Anda di halaman 1dari 1

CERPEN ISRAK BACA PETIKAN CERPEN DI BAWAH DENGAN TELITI KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT DENGAN MENGGUNAKAN AYAT

ANDA SENDIRI. Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti, kata Mikraj. Tak perlu! Israk menghayun kata-kata. Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abang terlalu berlagak akhir-akhir ini? Sura Mikraj semakin lama semakin meninggi. Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang? Saya kesihan melihat Wah. Abang menghina, mengeji, menyakiti Wah. Paha kanan dicubit paha kiri akan terasa sakitnya. Abang sedar tak, Wah lebih tua daripada abang! Aku cukup pantang kalau diherdik oleh budak kecil! Saya ajak ma dan pa bawa abang balik kampung semata-mata mahu abang mengenali Wah yang membela abang sejak berusia satu hari lagi. Abang tahu, Wah benar-benar terhiris sewaktu atuk atuk bawa abang lari. Sejak itu abang langsung tak mengenali Wah. Saya mahu abang belajar erti kepayahan, kekecewaan, dan ketabahan seorang wanita. Wah orangnya, butir bicara Mikraj diringi mutiara mata. (Dipetik daripada Israk oleh Erda Roslan Khairi) 1. 1. Mengapakah Israk sepatutnya menghormati Wah? 2.

PETIKAN 2
Cekodok aje? Airnya pula macam air Sungai Kelang? rungut Israk bagaikan tuan besar. Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang mati kebuluran. Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit. Buang masa sahaja tinggal di sini! Bara kata-kata Israk memanaskan lagi telinga Mikraj. Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan lagak orang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia sedar. Sudah terhantuk baru tengadah. Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca tv hitam sahaja. Israk mencebik. Tv pun rosak! Sengaja ditinggikan suaraya seperti injak yang naik merosakkan jumlah voltan arus yang mengalir. Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4m x 6m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayung. (Dipetik daripada Israk oleh Erda Roslan Khairi)

Nyatakan dua perkara yang dirungutkan oleh Israk.

2.

Pada pendapat anda wajarkah seseorang memberikan nasihat kepada orang yang lebih tua daripadanya?

Pada pendapat anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh Israk untuk menjaga hati Wah? Cadangkan empat cara yang wajar dilakukan oleh Israk?

3.

Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen dan dua pengajaran lagi daripada keseluruhan cerpen tersebut.

3.

Nyatakan satu perwatakan Israk berdasarkan petikan cerpen dan dua perwatakan lain daripada keseluruhan cerpen.