Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan dan keburukan internet:

Internet merupakan satu sistem komunikasi dan teknologi yang menyampaikan maklumat di seluruh dunia. Sistem ini boleh diperolehi melalui komputer yang disambungkan melalui talian telefon, sistem wifi dan juga melalui modem. Dalam dunia yang serba moden kala ini, seluruh masyarakat dunia berluma-lumba untuk belajar dan memiliki talian internet sendiri di rumah. Melalui internet, kita boleh menerima maklumat dengan cepat. Dalam erti kata lain, segalagalanya berada di hujung jari dalam dunia berteknologi tinggi dewasa ini. Dengan hanya satu klik, kita boleh mengetahui perkembangan luar negeri, serta perkembangan isu semasa di Negara kita. Dengan itu, tidaklah kita menjadi seperti katak di bawah tempurung. Antara kegunaan internet yang lain adalah mencari dan memainkan muzik pilihan kita sendiri, menonton siaran televisyen melalui internet, menyertai laman sosial untuk menambahkan kenalan dan banyak lagi. Selain itu, para pelajar dapat mengakses apa-apa sahaja maklumat yang mereka perlukan dengan cepat dan jelas tanpa perlu bersusah payah untuk menyelak helaian buku rujukan yang tebal dan memeningkan kepala dengan adanya kemudahan internet sendiri di rumah. Secara tidak langsung, suasana pembelajaran menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Kita juga dapat berhubung dengan sesiapa jua seantero dunia pada bila-bila masa dan di mana jua. Tamsilnya,kita boleh menghantar e-mel atau bersembang. Selain membawa kebaikan, internet juga membawa keburukan terhadap penggunanya. Keseronokan melayari internet akan membuatkan kita lupa untuk memperhatikan masa. Apatah lagi sekiranya kemudahan internet ini disalahgunakan untuk kepentingan sendiri seperti menaik dan memuatturunkan gambar-gambar lucah, mencari dan mendengar lagulagu berbentuk rock dan blackmetal. Selain itu, kelekaan para pelajar dalam melayari laman sosial juga bakal memberi kesan buruk terhadap mereka sendiri. Keseronokan mendapat rakan baru di alam maya dan keseronokan berchatting bisa membuatkan mereka lupa untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Carian menggunakan enjin carian Google dengan menggunakan perkataan "porn" merupakan keburukan internet. Pada 1 Januari 2010 mendapati sebanyak 180,000,000 laman web yang berkaitan pornografi. Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Sebab itu, isi ini sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat. Sebagai kesimpulannya, penggunaan perkhidmatan internet membawa kebaikan dan keburukan terhadap para penggunanya. Oleh itu, penggunaan internet yang tidak sihat ini perlu dikawal oleh kerajaan dengan bersungguh-sungguh. Sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, kita sendiri harus bijak menilai baik dan buruk dalam internet.

Anda mungkin juga menyukai