Anda di halaman 1dari 3

Sejarah Rencana utama: Sejarah ukuran Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai

faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia. Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda: pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai, rekaan pakaian, atau penurakan bahan makanan. Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terawal diketahui nampaknya telah dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM di kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah Indus, dan mungkin juga Elam di Parsi. Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur. Pengetahuan kita tentang berat dan ukuran muncul dari banyak sumber. [sunting]Sistem ukuran Sebelum penggunaan sejagat akan sistem metrik, banyak sistem ukuran yang berbeza digunakan. Kebanyakannya dikaitkan dengan sesuatu takat atau yang lainnya. Lazimnya, ia dikaitkan dengan matra jasad manusia. Sebagai kesannya, unit ukuran boleh berbeza bukan sahaja dari tempat ke tempat, tetapi turut daripada orang perseorangan. Beberapa sistem metrik bagi unit telah berkembang sejak penggunaan sistem metrik asli di Perancis pada tahun 1791. Sistem metrik piawai antarabangsa kini adalah Sistem unit antarabangsa. Ciri penting bagi sistem moden adalah pemiawaian. Setiap unit mempunyai saiz yang sama semuanya. Kedua-dua unit imperial dan unit kebiasaan Amerika Syarikat terbit daripada unit Inggeris. Unit imperial dahulunya sering digunakan oleh Komanwel British dan bekas Empayar British. Unit kebiasaan Amerika Syarikat adalah sistem ukuran utama di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, beberapa langkah pemetrikan telah dibuat. Sistem di atas adalah berdasarkan unit sembarangan yang dijadikan rasmi dan piawai. Beberapa nilai unit adalah semula jadi dalam sains. Sistem unit yang berdasarkan unit-unit yang tersebut dipanggil unit semula jadi. Sama juga dengan unit semula jadi, unit atom (au) adalah sistem unit ukuran yang sesuai digunakan dalam fizik atom. Juga terdapat banyak unit yang pelik dan tidak piawai yang ditemui. Ini termasuklah: tan TNT, bom atom Hiroshima dan berat seekor gajah. [sunting]Unit asas dan terbitan Sistem unit yang berbeza diasaskan oleh pilihan set unit asas yang berbeza. Sistem unit yang paling luas digunakan adalah Sistem Unit Antarabangsa, atau SI. Terdapat tujuh unit asas SI. Semuaunit SI lain boleh diterbitkan dari unit asas tersebut. Bagi kebanyakn kuantiti, unit amatlah diperlukan untuk membicarakan sesuatu nilai kuantiti fizik. Sebagai contoh, memberi seseorang kepanjangan tertentu tanpa menggunakan sesuatu unit amatlah

mustahil kerana kepanjangan tidak boleh diperihalkan tanpa menggunakan sebarang rujukan bagi nilai tersebut. Tidak semua kuantiti memerlukan unit mereka masing-masing. Dengan menggunakan hukum fizik, unit kuantiti boleh dinyatakan sebagai gabungan unit bagi kuantiti lain. Maka, hanya satu set kecil unit diperlukan. Unit-unit ini dianggap sebagai unit asas. Unit lain adalah unit terbitan. Unit terbitan adalah untuk kemudahan, memandangkan unit-unit itu boleh dinyatakan dalam unit asas. Unit yang mana menggunakan unit asas adalah satu pilihan. Unit asas SI bukanlah set unit terkecil. Set terkecil telahpun ditakrifkan. Terdapat set yang medan elektrik dan magnet berkongsi. Ini bergantung kepada hukum fizik yang menunjukkan bahawa medan electrik and magnet adalah manifestasi yang berbeza bagi fenomena yang sama. Dalam beberapa bidang sains, sistem unit lebih digunakan berbanding sistem SI.

Anda mungkin juga menyukai