Anda di halaman 1dari 3

Kekuatan Dan Kelemahan Pelaksanaan KBSR Dan KSSR Di Malaysia Kekuatan KBSR o Murid dapat menggunakan kemahiran bahasa

dan matematik untukberfikir dan berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. o Murid dapat berfikir secara logik serta memahami isu-isukemasyarakatan dan negara o Peluang-peluang juga disediakan untuk murid-murid mengembangkanpotensi, bakat, minat dan daya kreatif mereka melalui muzik, lukisandan penulisan. o Murid-murid dapat menguasai bahasa melayu selaras dengankedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negarakita. o Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca danmenulis dalam bahasa pengantar sekolah berkenaan. o Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar. o Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal o Menimba ilmu pengetahuan dan berikhtiar untuk meluaskannya. o Mengukuhkan asas keimanan, mengerjakan amal ibadat danmengamalkan akhlak mulia. o Mengamalkan sikap dan perlakuan yang danmengamalkannya dalam kehidupan seharian berpandukan nilai murni

o Pelaksanaan KBSR yang sempurna dapat memenuhi hasrat FPK kearah penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh danseimbang dari segi JERI. o Proses pelaksanaan yang bermula dengan tahun1 hingga tahun 6amat komprehensif dan mengambil kira segala aspek proses P&Pdalam dan luar bilik darjah termasuk penyampaian ilmu dan kemahiranserta pemupukan nilai merentasi kurikulum

Kelemahan KBSR o Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalamproses P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahirandan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah o Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokusberlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Makakebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupaproses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifatmenyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perluseperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. o Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arahmembangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri ciri modal insancemerlang yang dihasratkan

Kekuatan KSSR o Menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologimaklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). o Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakansejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakulmenjadikannya 4M. o KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyaipenambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu,perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama ratauntuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. o KSSR turut bersandarkan enam tunjang iaitu komunikasi,perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri,sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. o Mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuhPentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaranmurid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insandengan lebih berkesan. o Segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerjamereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio.Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjangsesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa o Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusistandard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaanmereka mengikut band bermula dari satu hingga enam. o Walaupun ujian bertulis masih dijalankan seperti dulu, proses penilaianKSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yangditonjolkan murid dalam kelas. o o Menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu,bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanankepada kecemerlangan akademik Kelemahan KSSR o Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.