Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN MINGGUAN PASUKAN PANDU PUTERI

Pada 7 Mac 2012, sekali lagi perjumpaan iaitu perjumpaan Pasukan Pandu Puteri yang kesembilan diadakan. Perjumpaan pandu puteri kali ini bertempat di Dewan Persidangan dan dihadiri oleh semua ahli patrol serta pemimpin-pemimpin bagi setiap patrol. Pada pukul 2.30 petang, kami diminta berkumpul di dean tersebut dan berada dalam patrol masing-masing. Setiap patrol diberi sehelai bendera Pandu Puteri. Kemudian, salah seorang pemimpin mengajar kami cara untu melipat bendera tersebut sebelum digantung dan dinaikkan. Cara melipat bendera Pandu Puteri mempunyai caranya tersendiri dan tidak boleh mengikatnya dengan sesuka hati. Kemudian, kami semua pula cuba melipatnya mengikut cara yang telah diajar. Selepas belajar cara melipat, pemimpin memperkenalkan jenis-jenis ikatan yang digunakan untuk menggantung bendera di tiang bendera. Antara ikatan-ikatan yang terlibat ialah ikatan lilit manuk, ikatan bunga geti dan ikatan simpul himpit. Lilit manuk digunakan untuk mengikat bendera pada togel. Setelah mempelajari ikatan-ikatan tersebut, setiap patrol diminta untuk cuba mengikat bendera di tiangnya menggunakan ikatan-ikatan tersebut. Semua patrol Berjaya membuatnya dengan baik sekali. Kemudian, selesai mempelajari ikatan, kami diajar pula tentang tiupan wisel mengikut cara Pandu Puteri. Terdapat pelbagai cara tiupan yang memberi maksudmaksud yang berlainan dan hanya ahli-ahli Pandu Puteri sahaja yang tahu akan maksud tersebut. Cara-cara tiupan wisel yang kami pelajari amat menarik sekali dan mudah untuk diingat maksudnya. Pasukan Pandu Puteri juga mempunyai isyarat tangan yang membawa maksud tersendiri. Pada perjumpaan kali ini, kami belajar pelbagai isyarat tangan tersebut. Contohnya seperti isyarat untuk berhenti, diam atau minta perhatian, tangan mestilah diangkat tinggi, tapak tangan lurus dan jari dirapatkan.

Akhir sekali, setelah sampai pukul 4.30 petang, kami menyanyikan lagu taps dan lagu dunia sebelum bersurai. Terdapat pelbagai pengetahuan baru yang telah saya pelajari dalam perjumpaan kali ini. Antaranya ialah cara untuk melipat bendera, ikatan-ikatan pada bendera, isyarat tiupan wisel dan juga isyarat tangan. Sebelum ini, saya tidak pernah mengetahui bahawa Pandu Puteri mempunyai peraturan-peraturan tertentu. Selepas perjumpaan ini, saya dapat mengetahui pelbagai rahsia isyarat Pasukan Pandu Puteri dan saya berasa bangga menjadi ahlinya kerana orang lain tidak tahu akan isyaratisyarat kami.

Anda mungkin juga menyukai