Anda di halaman 1dari 5

Kesihatan Asas Kesejahteraan

Tahukah kamu bahawa kesihatan itu asas kesejahteraan hidup? Sudah tentu! Sehubungan dengan itu, kita perlu menjaga kesihatan diri amatlah penting.Sekiranya kita menjaga kesihatan diri, kita akan dapat menghindar diri daripada serangan penyakit. Malah ,tubuh kita akan cergas dan minda kita menjadi cerdas. Tubuh kita memerlukan zat makanan yang utama seperti karbohidrat, protein ,vitamin ,lemak dan garam galian .Oleh yang demikian,kita perlu mengamalkan cara permakanan yang seimbang. Apatah lagi, makanan yang seimbang dapat memperkukuh sistem pertahanan diri kita daripada serangan penyakit. Selain itu, kesihatan diri juga dapat dijaga melalui pelbagai aktiviti riadah. Aktiviti riadah sememangnya agak sukar dilakukan oleh sesetengah orang. Hal ini demikian kerana mereka selalu menjadikan kesibukan sebagai alasan. Akibatnya, tubuh badan mereka menjadi lemah dan selalu sakit.

Oleh sebab itu, jadikanlah amalan pemakanan seimbang dan beriadah sebagai budaya hidup kita. Sesungguhnya, aktiviti sedemikian pasti akan menjadikan kita sihat dan sejahtera sepanjang masa. Jumpa lagi pada waktu yang sama, esok! Salam hormat.

Aktiviti 1
1.Kelaskan maklumat tentang zat makanan dan jenis sukan dalam jadual di bawah. a.Contoh makanan mengikut jenisnya. Karbohiderat Protein Vitamin Garam Galian Lemak

b.Contoh sukan mengikut jenisnya. Sukan Air Sukan Udara Sukan Olahraga

SUKAN DAN KESIHATAN PANTUN Korus Rasa sayang hey.. Rasa sayang sayang hey.. Hey.. lihat nona jauh rasa sayang sayang hey.. Mari kita dengar cerita Badan sihat punyalah guna Buat apa yang kita suka Tiada halangan tiadalah seksa Ulang korus Kebersihan mesti dijaga Kalau tak mahu sakitkan mata Sampah sarap bersih bersama Hiduplah kita aman sejahtera Ulang korus

Demam denggi musuh semua Nyamuk aedes punya angkara Bahaya sungguh kalau tak jaga Hiduplah kita aman sejahtera Ulang korus Wahai sekalian rakan dan taulan Ingat ini pesanan hamba Sahutlah seruan kerajaan Sihat rakyatnya makmur Negara Klik Bestari

Bestari
Penanda wacana ialah perkataan atau frasa yang diogunakan untuk melanjutkan idea dalam sesuatu perenggan. Penggunaan penanda wacana akan melahirkan perenggan yang koheran, iaitu perenggan yang mempunyai kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang lain. Contoh : sungguhpun, hal ini demikian, apatah lagi, dengan itu

Senaraikan penanda wacana yang terdapat dalam maklumat tersebut. 1._____________________ 2._____________________ 3._____________________ 4._____________________ 5.______________________ 6.______________________ 7.______________________ 8.______________________

Pilih lima penanda wacana tersebut dan bina ayat daripadanya.

1.___________________________________________________ 2.___________________________________________________ 3.___________________________________________________ 4.___________________________________________________ 5.___________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai