Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Pada semester ini, pelajar PISMP tahun 3 mengambil matapelajaran Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106).

Kami dibimbing oleh Puan Soo Hoo Soon Teng sepanjang semester ini. Terdapat 7 bab yang kami pelajari di samping tugasan yang memberikan input dan pengalaman yang berguna bagi kami sebagai seorang bakal guru. Sepanjang kami mempalajri subjek, terdapat pelbagai ilmu dan pengetahuan baru saya peroleh. Secara jujurnya, sebelum ini saya tidak mengambil tahu berkenaan budaya di

Malaysia. Namun sekarang saya sedari mempelajari ilmu berkaitan budaya sendiri dan orang lain sangat penting bagi mewujudkan masyarakat majmuk yang hidup aman dan harmoni. Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang budaya, matapelajaran ini wajar sekali direka bentuk dan ditawarkan kepada bakal guru sebagai persediaan guru menghadapi murid di pelbagai kawasan dari kawasan bandar, pinggir bandar, kampung dan pedalaman.Bertepatan dengan konsep 1 Malaysia, matapelajaran ini menekankan unsur perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia. Ilmu yang kami perolehi ini menjadi persediaan kepada kami bakal guru berhadapan dengan murid yang mempunyai pelbagai latar belakang, kepercayaan dan amalan. Kami juga didedahkan dengan implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap sekolah dan warga sekolah bagi menanam kesedaran yang tinggi dalam kalangan guru berhubung perkara sebenar yang akan dialami dan dihadapi guru di sekolah kelak. Sebagai guru, kita harus peka terhadap suasana di sekeliling kita supaya kita tidak melanggar adat dan budaya masyarakat di tempat tersebut. Satu perkara penting setelah guru memperoleh pengetahuan berhubung kepelbagaian masyarakat Malaysia

adalah bagaimana harus seseorang guru melaksanakan tugasnya sebagai guru kepada murid-murid yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza-beza. Sehubungan dengan itu, pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya sangat penting bagi mewujudkan suasana belajar yang harmonis. Selain itu, tugasan yang diberikan kepada kami memberikan satu pengalaman yang sangat berguna sebagai seorang bakal guru. Tugasan pembentangan dan literasi yang dilakukan meningkatkan kemahiran kami untuk mencari dan menganalisis maklumat di samping meningkatkan kemahiran komunikasi. Atas bimbingan Puan Soo Hoo kami dapat melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin. Begitu juga dengan penghasilan portfolio di mana kami mengumpul segala maklumat yang diperlukan. Portfolio ini sangat berguna untuk dijadikan bahan rujukan apabila menjadi guru kelak. Sepanjang pembelajaran subjek ini, pelbagai nilai-nilai murni yang saya dapat terapkan di dalam diri saya. Antaranya ialah kesedaran pentingnya pengetahuan tentang budaya masyarakat di Malaysia mahupun di dunia. Di samping itu, kita sebagai generasi muda perlu mengekalkan dan menjaga adat dan budaya kita supaya tidak hilang ditelan arus pembangunan yang semakin pesat. Di samping itu, tugasan berkumpulan menjadikan kami perlu bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain. Tugasan individu pula menjadikan saya lebih bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan kepada saya. Secara keseluruhannya, saya berasa seronok sepanjang pembelajaran dalam semester ini. Segala ilmu dan pengalaman yang saya peroleh saya akan aplikasikan apabila menjadi seorang guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai