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) III. Bagi NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri). IV. Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) V. Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) VI. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan). 3. Bagaimanakah NKRA dilaksanakan? Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Berpandukan dengan KPI ini, segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, PM akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan. Bukan itu sahaja, anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk mencapai KPI kementerian masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan. Sebagai bukti tahap kebersungguhan untuk menjayakan rencana ini, 3 bengkel khusus telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri. Bengkel-bengkel tersebut adalah bagi merangka, memperincikan dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit. Sesungguhnya, kita komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan

berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI. Ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisa akhir rakyatlah yang akan memperoleh faedahnya. 4. Latar belakang merevolusikan pengurusan Perkhidmatan Kerajaan : Pencapaian Diutamakan Pada hari pertama dilantik menjadi Perdana Menteri, PM telah menyatakan dengan jelas bahawa kepimpinan negara di bawah panji pentadbiran kini akan membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru dan bakal menjelmakan pula sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan kepentingan rakyat. Pada 28hb April, PM telah mengutarakan Key Performance Indicator atau Petunjuk Prestasi Utama ringkasnya KPI, yang akan menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. KPI merupakan satu amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperti kementerian atau agensi kerajaan secara objektif. KPI telah diguna pakai oleh banyak syarikat korporat dan didapati sebagai radas timbangan kerja yang sangat berkesan. Malah, mekanisme ini juga diterima pakai dengan jayanya oleh kerajaan di negara-negara maju seperti Britain, Australia dan Kanada. Ini kerana Kepimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian. Hatta, kemuncak kepada penilaian rakyat berkait kepimpinan sektor awam mahupun politik adalah pencapaian. Metodologi ini juga akan membolehkan perkhidmatan awam bahkan anggota pentadbiran dinilai secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif. Pada hari ke seratus pentadbiran PM baru-baru ini, PM telah mengumumkan 6 bidang keberhasilan utama nasional atau National Key Results Area, singkatannya NKRA. Ia menjadi bidang-bidang yang diberi keutamaan di peringkat kebangsaan. 5. Apakah tujuan pelaksanaan NKRA? Tujuan PM memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam. Puncanya ialah, PM tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba-raba dan samar, akan apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh Kerajaan.

PM mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat ini di maklum dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan. PM turut meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI-nya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur. Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan. 6. Apakah perincian 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)? 1) NKRA yang pertama :Mengurangkan Kadar Jenayah Sesebuah negara yang menuju ambang kemajuan seperti Malaysia perlu berada dalam keadaan aman dan damai. Jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Walau bagaimanapun di mana-mana negara di dunia pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Pastinya ada sahaja dari masa ke semasa kejadian-kejadian yang sukar untuk dielakkan daripada ianya berlaku. Oleh yang demikian, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu: i) Jenayah jalanan Jenayah jalanan diberi penekanan kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan berpanjangan kepada ahli keluarga juga anggota masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan jenayah jalanan termasuklah curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Statistik menunjukkan jenayah kategori ini bukanlah enteng-entengan kerana ia merupakan 17% daripada keseluruhan indeks jenayah 2008. Manakala hot spots kepada jenayah jenis ini telah dikenal pasti terutamanya di empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Didapati, negeri-negeri ini mencatat sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan pada tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010. ii) Keselamatan awam Penumpuan akan diberikan dalam hal penambahbaikan persepsi rakyat terhadap keselamatan awam di mana pasukan-pasukan sukarela yang sedia ada terutamanya RELA akan dikemas kini dan diberi latihan secukupnya secara lebih teratur. Ini termasuklah penyeragaman uniform supaya mereka dapat dilibatkan bersama PDRM khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan. Dalam usaha ini, balai-balai yang berkaitan akan

dinaiktarafkan serta peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu, langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah peralatan CCTV. iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan Untuk menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan mewujudkan tribunal atau mahkamah khas bagi jenayah jalanan. 2) NKRA yang kedua Memerangi rasuah Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004. Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif. 3) NKRA yang ketiga Berkemampuan Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan

Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya. Justeru, kerajaan akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi. Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.

Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana. Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%. Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Baiah baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing. Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh, akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012. 4) NKRA yang keempat Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah PM bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala pengesahan status lebih 14,000 KIR di Sabah dan Sarawak sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dijangka selesai pada penghujung tahun 2010. Sehubungan ini juga, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan sentiasa mendengar rintihan serta merasai denyut nadi rakyat dan tidak sekali-kali memandang mudah soal kebajikan rakyat. Kerajaan mahu setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang tepat. Oleh itu, bermula Januari 2010 semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan.

Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan. Malah, kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Bersesuaian itu kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti. Justeru, kerajaan dengan ini menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan di kalangan wanita ini kepada seramai 4,000 orang menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia. 5) NKRA yang kelima : Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman Bersesuaian dengan semangat dan konteks ajaran al Quran Surah Al-Hashr ayat 7 bahawa, janganlah hendaknya harta dan kekayaan itu beredar di kalangan orang-orang berada sahaja bahkan sepatutnya ia melimpah ke seluruh negara. Maka, atas prinsip maslahah umum juga, tiada yang sepatutnya tercicir dari merasai mahsul kemakmuran. Lantaran itu, pentadbiran kerajaan akan terus giat memperkasa infra luar bandar dan pedalaman. Menjelang tamatnya tahun 2010 dirancang sepanjang 750 km jalan luar bandar akan siap dibina di Sabah dan Sarawak. Jumlah ini akan ditambah lagi kepada 1,500km atau dua kali ganda daripada perancangan awal. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM4 bilion dan akan siap terlaksana sebelum penamat tahun 2012. Jalan-jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu jalan berturap (paved), jalan kerikil (gravel) dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan perhubungan serta faedah kepada hampir 2 juta penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak. Manakala di Semenanjung Malaysia pula, bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan luar bandar akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan bermakna jumlah peruntukan yang diperlukan bagi penyediaan infrastruktur asas sehingga 2012 adalah sebanyak RM5 bilion. Pada masa ini, liputan bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak masih belum memuaskan iaitu masing-masing di sekitar 62%. Justeru, Kerajaan telah menetapkan pada akhir RMK9 liputan bekalan air bagi kedua-dua negeri berkenaan akan dipertingkatkan kepada 70%. Kerajaan begitu serius untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada semua rakyat dalam tempoh terdekat ini. Jadinya, tindakan segera akan diambil untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Untuk tujuan ini sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan akan membawa kemudahan kepada 60,000 buah rumah. Selanjutnya, memandangkan pada masa ini liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak juga masih rendah iaitu masing-masing sekitar 80% berbanding 99% di Semenanjung, Kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik di

kedua-dua negeri tersebut kepada 95% pada akhir tahun 2012. Sejumlah RM3.9 bilion akan diperuntukkan untuk tujuan ini yang akan membawa nikmat kepada 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012. Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan miskin dan sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan tersebut sehingga penghujung 2012 di seluruh Malaysia. 6) NKRA yang keenam Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini. Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Jadi, Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Namun, harus disedari, untuk meningkatkan peratus ini, ia melibatkan pelbagai pelaburan yang besar, mapan dan berjangka panjang. Walau apa pun, buat langkah permulaannya, PM mengumumkan menjelang penghujung 2012, tambahan 35 set 4-car-train akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya. Kesimpulan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan Kerajaan di bawah pimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat. Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak secara adil dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata. Selain daripada itu juga Kerajaan pimpinan YB PM telah memperkenalkan sistem pengukuran prestasi yang boleh membuktikan secara fakta keberkesanan setiap 6 bidang NKRA. NKRA ini juga merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana, rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.

NKRA
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS) merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat selepas PRU12. NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009.[1] Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2008. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10. Ia dilancarkan dalam majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).[2] Pengerusi Lembaga Pemandu NKRA ialah Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) NKRA ialah Senator Datuk Seri Idris Jala. Setiap NKRA, seorang menteri dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri giat memperkasakan keupayaan pegawai dan kakitangan untuk memahami konsep, mengenal pasti dan melaksanakan keperluan penyediaan NKRA dan KPI di peringkat masing-masing. Kerajaan terbuka kepada semua maklum balas yang diterima dan bersedia untuk merealisasikan kesemua pelan .[3] Sekarang lebih ramai menteri menanggalkan jaket dan menyinsing lengan untuk melihat sendiri masalah rakyat agar mereka dapat menyelesaikannya. Rakyat bertembung dengan menteri di rumah-rumah pangsa yang sesak, pasar dan stesen bas, di lebuh raya yang sibuk, sekolah, hospital, malahan di kawasan sering dilanda banjir. Era menteri disediakan permaidani merah dan menerima cendera hati selepas menyampaikan ucapan sudah berlalu. Menteri perlu mendengar denyutan nadi rakyat.Kabinet Najib dibentuk pada 9 April 2009 melibatkan barisan jemaah menteri yang lebih kecil, terdiri daripada 28 menteri dan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Peringkat NKRA 2 6 teras NKRA 3 Gagasan 1Malaysia 4 Indeks Prestasi Utama 5 Pelan Transformasi Kerajaan 6 Kadar Jenayah 7 Rasuah 8 Luar bandar 9 Pengangkutan awam 10 Kemiskinan tegar 11 Program Perumahan 12 Makmal bumiputera 13 NKRA Pendidikan 14 Rujukan

[sunting] Peringkat NKRA


NKRA pada peringkat negara dilaksanakan bermula September 2009. NKRA peringkat kementerian yang dikenali sebagai KRA akan dilaksanakan mulai Januari 2010 NKRA dibahagikan kepada dua fasa melibatkan peringkat negara dan kementerian yang berkuatkuasa pada tempoh berlainan.

[sunting] 6 teras NKRA


Enam bidang tumpuan NKRA ialah :
1. Mengurangkan jenayah - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) 2. Memerangi rasuah - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) 3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran) 4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) 5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) 6. Menambah baik pengangkutan awam bandar - Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan)

[sunting] Gagasan 1Malaysia


Rencana utama: 1Malaysia

Konsep 1Malaysia menekankan penerapan teras perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi termasuk budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi. Ini bukan slogan dan bukan retorik politik. Ia merupakan ramuan yang boleh jadi penawar semua kaum dan etnik. Sebagai satu keluarga, kita akan menjadi negara yang kuat dengan etnik lain, tetapi hati tetap taat dan setia kepada negara.[4]

[sunting] Indeks Prestasi Utama


Indeks Prestasi Utama atau KPI (Key Performence Index) dirangka bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius dapat disemai di kalangan anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam negeri.[5] Perdana Menteri membuat penilaiannya ke atas 28 menteri dan 40 timbalan menteri menjelang November 2009.[6] Najib memperkenalkan KPI pada 9 April 2009. Melalui KPI, Najib akan menilai prestasi anggota pasukannya -- menteri dan timbalan menteri -- dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". KPI tidak setakat slogan retorik di kalangan mereka dalam lengkongan kerajaan. Ia kini merupakan pendekatan sistematik bagi mengukur prestasi, memfokus bukan saja kepada aspek kuantitif dan kualitatif tetapi juga kepuasan rakyat sebagai ukuran kemuncak. Rakyat akan mengundi -- bukan menerusi SMS seperti dalam program realiti TV tetapi menerusi peti undi -- tentang prestasi kerajaan bila tiba PRU13 nanti. Talian hayat yang mereka ada ialah rakyat.

[sunting] Pelan Transformasi Kerajaan


Pada 17-19 disember 2009, pameran terbuka Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dipamerkan selama dua hari di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid,Petaling Jaya,Selangor. Orang ramai berpeluang menilai pencapaian kerajaan melalui lapan makmal GTP dan NKRA. Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Idris Jala, Muhammad Shaahidullah Shayaa menyatakan bahawa respon daripada orang ramai diperlukan.[7] Lebih 7,000 aktiviti di seluruh negara bersama lebih 2,000 projek dan 100 program dipamerkan.[8] Lebih 1,000 komen bertulis mengenai inisiatif NKRA itu, dan 70 % pengunjung bersetuju dengan cadangan dalam keenam-enam NKRA.[9]

[sunting] Kadar Jenayah


Isu jenayah melibatkan pejabat Peguam Negara, mahkamah, penjara dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.[10]

Kementerian Dalam Negeri sedang berusaha mengurangkan jenayah jalanan.3,000 anggota dari Pasukan Gerakan Am, pasukan para militari Polis Diraja Malaysia, 1,720 dari Rela dan 485 dari Jabatan Pertahanan Awam akan ditempatkan di lokasi panas. Polis tambahan dalam syarikat berkaitan kerajaan akan dipinjamkan untuk rondaan jalanan "di kawasan-kawasan panas". Bilangan Polis Simpanan Sukarelawan akan ditambah menerusi latihan sambil kerja. Latihan kadet Tingkatan 4 dan 5 Jabatan Pertahanan Awam akan terus diserapkan selepas tamat sekolah. Semangat kesukarelawan di kalangan rakyat Malaysia dapat membantu mengurangkan jenayah kerana ia "bukan tugas polis sahaja".[11] Terdapat 157 kawasan panas di seluruh negara yang membabitkan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.[12] Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi alamat emelnya (musa@rmp.gov.my) untuk hubungan langsung. Rakyat boleh bekerja sama dengan polis bagi menangani jenayah secara lebih berkesan. "Big League Tables" membolehkan rakyat menentukan kedudukan setiap balai sama ada mencapai sasaran atau tidak.Pegawai Kementerian Dalam Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO), badan antarabangsa dan juga orang ramai akan dilantik untuk memastikan polis mencapai standard antarabangsa dan tanda aras yang ditetapkan. Indeks jenayah kekerasan disasarkan turun sebanyak lima %. 20 % jenayah jalanan diturunkan. Program komuniti polis ditingkatkan 5 %.[13] Jenayah jalanan di 50 "kawasan panas" di seluruh negara akan diatasi. 50 kawasan panas jenayah jalanan dikenal pasti terutama sekitar Balai Polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur, Balai Polis Sentral Johor, Balai Polis Tampoi Johor, Balai Polis Cheras dan Balai Polis Klang.[14] Masalah pekerja asing tanpa izin dan pelajar asing yang menyalahgunakan pas pelajar turut ditekankan. Pelawat menyalahgunakan program visa sebaik ketibaan, yang bermatlamat untuk menarik lebih ramai pelancong asing. Pelajar asing yang ditaja oleh kerajaan masing-masing untuk melanjutkan pengajian di Malaysia tidak menimbulkan masalah. Pelajar asing ditangkap kerana menjual dadah , menipu orang ramai dan memalsukan mata wang.Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk majikan. Sabah menjadi destinasi kegemaran ramai pelancong dalam dan luar negara. Pada 13 disember 2009, 172 anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang tamat menjalani latihan tujuh minggu sebagai anggota polis sukarela ditempatkan di kawasan panas di Lmbah Klang. 490 anggota JPAM dan Rela telah dilatih sebagai anggota polis sukarela di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia (ALPHA), Bangi. Namun mereka tidak dibekalkan dengan senjata api, hanya 't-baton' sahaja. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan sasaran KPI telah disiapkan. Antaranya ialah permohonan tertunggak untuk mendapatkan kewarganegaraan, permit masuk dan sijil kelahiran yang lewat didaftar. Permohonan tertunggak untuk kewarganegaraan adalah 32,927, permit masuk (16,812) dan sijil kelahiran yang didaftarkan lewat ialah 93,360 permohonan. Pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri

[sunting] Rasuah
Ketua Makmal Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memerangi rasuah ialah Datuk Hisham Nordin.[15] Akta Pendedah Salah Laku akan digubal untuk memerangi rasuah.Menerusinya pemberi maklumat 'kebal' daripada dikenakan tindakan sivil atau jenayah akibat pendedahan yang dilakukan. 14 buah lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah akan ditubuhkan. Kini hanya ada dua buah mahkamah khas tersebut di Kuala Lumpur dan dua lagi di Shah Alam. Imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditingkatkan melalui pelbagai cara. Antaranya ialah persidangan memerangi rasuah peringkat antarabangsa, kempen kesedaran melalui media massa dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat. Indeks Persepsi Rasuah antarabangsa akan diperbaiki.[16] Transparency International Malaysia (TIM) boleh bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghapuskan rasuah. SPRM hendaklah diletakkan pada landasan sebagai sebuah badan bebas tetapi juga mematuhi prinsip dan prosedur Konvensyen mengenai Rasuah Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNCAC).[17]

[sunting] Luar bandar


Sasaran utama ialah pembinaan jalan raya luar bandar, penyediaan bekalan elektrik, bekalan air serta perumahan rakyat luar bandar di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.[18] 50,000 buah rumah perumahan rakyat termiskin (PPRT) akan siap pada 2012. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. menyatakan bahawa M12 bilion disediakan bagi perumahan, jalan raya, bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar. Rumah PPRT bernilai RM33,000 bagi setiap unit di Semenanjung Malaysia dan RM44,000 di Sabah dan Sarawak, akan diberikan secara percuma tanpa ada sewa atau bayaran apa-apa. Tanah yang sesuai dikenal pasti untuk membina rumah PPRT. 1,500 kilometer jalan raya di Sabah dan Sarawak akan dibina. Selama ini penduduk Sabah dan Sarawak amat bergantung kepada bot untuk membawa hasil pengeluaran atau menghantar anak ke sekolah. Penurapan jalan yang terletak lima kilometer daripada jalan bertar di Semenanjung Malaysia dijangka siap pada 2012. Set generator atau kuasa solar akan disediakan di kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak untuk bekalan elektrik.[19]

[sunting] Pengangkutan awam


NKRA mensasarkan 600,000 orang akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang akhir 2012. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat

menyatakan bahawa 240,000 dari jumlah populasi Lembah Klang ( 10 -12 %) mengunakan pengangkutan awam . Kerajaan berharap 2.5 % (atau 600,000) penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutsn awam. Usaha ke arah itu termasuklah :
1. 2. 3. 4. 5.

Meningkatkan kapasiti pengangkutan awam Merangsang permintaan menerusi "pendekatan tarikan" Mengurangkan kesesakan kenderaan berat di kawasan pusat pernigaan (CBD) Menstruktur semula peraturan untuk kelangsungan yang berpanjangan Mengadakan pengurusan permintaan masa depan melalui "pendekatan tolakan. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan diwujudkan pada 2010. Ia sebagai kapten industri tunggal untuk menyelaras usaha kepada keseluruhan sistem pengangkutan awam. Kelemahan wujud kerana 12 kementerian terlibat dalam hala tuju pengangkutan awam.

Pengangkutan awam Lembah Klang kini telah tepu terutama bagi perkhidmatan rel (KTM Komuter, RapidKL, LRT dan Monorel. 360,000 pengguna kenderaan persendirian hendaklah beralih kepada pengangkutan awam. Bancian melaporkan bahawa 58 % atau 207,000 orang ini akan menggunakan perkhidmatan rel .42 % atau 153,000 orang akan menggunakan bas. Komuter KTM menyumbang 95,000 penumpang. Laluan LRT Kelana Jaya seramai 62,000. Laluan LRT Ampang LRT seramai 33,000 penumpang.

Masa menunggu selama 3 minit di stesen komuter akan dikurangkan kepada 2.5 minit sahaja. KTM Berhad telah membeli lima set tren elektrik (ETS) untuk perkhidmatan antara Ipoh-KL-Seremban menjelang April 2010. Perkhidmatan Bas Transit Lebuhraya (BET) di empat koridor di Lembah Klang dilancarkan pada 2010.Laluan khas untuk bas yang meliputi 12 koridor utama di Lembah Klang diperkenalkan. Bas RapidKL akan ditingkatkan kepada 850 buah bas. 52 laluan baru diperkenalkan bagi memudahkan orang ramai ke Lembah Klang. Sistem tiket bersepadu dan struktur tambang di bawah konsep "1Ticket, 1Seamless Journey" meliputi kesemua 16 operator di Lembah Klang. 6,800 tempat baru meletak kenderaan di 14 stesen rel di luar kawasan bandar raya akan ditambah. Perkhidmatan feeder ke stesen rel diperbaiki serta meningkatkan stesen dan terminal bas yang sesak. Terminal bas di Bandar Tasik Selatan (selatan), Gombak (timur) and Sungai Buloh (utara) akan diwujudkan. Terminal di Bandar Tasik Selatan sedang dibina. Terminal Gombak siap 2010. Terminal Sungai Buloh akan menampung bas ekspres ke utara selepas 2012. 750 bas dari selatan dan pantai timur Semenanjung akan dialihkan dari pusat bandar. Hab terminal antara bandar raya di Pasarama Kota, Plaza Rakyat dan Pudu untuk menampung laluan trafik dari pinggir ke dalam bandar raya. 14 Hentian Akhir Bandar turut disediakan.[20]

[sunting] Kemiskinan tegar


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mengumumkan duit Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diberi pada setiap 1 hari bulan bermula pada Januari 2010. Terdapat 117,545 penerima yang dibayar setiap bulan oleh JKM. Ia diperluaskan ke Sabah dan Sarawak menerusi sistem e-Kasih dan Projek Cari.[21]

[sunting] Program Perumahan


Program Bantuan Rumah (PBR) dilancarkan oleh kerajaan Persekutuan Malaysia agar rakyat marhain mendapat rumah mampu milik bagi membasmi kemiskinan. Anggota Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyatakan bahawa skim perumahan di rumah panjang Sabah dan Sarawak perlu diubahsuai. Golongan miskin penghuni rumah panjang boleh memohon pinjaman RM10,000 untuk membaiki kediaman mereka. Kota Marudu terdapat 1,495 penduduk miskin tegar yang layak mendapatkan bantuan Program E-Kasih tetapi pada setiap tahun, peruntukan sedia ada hanya dapat membaiki kira-kira 60 buah rumah di setiap kawasan parlimen. Contohnya rumah panjang Marimbau Darat dan Rita di Matunggong. 70 % rumah panjang dari 30 rumah panjang di Matunggong didapati sangat usang , tidak selamat diduduki dan perlu pembaikan besar. Rumah panjang ini dibina semasa kerajaan Berjaya. Bantuan dalam bentuk atap zink dan dinding papan lapis masih tidak cukup.[22] Geran pembaikan antara RM10,000 dan RM15,000 boleh diberi kepada setiap rumah. Kos antara RM40,000 hingga RM50,000 bagi setiap unit perlu disediakan bagi membina rumah baru PBR. Cadangan pembaikan:
1. Bantuan membaiki rumah bagi kediaman yang masih boleh didiami 2. Model PBR bagi rumah percuma golongan miskin yang disediakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) 3. Pinjaman tanpa faedah bagi jenis rumah .

[sunting] Makmal bumiputera


Pada 21 Januari 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) Senator Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa makmal bumiputera akan ditubuhkan. Ia melibatkan bumiputera di Sabah dan Sarawak.Sabah dan Sarawak akan mempunyai model pembangunan tersendiri dengan penubuhan sebuah makmal khusus untuk membuat pengubahsuaian dan dilaksanakan dengan berkesan.[23] Ia mendapat kerjasama penuh daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Ketua Menteri Sarawak juga memberi dokongan penuh.

[sunting] NKRA Pendidikan


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa sub NKRA terbahagi kepada 4 iaitu :
1. 2. 3. 4. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS). Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah.[24]

Kanak-kanak seawal umur empat tahun dalam sistem prasekolah diharapkan dapat membina keyakinan anak-anak dan membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Standard antarabangsa menetapkan tempoh 12 tahun bagi setiap murid. 315 buah kelas prasekolah disediakan dengan bilangan guru prasekolah seramai 7,511 orang pada 2010. Semua prasekolah, kerajaan mahupun swasta akan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kelas Prasekolah akan dibina di rumah-rumah panjang di Sarawak. Bangunan khusus akan dibina atau dibina dalam rumah panjang. Banyak rumah panjang di Sarawak kini menggunakan batu-bata dan simen, tidak lagi menggunakan kayu. Contohnya rumah panjang di Batang Ai. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud berharap penghuni rumah panjang akan menyokong program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan.[25] LINUS ditumpukan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M. Kadar literasi murid sekolah rendah adalah 87 %. 2010 disasarkan 90 %. Guru-guru terbaik akan mengajar Tahun 1. Guru Pemulihan ditambah kepada nisbah 1:15 murid. 20 % murid menyertai kelas prasekolah pada akhir 2012 . Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Semua sekolah dipastikan mendapat bekalan elektrik 24 jam. Prasekolah berpusat terutama di kawasan pedalaman akan diperkenalkan.
[26]

20 buah sekolah disasarkan untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010. Tahun 2012 dijangka 100 buah sekolah.69 buah Sekolah Menengah Teknik distruktur semula untuk dijadikan Sekolah Menengah Vokasional.Sekolah aliran vokasional dan kemahiran menjadi satu daripada bidang aliran perdana dalam sistem pendidikan.[27] 'New Deal' atau Bai'ah Baru diperkenalkan kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme pengurusan dan kecemerlangan sekolah. UNESCO dalam Laporan Pemantauan Global Pendidikan Untuk Semua 2009 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-45 daripada 129 negara. Malaysia di kalangan 56 negara yang berada di kedudukan aras tinggi pada Indeks Pembangunan Untuk Semua.

RUKUN NEGARA
WHEREAS OUR COUNTRY, MALAYSIA nurtures the ambitions of:

achieving a more perfect unity amongst the whole of her society; preserving a democratic way of life; creating a just society where the prosperity of the country can be enjoyed together in a fair and equitable manner; guaranteeing a liberal approach towards her rich and varied cultural traditions; and building a progressive society that will make use of science and modern technology.

NOW, THEREFORE WE, the people of Malaysia, pledge to concentrate the whole of our energy and efforts to achieve these ambitions based on the following principles:

BELIEF IN GOD LOYALTY TO KING AND COUNTRY THE SUPREMACY OF THE CONSTITUTION THE RULE OF LAW COURTESY AND MORALITY

[edit] Alternative English version


Our nation, Malaysia, is being dedicated to:

Achieving a greater unity of all her people; Maintaining a democratic way of life; Creating a just society in which the wealth of the nation shall be equitably shared; Ensuring a liberal approach to her rich and diverse cultural tradition; and building a progressive society which shall be oriented to modern science and technology.

We, the people of Malaysia, pledge our united efforts to attain these ends, guided by these principles:

BELIEF IN GOD LOYALTY TO KING AND COUNTRY UPHOLDING THE CONSTITUTION SOVEREIGNTY OF THE LAW, and GOOD BEHAVIOUR AND MORALITY

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Versi English) "Education in Malaysia is an on-going efforts towards further developing the potential of individuals in a holistic and integrated manner, so as to produce individuals who are intellectually, spiritually, emotionally and physically balanced

and harmonic, based on a firm belief in and devotion to God. Such an effort is designed to produce Malaysian citizens who are knowledgeable and competent, who possess high moral standards and who are responsible and capable of achieving high level of personal well-being as well as being able to contribute to the harmony and betterment of the family, the society and the nation at large"

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualSosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan. "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

[sunting] Rujukan
Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003 Falsafah Pendidikan Guru "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."