Anda di halaman 1dari 6

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH SK PERIGI ACHEH

SEJARAH PENUBUHAN

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH


Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (pengasas) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur. TKRS ditubuhkan khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah.

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH SK PERIGI ACHEH

MATLAMAT TKRS
Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.

OBJEKTIF TKRS
4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. 4.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. 4.3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. 4.4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. 4.5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH SK PERIGI ACHEH

logo TKRS

Pengertian logo
3.1 3.2 3.3 3.4 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. Warna kuning melambangkan warna diraja yangmenjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

3.5 3.6 3.7 3.8

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH SK PERIGI ACHEH

bendera TKRS

1. Warna Hijau melambangkan a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. c. Alam sekitar merupakan kurikulum KRS/TKRS. sebahagian daripada

2. Cogan kata KRS/TKRS ILMU IMAN AMAL a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH SK PERIGI ACHEH

lagu TKRS
Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH SK PERIGI ACHEH

CARTA ORGANISASI TKRS SK PERIGI ACHEH

Anda mungkin juga menyukai