Anda di halaman 1dari 41

Peringkat-peringkatan perkembangan emosi

Prenatal

Bayi

Peringkat-peringkatan perkembangan emosi

Kanak-kanak

Awal Remaja

Prenatal

Emosi prenatal mengikut ibunya. Emosi marah, maka tendang perut ibu. Emosi takut apabila sentuh bahagian perut, dapat rasa kejutan prenatal. Emosi takut apabila terdedah dengan suara dan goncangan yang kuat.

Bayi

bayi antara 3 - 8 minggu sudah boleh tersenyumperkembangan awal emosi positif Bayi 12- 20 minggu -senyum pada wajah dan suara dikenali; Enam bulan pertama-bayi masih belum mempunyai rasa sayang/ kasih pada sesuatu/seseorang. 7 hingga 9 bulan-Perasaan kasih mula terbentuk ketika usia antara melalui hubungan ikatan kasih sayang, sentuhan, belaian dengan orang yang paling hampir seperti ibu dan ayah, -menunjukkan rasa tidak senang/takut dengan kehadiran orang asing.

Kanak-kanak

Usia 4-7 tahun sudah boleh memahami perkaitan antara emosi dan persekitaran/ sebab yang mempengaruhi emosi. Mula belajar mengawal emosi yang turun naik.

Pemahaman terhadap emosi orang lain terbatas hanya kepada emosi yang ditunjukkan melalui memek muka.
Perasaan takut yang terbentuk berkait dengan imaginasi dan khayalan berserta perkembangan daya kreativiti dan pemikiran abstrak. Contohnya takut hantu, takut jatuh. Lebih berdikari, kurang physical contact dengan ibu bapa. Lebih banyak bercakap untuk mencurah perasaan/menangani perasan.

Awal Remaja

Perkembangan emosi kanak-kanak usia pertengahan (7-14 tahun)


Sudah pandai menyembunyikan emosi yang negatif dengan berpura-pura menunjukkan keseronokan.

Sudah mula memahami dan menghurai emosi yang kompleks : perasaan malu, rasa bersalah, rasa bangga dan cemburu.
Perasaan takut mula berkembang kepada yang lebih realistik takut sekolah, takut berkomunikasi, takut kejadian jenayah. Amat memerlukan bantuan mengenalpasti emosi marah, mula belajar mengawal perasan. Perlu perhatian dan dorongan mengatasi rasa takut.

Kajian John Bowlby

Attachment theory merupakan satu psikologi, perkembangan dan etnologi teori yang membincangkan dan memberi penjelasan atau kenyataan tentang perhubungan peribadi di antara manusia.
Attachment theory berasal daripada asalan kerja John Bowlby.

Pada masa bayi terdapatnya satu proses pertama iaitu pencarian berdekatan yang berkaitan dengan attachment figure (lambang) dalam kesedaran situasi kesusahan atau adanya bahaya. Bayi akan berhubungan dengan orang dewasa yang sentiasa melakukan interaksi sosial, memberi kesayangan dalam tempoh 6 bulan sehingga 2 tahun dengan bayi tersebut.

Respon Ibu bapa akan membawa kepada perkembangan kelpelbagaian jenis perhubungan yang akan membawa kepada modal-modal fungsi dalaman (internal working models) yang akan mengaitkan perasaan dan keyakinan individu pada perhubungan masa yang akan datang.

Pada pandangan John Bowlby, bayi manusia memerlukan satu perhubungan atau perlekatan yang selamat dengan penjaga atau pemberian kasih sayang. Kekurangan perlekatan ini, perkembangan sosial biasa dan emosi tidak akan berlaku.

Walaubagaimanapun, hubungan berlainan akan membawa kepada perkembangan yang berlainan. Satu siri perlekatan bayi dengan beberapa watak tertentu telah membuktikan Perlekatan selamat, Perlekatan elakkan, Perlekatan cemasan dan Perlekatan tidak tertentu.

Hal ini boleh diukur bah bayi ataupun orang dewasa. Pertambahannya, dalam pencarian kasih sayang , perlekatan perangai termasuk perlekatan awalan pada setiap tahap tahun, romantik dan tarikan berlainan seksual serta respon terhadap kesayangan yang diberi kepada bayi atau orang tua yang sakit.

Kajian Ainsworths: Strange Situation

Pada masa 1970-an, penyelidik Mary Ainsworth telah memperkembangkan John Bowlby teori dan kerjayaannya dengan memperkenalkan satu pengajian atau pembelajaran yang terkenal dan bertajuk Strange Situation atau situasi luar biasa.

Pembelajaran tersebut termasuk pemerhatian terhadap kanak-kanak yang berumur 12 hingga 18 bulan yang respon kepada situasi bahawa mereka dibiar berseorangan dan bertemu semula dengan emak mereka.

Berdasarkan pemerhatian tersebut, Ainsworth berkesimpulan bahawa terdapatnya tiga jenis Perlekatan iaitu: Perlekatan selamat, Perlekatan rasa tak selamat dan Perlekatan elakkan tak selamat. Penyelidik-penyelidik Main dan Solomon (1986) menambah lagi satu jenis perlekatan yang dikenali sebagai Perlekatan tidak teratur dan selamat.

Banyak kajian sudah menyokong Ainsworths kesimpulan dan penyelidikan telah memaklumkan bahawa jenis-jenis perlekatan boleh meramalkan kelakuan kehidupan selepas.

Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang berkaitan:


Perkembangan Sosio-ekonomi Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran

Perkembangan Sosio-emosi

Peringkat

Bayi (0-2tahun) Awal kanak-kanak (2-6tahun) Kanak-kanak (6-12 tahun) Awal Ramaja (12-15 tahun) Remaja (15-20 tahun)

Bayi

(0-2tahun)

Perkembangan kanak-kanak

Berlaku pada waktu yang sama dengan peringkat mulut teori psikoseksual Freud dan tahap deria-motor teori kognitif Piaget. Bayi mengalami konflik di antara mempercayai dan tidak mempercayai alam sekelilingnya. Masyarakat pada masa ini ialah penjaga, sama ada si ibu, si bapa atau orang lain. Memperolehi harapan untuk terus hidup jika kehendakkehendak bayi dipenuhi secukupnya. Pandangan percaya atau tidak percaya terhadap dunia semasa dia dewasa mempunyai asas pada tahap ini

Bayi (0-2tahun)

Bayi yang baru lahir senyum bukan ternampak ibu atau bapanya tetapi senyum itu adalah tingkah laku yang semula jadi. Bayi senyum pada segala objek yang hampir serupa dengan muka manusia, walaupun dihadapkan dengan topeng yang seakan-akan rupa manusia. Lama-kelamaan barulah barulah bayi dapat mengenali akan rupa manusia dan berjaya membezakannya dengan topeng. Kebolehan bayi akan memilih muka yang senyum dan bukan yang masam. Bayi kelihatan curiga dan kurang selesa apabila berada bersama orang yang tidak dikenali. Ini enggan memberi senyuman.

Awal kanak-kanak (2-6tahun)

Sosial Pada peringkat umur 2-4 tahun, kanak-kanak belajar mengawal pembuangan najis di mana penagaan yang sempurna menjadikan kanak-kanak mempunyai kepercayaan diri, kebolehan mengawal diri dan membentuk sikap autonomi. Jika berlaku ketidak sempurnaan penjagaan akan melahirkan rasa kurang percaya pada diri sendiri dan mengalami rasa tidak pasti.

Pada peringkat umur 4-6 tahun, kanak-kanak mula berimaginasi dan kemahiran melalui permainan berfantasi di mana mereka bekerjasama di dalam permainan. Jika mereka ditanamkan dengan perasaan bersalah dan perasaan takut, mereka akan terus bergantung kepada orang dewasa. Oleh itu, mereka harus dididik secara positif supaya mereka mempu dan berani mengemukaan pendapat mereka sendiri.

Awal kanak-kanak (2-6tahun)

Emosi

Emosi kanak-kanak adalah sementara sahaja kerana mereka menyatakan emosi mereka dengan cara melepaskan perasaan dengan capat. Emosi mereka berubah kerana:

Mereka melepaskan perasaan keseluruhannya. Mereka kurang memahami situasi yang berkenaan kerana perkembangan kecerdasan yang belum matang dan pengalaman yang masih terhad. Mereka mempunyai tumpuan perhatian yang singkat dan mudah mengalihkan perhatian mereka kepada perkara lain.

Awal kanak-kanak (2-6tahun)

Kanak-kanak kerap menyatakan emosi mereka dan emosi itu ditunjukkan sepunuh tenaga dan tahi. Dalam menghadapi emosi mereka, kanak-kanak harus diberi peluang menyatakan perasaan dengan cara terbuka dalam had-had tertentu. Kanak-kanak mungkin mempunyai perasaan takut dalam menghadapi situasi baru. Perasaan takut ini jika ditekankan akan menerbitkan rasa bimbang yang tidak berasas. Untuk menghadapi situasi baru ini, kanak-kanak didedahkan kepada keadaan yang memperlihatkan kanak-kanak lain tidak takut , seterusnya menerangkan bahawa sesuatu benda yang ditakuti itu sebenarnya tidak wujud.

Kanak-kanak mempunyai perasaan cemburu kerana mereka masih memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa dan guru. Guru haruslah memberi perhatian yang sama rata. Pujian juga diberikan secara bersebdirian dan tidak terlalu berterang-terangan.

Awal kanak-kanak (2-6tahun)

Moral

Kanak-kanak akan memperlajari apa yang betul dan apa yang salah. Mereka juga akan mempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan, dan pelbagai jenis aspek moral ayng lain, walaupun mereka tidak mengetahui maksud moral yang lain, walaupun mereka tidak mengetahui maksud moral yang sebenar.

Kanak-kanak

(6-12 tahun)

Sosial

Kanak-kanak menguasai kamahiran hidup formal dan bercampur gaul dengan rakan sebaya serta tahu mengikut peraturan. Ini bermakna mereka memerlukan displin diri dalam pergaulan mereka. Begitu juga dengan pembelajaran di sekolah seperti menulis, membaca dan lain-lain. Mereka bersifat autonomi, mempunyai kebolehan dan keinginan untuk belajar. Jika mereka tidak berjaya melalui peringkat sebelumnya, mereka akan merasa masa depan mereka tidak cerah dan seterusnya akan merasa kalah dan mengalami perasaan rendah diri.

Emosi

Kanak-kanak

(6-12 tahun)

Kanak-kanak mula sedar tentang perasaan orang lain. Mereka mengejek kelemahan rakan mereka untuk melukakan perasaan mereka. Kanak-kanak memerlukan pujian dan pengiktirafan daripada guru. Guru harus memberi pengukuhan yang positif untuk tingkah laku yang baik dan menggunakan pengukuhan negetif untuk tingkah laku yang tidak baik. Kanak-kanak pada peringkat ini juga tidak baik. Kanak-kanak pada peringkat ini juga suka menolong, menerima tanggungjawab serta membuat kerja dengan baik.

Kanak-kanak

(6-12 tahun)

Terdapat pertentangan di antara aturan kumpulan dengan aturan dewasa yang akan menimbulkan kerumitan dan menghasilkan budak salah asuh. Di sini displin harus ditekankan kerana kesalahan yang dilakukan didorong oleh perasaan mahukan penerimaan daripada kumpulan mereka. Mereka juga dapat menerima sekatan kebebasan serta menerima undang-undang dan peraturan. Perbincangan harus ada antara murid, ibu bapa dan guru tentang tingkah laku yang timbul berdasarkan keadaan yang terjadi.

Kanak-kanak

(6-12 tahun)

Moral

Kanak-kanak hanya berupaya memahami perkara-perkara yang konkrit, iaitu suka dan tidak suka, boleh dan tidak boleh, dan betul atau selah. Pandangan moralnya juga berasaskan kepada pendapat serta kata orang lain terhadap dirinya. Mereka seperti seorang budak baik yang sentiasa mengikut kata orang lain untuk mengelak daripada dibenci atau dicaci.

Awal Ramaja

(12-15 tahun)

Sosial

Perkembangan kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan sosial mereka. Budaya tempat mereka dilahikan menentukan had peluang fizikal kognitif dan perkembangan sosial. Mereka mahu diri mereka dihargai dan dihormati. Mereka senang hati sekiranya idea dan fikiran mereka didengar dan dipertimbangkan oleh orang dewasa. Guru di sekolah dan ibu bapa di rumah perlu menyedari dan memahami serta memenuhi kehendak mereka.

Awal Ramaja

(12-15 tahun)

Emosi Mempunyai minat yang lebih terhadap diri mereka sendiri. Mereka telah memikirkan tentang perasaan jantina dan cenderung mengambil tahu apakah sifat orang lain terhadap diri mereka. Emosi mereka bertambah sensitive dan ada juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat mengawal emosi mereka. Mereka juga tidak sabar dan bertindak mengikut perasaan semata-semata ini mungkin disebabkan oleh kurang percaya pada diri sendiri. Di dalam perbincangan, guru harus menegaskan kepada murid tentang pentingnya memberi pertimbangan kepada buah fikiran dan pendapat orang lain. Kanak-kanak pada peringkat ini dapat menilai sifat ibu bapa dan guru dengan lebih objektif lagi.

Awal Ramaja

(12-15 tahun)

Konflik peribadi yang dikenali sebagai identiti sering dikaitkan dengan perkembangan remaja. Inilah masanya golongan remaja akan menanya soalan-soalan yang amat mengelirukan remaja itu sendiri dan ibu bapa.

Awal Ramaja

(12-15 tahun)

Moral

Pendapat orang lain terhadap mereka masih menjadi asas kepada penilaian moralnya tetapi remaja juga menegaska kepentingan orang lain yang mempunyai autoriti ke atas dirinya. Kepatuhan kepada autoriti adalah satu perkara penting kerana dapat mengelakkan diri daripada perasaan rasa bersalah yang mungkin timbul kerana tidak melaksanakan tugasnya.

Remaja

(15-20 tahun)

Sosial

Perasaan rendah diri mungkin menghasilkan tingkah laku yang tidak sosial, remaja yang sedar cuba mengelakkan daripada mengadaka hubungan sosial yang baru dan tidak mahu mengambil bahagian dalam perhubungan sosial. Kebanyakan masalah remaja berpunca daripada bagaimana mereka berhubung dan menerima layanan daripada orang lain. Rasa hampa di peringkat ini juga disebabkan oleh sikap ibu bapa yang sukar menerima bahawa anak mereka telah dewasa. Ibu bapa seringkali menyekat kehendak dan kebebasab anak-anak remaja mereka.

Remaja

(15-20 tahun)

Emosi

Peralihan zaman remaja kepada zaman dewasa menimbulkan ketegangan dan tekanan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak remaja mempunyai perasaan ingin bebas walaupun mereka tetap sayangkan ibu bapa dan memerlukan kasih sayang mereka. Keadaan menjadi kritikal apabila mereka tidak mahu menerima nasihat ibu bapa mereka. Mereka minat untuk berhubung dengan orang yang bukan daripada kalangan ahli keluarga mereka. Kebanyakan kanakkanak pada peringkat ini menyanjung tinggi dan memuji orang yang lebih dewasa.

Remaja

(15-20 tahun)

Hubungan percintaan juga menjadi masalah yang sering bertelingkah dengan keluarga untuk mendapatkan kebebasan hidup. Remaja lebih suka bergaul dengan rakanrakan sebaya sahaja. Segala yang dilakukan oleh kawankawan adalah betul dan penting. Remaja seringkali mengalai ketengangan dengan ibu bapa mereka, jadi guru diperlukan untuk mendapat nasihat dan simpati.

Remaja

(15-20 tahun)

Moral

Mereka mahukan penghormatan daripada pihak yang lain dan sering menunjukkan kehendak ini melalui perlaksanaan tugas-tugas yang akan memberi manfaat kepada masyarakat. Remaja ditakutkan buat beberapa ketika sebelum keputusan. Tingkah laku mereka sering diarahkan oleh prinsip etika dan kebenaran.

Implikasi terhadap pengajaranpembelajaran

Pelengkapan asas bagi perkembangan emosi telah sedia ada sejak masa bayi dilahirkan, dan tingkah laku emosi bermula dalam pelbagai cara pada masa lahir ataupun sebelumnya. Guru perlu bersikap jujur pada pelajar, sentiasa berbincang dan sentiasa bertolak ansur dengan sebarang kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Cuba memahami perasaan atau emosi pelajar sebelum sesuatu pengajaran dimulakan atau sebelum memberi arahan. Guru perlu menjadi role model pada pelajar dalam setiap tindakan.

Implikasi terhadap pengajaran-pembelajaran


Bantu pelajar menetapkan matlamat dalam pelajar dan bantu mereka mencapai matlamat tersebut. Pastikan pelajar merasa selamat apabila berada dalam bilik darjah atau apabila mereka meluahkan perasaan dan pendapat. Mengubahsuaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya dapat mengimbangi sikap, tinkahlaku dan persepsi pelajar-pelajar. Mendekati pelajar-pelajar yang sentiasa memotivasikan mereka dengan memberikan peneguhan yang positif. Guru perlu menyedari potensi yang ada pada pelajar dengan memberikan tugasan yang sesuai.

Implikasi terhadap pengajaran-pembelajaran

Mewujudkan kaedah pembelajaran koperatif kerana ini menjana kerjasama antara pelajar-pelajar dengan pelajar yang pandai boleh membantu pelajar yang lemah. Memasukan nilai keagamaan dan moral dalam sikap sesi pengajaran dan pembelajaran.