Anda di halaman 1dari 3

tokoh

Dr Mustafa al-Sibaie Nama lengkap beliau ialah Mustafa bin Husni as Sibaie. Dilahirkan pada tahun 1915 di Bandar Homs di Syria. Dibesarkan didalam sebuah keluarga yang mulia dan beragama. Keturunanya turun temurun mewarisi imam dan Khatib di Masjid besar Homs. Bapanya Syeikh Husaini Al- Sibaie adalah tokoh agama, seorang pembaharu (reformist) yang disegani. Pernah terlibat dalam gerakan bersenjata menentang penjajahan Perancis. Juga terkenal dengan kerja amal kemasyarakatan melalui badan kebajikan yang ditubuhkannya. Mustafa sejak kecil telah menghafal al Quran dan mempelajari asas-asas ilmu agama dari bapanya. Setelah tamat sekolah rendah dengan cemerlang, kemudian dimasukkan ke Maahad Syarie di Homs, pada tahun 1930. Di peringkat ini beliau menunjukkan bakat kepimpinan di medan dakwah. Beliau menubuhkan Ikatan Agama Homs, Pemuda Muhammad SAW, dan sewaktu di Damsyik beliau menubuhkan Pemuda Islam Damsyik. Belum 18 tahun, beliau telah diberi kepercayaan untuk berkhutbah menggantikan ayahnya. Di waktu itu, usahanya tertumpu kepada menentang penjajahan Perancis. Beliau menubuhkan satu gerakan untuk menentang sekolah-sekolah kristian yang ditaja oleh penjajah. Beliau menulis dan menyediakan makalah-makalah bertujuan menimbulkan kesedaran rakyat supaya menolak penjajah dan membongkar niat buruk penjajah melalui penubuhan sekolah-sekolah ini. Tidak cukup dengan gerakan itu, beliau berani membuat Perhimpunan rakyat berpidato di atas pentas dan seterusnya memimpin demonstrasi menentang penjajah. Akibatnya beliau dipenjarakan pada tahun 1931. Ketika di dalam penjara beliau telah belajar dari dunia pengasingan. Di sana beliau mulai berfikir walaupun dia telah dipenjarakan tetapi itulah pengorbanan yang sangat bererti. Beliau berpendapat bahawa setiap perjuangan mesti ada pengorbanan yang harus ditempuhi. Setelah ia dibebaskan dari penjara, as Sibaie terus mengadakan hubungan dengan rakan-rakannya, menyampaikan ceramah, dan mengadakan demonstrasi. Akibatnya sekali lagi dipenjarakan yaitu pada tahun 1932. Setelah dibebaskan dari penjara buat kali kedua, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti al Azhar, Kaherah pada tahun 1933, di bidang Syariah dan kemudian di bidang Usuluddin. Peluang di Kaherah tidak diambil untuk berehat. Semangat juangnya tetap berkobar. Di sini beliau berkenalan dengan Hassan al Banna dan Gerakan al Ikhwan al muslimin. Mustafa menjadi pendakwah Ikhwan yang aktif samada di kampus atau di kampung pendalaman. Bencinya terhadap penjajah tidak hilang, kali ini di Mesir penjajahnya pula adalah British. Beliau memimpin demonstrasi pelajar dan ditangkap lagi pada tahun 1934. Pada tahun 1940, beliau di penjara lagi. Kali dengan tuduhan menubuh gerakan pengganas dan menyokong Rasyid al Qhoilani menentang British. Beliau ditahan 2 bulan di Kaherah dan 4 bulan di Palestin. Walaupun aktif berjuang pelajaran tidak diabaikan. Beliau telah berjaya menamatkan Ijazah Syariah dan Usuluddin dengan cemerlang. Pada tahun 1941, beliau pulang ke Syria. Kepulangan beliau menakutkan penjajah Perancis. Beliau di penjara lagi di Homs dan Beirut selama dua tahun setengah dan dikenakan bermacam-macam jenis deraan. Setelah dibebaskan pada tahun 1943, Mustafa Al-Sibaie nampaknya belum patah semangat. Walaupun undang-undang dharurat dikenakan, beliau masih mampu membuat perhimpunan raksasa dan menyampaikan pidatonya yang berapi-rapi. Kali ini isu Palestin yang dicerobohi Yahudi. Kemarahan memuncak pada tahun 1948, apabila PBB dengan rasminya memecahkan Palestin kepada Yahudi dan Arab. Mustafa bangkit mengelilingi Syria berpidato mengajak pemuda Syria keluar berjihad menentang Yahudi. Kumpulan pemuda terpilih berjaya dikumpulkan di bawah bendera Ikhwan al muslimin Syria pada tahun 1945. Mustafa sendiri yang mengepalai angkatan ini bergabung dengan kumpulan Arab yang

lain. Gerakan ini boleh mencapai kemenangan kalau tidak ada pakatan Jahat bersama antara Yahudi dan kepimpinan tentera Arab yang berakhir dengan arahan supaya berundur. Mustafa cukup marah dan pulang berpidato menjelaskan kepada rakyat Syria tentang pakatan Jahat itu. Pada tahun 1949, dalam kesibukan berjihad As Syeikh Mustafa As Sibaie berjaya menyiapkan tesis Ph.D bertajuk As Sunnah dan Kedudukannya dalam Perundangan Islam. Satu tesis yang cukup bermutu membela Islam di medan sunnah dan menolak hujah-hujah orientalis yang mengelirukan. Lujnah Ulama Besar Al Azhar bersepakat memberikan pangkat imtiyaz. Belia pulang ke Syria pada tahun 1950 dan diberikan jawatan pensyarah undang-undang di Universiti Damsyik. Dr Mustafa menjalankan khidmatnya dengan cemerlang. Berkat kegigihan usahanya pada tahun 1955, beliau berjaya menubuhkan Fakulti Syariah dan dilantik menjadi Dekan pertama. Antara usaha pertamanya ialah ingin mewujudkan Ensiklopedia Fiqh Islam yang menjadi rujukan utama kepada alim ulama masa kini, Di samping pembaharuan yang lain bertujuan melahirkan pelajar Islam yang bertujuan melahirkan pelajar Islam yang bermutu di sudut akademik dan dakwah. Beliau juga berpeluang menziarahi Turki, Italy, Britain, Ireland, Belgium, Poland, German, Swissland, Perancis, Russia dan lain-lain dalam rangka lawatan mengkaji sistem pengajian Islam di negara-negara tersebut. Beliau mengambil peluang ini untuk memperbetulkan cara pemikiran para orientalis yang berjanji tidak akan menyiarkan kajian mereka sebelum dibaca oleh Dr Mustafa. Dalam bidang politik beliau adalah ahli Parlimen Damsyik (1949-1954) yang banyak bersuara menyampaikan hasrat rakyat dari membuat cadangan-cadangan yang membina. Dalam bidang kewartawanan, beliau berjaya melancarkan akbar Al Syihab pada tahun 1955, setelah diberi sedikit kebebasan bersuara di Syria. Pada tahun 1985 majalah Al Muslimun dikeluarkan di Mesir, tetapi diharamkan. Beliau mengambil alih untuk dicetak dan diedarkan di Syria. Pada tahun 1985 majalah Al Muslimun ditukar namanya kepada Hadhorah Islam. Ketika Inggeris, Perancis dan Israel menyerang mesir pada tahun 1956, As Sibaie telah menyeru rakyat Syria menjadi sukarelawan, membela saudara-saudara mereka di mesir. Untuk itu ia telah merubah Universiti Syria mirip pengkalan tentera. Oleh kerana usaha as Sibaie bersungguh-sungguh, pada tahun 1956, beliau mengalami percubaan bunuh terhadap dirinya, namun rancangan tersebut gagal. Pada bulan Jun tahun 1957, As Sibaie telah mendapat undangan dari Universiti Moscow, soviet union. Pihak Universiti Moscow memberi kesempatan kepada As Sibaie menjelaskan Islam dan Sosialisme. As Sibaie menyatakan bahwa selain Sosialisme Marx ada Sosialisme Islam. Dan Sosialisme islam itu berbeza dengan Sosialisme Marx. Sosialisme Islam dapat membentuk satu masyarakat yang harmoni. Pada tahun 1960 beliau menulis sebuah karya ilmiah bertajuk Kehidupan Sosial Menurut Islam (Istirakiyah Al Islam). Menjelang kematian, Al-Sibaie diserang sakit teruk sehingga melumpuhkan separuh tubuhnya. Beliau terpaksa berehat dan Mengurangkan kegiatannya. Namun, beliau tetap menyampaikan ceramahceramah kepada pelajar kuliah Syariah di dewan Perdana. Setelah tujuh tahun mengalami sakit teruk, akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 3 February 1964, dalam usia 49 tahun. Dr Mustafa As Sibaie adalah seorang tokoh Islam yang mempunyai banyak idea-idea yang bernilai untuk Islam. Antara khazanah ilmu yang di tinggalkan: As Sunnah wa Makanatuha fi Tasyri al Islamiy, al Marah Baina al Fiqh wa al Qanum, Istirakiyah al Islam, Hakadza Allamtani al Hayah, Akhlaquna al Ijtimaiyyah, Ahkam As Shiyam wa Falsafatuhu, alQalaid min Faraid al Faraid, Syarh al Ahwal As Syakhsiyah, al Washaya wa al Faraid, Ahkam al Mawarith. Itulah sebahagian dari kitabkitab karangan beliau dan masih banyak lagi Ilham dan nukilan yang tidak disebutkan di sini. Semoga Allah mencucurkan rahmat dan maghfirah ke atas roh beliau.

Rujukan: Mustafa Muhammad Thahhan, al Qiadah fi al amal Islam, Jakarta: Robbani Press, 1997. Fathi Yakan, Islam Fikrah, Harakah dan Perubahan, Kuala Kangsar: Pustaka Ikhwan, 1987. Jabir Raziq, Ikhwan Muslimin dibantai Syria, Jakarta: Gema Insani Press, 1992. Oleh: Mohd Zakaria Hamzah SHI, 1-07-F Apartment Permata, Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang 1/26/2005 7:39 AM

Anda mungkin juga menyukai