Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN JURU ACARA MAJLIS ANUGERAH PENDIDIKAN TERBILANG JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN 2011 TARIKH: 19 NOVEMBER

2011 TEMPAT: SJKC SIN HUA, JALAN TOK UNGKU, SEREMBAN

BIL MASA 1 8.30 PG 2

CUE PENDAFTARAN JEMPUTAN DAN PENERIMA ANUGERAH MAKLUMAN UMUM

ANN

CATATAN

Pengumuman: 1. Mohon para hadirin berdiri semasa Yang Berhormat Senator Dato Muhammed Najeeb bin Abdullah diumumkan masuk. 2. Kerjasama juga dipohon untuk mematikan telefon bimbit / mod getar 3. Kerjasama dipohon agar tidak meninggalkan majlis sebelum berakhir / KPPM meninggalkan dewan.

En MZ

3 4

8.50 PG 9.00 PG

KETIBAAN TUAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI SEMBILAN PENGUMUMAN KETIBAAN YG BHG DATO KPPM LAGU NEGARA KU Setelah selesai Nyanyian Lagu Negaraku

Tuan-tuan dan puan-puan dan hadirin yang dihormati: Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Senator Dato Mohammed Najeeb bin Abdullah Mohon hadirin berdiri untuk nyanyian LAGU NEGARA KU Mohon Yang Berhormat Dato, dif-dif jemputan serta hadirin sekalian mengambil tempat.

En MZ

En MZ

BIL

MASA

CUE Senarai Protokol


Abdullah

ANN

CATATAN

1. Yg. Berhormat Senator Dato Mohammed Najeeb bin


RADZ
2. Yg. Bhg Puan Rosnani binti Mohd Ali (Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia) 3. Yg. Berusaha Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak: (Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus) 4. Yg. Berusaha Tuan Abdullah bin Yussuf, (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NSDK)

5. Yg Berusaha Puan Hajjah Ipon binti Shamsudin;


(Ketua Sektor Pengurusan Sekolah merangkap Pengerusi JK Kerja Majlis Anugerah Pendidikan Terbilang JPNS 2011) 6. Yg. Berusaha Ketua-Ketua Sektor JPN, NSDK. 7. Yg. Berusaha Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah, JPNSDK. 8. Pegawai-Pegawai JPN dan PPD, BTPN dan PKG seluruh Negeri Sembilan. 9. Dato-dato dan Datin-Datin; 10. Semua Pengetua, Guru Besar, Para Graduan Cemerlang dan seterusnya para hadirin sekelian. Assalamualaikum wbt., salam sejahtera dan selamat datang ke Majlis Anugerah Pendidikan Terbilang, Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus 2011

BIL

MASA

CUE BACAAN DOA

ANN Memulakan acara pagi ini, majlis mempersilakan Ustaz Tn Hj Zainal Ariffin bin Masurom dari Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih. Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk menyatakan sepenuh aprisiasi setulus hati, atas kehadiran tetamu kehormat:

CATATAN RADZ

RADZ
Yg. Berhormat Senator Dato Muhammed Najeeb bin Abdullah, dif-dif jemputan, hadirin dan hadirat ke majlis Majlis Anugerah Pendidikan Terbilang JPN 2011 pada pagi yang

bahagia ini. Yang Berhormat dan hadirin sekalian: Dari Kedah pergi ke Perlis, Singgah bersantai di tepi jeti, Persembahan menyusul memeriahkan majlis, Moga hadirin terhibur di hati. Dengan itu terimalah persembahan medley tarian (portugis, jingkling nona, asmaradana dan Tarian 1 Malaysia) oleh Prasekolah dan murid-murid dari SK Puteri Seremban. Dengan sukacitanya dipersilakan. SETELAH SELESAI PERSEMBAHAN TARIAN Majlis merakamkan ribuan terima kasih. Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan medley tarian itu tadi adalah dibawah bimbingan Pn Ruziah, Pn Yuhaiza dan Cik Hazlina.

RADZ

BIL

MASA

CUE

ANN

CATATAN

UCAPAN YG BHG TUAN PENGARAH JABATAN PELAJARAN NSDK

Meneruskan acara pada pagi ini, dijemput : Yang Berusaha Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengarah Pelajaran NSDK atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

En MZ

Setelah Tuan Pengarah JPNS selesai menyampaikan ucapan UCAPAN PERASMIAN OLEH YG Berhormat Senator DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH

En MZ

Sidang Hadirin yang dihormati sekelian. Sampailah saat yang dinanti. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan : RADZ Yang Berhormat Senator Dato Muhammad Najeeb bin Abdullah : untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Pendidikan Terbilang, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus 2011dan seterusnya dipohon Yang Berhormat Dato Senator untuk terus berada di atas pentas bagi acara penyampaian anugerah kecemerlangan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

BIL

MASA

CUE

ANN

CATATAN

PENYAMPAIAN ANUGERAH

Yang Berhormat Dato serta hadirin yang dihormati : Majlis pada pagi ini penyampaian hadiah kecemerlangan. diteruskan dengan acara bagi anugerah-anugerah EN MZ

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berusaha Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus naik pe pentas untuk mengiringi Yang Berhormat Senator Dato

Muhammed Najeeb bin Abdullah untuk menyampaikan anugerah. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Majlis dimulakan dengan penyampaian : Anugerah .............................: Dijemput :

PENUTUP PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA YB Senator

Hadirin dan hadirat yang di hormati, Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yg.Berusaha Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan DK untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang berhormat Senator Dato Muhammed Najeeb bin Abdullah. Dijemput Yang Berhormat Dato untuk menerima cenderamata. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

RADZ

Untuk makluman hadirin sekalian, penyampaian anugerah itu tadi telah diiringi oleh Kumpulan Caklempong dari Sekolah Kebangsaan Dato Akhir Zaman, Rantau. Yang Berhormat Dato serta hadirin sekalian : Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jari disusun maaf dipinta. Dengan itu maka berakhirlah Majlis Anugerah Pendidikan Terbilang JPN NSDK Tahun 2011. Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, terutamanya kepada Yang Berhormat Senator Dato Muhammed Najeeb serta semua dif-dif jemputan yang turut hadir dalam majlis ini. Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan semasa mengacarakan majlis. Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato Muhammed Najeeb diringi oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah Pejaran Negeri Sembilan, Dif-Dif Jemputan dan hadirin sekelian untuk menjamu selera.

EN MZ

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.