Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER SKJL Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa

a ketiadaan guru. Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas. Laporkan sebarang kerosakan komputer dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer. Pastikan alat pemadam api ada dan sentiasa berfungsi. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer. Dilarang membawa makanan/minuman/makanan ringan ke dalam makmal komputer. Semua pengguna dikehendaki mengikut Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer. Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam buku log/ rekod penggunaan makmal komputer. Pengguna dilarang melayari pautan kepada alamat-alamat yang tidak bermoral (lucah/melampau). Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda, bertengkar dan bergaduh di dalam makmal komputer. Pengguna dilarang membuat sebarang pengubahsuaian ke atas sambungan wayar di komputer. Pengguna dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas. Jika terdengar sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang bertugas di makmal komputer. Pastikankedua-dua pintu masuk tidak berkunci semasa pembelajaran dan pengajaran sedang berangsung.

Anda mungkin juga menyukai