Anda di halaman 1dari 6

PMM/JKA/C4009/SESI JANUARI 2009 SOALAN 1

a)

Sebuah pintu air condong dipasang pada alur keluar sebuah terusan. Pintu air tersebut berbentuk bulat seperti dalam gambarajah di bawah. Kirakan jumlah daya hidrostatik, F terhadap pintu dan tentukan juga lokasi pusat tekanan. ( 15 markah )

b)

Kirakan daya ufuk dan daya pugak yang bertindak pada plat lengkung per meter panjang seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. ( 10 markah )

PMM/JKA/C4009/SESI JANUARI 2009 SOALAN 2

Sebuah kapal dengan panjang 60 m dan lebar 8.4 m menganjakkan berat isipadu air sebanyak 14 MN. Satu penimbal seberat 140 kN telah bergerak sejauh 6 m merentang dek tersebut menyebabkannya condong sebanyak 30 . Momen luas kedua bagi jasad ialah 72% daripada bentuk segiempat dan kedudukan pusat apung ialah 1.6 m di bawah air. Tentukan ketinggian pusat meta dan kedudukan pusat graviti kapal. Diberi ketumpatan air laut ialah 1025 kg/m3. ( 25 markah )

SOALAN 3

a)

Satu jet air yang luasnya a m2 bergerak dengan halaju v m/s menghentam secara normal satu permukaan satah yang pegun. Tunjukkan bahawa daya yang terhasil ke atas satah tersebut bersamaan dengan Q dimana Q adalah kadaralir. ( 10 markah )

b)

Satu jet air yang berdiameter 50 mm bergerak dengan halaju 15 m/s. Tentukan daya yang dihasilkan jika jet tersebut menghentam secara normal keatas : i. ii. iii. iv. satu plat pegun. satu plat yang kemudiannya bergerak dengan halaju 5 m/s dalam arah jet. satu siri plat yang bergerak dengan halaju 8 m/s. kuasa jet dan kecekapan sistem bagi kes (iii) di atas. ( 15 markah )

PMM/JKA/C4009/SESI JANUARI 2009 SOALAN 4

a)

Kadaralir air yang mengalir melalui saluran yang berbentuk segiempat dengan kelebaran 6 m , adalah 18 m3/s apabila ketinggian air mencapai 2 m. Kirakan : i. ii. iii. iv. tenaga tentu aliran tersebut kedalaman kritikal halaju kritikal tenaga tentu minimum ( 16 markah )

b)

Ketinggian aliran air pada suatu keratan yang berkeratan rentas segiempat dengan 4 m lebar adalah 0.6 m. Kadaralir yang melalui saluran adalah 15 m3/s. Jika lompatan hidraul berlaku di bahagian hilir, dapatkan ketinggian aliran selepas lompatan. ( 9 markah )

PMM/JKA/C4009/SESI JANUARI 2009 SOALAN 5

a)

i.

Apakah yang ditakrifkan dengan Peronggaan (cavitation) ? ( 2 markah )

ii.

Berikan DUA (2) contoh struktur hidraulik yang mungkin mengalami masalah ini. ( 2 markah )

iii.

Bagaimanakah masalah peronggaan ini mengganggu sistem pam ? ( 6 markah )

b) Sebuah

pam

empar

berfungsi

pada

kelajuan

1000

pus/min

telah

memperolehi data seperti berikut : Q (m3/s) Turus, H (m) Kecekapan , Pam tersebut menggunakan paip sedutan sepanjang 30 m dan paip hantaran sepanjang 15 m, kedua duanya bergarispusat 20 cm. Turus statik adalah 15 m dan kehilangan turus kecil boleh dianggap sebagai tambahan paip sepanjang 3 m. Jika pekali geseran adalah 0.005, tentukan kadar alir dan kecekapan pam pada titik operasi. ( 15 markah ) 0 30.0 0.35 0.08 25.0 0.52 0.012 20.0 0.62 0.20 19.5 0.70 0.28 15.0 0.35 0.36 10.0 0.15 0.42 0 -

PMM/JKA/C4009/SESI JANUARI 2009 SOALAN 6

a)

Apakah yang dimaksudkan dengan flum untuk kegunaan dalam saluran terbuka? Nyatakan dengan ringkas EMPAT (4) di antara ciri ciri flum berkaitan kesesuaiannya digunakan dalam saluran terbuka. ( 11 markah )

b)

Sebuah empang dasar akan di bina dalam saluran terbuka berbentuk segiempat tepat untuk menghasilkan aliran genting di atas puncaknya. Jika kadaralir adalah bersamaan 3.8m3/s/m dan turus aliran normal 1.6 meter, hitungkan dengan mengabaikan sebarang kehilangan tenaga : i. ii. iii. ukur dalam genting aliran. tenaga tentu minimum aliran. tinggi minimum bagi empang dasar bagi aliran genting yang terhasil. (14 markah )

PMM/JKA/C4009/SESI JANUARI 2009