Anda di halaman 1dari 10

Terangkan konsep dualisme.

Pada pendapat anda, adakah konsep dualismememaparkan gambaran pembangunan di kebanyakan Negara Sedang Membangun (NSM)? Beri justifikasi kepada penjelasan anda. Negara Sedang Membangun sering dikaitkan dengan masalah pembangunan seperti kemiskinan, ketidaksamarataan antara penduduk, populasi yang tinggi, pengangguran, dan lain-lain. Kesan daripada masalah-masalah tersebut maka wujud sebuah ekonomi yang dikenali sebagai ekonomi dualisme, seperti negara Thailand dan Malaysia. Namun begitu, dualisme juga terdapat di Negara Maju seperti Korea Selatan. Dualisme merupakan suatu keadaan yang berbentuk kedua-duaan atau suatu konsep dan teori yang berdasarkan dua prinsip atau asas yang berlainan dan bertentangan dalam ekonomi pada masa dan waktu yang sama. Ia menekankan keadaan yang bersifat superior dengan keadaan bersifat interior yang saling berdampingan pada ruang masa yang sama. (Smith, 2011). Konsep dualisme ini menunjukkan adanya perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin dalam sesuatu masa. Selain itu, konsep dualisme dapat dijelaskan dalam pelbagai aspek seperti dualisme dalam ekonomi, dualisme dalam pendidikan, dualisme dalam teknologi, dualisme dalam sosial, dualisme dalam kemiskinan dan lain-lain dualisme. Bagi konsep dualisme dalam ekonomi ini, ia diterangkan dalam beberapa pendekatan ekonomi. Pendekatan pertama diterangkan oleh Cf Boeke dalam bukunya yang bertajuk All references are to number in bibliography at the end , iaitu ia menganggapkan dualisme sebagai satu fenomena sosio-ekonomi. Ia diterangkan dari segi kuasa sosiologi dalam pendekatan ekonomi. Pendekatan kedua adalah berorientasikan hubungan pengeluaran. Pendekatan ini menekankan hubungan pengeluaran di antara kedua-dua sektor dengan menggunakan model

pertumbuhan ekonomi dalam kajian utama pembangunan dua sektor ekonomi dan setiap sektor telah diagregatkan. Selain itu, bagi dualisme dalam sosial pula, ia menerangkan keupayaan dalam mempertingkatkan kesejahteraan masyarakat. Pada dasarnya pengaruh dualisme terhadap pembangunan sering terjadi pada Negara-negara Sedang Membangun sehingga menyebabkan ketidaksempurnaan mekanisme pasaran ini akan

mengakibatkan sumber daya yang tersedia tidak dapat digunakan secara efisien. Malahan, ia juga dapat menganalisis mengenai setiap dualisme menunjukkan bahawa penggunaan teknologi yang amat tinggi dalam sektor moden cenderung dalam proses perkembangan pekerjaan dalam sektor moden tersebut. Hal ini akan merumitkan masalah pengangguran yang dihadapi oleh masyarakat tersebut. Konsep dualisme sememangnya wujud di kebanyakan Negara Sedang Membangun yang memaparkan gambaran pembangunan sebenarnya di negara tersebut. Berdasarkan kajian kes di Thailand menunjukkan negara tersebut merupakan sebuah Negara Sedang Membangun yang diklasifikasikan sebagai negara yang berpendapatan sederhana rendah. (LMC). Thailand yang memiliki bandar terbesar iaitu Bangkok dikenali sebagai The City of Angel atau Kota Para Malaikat yang merupakan pusat bagi kebanyakan aktiviti perdagangan dan ekonomi. Proses urbanisasi di Bangkok semakin bertambah meluas sejak tahun 1971 dan seiring dengan perkembangan Bangkok sebagai kota utama Thailand yang menyebabkan wujudnya Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) yang berperanan untuk merancang dan mengurus bandar tersebut dari aspek perkhidmatan pengangkutan, pengurusan pembandaran, perumahan, alam sekitar, pengurusan sisa buangan dan sebagainya.

Dalam konteks sejarah, Thailand pada mulanya menjalankan ekonomi tradisional sara diri berasaskan pertanian. Kemudian kemasukan orang Cina telah mengubahkan ekonominya kepada bentuk perniagaan. Pada ketika ini muncul perniagaan yang dipanggil Hab Ray yang bermaksud membawa sambil merantau. Seseorang itu perlu membawa sebatang buluh yang diletakkan di atas bahu dengan seimbang dengan membawa bersama bakul dihujung batang buluh tersebut yang diisi pelbagai barang untuk dijual. Jadi, hal ini telah bermulanya sektor informal iaitu lahirnya golongan penjaja di jalanan. Sebagai contoh, pada tahun 1998 merupakan salah satu tahun Thailand berada dalam keadaan yang paling buruk dari segi prestasi ekonomi. Kadar penganggurannya adalah 4.4%. Pada tahun 2008, kadar pengangguran dalam kebanyakan negara adalah melebihi 5%, secara relatifnya kadar pengangguran di Thailand adalah lebih rendah. (When Unemployment Hits Home, 2009). Kebanyakan orang Bangkok terlibat dalam sektor informal kerana mereka tidak bekerja dengan syarikat tetapi sebaliknya mereka menjual dan membeli barang-barang tempatan atau menyediakan perkhidmatan di kawasan tertentu. 87% yang bekerja dalam sektor informal adalah golongan miskin. Contoh pekerjaan seperti pemandu Tuk-tuk (motorsikal), peniaga pasar, penjaja, pemuzik jalanan dan sebagainya. Walaupun sektor informal lebih besar di Bangkok, namun bandarnya tetap maju dan membangun. Antara sektor formal adalah sektor pelancongan, penghasilan tekstil serta pengeluaran barang kemas, barang elektronik, komputer, automotif dan sebagainya. (Google Life Trips) Situasi dualisme ketara di jalan utama seperti di Silom Road yang merupakan pusat perniagaan besar dan adanya bank of Bangkok yang menjadi tumpuan penduduk Thailand dan warga luar. Laluan pejalan kaki biasanya telah bertukar keadaannya kerana terdapatnya penjaja-penjaja dan

peniaga kecil yang menjual makanan, minuman, pakaian, aksesori,dan halwa telinga iaitu muzik. Terdapat juga gerai-gerai kecil yang dibina oleh mereka sendiri yang menjual makanan seperti Nasi Goreng Cina, Bihun Thai, Moo Dad Diew (daging babi yang dipanggang), Ko Mok Gai (seperti nasi ayam) dan sebagainya. Aktiviti dan interaksi antara golongan informal ini bukan sahaja dalam kalangan mereka namun juga adanya hubungan yang erat dengan golongan dari sektor formal. Sektor formal yang terdiri daripada pegawai kerajaan, pegawai bank, peguam, doktor dan ramai lagi turut terlibat dalam interaksi ini. Hal ini kerana golongan dari sektor formal turut membuat urusan jual beli dengan golongan peniaga kecil dan penjaja di tepi jalan. Contoh kebiasaannya pada waktu rehat tengahari mereka akan makan di gerai-gerai yang berdekatan dan di luar pejabat kerana harganya yang lebih murah dan juga dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas yang sememangnya teruk dan sering wujud di bandar besar seperti Bangkok. Penguasaan kawasan awam sebagai tempat berjaja dan berniaga secara kecil-kecilan juga dapat dilihat di sepanjang sungai di Bangkok. Terdapat ramai peniaga yang berniaga menerusi sampan sambil menelusuri 1klong. Antaranya termasuklah majoriti golongan lelaki dan perempuan serta golongan kanak-kanak yang menjual buah-buahan, sayur-sayuran, bunga, aiskrim, kopi dan ada juga yang menawarkan perkhidmatan membaiki periuk dan cerek. Pekerja-pekerja dalam kalangan sektor formal juga membeli dan menggunakan perkhidmatan mereka kerana kemudahan serta harga yang lebih rendah berbanding pasar raya.
Khlong juga dieja dengan perkataan Klong. Perkataan ini merupakan nama umum untuk terusan di dataran pusat Thailand. Terusan ini telah mewujudkan beberapa sungai kecil seperti Phraya Chao, Chin Tha dan Sungai Mae Klong.

Situasi dualisme ini terjadi kerana terdapat peluang pekerjaan yang banyak. Hal ini demikian kerana Bangkok merupakan kawasan tumpuan ekonomi. Penduduk dari kawasan luar bandar datang ke Bangkok untuk mengubah nasib mereka. Namun, akhirnya terpaksa memasuki sektor informal kerana tidak memiliki kemahiran (Valentin Chu, 1968). Akibat kemasukan ramai penghijrah dari bandar menyebabkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor formal adalah terhad. Pekerjaan dalam sektor formal memerlukan pekerjanya berpendidikan dan mempunyai kemahiran yang tinggi dan relatif. Hal ini menyebabkan mereka yang berhijrah dari luar bandar tidak dapat memasuki pasaran sektor formal. Kerajaan Thailand telah menyediakan langkah-langkah bagi mengurangkan dualisme yang ketara di Bangkok antara sektor formal dan sektor informal. Contohnya, Kempen Sabai Walk diadakan kerana masyarakat umumnya tidak berpuas hati atas ketiadaannya ruang awam di Siam Square sebagai akibatnya wujud penjaja jalanan. Maka, pada masa yang sama, kerajaan Thailand juga ingin membantu meningkatkan pendapatan golongan sektor informal dengan membina laluan pejalan kaki atau kawasan untuk memberi ruang kepada penjaja dan peniaga kecil untuk meneruskan aktiviti ekonomi mereka. Golongan ini bakal mendapatkan kemudahan kerana kerajaan memberi perlindungan keselamatan dan juga diiktiraf sah oleh kerajaan walaupun mereka harus membayar cukai. Setiap penjaja dikenakan bayaran 300 Baht setiap bulan sebagai bayaran penyelenggaraan kawasan tepi jalan tersebut dan seterusnya mereka dibenarkan berniaga sekiranya mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Bangkok Metropolitan Admnistration (BMA). Cara ini dilihat sedikit sebanyak membantu golongan sektor informal untuk terus berkembang dan mampu menjalankan kehidupan di bandar Bangkok.

Seterusnya kajian kes di Malaysia turut membuktikan keadaan dualisme yang wujud menunjukkan gambaran pembangunan yang nyata di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengadakan dualisme. Jika dilihat secara menyeluruh, keadaan dualisme di Malaysia telah wujud sejak abad ke-20 lagi. Ekonomi tradisional pada waktu itu tidak membawa pulangan yang lumayan sebaliknya hanya dijalankan untuk menyara keluarga sahaja dan bukan untuk perniagaan besar-besaran. Namun pada hari ini, ekonomi tradisional telah dijadikan sebagai salah satu industri asas tani (IKS) dan kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan industri tersebut. Dalam era globalisasi pada hari ini, dapat dilihat bahawa sektor ekonomi formal dan informal telah wujud di Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi dualisme masih lagi terdapat di Malaysia. Ekonomi formal adalah pekerjaan yang melibatkan perindustrian dan perkhidmatan seperti pekerja kilang, pegawai-pegawai kerajaan, doktor, guru dan lain-lain.. Sektor ini adalah penyumbang utama terhadap pendapatan per kapita, pertumbuhan ekonomi negara dan pendapatan boleh guna masyarakat. Sektor ekonomi informal pula adalah seperti perniagaan kecil-kecilan seperti perniagaan kedai makan, warung-warung kecil, penjaja di kaki lima, jurujual dan sebagainya. Sektor ekonomi informal dilakukan hanyalah untuk menyara diri dan keluarga, dan pulangan hasil adalah rendah. Sektor ini hanya mampu memperoleh pendapatan yang tidak melibatkan pertumbuhan ekonomi negara. Ekonomi dualisme wujud di Malaysia adalah kerana wujudnya hubungan saling bergantung antara kedua-dua jenis ekonomi tersebut. Dalam sektor ekonomi formal misalnya, seorang doktor ditugaskan untuk merawat manakala bagi sektor ekonomi informal pula, seorang peniaga kedai makanan akan memasak makanan untuk dijual. Di sini dapat dilihat bahawa seorang doktor perlu mencari kedai makan untuk membeli makanan pada waktu rehat manakala seorang peniaga makanan

memerlukan rawatan sekiranya mereka mengalami masalah kesihatan. Jelas dapat dilihat di sini bahawa ekonomi di Malaysia berlaku secara serentak. Namun walau bagaimanapun, kewujudan ekonomi dualisme ini telah menyebabkan populasi bandar semakin meningkat. Hal ini adalah disebabkan wujudnya perpindahan migrasi dari luar bandar ke bandar. Namun walau bagaimanapun, Kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah telah melaksanakan satu skim yang dipanggil Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) bagi mengurangkan ekonomi informal seperti menjaja di tepi jalan dapat dikurangkan di bandar-bandar besar. Objektif utama pelaksanaan SPED adalah untuk meningkatkan bilangan pengusaha Bumiputera luar bandar di dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan dibenarkan oleh undang-undang. Jalan-jalan utama yang menjadi tumpuan peniaga-peniaga di kaki lima di Kuala Lumpur seperti di jalan masjid India dan jalan Chow Kit menunjukkan keadaan dualisme dalam sektor informal secara jelas. Peniaga-peniaga di kaki lima di Kuala Lumpur mencari rezeki dengan menjual barangan seperti pakaian, beg, kasut dan ada juga yang menjaja di kawasan tersebut, seperti yang dilihat di negara Thailand. Barangan jualan yang dijual dengan harga yang murah di kawasan tersebut telah mewujudkan keadaan saling bergantungan antara sektor formal dan informal di Kuala Lumpur. Hal ini kerana taraf hidup di Kuala Lumpur yang semakin meningkat menyebabkan urusan jual beli diadakan antara golongan pekerja dalam sektor formal sektor tidak formal oleh sebab harga barangan yang dijual adalah murah dan mudah didapat. Pada pendapat kami, keadaan dualisme di Malaysia adalah wujud disebabkan oleh taraf hidup di bandar adalah tinggi. Untuk pekerja yang mempunyai gaji yang rendah, mereka tidak mampu untuk

menyara hidup di bandar. Keadaan ini menyebabkan mereka berniaga secara kecil-kecilan di tepi-tepi kaki lima. Selain kajian kes di Negara Sedang Membangun, kami juga mengkaji situasi dualisme yang turut dialami oleh negara maju seperti Korea Selatan. Menurut World Bank, Korea Selatan merupakan salah sebuah negara yang berpendapatan tinggi (OECD) di Asia. Pada tahun 1960-an, Korea Selatan hanya merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Namun, dengan usaha gigih pemimpin dan masyarakat Korea itu sendiri mereka telah berjaya menjadi sebuah negara besar selepas Perang Korea (1950-1953). Keazaman yang tinggi untuk berjaya yang berteraskan falsafah asas tiada warganegara yang harus diketepikan daripada sebuah pergerakan umum yang dicorakkan untuk kesejahteraan bersama (Prof Madya Dr.M.Rajendran). Keadaan ini telah membawa negara Korea yang pada suatu ketika sama taraf dengan Malaysia pada satu masa dahulu iaitu negara membangun tetapi pada masa kini merupakan salah satu negara yang maju di dunia. Pada tahun 2010 pupulasi negara Korea Selatan hanya berjumlah 48 875 000 (World Bank). Namun ia masih berupaya menjadi sebuah negara pesaing yang hebat kepada negara-negara maju yang lain seperti Jepun. Selain itu, pembangunan Bandar adalah 100% di Korea Selatan dan masyarakat di bandar menerima sanitasi yang baik berbanding hanya 96% di Malaysia (World Bank). Walau bagaimanapun, negara Korea juga turut mengalami dualisme yang berlaku dalam masyarakat. Di Korea, industri kecil-kecilan telah memainkan peranan yang semakin penting dalam membekalkan komponen dan produk separuh siap untuk industri berskala besar. (Ks., 1985). Selain itu,

pembangunan industri kecil-kecilan dibangun selepas Korea Selatan telah mencapai tahap perindustrian yang agak tinggi terutamanya dalam industri barang-barang logam berat.

Cadangan Polisi Polisi yang berkesan dan bernas haruslah dijalankan untuk mengatasi dualisme. Kerajaan boleh memberikan galakan kepada sektor informal untuk mengikuti program keusahawanan agar mereka boleh menjalankan perusahaan secara kecil-kecilan. Selain itu, kerajaan boleh mengenakan undang-undang dan peraturan agar sektor informal harus melaporkan laporan kewangan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya pendapatan mereka boleh diambilkira dalam pengiraan pendapatan negara. Untuk mengurangkan jurang kemiskinan yang timbul di sesebuah negara, kerajaan boleh menambahkan pengenaan cukai progresif terhadap golongan yang berpendapatan tinggi agar cukai yang dikumpul itu digunakan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah. Usaha ini mampu mengurangkan beban golongan tersebut dari aspek kos hidup. Secara kesimpulannya, keadaan dualisme kebanyakannya wujud di Negara Sedang Membangun tetapi juga wujud di negara maju dan negara yang berpendapatan tinggi. Keadaan ekonomi di negara yang wujudnya dualisme mempunyai dua sektor iaitu sektor formal dan sektor

tidak formal. Pendapatan sektor formal diambilkira dalam pengiraan pendapatan negara tetapi pendapatan sektor tidak formal tidak dimasukkan dalam pendapatan negara walaupun sektor tidak formal menyumbangkan perkembangan terhadap negara dari segi sosial. Dalam kajian kes Thailand, dalam negara Bangkok wujudnya banyak sektor tidak formal yang secara tidak langsungnya membekalkan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Hal ini telah menurunkan kadar pengangguran di Thailand. Selain itu, dalam kajian kes Korea pula, sektor industri yang berskala kecil mampu memberikan sumbangan kepada sektor industri yang berskala besar.

10

Anda mungkin juga menyukai