Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN RANGKA KURSUS TEKNOLOGI PENDIDIKAN (EDU 3034) : PJJ SEMESTER KEDUA

2005/2006 NAMA KURSUS : KOD KURSUS : KREDIT : PRASYARAT : PENSYARAH : PEJABAT : TELEFON b. E-MAIL TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDU 3034 3 (2 + 1) Tiada Prof.Madya. Dr. Wan Zah Wan Ali a. Bilik 03, Unit Teknologi Pendidikan, FPP Tingkat 1, Jabatan Matematik

: a. Pejabat di UTP : 03-89468174 H/P: 013-3856925 : wanzah@educ.upm.edu.my

OBJEKTIF UMUM Pada akhir kursus ini, pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi pendidikan serta mengaplikasikan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. OBJEKTIF KHUSUS Setelah mengikuti kursus ini pelajar dapat: Menghuraikan konsep Teknologi Pendidikan. Mengendalikan kamera dan menggunakan teknik yang betul untuk membuat penggambaran. Menerangkan konsep dan prinsip rekabentuk visual Mengaplikasikan prinsip rekabentuk visual dalam penyediaan bahan pengajaran. Menyediakan dan menggunakan berbagai media pengajaran. Memilih dan menilai media pengajaran yang sesuai digunakan untuk pengajaran. Menerangkan proses rekabentuk pengajaran. Menerangkan konsep ICT dan kepentingannya dalam pendidikan. SINOPSIS KURSUS Kursus ini membincangkan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pendidikan; penyediaan dan penggunaan media pengajaran, pemilihan dan penilaian media pengajaran; komputer dan teknologi maklumat dalam pendidikan; isu semasa dalam teknologi pendidikan.

KANDUNGAN KURSUS 1. Pengenalan teknologi pendidikan: Konsep, teori, prinsip, peranan dan perkembangannya. 2. Asas fotografi : Pengendalian kamera dan penggambaran. 3. Asas reka bentuk visual: Konsep dan prinsip reka bentuk visual 4. Reka bentuk pengajaran 5. Penyediaan dan penggunaan pelbagai media pengajaran 6. Pemilihan dan penilaian media pengajaran 7. Komputer dan teknologi maklumat dalam pendidikan 8. Isu semasa dalam teknologi pendidikan PENILAIAN KURSUS 1. a. b. c. 2. 3. Kerja kursus (50%) Bahan pameran (15%) Transparensi (15%) Pakej Pembelajaran Individu (20%) Ujian Pertengahan Semester (10%) Peperiksaan Akhir (40%) Tugasan kumpulan

POLISI KURSUS 1. Tugasan dijalankan secara berkumpulan maksimum 3 orang satu kumpulan. 2. Saya mengharapkan kerja yang berkualiti dan dihasilkan sendiri oleh pelajar. Saya tidak dapat menerima hasil kerja ciplak dan dibuat oleh orang lain. Tindakan keras akan dikenakan pada mereka yang melanggari peraturan ini sejajar dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. 3. Perbelanjaan bagi tugasan ditanggung sendiri oleh pelajar. 4. Tugasan tidak akan dipulangkan kepada pelajar. 5. Semua tugasan perlu dihantar pada minggu TERAKHIR semester ini Projek yang dihantar lambat akan ditolak markah. RUJUKAN Utama Dick,W. & Reiser, R.A. (1996). Merancang pengajaran yang efektif (cetakan semula pertama) (Abdul Rahim Mohd Saad, Penyunting terjemahan). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Karya asal diterbitkan pada 1989)*

Smaldino, S. E., Russel, J.D., Heinich, R., Molenda, M. (2005). Instructional technology and media for learning, 8th ed., New Jersey: Merrill PrenticeHall*** Kemp, J., & Smellie, D. C. (1994). Planning, producing and using instructional media, 7th ed., New York: HarperCollins College Pub. * Newby, T. J., Stepich, D. A., Lehman, J. D., & Russell, J. D. (2000). Instructional technology for teaching and learning, 2nd ed., New Jersey: Prentice-Hall, Inc.* Sujana Mohd Rejab. (1993) Fotografi, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti** Tambahan Bullough, R. V. Sr. (1988). Creating instructional materials, 3rd ed., Columbus: Macmillan Pub. * Dale, E. (1964 & 1965). Audio visual methods in teaching, New York: The Dryden Press.* Ellington, H. dan Race, P. (1993). Producing teaching materials: A handbook for teachers, 2nd. ed., New Jersey: Nichols Pub.* Gagne, R. M. (1987). Instructional technology: Foundations, New Jersey: Hillsdale. Muhamad Hasan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran: Penghasilan bahan pengajaran berkesan. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Roblyer, M. D., Edwards, J., & Havriluk, M. A. (1997). Integrating educational technology into teaching, New Jersey:Prentice-Hall, Inc.* Simonson, M.R., & Thompson, A. (1997). Educational computing foundations, 3rd ed. Upper Saddle River, NJ: Prentice-Hall, Inc.* Sharifah Alwiah Alsagoff (1984 & 1994). Teknologi pengajaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.* Wan Zah Wan Ali (2000). Memahami pembelajaran, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors. Buku ini terdapat di Koleksi Berbintik Merah, Perpustakaan SAS, UPM.

** Buku ini terdapat di Koleksi Berbintik Kuning, Perpustakaan SAS, UPM. *** Buku ini boleh dibeli di Kedai Buku Kooperasi UPM tidak terdapat di perpustakaan UPM

PERINCIAN TENTANG TUGASAN KUMPULAN (a) Bahan pamer (15%)

Konsep : Menyediakan satu bahan pamer yang akan digunakan sebagai bahan pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan pamer ini mengandungi elemen visual (yang sebahagian besarnya terdiri daripada gambar foto) dan teks. Bahan pamer yang dikehendaki oleh kursus ini adalah sebuah CARTA atau BUKU SKRAP. Syarat bagi carta : Setiap KUMPULAN perlu menyediakan sekeping carta menurut syarat-syarat berikut : i. Carta perlu disediakan di atas mounting board berukuran lebih kurang 75 cm x 50.5 cm. Saiz ini boleh diubah jika ia dikehendaki oleh objektif anda. Anda juga bebas memilih format membujur atau menegak. Anda juga dibenarkan untuk membentuk carta anda dalam bentuk lain seperti tiga segi, bulat, bujur dan sebagainya. TAJUK carta berdasarkan major atau minor pengajian ahli

ii. kumpulan.

iii. Setiap carta MESTI menyatakan objektif dan kumpulan sasarannya. Tampalkan maklumat ini di belakang carta/poster tersebut. iv. Gambar foto menjadi bahan utama penghasilan carta atau poster ini. Anda boleh menggunakan kamera SLR atau kamera jenis lain spt digital, compact atau Polaroid bagi menghasilkan visual tertentu. v. Hantar carta pada waktu amali, minggu yang ditetapkan. Syarat bagi buku skrap :

Unsur penceritaan, penerangan, prosidur atau lain-lain boleh digunakan dalam pembinaan buku skrap. Sediakan 10 muka surat saiz A4. Ini tidak termasuk kulit depan dan belakang, isi kandungan dan paparan objektif dan kumpulan sasaran. Semua syarat lain sama dengan carta. Penilaian carta atau buku skrap : Penilaian carta atau buku skrap berdasarkan: 1. 2. 3. (b) Kesesuaianya dengan objektif dan kumpulan sasaran (3 markah) Kualiti visual (7 markah) Kreativiti (5 markah). Transparensi (15%)

Konsep: Menyediakan satu set transparensi yang terdiri daripada pelbagai jenis persembahan dan cara penyediaan untuk digunakan dalam satu masa pengajaran di bilik darjah. Syarat: Setiap KUMPULAN perlu menyediakan perkara berikut:

i Tiga bingkai transparensi mengenai satu tajuk yang berkaitan dengan major atau minor pengajian. ii Setiap bingkai transparensi mesti berkaitan antara satu dengan lain daripada sudut isi dan boleh dipersembahkan secara berurutan. iii Tiga bingkai transparensi ini juga mesti menggunakan teknik persembahan yang berbeza yang terdiri daripada : 1 bingkai transparensi jenis bertingkap 1 bingkai transparensi jenis bertindih 1 bingkai transparensi jenis bergerak iv Pelajar boleh memilih untuk menggunakan ketiga-tiga cara penyediaan atau memilih salah satu cara penyedian yang berikut: write-on fotostat komputer

v Nyatakan objektif dan deskripsi kumpulan sasaran pengajaran dan vi Hantarkan bersama tugasan pada waktu amali, minggu yang ditetapkan Penilaian transparensi Penilaian transparensi berdasarkan: 1. 2. 3. (c) Kesesuaianya dengan objektif dan kumpulan sasaran (3 markah) Kualiti visual (7 markah) Kreativiti (5 markah). Pakej Pembelajaran Individu (20%)

Konsep: Menyediakan pakej pembelajaran individu menggunakan perisian PowerPoint. Justeru pakej perlu mangandungi manual penggguna yang mengandungi maklumat seperti objektif, deskripsi kumpulan sasaran, sinopsis, arahan-arahan khusus menggunakan pakej, cadangan aktiviti pembelajaran dan aktiviti susulan. Syarat: Setiap KUMPULAN perlu menyediakan perkara berikut:

Tajuk slaid mesti mempunyai perkaitan dengan major atau minor pengajian. 30 - 35 slaid yang lengkap dengan kesan bunyi, rakaman suara (penceritaan) dan lain-lain kesan (effect) yang sesuai. Majoriti imej untuk slaid dihasilkan sendiri menggunakan kamera digital Kad cerita Skrip akhir lengkap. Manual Panduan Pengguna. Hantar dan persembah tugasan pada waktu amali, minggu yang ditetapkan. Penilaian pakej Penilaian pakej berdasarkan: 1. Kesesuaianya dengan objektif, kumpulan sasaran dan aktiviti penilaian (3 markah) 2. Kualiti visual dan audio (7 markah) 6

3. Kreativiti dan kekemasan (5 markah). 4. Penghantaran bahan - Slaid lengkap dalam CD, kad cerita, skrip akhir, Manual Panduan Pengguna. (5 markah)