Anda di halaman 1dari 1

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM.

Di majlis yang mulia ini, kami merafakan rasa kesyukuran kepada-Mu ya Allah, Tuhan Pencipta alam ,Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami, dapat kami berkumpul di sini untuk menjayakan MAJLIS penutup PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU ZON 6 DAERAH KINTA UTARA Semoga dengan NIKMAT itu, Engkau berikan hidayah dan petunjuk dan menyatukan pemikiran kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau hindarkan fitnah dan pertelingkahan di kalangan kami, Engkau memperbaiki urusan agama dan dunia kami. Allahumma ya hamidu ya majid Ya Allah ya Tuhan kami, kami bersyukur di atas segala kelancaran majlis yang telah kami anjurkan. Semoga engkau jadikan kami golongan yang bijaksana, berwibawa dan berkemampuan untuk saling bkerjasama dalam menjalankan kerja2 harian kami. Tingkatkanlah kami dengan kemahiran dan penguasaan, dalam bidang pekerjaan yang diceburi, supaya hasil kerja kami, mencapai tahap kualiti yang diterima, di peringkat negara, mahupun antarabangsa.

Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Agong, Maha bijaksana, Pencipta sekalian Alam.