Anda di halaman 1dari 4

(a) Apa yang anda faham tentang potensi diri?

Potensi diri merupakan kemampuan,keupayaan,kebolehan dan kesanggupan yang ada dalam diri manusia yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t untuk manusia memajukan diri. Potensi diri juga berkait rapat dengan kejayaan dan kecemerlangan seseorang individu.Seseorang mungkin sedar ataupun tidak sedar bahawa mereka mempunyai potensi dalam diri masing-masing.Potensi diri mungkin dapat dikesan melalui tindak balas daripada individu lain ataupun hasil memuhasabah diri.Seseorang individu mungkin mempunya lebih dari satu potensi diri. Disini manusia akan menggunakan kebijaksaan masing-masing untuk

memilihnya.Pemilihan potensi diri mestilah terarah dan mempunyai garis panduan supaya bersesuaian dengan alam sejagat.Dengan kata lain,individu perlu memilih potensi diri yang positif supaya tidak terjadinya penindasan,bertindak mengikut perasaan, dan bersikap tamak atau lebih tepat lagi tidak bersifat penjenayahan.Potensi diri seseorang individu mungkin berbeza-beza bergantung kepada latarbelakang pendidikan,ilmu,persekitaran dan taraf hidup. Potensi diri adalah satu titik tolak yang amat bernilai jika dimanipulasikan dengan bijak dan teratur.Seseorang individu perlu mencipta hala tuju potensi diri mengikut kemampuan, keupayaan dan ,kebolehan yang ada.Pengurusan potensi diri amatlah penting supaya ia tidak membawa kesan yang mungkin membuatkan seseorang individu itu kecewa dan mungkin berputus asa. Oleh itu,potensi diri haruslah dibimbing dan sentiasa dimotivasikan supaya proses pengembangannya berlaku dengan efektif.Potensi diri yang sejajar dengan kemahuan dan kecemerlangan yang ingin dicapai akan menjadikan seseorang individu

mempunyai keprofesionalisme dalam hidup serta sentiasa memperbaiki diri untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

(b) Apakah potensi diri yang dominan pada diri anda?

Potensi diri yang paling dominan pada diri saya adalah lebih kepada kecerdasan Fizikal. Iaitu lebih terarah kepada bidang sukan dan permainan.Dimana saya seringkali dan selalu melibatkan diri dengan aktiviti fizikal seperti berbasikal,bermain bola sepak,sepak takraw dan juga menyertai permainan tradisional seperti ketinting kapal terbang,tuju tin,kejar-kejar,layang-layang,dan batu seremban semasa di luar waktu persekolahan. Manakala pada waktu persekolahan saya mewakili sekolah dalam sukan olahraga,bola sepak,sepak takraw dan bola tampar.

Dengan penglibatan yang lebih aktif dalam bidang fizikal,saya mula memahami bahawa potensi diri saya lebih kepada kecerdasan fizikal.Potensi diri saya ini dapat dikenalpasti sewaktu umur saya sebelas tahun semasa menjalani persekolahan peringkat sekolah rendah. Proses pengembangan bakat yang ada dalam diri saya pada masa itu didorong oleh beberapa faktor. Antaranya ialah ibu bapa, guru dan rakanrakan. Secara tidak langsung dapatlah kita lihat disini bahawa pengembangan potensi diri saya dan mungkin kanak-kanak lain adalah dihasilkan melalui faktor berikut.

Semasa di sekolah rendah,potensi diri saya tidak spesifik kepada sesuatu permainan dan bidang sukan sahaja. Dimana saya melibatkan diri dalam beberapa sukan, seperti olahraga,bola sepak,sepak takraw dan bola tampar. Apabila saya melangkah ke sekolah peringkat menengah,saya mula berfikir mengenai potensi diri dengan lebih mendalam. Supaya potensi diri saya yang berkaitan

dengan bidang kecerdasan fizikal seimbang atau sejajar dengan tuntutan bidang akademik.Berikutan dengan itu saya hanya memilih satu jenis sukan atau permainan yang boleh saya beri tumpuan dan menguasai kemahiranya di tahap yang maksima. Supaya potensi diri saya dalam sukan atau permainan yang dipilih dapat dikembangkan dengan lebih teratur,sistematik dan memperoleh bukan setakat kejayaan malah kecemerlangan yang boleh melonjakkan potensi diri keperingkat yang lebih tinggi dan berguna untuk masa hadapan. Dengan itu, saya sedar bahawa potensi diri yang dominan untuk diri saya adalah yang berkaitan dengan kecergasan fizikal.

Anda mungkin juga menyukai