Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGERUSI MAJLIS MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN DAN PENYERAHAN ANAK ANGKAT

PERKARA TINDAKAN QUE

General Announcement Mohon perhatian.

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, sidang hadirin diminta untuk mematikan telefon bimbit atau meletakkanya dalam mod senyap.

Apabila diumumkan ketibaan Yang Berhormat , bersama-sama dif-dif jemputan, hadirin diminta untuk sama-sama berdiri, diikuti dengan nyanyian Negaraku

Kerjasama daripada hadirin amat dihargai. Terima Kasih..

Ketibaan jemputan

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat xxx serta dif-dif jemputan masuk ke dalam dewan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku dengan iringan muzik

Hadirin dipersilakan duduk

Kata-kata aluan

Ke pekan kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah

=== SALUTASI-===

Assalamualaikum wbt, Selamat Sejahtera, Salam 1Malaysia

Mencari timba si anak dara, Dibawah sarang Burung Tempua, Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali, Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu ilahi.

Aluan pengerusi

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah dan izinNya dapat kita berkumpul pada petang ini untuk bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian

Majlis juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat, dif-dif jemputan, barisan penyelaras Sekretariat Rukun Negara, serta hadirin sekalian kerana sudi bersama-sama dalam memeriahkan majlis pada petang yang berbahagia ini.

Bacaan Doa

Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat, Angkat tangan jemari sepuluh,

Doa di pohon biar selamat

Untuk itu,bagi memberkati majlis kita pada malam ini, dijemput saudara ........ untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan...

Amin Ya Rabbal Alamin.. terima kasih diucapkan kepada saudara ........ atas bacaan doa sebentar tadi.Semoga majlis kita pada malam ini akan mendapat keberkatan daripada Tuhan Yang Maha Esa.INSYA ALLAH.....

Ucapan

Bukan rumput sebarang rumput Rumput penghias tepi halaman Bukan jemput sebarang jemput Jemput memohon kata aluan

Hadirin sekalian

Bagi memulakan acara majlis pada hari ini, majlis kini menjemput Yang Berusaha untuk menyampaikan ucapan alu-aluan..

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa, Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa

Seterusnya, majlis kini mempersilakan Yang Dihormati untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati diatas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi, Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami,

Hadirin sekali,

Sekarang tibalah masanya untuk Untuk itu, tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini menjemput untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.

Dipersilakan.

Majlis diteruskan dengan upacara gimik perasmian. Untuk itu majlis menjemput Yang Dihormati dan Yang Berusaha Untuk bersama-sama dengan perasmi berada di atas pentas bagi menyempurnakan

gimik perasmian. .

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada kerana sudi menyempurnakan.

Simbolik Penyerahan Anak angkat

Seterusnya majlis diteruskan untuk simbolik penyerahan anak angkat

Bagi kampung ____________ dijemput wakil anak angkat ______________ bersama Keluarga Angkatnya ______________________________.

Penyampaian Sidang hadirin sekalian cenderamata

Akhirnya majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderamata

Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Dikasihi untuk mengiringi Yang Dihormati untuk tampil ke hadapan bagi menyempurnakan penyampaian hadiah.

Dipersilakan Yang berhormat untuk menerima cenderamata kenang-kenangan kerana sudi merasmikan majlis pada hari ini.

Seterusnya dipersilakan pula, Yang Berusaha untuk menerima cenderamata.

Akhir sekali,sebagai tanda kenang-kenangan buat Yang Dihormati hadir ke majlis pada hari ini, majlis dengan ini mempersilakan Yang Dikasihi menyampaikan cenderamata kepada beliau.

Majlis sekali lagi merakamkan uicapan terima kasih kepada semua tetamu jemputan

terutama kepada Yang Berhormat kerana sudi hadir pada majlis pada hari ini.

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada malam ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada yang Berhormat , dif-dif jemputan serta hadirin sekalian kerana sudi bersamasama hadir untuk menjayakan majlis kita pada malam ini.

Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini, Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah sini.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari sepuluh maaf dipinta.

Segala kekurangan yang berlaku disepanjang majlis pada kali ini, saya mewakili semua jawatankuasa pelaksana majlis menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Sesunguhnya yang baik itu datang dari Allah dan kelemahan itu datangnya dari diri kami sendiri. Sekian wabillahi.

Anda mungkin juga menyukai