Anda di halaman 1dari 33

SAMBAL TUMIS TELUR

Bahan-bahan ( 5 orang )

20 biji telur burung puyuh direbus dan dikupas kulitnya, ketepikan. * Bahan untuk dikisar* 25 biji cili kering direbus sebentar. 4 biji bawang merah 2 biji bawang putih Sedikit kiub ikan bilis jika suka * Bahan Lain* 1 biji bawang besar di mayang halus. Garam dan gula secukup rasa Sedikit air asam jawa / 1 keping asam keping Minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu..angkat dan ketepikan. 2. Dengan minyak yang sama tumisbahan kisar hingga masak dan berbau wangi. 3. Masukkan telur, bawang besar, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 4. Setelah rata angkat dan hidangkan.

TUNA TELUR GORENG

Bahan-bahan ( 2-3 orang )



1 tin tuna 2 biji telur 1/2 biji bawang besar-hiris 1 ulas bawang putih-hiris garam serbuk lada putih gula minyak untuk menumis 2 biji cili padi-potong kecil-kecil 2 tangkai daun bawang- hiris

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga wangi.. Kalau guna tuna yang dah pedas tak payah letak cili. 2. Masukkan tuna. Kacau sehingga nampak sedikit kering. 3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan ke dalam kuali tuna tadi sambil dikacau. 4. Akhir sekali masuklah daun bawang. Kacau2 dan padamkan api. 5. Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.

TELUR DADAR DAGING BURGER BERSOS


Bahan-bahan ( 4 orang makan )

=== Telur === 3 biji telur ayam 1 keping daging burger( dicincang) 1 biji tomato ( Dipotong Dadu) === Sos == 1 ulas bawang putih - Dihiris halus 3 ulas bawang merah- Dihiris halus 50 gm sayuran campuran 3 sudu sos cili 3 sudu sos tomato 2 sudu sos tiram gula garam

Cara-cara
1. Telur dipukul sehingga sebati. Masukkan Daging Burger dan tomato. Kacau Hingga Sebati. 2. Goreng telur sampai masak. Toskan dan letak diatas pinggan. 3. Cara Memasak Sos:- Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi 4. Masukkan Sayuran campuran. Kacau hingga sebati. 5. Masukkan semua sos. Kacau hingga sebati. 6. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. 7. Kacau hingga mendidih. Angkat dan tuangkan Sos keatas telur tadi. 8. Hidangkan.

ROTI TELUR BERSOSEJ


Bahan-bahan ( 5 orang )

5 keping roti ( apa-apa brand ) 5 keping sausage ayam 2 biji telur sedikit garam beberapa btg kayu pencungkil gigi sedikit minyak utk menggoreng

Cara-cara
1. mula2 celurkan kesemua sausage didalam air yg sedang mendidih seketika dan keluarkan. 2. Pukul telur bersama sedikit garam. 3. Letakkan sekeping sausage tadi di tengah2 sekeping roti dan gulung. 4. Gunakan 2 btg pencungkil gigi dan cucukkan 1 di bahagian atas dan 1 di bahagian bawah. 5. Lepas tu celupkan roti yg telah di gulung tadi ke dalam telur dan goreng hingga kuning keemasan. 6. Angkat dah hidangkan. Boleh juga di potong2 kecil

TELUR REBUS BAWANG GORENG


Bahan-bahan ( 5 biji )

5 biji telur yg dah direbus keras 3 biji bwg merah yang dah dihiris minyak untuk menggoreng bwg n sos cili.

Cara-cara
1. Kupas telur yg dah direbus dan belah 2. Susun dalam pinggan 2. Sementara tu, bwg yg dihiris tadi digoreng sampai jadi warna perang dengan api kecil. 3. Dah agak perang, angkat dan tabur atas telur tadi. Tuang sos cili skit2 di atasnya untuk perasa.

KENTANG KOLOTNYERRR (KOLONIAL)

Bahan-bahan ( 2 orang )

5 biji kentang sederhana besar 1 biji telur size A 1 labu bawang besar sedikit kicap lemak masin garam secukup rasa 3 sudu besar minyak 1 sudu kecil lada hitam sebuk perasa (optional)

Cara-cara
1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis-nipis kentang tersebut (Terpulang samada nak guna pisau atau penyagat) 2. Masukan minyak ke dalam kuali dan masukan kentang tadi. Tutup kuali supaya kentang cepat empuk. Kacau sesekali bagi mengelakkan kentang hangus 3. Apabila kentang kelihatan empuk, gunakan senduk atau sudip tadi untuk mencincang kentang di dalam kuali tersebut sambil terus mengacau. 4. Kemudian masukkan garam, serbuk perasa dan lada hitam 5. Selepas sebati dan rasa masinnya, masukkan bawang besar yang dipotong dadu. 6. Akhir sekali pecahkan telur dan kacau dalam kentang tadi. Masukkan kicap lemak masin (boleh jugak kalau nak guna kicap lemak manis), siap untuk dihidang. 7. Menu ni sesuai sangat dimakan dengan roti atau begitu saja...cubalah. Gambar takde..kalau sesapa cuba bleh la load kat sini nanti.

EGG BENEDICT

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 biji telur 2 keping roti putih - dibuang tepinya lada hitam - freshly cracked Sedikit butter atau majerin Garam

Cara-cara
1. 1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan. 2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam. 3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional) 4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.

TELUR MASAK KURMA

Bahan-bahan ( sekeluarga )

8-10 biji telur direbus *3 bawang merah * 3 bawang putih * 1 inci halia *1 inci lengkuas 1 biji bawang merah dihiris 1 biji bawang putih dihiris 1 inci hali dihiris sedikit rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga cengkih) 5 sudu besar rempah kurma(dibancuh dgn sedikit air) santan secukupnya lobak merah dihiris cili hijau garam dan minyak untuk menumis 3 biji kentang( dipotong 4 dan direbus dulu utk kasi cepat masak)

Cara-cara
1. mula2 panaskan minyak dan goreng dulu telur rebus sampai kulit dia garing. lepas tu angkat dan ketepikan 2. guna minyak yg sama, tumis bahan rempah tumis dan bahan hirisan. lepas kekuningan masukkan bahan blend (bahan blend ni bahan yg bertanda *). goreng sampai naik bau. 3. dah naik bau masukkan rempah kurma. masak hingga keluar minyak. 4. lepas keluar minyak, boleh la masukkan santan dan kentang. biar sampai mendidih kuahnya. selepas didih kuahnya, masukkan pula cili hijau dan lobak merah. biar hingga sayur masak. 5. selepas sayur dah agak2 masak,masukkan telur rebus tadi dan jugak garam utk bahan perasa. biar sekejap utk kasi mesra lepas tu boleh la ditutup api dah dihidang bersama nasik.

ROTI TELUR DENGAN BLACK PEPPER SOSEJ

Bahan-bahan ( 2 orang )

4 keping roti putih @ wholemeal 2 biji telur 2 stick Black Pepper Sosej - ptg nipis2 Minyak utk menggoreng

Cara-cara
1. Pukul telur sedikit dan masukkan sosej 2. Golek kiri kanan roti dlm telur, angkat dan goreng. Sosej tu berat, so kene sendiri ceduk susun sket atas roti. 3. Goreng sampai golden brown, makan dgn sos atau mayonis. 4. Kalau guna sosej biase, leh masukkan lada hitam halus dlm telur.

SUP TELUR

Bahan-bahan ( - )

4 biji telur 2 biji kentang (dipotong dadu) Su'un (direndam) Tauhu kering (direndam dan dipotong kecil) 1 ulas bawang kecil (ditumbuk) 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 1/2 kiub ikan bilis maggie 1/2 kiub daging lembu Knorr Sup bunjut Air secukupnya (lebih kurang 3-4 gelas) Garam Perasa

Cara-cara
1. Goreng bawang dengan lebihan minyak ikan sehingga naik bau. 2. Masukkan air, sup bunjut, kiub dan kentang. Didihkan dan masak sehingga kentang empuk. 3. Kemudian masukkan su'un, tauhu kering, garam dan perasa. 4. Slowkan api, pecahkan telur dan biarkan telur masak. Pastu bolehlah dihidangkan.

TELUR DADAR BEREMPAH

Bahan-bahan ( 2 pax )

3 biji telur 2 ulas bawang merah(dimayang) 2 pokok daun ketumbar(dikoyak2 / dicincang kasar) 3 biji cabai garam secukup rasa minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara
1. pecahkan telur 2. masukkan semua bahan2.. 3. sedia digoreng dan dihidang

SUSHI SIMPLE
Bahan-bahan ( sekeluarga )

sea weed 1 mangkuk besar nasi lembut dan panas 1 sudu besar cuka makan 1 sudu besar gula secubit garam untuk inti; telur dadar (nipis) timun (di buang pulun tengah)

Cara-cara

1. campurkan cuka, gula, garam ke dalam nasi dan gaul rata. Yatt guna baking paper je, letak inti.

2. start gulung

3. basah kan skit hujung sea weed dan gulung habis

4. proses yang sama , letak nasi dulu, sea weed, inti dan gulung akhir roll dengan bijan yang telah di goreng tanpa minyak.

ROTI SUSU GORENG

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 keping roti putih - best guna gardenia 1 biji telur 3-4 sudu besar susu pekat manis 1/2 sudu teh garam - optional

Cara-cara
1. campurkan semua bahan, kecuali roti 2. potong roti ikut citarasa..kalau kecik2 lagi best..saya suka sekeping roti tuh potong 8 bentuk 3 segi.. 3. celupkan roti dalam telur..pastikan roti di celup sepenuhnya supaya kurang minyak meresap. 4. akhir sekali..goreng dalam api yang slow motion...api kecil la tuh...goreng sehingga kekuningan.. 5. sedia utk di ngap...asyik sgt di makan time panas......wallah!

BAKED BEAN

Bahan-bahan ( 2 orang )

1 Tin-Baked Bean 1 Biji- Bawang Besar (sederhana)~Di potong Dadu Sedikit Air Masak 1/2 Sudu Besar- Minyak/Butter/Margerin~Untuk menumis Baked Bean Untuk Telur Mata Kerbau: Sedikit Minyak/Butter/Margerin Telur (ikut berapa biji nak makan)

Cara-cara
1. Panaskan minyak/butter/Margerin dalam kuali/periuk. 2. Masukkan Bawang Besar yang telah di dadu 3. Tumis hingga bawang wangi. 4. Masukkan baked bean. Kacau rata, masukkan sedikit air, untuk mencairkan sedikit baked bean itu (anggaran 2 sudu besar air sahaja). 5. Tumis hingga mengelegak. Tutup api dan dihidang bersama dengan Telur Mata Kerbau. 6. Sedap juga dimakan bersama Roti...Selamat Mencuba..

SPANISH OMELETTE

Bahan-bahan ( 2 - 3 orang makan )



4 biji telur Beberapa kepingan pepperoni atau sausage yg dipotong nipis 1 biji kentang dipotong dadu / nipis2 1 labu bawang besar dicincang 1 sudu kecil paprika dan garam 5 sudu besar susu segar / air sejuk Secubit rosemary / parsley / cheese ( optional)

Cara-cara
1. Pukul telur ,susu segar/air sejuk , paprika dan garam.Biarkan seketika. *TIPS: Air sejuk / susu akan membuatkan omelette jadi fluffy. 2. Panaskan sedikit minyak di dalam flat pan dan tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan kentang dan pepperoni.Goreng 3-5 minit hingga kentang cukup masak. 3. Tuangkan telur yang telah dipukul dan sebarkan isi supaya rata. Masak atas api kecil. 4. Kalau suka cheese, taburkan cheddar cheese sekeping kat atas.Taburkan juga rosemary (optional). 5. Goreng hingga masak telur.Tak perlu terbalikkan macam masak telur dadar biasa tu.Ni open omelette. Selamat Mencuba!

TELUR BISTIK

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )



3 biji telur (size sederhana) - bancuh Daging/Ayam cincang secukupnya Black pepper secukupnya 1 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih - tumbuk/mayang halus 3 sudu sos tomato 3 sudu sos cili 2 sudu sos tiram 1/2 biji tomato - potong dadu kecil-kecil Mixed vege (jika tiada, boleh ganti dgn bunga kobis, carrot, apa2 yang sesuai) Gula dan garam

Cara-cara

1. Bancuh telur dengan daging/ayam kisar dan tomato yang dipotong dadu. Perasa dengan sedikit garam/gula. Goreng macam telur dadar. 2. Untuk kuah. Tumis bawang merah dan bawang putih.

3. Masukkan semua bahan sos dan sayur. Perasakan dengan bahan perasa (gula, garam) 4. Tuang kuah di atas telur yang digoreng tadi. Siap untuk dihidang.

TELUR PUTRI VIETNAM

Bahan-bahan ( 5-8 kepingan )



4 hingga 5 biji telur sedikit garam cili besar dan daun bawang (untuk hiasan)

Cara-cara
1. pecahkan telur dan asingkan telur merah dan putih 2. masukkan telur merah ke dalam satu bekas berasingan dan telur putih kepada 2 bekas yang berasingan 3. masukkan sedikit garam dalam setiap bekas

4. panaskan minyak dalam kuali , masukkan telur putih serta taburkan cili dan daun bawang (biarkan sekejap) 5. masukkan telur merah ke dalam kuali disebelah telur putih (hati-hati jangan tercampur) 6. setelah masak, angkat dan gulungkan telur tadi 7. kemudian celupkan gulungan telur ke dalam bekas telur putih ke 2 tadi

8. dan...goreng sekali lagi...bila siap..bolehlah dipotong dan dihias sesuka hati..

PRAWN OMELETTE

Bahan-bahan ( untuk 4 org makan )



4 biji telur gred A 1 cawan kubis yg dihiris halus 250g udang (buang kulit & urat blkg) 1 biji bawang besar (hiris halus) 1/2 cawan daun bawang yg dicincang 2 sudu besar air 1 biji lobak merah diparut garam & pepper sedikit minyak

Cara-cara
1. Campur semua bahan dalam mangkuk kecuali minyak. 2. Panaskan kuali leper dan masukkan minyak. 3. Masukkan campuran telur td ke dalam kuali dan tutup kuali. 4. Untuk memudahkan proses membalikkan telur, potong telur kpd 4 slices dan balikkan setiap slice. 5. Bila dah masak boleh la diangkat & dihidang. Sedap dimakan dgn sos cili atau apa2 sos kegemaran anda. 6. Selamat mencuba ;)

KARI TELUR

Bahan-bahan ( 2-3 orang )



*1 biji bawang besar, cincang halus *3ulas bawang putih, ketuk/belah kasar * 1 lembar daun kari, di lurut 1/2 camca teh rempah tumis ikan 2 sudu makan rempah kari ikan (saya guna babas) 2 sudu makan rempah kari daging 1 1/2 cawan air 1/2 cawan santan pekat 2 biji kentang 2 biji tomato 2 biji lada hijau Sedikit minyak masak 3 biji telur rebus

Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukkkan rempah tumis, kacau sedikit dan masukkan bahn yang bertanda *. Tumis hingga bawag layu dan naik bau. 2. Masukkan rempah kari, dan kacau hingga wangi. (Rempah cepat hangus, kacau rata dengan cepat) Masukkan air dan juga kentang. 3. Bila kentang setengah empuk, masukkan santan, tomato dan lada hijau. 4. Akhir sekali masukkan telur, dan biar mendidih dan semua bahan masak. Bubuh garam sesedap rasa. 5. Siap untuk dihidang dengan nasi panas, bendi goreng rangup dan papadom....yum! yum!

TELUR MALAS

Bahan-bahan ( 2 orang makan )



2 biji telur 1 ulas bawang merah-diketuk sekali dgn kulit sedikit cuka sedikit kicap manis sedikit kicap masin sedikit air (ikut kesesuaian) sedikit bawang besar,cili merah dan bwg goreng(kalau nak hias) sedikit minyak utk goreng telur dan tumis

Cara-cara
1. telur dipukul dan buat telur dadar,pastu gulung 2. campurkan cuka,kicap dan air mengikut citarasa 3. tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan campuran kicap tadi.masak hingga mendidih. 4. dah siap tuang atas telur dadar tadi. 5. taburkan bawang besar,cili merah dan bawang goreng untuk nampak lebih menyelerakan.siap...

ASAM PEDAS TELUR

Bahan-bahan ( 1 family )

8 biji telur - rebus 1 kiub ikan bilis bendi asam keping minyak air secukupnya garam daun kesum Bahan kisar 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 batang serai 2 sudu besar cili kisar

Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak 2. Masukkan air (terpulang nk kuah byk mana), asam keping dan kiub ikan bilis, biarkan mendidih. 3. Masuk telur, bendi dan daun kesum, biarkan mendidih lg. 4. Suaikan rasa, angkat dan hidang

TELUR DADAR MAYONIS LADA HITAM


Bahan-bahan ( 2 orang )

Telur 2 biji lada hitam 10 biji Bawang merah 1 ulas Garam secukup rasa Mayonis 2 sudu makan

Cara-cara
1. Tumbuk lada hitam dan bawang merah. 2. Pukul telur, sehingga kembang 3. campurkan semua bahan dan gaul rata. Pastikan mayonis tidak berketul. (Boleh masukkan sedikit serbuk perasa MSG jika suka) 4. Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng telur tersebut. Apabila telah masak, sedia untuk dihidangkan. Sangat sedap, ada rasa lemak. Cubalah. (^_~) 5. *** Kalau tak suka makan lada hitam, boleh guna cili padi (tapi kalau guna cili padi, tak perlu tumbuk sebab kalau tumbuk, akan jadi terlalu pedas. Cukup sekadar potong biasa. Bawang juga tidak semestinya ditumbuk. Terpulang pada selera anda.. Kalau suka makan bawang, boleh potong dadu. Yang lain-lain, guna step yang sama.*** 6. Nak kelainan? Boleh masukkan juga ikan bilis. Sedap.. (^_^).. ** Mak pernah masukkan isi ikan yang telah digoreng, juga sedap..** Selamat mencuba

TELUR MATA MASAK SOS


Bahan-bahan ( 2 orang )

2 Biji telur ayam (digoreng menjadi telur mata kerbau) 1 Biji bawang merah (dipotong halus) 2 Ulas bawang putih (dipotong halus) 1 Sudu besar cili boh & giling 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato Sedikit garam & gula

Cara-cara
1. Panaskan kuali. Masukkan bawang merah + bawang putih yang sudah dipotong2 halus. Goreng sampai warna kekuning-kuningan & naik bau 2. Masukkan 1 sudu cili boh (kalau suka pedas, bley tambah lagi). Tumis sehingga lada masak (warna lada bertukar ke merah gelap). Masukkan sedikit gula (membantu masakkan lada tuh pesan mak) 3. Tambahkan sedikit air, sos cili dan sos tomato (Kalau nak kuah yang pekat tambah air sedikit jer). Teruskan menumis. 4. Masukkan sedikit garam dan telur mata kerbau yang dah digoreng tadi dan teruskan kacau. Biarkan lama sedikit supaya kuah dapat menyerap ke dalam telur. Siap!!

SAYUR KACANG GORENG TELUR PEDAS

Bahan-bahan ( sekeluarga )

sayur kacang lobak merah bawang besar bawang putih sebiji telur 2-3 sudu besar cili giling/boh garam, gula, lada putih secukupnya

Cara-cara
1. panaskan minyak, tumis bawang2 sampai wangi. masukkan cili boh dan masak sampai naik minyak. 2. masukkan sayur kacang dan lobak merah. pecahkan telur dlm kuali dan kacau sampai telur masak. 3. tambah garam, gula dan serbuk lada putih. dah boleh makan..

TELUR EMAS SPICY

Bahan-bahan ( klau sorang 2 biji = 5 org la... )



10 biji telur - rebus/slps proses buang kulit d goreng hingga kuning keperangan 2 paket kecil srbuk kari daging 1 paket kecil srbuk kari ikan *1 labu bwg besar *5 ulas bwg merah *5 ulas bwg putih *2 inci halia *2 batang serai bhn* d kisar halus

3/4 cawan sos tomato 1/3 cawan kicap manis 10 biji cili padi - x prlu potong 1 labu bwg besar - hiris bulat rmpah 4 sekawan: 1 btg k.k.manis/2kuntum b.lwng/5 butir cengkih/5 biji b.pelaga 1@2 tangkai daun kari garam secukup rasa 2 cawan air panas

Cara-cara
1. Panaskn 3/4 cawan minyak dlm kuali, masukkn bhn d kisar, rmpah 4 sekawan, cili api hingga naik bau... x prlu garing 2. Masukkn 2 jenis rmpah (x prlu bncuh dgn air) & daun kari, cepat2 kecilkn api & gaul sebati d ikuti 2 cawan air panas 3. Bleh masukkn sos tomato & kicap manis, kacau selalu mngunakn api sederhana aje...sesuai rasa garamnye 4. Apabila kuah pekat & pecah minyak, masukkn bwg besar...kecilkn api, biar ia mereneh prlahan-lahan 5. Bawang besar 3/4 layu, tutup api...curahkn keatas telur & bleh d hidangkn *sesuai utk mereka yg gemarkn makanan berempah, tpi x pedas pun. psttt...klau nk pedas gigit cili api tu...hihihiii... 6. Selamt mncuba...ellymeow & kwn2 :) 7. u/p: masakn ni sesuai hingga 15 biji telur gak...

TELUR HANGIT

Bahan-bahan ( 1 Orang )

1 Biji Telur Ayam 1 sudu besar Sos Cili 1 Sudu Besar Sos Tomato (takde pun takpe) Beberapa titik kicap masin sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Kacau telur dengan semua bahan. 2. Panaskan sedikit minyak dan goreng telur kacau tadi 3. Goreng hingga telur garing dan sedikit hangit. Angkat dan makan 4. Nota: Telur akan hangit diluar, tapi tidak didalam...heheheh..^_^

TELUR MENANTU

Bahan-bahan ( 4-5 orang )



4 biji telur,direbus dan dikupas kulitnya 2-3 biji bawang merah,disagat atau dipotong nipis2,untuk buat bawang goreng minyak secukupnya untuk deep fry daun bawang atau daun ketumbar untuk hiasan Bahan untuk sos asam jawa : 1/2 sudu besar sos ikan(atau secukup rasa) 2 sudu besar gula melaka(atau secukup rasa) 4 sudu besar air asam jawa(ambil asam jawa dalam saiz satu bola pingpong,dan campurkan ngn air untuk mendapat air asam) 1 biji bawang putih,dicincang 1 sudu kecil emping cili kering(cili kering yang diblend kering & kasar2) 1 sudu besar kacang goreng yang dah dikisar 1 sudu besar minyak

Cara-cara
1. Goreng telur rebus tadi sehingga kekuningan,dengan cara deep fry.Toskan minyak dan belah 2.Susun di atas pinggan 2. Goreng pula bawang merah hingga garing untuk dijadikan bawang goreng 3. Panaskan minyak dalam kuali,dan tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan pula kepingan cili kering dan kacang dan kacau 4. Masukkan air asam jawa,gula melaka dan sos ikan dan didihkan.Klau pekat sgt,bleh la tambah air sket 5. Tuangkan sos di atas telur dan taburkan bawang goreng serta daun bawang/daun ketumbar 6. Hidangkan bersama nasi putih panas2

SAMBAL TUMIS KARIPULAY

Bahan-bahan ( 4-5 org mkn/ikut prmintaan )



8 biji telur - cuci /rebus ~selepas proses buang kulit, goreng telur hingga sedikit keperangan~ *1 labu bawang besar *5 ulas bawang putih *2 inci halia bhn* d kisar halus 1 mngkuk kecil@1 cawan cili kering kisar 4 sudu besar sos cili 4 sudu besar sos tomato 4 sudu besar kicap manis

2 sudu besar gula@kalo suka pedas kurangkn gula 1 sudu besar maggi cukup rasa 1 btg kulit kayu manis / sedikit garam 1@2 tangkai daun kari ~utk sambal nasi lemak, daun kari d tukar serai yg d titik/ketuk~ ~toptips Z~ utk mudahkn proses kopek/kupas kulit telur, selesai proses rebus - masukkn telur dlm bekas air sejuk(paip) & letakkn 1@2 sudu besar garam - terus kopek aja :)

Cara-cara
1. Cam biasa, panaskn 1/2 cawan minyak@kalo suka brminyak bleh lebihkn

2.

Tumiskn bhn * , kulit kayu manis & daun kari hingga naik bau , x prlu garing - masukkn cili kisar, kacau mesra d ikuti 2 jenis sos & kicap manis 3. Masukkn gula & srbuk maggi ckup rasa - kacau slalu, sesuai rasa garamnya. Masak hingga pekat & pecah minyak. Curahkn sambal ke atas telur 4. Siap, mudah aja.. selamat mncuba :) 5. ~Sy letak info kebaikan/khasiat daun karipulay~ Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india~Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman~Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit~Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan~Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis~Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir~Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes~Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan~Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban~Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa~Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu :)

MALYEE GYERAN

Bahan-bahan ( 1-2 orang )



3 biji telor ayam 1/5 cawan bawang besar didadu halus- kalau byk sgt kurangkan..sebab tak bleh letak byk sgt nanti susah nak gulung 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu teh lada hitam serbuk- boleh tambah kalau rasa tak cukup cili/ daun bawang - dipotong halus - letak skit je

Cara-cara
1. mula2 pecah kan telor dan masukkan dalam mangkok. kemudian masukkan bahan2 lain dan pukul telor tadi...tak yah berbuih sgt...biar rata...panaskan kuali non- stick...isi skit je minyak...ratakan.. 2. bila minyak dah panas skit boleh masukkan adunan telor tadi...jgn letak semua sekali...letak dlm satu senduk...ikut la kuali besar mana...kalau tak penuh lagi telornya dalam kuali boleh tambah lagi sampai la penuh rata dalam kuali tu....tapi jgn buat tebal...telor ni eloknya nipis je...jgn tebal sgt...api jgn kuat sgt...pelan je...tunggu sampai telor tadi 3/4 masak...agak2 bahagian bawah dia cam boleh diangkat...boleh la mula proses menggulung telor...lipat2 telor pelan2...sambil tekan2 skit je..jgn kuat sgt...bila dah siap gulung..biar sampai telor tadi dah masak...boleh nampak kulit dia cam nak kuning2 skit..jgn sampai kulit tadi kuning sgt/hangus sebab nanti rasa cam telor dadar lak...lepas tu angkat letak atas pinggan...masak sampai habis adunan telor tadi...tepikan telor tadi dan biarkan ia sejuk. 3. bila telor dah sejuk...baru boleh potong2 kan ia dan susun atas pinggan...dah siap...boleh dimakan begitu saja...dgn roti atau dgn nasi...rasa telor ni lembut2 skit...so pandai2 la adjust masa nak menggulung tu...kulit dia memang tak hangus.... 4. (nota: guna kuali jgn yg saiz kecik sgt sebab nanti tak nampak sgt dia nye lapis2 gulungan tu....saiz sedang...masak dia utk yg mula2 tu...minyak tak yah tunggu panas sgt..sebab telor cepat hangus dan nanti dia jadik cam telor dadar biasa...agak2 minyak dah panas skit je dah boleh letak...minyak jgn letak byk...sebab nanti susah nak gulung....kalau nak letak bahan2 lain pun boleh...janji semua bahan tu kena hiris halus sebab takut telor tu pecah2 kulit dia masa nak gulung....

TELUR MASAK BUMBUBALI

Bahan-bahan ( Sesuai utk lunch atau dinner )



6-7 bji telur (rebus & kupas buang kulit) 1 sudu cili boh/ 3 tangkai cili kering di kisar 1 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato 1 sudu kecil sos tiram 2 ulas bawang putih 1 ulas bawang merah 1 biji bawang besar (hiris tipis) Garam & serbuk perasa secukupnya 1 sudu kecil gula

Cara-cara
1. Tumbuk bwg merah & putih. Panaskan kuali & tumis bawang besar & bawang yg ditumbuk tadi,tumis sampai naik bau. 2. Masukkan semua sos & cili boh,goreng hingga pecah minyak. 3. Masukkan sedikit air & biarkan mendidih sampai agak pekat. Masukkan garam & gula.

4. Matikan api,masukkan telur & gaul sebati. Hidangkan .

PUDING TELUR KARAMEL

Bahan-bahan ( sekeluarga )

Karamel:10 sudu besar gula pasir 1/2 cawan air Puding:10 biji telur 1 tin susu cair 1 sudu teh esen vanilla 7 sudu besar susu pekat

Cara-cara
1. Pukul telur sampai berbuih. Masukkan susu cair dan pukul hingga sebati. 2. Masukkan susu pekat, air dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati. (Kalau suka manis tambah lagi susu pekat) 3. Masak semua bahan yang telah dipukul dengan api sederhana. Biarkan di atas api sehingga telur masak. 4. Selepas itu, sejukkan di peti sejuk selama lebih kurang 1 jam. 5. Panaskan gula di atas api sederhana sehingga bertukar perang. Kemudian, masukkan air untuk dijadikan karamel. 6. Hidangkan puding dengan karamel.

Anda mungkin juga menyukai