Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN KEPADA SAINS Objektif Pembelajaran: Memahami sains adalah sebahagian daripada kehidupan harian.

arian. Memahami langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik. Mengetahui kuantiti dan unit fizik. Memahami penggunaan alat pengukuran. Memahami konsep jisim. Menyedari kepentingan unit piawaian dalam kehidupan harian.

Memahami Sains adalah Sebahagian daripada Kehidupan Harian


Kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling kita - fenomena semula jadi atau

fenomena alam Contoh: Tumbesaran manusia. Bola yang di lambung jatuh ke tanah. Pembekuan air. Pembentukan pelangi. Pencairaan ais. Epal jatuh ke tanah. Kejadian hujan dan Pembentukan awan.

Aplikasi sains dalam kehidupan harian

Bidang perubatan: Boleh mencegah penyakit pada peringkat awal dan di rawat

dengan mencipta ubat serta teknologi baharu.

Bidang teknologi maklumat: Memudahkan komunikasi dan pemindahan maklumat dengan lebih cepat, mudah dan berkesan.

Bidang pendidikan: Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

Bidang pengangkutan: Membolehkan manusia bergerak dan mengangkut barang dengan cara yang mudah.

Bidang pertanian: Meningkatkan hasil serta kualiti pertanian dan produk ternakan. Bidang perindustrian: Mengembangkan teknologi baharu untuk menghasilkan produk baharu.

Antara bidang kajian sains adalah: Biologi: kajian tentang benda-benda hidup. Kimia: kajian tentang kompisisi kimia, sifat-sifat & tindak balas. Fizik: kajian jirim & tenaga. Geologi: kajian batu batan & mineral dalam kerak bumi. Astronomi: kajian planet, bintang dan pergerakannya. Meteorologi: kajian cuaca & iklim.

Beberapa kerjaya / pekerjaan dalam sains:

Guru sains Doktor Jutera Ahli farmasi Saintis alam sekitar Angkasawan
Ahli meteorologi (kajian cuaca dan iklim). Ahli geologi (kajian batu batan dan mineral dalam kerak bumi).

Langkah-Langkah dalam Penyiasatan Saintifik


1) Mengenalpasti masalah - menentukan masalah yang hendak diselesaikan. 2) Membuat hipotesis - cuba menerangkan kenapa masalah itu berlaku. Penerangan

itu dikenali sebagai hipotesis.


3) Merancang eksperimen - merancang kaedah yang digunakan untuk menguji

ketepatan hipotesis itu.


4) Menjalankan eksperimen - melaksanakan eksperimen yang dirancang. 5) Mengumpulkan data - mencatat semua eksperimen. 6) Menganalisis data - menerangkan data itu secara sistematik dan logik. 7) Mentafsir data - memberi penerangan tentang hubungan antara pembolehubah

dimanipulasikan dan pembolehubah bergerak balas.


8) Membuat kesimpulan - menentukan sama ada hipotesis itu benar 9) Menulis laporan - menulis satu laporan hasil penyiasatan. Laporan merangkumi

langkah-langkah dan radas. Graf, rajah dan jadual juga dimasukkan dalam laporan.