KEMAHIRAN MENYAMPAI :
UCAPAN
Siti Nadiah Binti Mustafa
Wan Syafawati Binti Rosdy PPISMP 3.05
PENGENALAN
Ucapan adalah satu bentuk komunikasi sehala iaitu hadirin mendengar perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap. Ucapan biasanya terdapat dalam majlis perasmian, perhimpunan, perkahwinan, perpisahan, ulang tahun dan sebagainya. Kandungan ucapan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis majlis itu, latar belakang, umur atau status sosial. Ucapan dikemukakan berdasarkan tema dan agenda sesuatu majlis.
DEFINISI UCAPAN
UCAPAN : kata-kata yang mengandungi isi bagi melahirkan pelbagai harapan dan perasaan kepada khalayak tertentu dengan melafazkan kata-kata kesejahteraan, rasa terima kasih, tahniah, takziah, dan sebagainya.
JENIS UCAPAN
UCAPAN RASMI UCAPAN TIDAK RASMI
Penyampaian dalam majlis formal yang dihadiri oleh tetamu khas. Pengucap terdiri daripada orang kenamaan. Komunikasi sehala. Pengucap membuat persediaan dari segi isi kandungan yang ingin disampaikan yang bersesuaian dengan konteks dan situasi majlis. Teks ini merupakan skrip ucapan yang disiapkan oleh mereka yang dipertanggungjawabkan sebelum majlis bermula.
Ucapan yang disampaikan secara bebas tanpa terikat kepada sebarang prosedur. Menggunakan bahasa yang mudah, ringkas dan terus kepada maksud. Boleh diselitkan dengan unsur jenaka dan usikan yang menimbulkan rasa gembira dan gelak ketawa. Kadangkala melibatkan komunikasi 2 hala, iaitu pendengar boleh menyampuk, bertanya atau membalas apa yang diujarkan oleh pengucap.
CIRI-CIRI UCAPAN
Bahasa yang mudah difahami Isi yang bermakna Struktur ucapan Suara yang jelas Cara persembahan Keyakinan diri Gaya penyampaian
Isi
pendek
masa panjang
Penutup
masa panjang
Gaya tersendiri Berkeyakinan berjalan dengan tenang Adakan hubungan dengan audiens Tunjukkan Senyuman, ceria Mulakan ucapan tanpa memandang nota Mulakan dengan terima kasih kepada pengacara majlis Perkenalkan diri / kumpulan Nyatakan perasaan, harapan dan jangkaan terhadap pendengar
Nyatakan kerangka isi ucapan Nyatakan betapa pentingnya audiens mendengar ucapan anda hari ini Buat jenaka (sekali sekala) Gunakan kata-kata hikmat Nada suara Perkatakan sesuatu mengenai majlis Tunjukkan bahawa kita gemar berucap Memuji pendengar dengan ikhlas
Rumusan apa yang telah disampaikan Selitkan mutiara kata Harapan kepada audiens Ucapan terima kasih pada penganjur Ucapan terima kasih pada pendengar Berjalan ke tempat duduk dengan sopan dan bersemangat