Anda di halaman 1dari 1

Dunia Buku : Perkamusan Melayu Bersama Unit Sastera PERKAMUSAN Melayu Teori dan Amali tulisan Dr Ibrahim Ahmad

membincangkan leksiko grafi atau penulisan kamus berdasarkan prinsip ilmu metaleksikografi iaitu penye lidikan leksikografi. Topik yang jarang disentuh ahli bahasa negara ini dibincangkan pengarang terbabi t dalam enam bab dan boleh menjadi alternatif kepada sumber rujukan bidang berke naan yang selama ini menggunakan sumber dari Barat. Perbincangan mengenainya mengambil kira perkembangan perkamusan Melayu di Malays ia, perkembangannya dalam konteks Indonesia dan Brunei Darussalam kerana tiga ba hasa itu adalah variasi bahasa Melayu daripada induk yang sama. Bab 1: Perkamusan dan Leksikografi: Suatu Pengenalan mendedahkan konsep perkamus an secara ringkas dengan rumusan sesuai dijadikan rujukan kerana mengandungi kat a-kata sesuatu bahasa yang disusun mengikut abjad, diberi makna dan keterangan l ain. Bab kedua buku ini pula membincangkan perkembangan perkamusan Melayu berdasarkan analisis tipologi atau sistem klasifikasi bahasa berdasarkan ciri fonologi, tat abahasa atau leksikal untuk menentukan jenisnya. Bab ini turut menilai kedudukan perkamusan Melayu dalam proses memartabatkan lek sikografi Melayu di pentas dunia selain perbezaan dan sejarah kamus ekabahasa, d wibahasa dan pelbagai bahasa yang membabitkan bahasa Melayu turut diberi perhati an. Pengarang turut memberi perhatian kepada sejarah perkamusan Melayu dalam bentuk dwibahasa yang mempunyai kedudukan penting dalam konteks tamadun kerana berada d i tengah-tengah era Kebangkitan Eropah. Contoh kamus dwibahasa terawal ialah A Chinese Vocabulary of Malacca Words and P hrases Collected between AD 1403 and 1511 yang dihasilkan sebelum kedatangan Por tugis ke Tanah Melayu,. Selain itu, daftar kata 426 Itali-Melayu yang disusun pengembara Itali, Antonio Pigafetta yang mengembara bersama-sama Ferdinand Magellan pada 1522, iaitu Vocab oli De Quedti Popolo Mori. Kamus pelbagai bahasa pula diterbitkan seawal 1603, membabitkan bahasa Melayu, b ahasa Madagascar, bahasa Arab dan bahasa Turki susunan Frederick de Houtman; mem buktikan perkamusan Melayu berdiri sama tinggi dengan perkamusan Barat. Buku ini turut menampilkan bab yang membincangkan perkamusan Melayu dalam proses kodifikasi bahasa, pencerakinan maklumat linguistik dalam kamus Melayu, isu per kamusan Melayu dan masa depan perkamusan Melayu. Penulis buku setebal 183 halaman terbitan Penerbit Universiti Malaya (UM) yang b erharga RM25 senaskhah ini. turut mengambil kira dilema dalam penyusunan kamus M elayu. (Sumber : Berita Harian (19/01/2007) ) Dikemaskini pada 20 Jan 2009 : 1426160

Anda mungkin juga menyukai