Anda di halaman 1dari 2

Serta hadirin dan hadirat ,ahlan wa sahlan saya ucapkan.

Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalian Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismilah pembuka bicara. Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran , Peringkat Universiti Sains Malaysia ,Kampus Kesihatan ini. Untuk pengetahuan Hadirin,Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini merupakan langsungan daripada program tadarus Al-Quran yang melibatkan semua mahasiswa mahasiswi pusat pengajian sains perubatan,pergigian dan kesihatan.Malah,ini adalah julung kali majlis khatam Al-Quran dibuat bersama dengan Majlis Ambang kemerdekaan. semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar Surah al-Isra':9

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah, Al-Quran diturun sebagai penyuluh, Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat, Angkat doa jari sepuluh, Doa minta biar selamat. Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan saudara Ali bin Baba untuk memimpin bacaan doa. (baca doa) Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Ali bin Baba di atas bacaan doa itu tadi. Seterusnya,majlis di teruskan dengan bacaan khatam Al-Quran yang akan di imamkan oleh Saudara Ali bin Baba. (baca alquran baca doa khatam Al-Quran) Hadirin dan hadirat yang dimuliakan Bunga melur bunga kenanga Cantik disusun penyeri anjung Al-Quran bagaikan intan permata Al-Quran dijunjung umat disanjung

Bunga mawar cantik berseri Mekar disirami si embun pagi Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri Semoga tahun hadapan berjumpa lagi. Alhamdulillah. Dengan Bacaan Khatam Al Quran sebentar tadi maka berakhirlah majlis kita pada petang ini . Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan kepada semua jemputan dan hadirin sekalian kerana sudi hadir ke majlis pada petang ini. Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca Surah Al-Asr.