Anda di halaman 1dari 3

Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta sama ada secara individu atau kolobratif

terhadap masalah mereka sendiri melalui tindakan atau perubahan bagi tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan mereka sendiri di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan dilakukan.

Selain itu terdapat juga definisi yang diberikan oleh tokoh dalam bidang kajian tindakan iaitu Kemmis & Mc Taggart (1988), menyatakan bahawa kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta lain yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

Seterusnya, Ebutt (1985) pula memperkatakan bahawa kajian tindakan merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.

McNiff (1988), telah mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau mempertingkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi mebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ianya melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.Bagi Somekh (1989) pula mendefinisikan kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Kember dan Gow (1992) menyatakan bahawa kajian tindakan melibatkan pengamal (guru) dalam mencuba membaiki pengajaran mereka melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.

MODEL REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN 1) MODEL KAJIAN TINDAKAN ( KEMMIS & Mc TAGGART) Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak

dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. 2) MODEL KAJIAN TINDAKAN (JOHN ELLIOT)

Model Elliott untuk kajian tindakan ialah idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadike atas sesuatu masalah, dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adlah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.

Model Kajian Tindakan Elliot

3) MODEL EBBUTT

David Ebbutt, seorang rakan sekerja John Elliott, telah mendakwa (Ebbutt, 1983a) bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan. Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut, dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt adalah sama untuk dengan model yang dikemnukakan oleh penulis masa kini.

Model Kajian Tindakan Ebutt


Assalamualaikum dan salam sejahtera. John Elliot dan Adelman (1976) berpendapat, kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk mempertingkatkatkan mutu profesionalisme guru dan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah bertujuan untuk memperbaiki kualiti amalan guru di bilik darjah. Manakala Lomax (1995) berpendapat bahawa kajian tindakan adalah satu cara kerja guru atau penyelidik di mana guru sebagai penyelidik mengadakan disiplinnya sendiri dalam hal menyelenggara dan menilai amalannya yang dijangka akan membawa manfaat dalam hasil pembelajaran. Pada pendapat Jack Whitehead (1985) pula, kajian tindakan bermula dari ketidakpuasan hati guru sendiri mengenai amalan biasa pengajaran mereka dan mereka ingin berikhtiar dan berusaha mengatasi perasaan ini dengan menjalankan kajian tindakan bagi memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sendiri. Bagi pendapat Mc Niff (1988), kajian tindakan adalah suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan mereka. Berdasarkan amalan dan pengalaman saya di bilik darjah, pelaksanaan kajian tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid. Secara logiknya, seseorang murid dianggap berjaya menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran apabila mereka berjaya mendapat markah yang tinggi dalam sebarang penilaian bagi sesuatu mata pelajaran. Dalam konteks pencapaian akedamik, murid tersebut juga dianggap cemerlang dalam mata pelajaran itu. Melalui kajian tindakan juga kita sebagai guru, akan mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah atau persekitaran murid dan sebagainya. Guru juga dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan, dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri. Guru juga dapat meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif. Dengan itu dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum. Dari situ, dapat membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan dan ianya juga dapat merapatkan lagi tali silaturrahim di kalangan guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung melalui kerjasama secara kolaboratif.

Jack Whitehead (1985) pula berpendapat, kajian tindakan bermula dari ketidakpuasan hati guru sendiri mengenai amalan biasa pengajaran mereka dan mereka ingin berikhtiar dan berusaha mengatasi perasaan ini dengan menjalankan kajian tindakan bagi memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sendiri. Bagi pendapat Mc Niff (1988), kajian tindakan adalah suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan mereka.

Anda mungkin juga menyukai