Anda di halaman 1dari 12

Sejarah Lompat Tinggi Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika

di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 m oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lagi, sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lonjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang di atas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan duduk berlunjur. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali.
Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeneys Eastern cut-off seperti gaya gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang berkesan dan mencipta rekod 6 5 5/8 (1.97m) pada 1895. Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Dia berjaya

melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat itu. Satu
nama yang tidak harus dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat Beliau bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik pada tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting sehinggalah IAAF terus bersetuju menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.

Pengenalan Lompat Tinggi Kita boleh melakukan lompat tinggi dengan pelbagai gaya. Tetapi, gaya yang memberi kesan lompatan yang baik ialah gaya pelana dan gaya Fosbury. Terdapat empat fasa dalam lompat tinggi iaitu fasa lari landas, fasa lonjakan, layangan dan pendaratan. Lompat tinggi dapat kita lakukan dengan baik melalui latihan ansur maju

Keperluan Aktiviti Lompat Tinggi Alatan yang kita gunakan dalam lompat tinggi adalah seperti tiang, palang dan tilam mendarat.

Tiang Tilam Mendarat

Palang

Gaya-gaya Lompat Tinggi i. Gaya Pelana ii. Gaya Gunting iii. Gaya Timur iv. Gaya Fosbury

Fasa-fasa Lompat Tinggi 1. Lari landas: 2. Lonjakan: 3. Layangan: Larian menghala ke palang Tindakan kaki untuk menaikkan badan Gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas padang 4. Pendaratan: Sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

Lompat Tinggi Gaya Pelana Gaya ini memerlukan pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah seolah-olah meniarap.

Fasa Lompatan Gaya Pelana i. Lari Landas ii. Berlari pantas 7-9 langkah menuju ke palang Kawal larian pada tiga langkah terakhir Pancakkan tumit kaki lonjakan dan lonjakkan badan

Lonjakan

Tendang kaki bebas ke atas palang sambil menghayunkan tangan ke atas.

iii.

Layangan Kilaskan badan selepas melepasi palang Rendahkan bahu dan kepala sebaik-baik melepasi palang Pusingkan badan Mendarat dengan bahagian belakang badan.

iv.

Pendaratan

Lompat Tinggi Gaya Fosbury Diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada 1968. Gaya ini sangat popular masa ini.

Mengikut gaya ini, pelompat menuju ke palang dengan membelangkangkan palang.

Fasa-fasa lompatan gaya Fosbury i. Lari landas Berlari lurus empat langkah diikuti berlari melengkung pada langkah kelima, keenam dan ketujuh.

ii.

Lonjakan Pacakkan tumit kaki lonjakan Lonjakkan badan secara menegak sambil menghayunkan tangan ke atas Kilaskan kaki bebas melintang badan

Kaki bebas Tumit kaki lonjakan

iii.

Layangan Lonjakkan badan melepasi palang Ayunkan tangan ke atas sambil melentikkan badan Bengkokkan dan angkat lutut melepasi palang

iv.

Pendaratan Lonjak melepasi palang

Rapatkan dagu ke dada Luruskan kaki selepas melepasi palang Mendarat dengan bahagian belakang badan.

Gambar-gambar lompatan Gaya Fosbury

Lompat tinggi gaya gunting Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk melunjur.

Fasa lompatan gaya gunting i. Lari landas Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah. Pelompat menggunakan 7-9 langkah. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.

i. Lari landas

ii.

Lonjakan Pelonjak melonjak dengan kaki luar. Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan.

iii.

Layangan Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang. Kaki lonjak dihayun ke atas.

iv.

Pendaratan Pelompat melompat di atas punggung atau dengan dua belah kaki

Lompat tinggi gaya Timur Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak kehadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.

90 darjah dari hadapan

Kesilapan teknik dalam lompat tinggi Gaya Pelana : 1. Memendekkan langkah akhir 2. Tidak mengangkat kaki bebas dengan tinggi 3. Membengkokkan kaki tolakan semasa fasa lonjakan 4. Berada terlalu hampir dengan pelang semasa melonjak 5. Tidak mengilaskan badan semasa berada di atas palang

Gaya Fosbury : 1. Melonjak terlalu hampir dengan palang atau tiang 2. Melakukan larian awal terlalu cepat 3. Gagal mengkoordinasikan tangan dan kaki semasa fasa tolakan 4. Mencondongkan badan ke arah palang semasa fasa tolakan

Peraturan asas lompat tinggi 1. Lonjakan melepasi palang hendaklah dengan menggunkan sebelah kaki 2. Lompatan tidak sah apabila palang dijatuhkan semasa cubaan melompat 3. Cubaan lompatan juga gagal jika peserta menyentuh palang tetapi tidak melompat dan menyentuh kawasan mendarat. 4. Dalam pertandingan, peserta tersingkir apabila gagal dalam tiga cubaan.