Anda di halaman 1dari 9

(`Andai ingin MENANGIS ,menangislah dengan TANGISAN kepada dosa dosa yang telah dilakukan..

") (` Andai ingin MARAH,marahlah dengan KEMARAHAN kepada mereka yang mempersendakan agama Tuhan..") (` Andai ingin SABAR,sabarlah dengan KESABARAN kepada segala takdir yang telah ditentukan..") (` Andai ingin DIAM,diamlah dengan DIAM kepada perkara yang boleh mensia-siakan dan membinasakan..")

Duit boleh beli BANTAL dan TILAM, tetapi tidak boleh beli TIDUR... Duit boleh beli UBAT, tetapi tidak boleh beli KESIHATAN... Duit boleh beli BUKU, tetapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN... Duit boleh beli INTAN PERMATA, tetapi tidak boleh beli KECANTIKAN...

Duit boleh beli MAKANAN, tetapi tidak boleh beli SELERA... Duit boleh beli RUMAH, tetapi tidak boleh beli KELUARGA... Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tetapi tidak boleh beli PELAJARAN... Duit boleh beli HIBURAN, tetapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN...

Duit boleh beli PERNIAGAAN, tetapi tidak boleh beli KEBERKATAN... Duit boleh beli CINTA, tetapi tidak boleh beli KESETIAAN... Duit boleh beli ORGAN BADAN, tetapi tidak boleh beli NYAWA... Duit boleh beli PANGKAT dan KEDUDUKAN, tetapi tidak boleh beli IMAN

~Renung-renungkan~

SIAPA KATA?

SIAPA KATA USTAZ tak pernah buat DOSA.. SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH.. SIAPA KATA CIKGU tak pernah buat SILAP.. SIAPA KATA CHEF tak pernah masak NASI MENTAH.. SIAPA KATA DOKTOR tak pernah SAKIT.. SIAPA KATA PROFESOR tak pernah kena tipu.. (walaupun PROFESOR serba TAHU..)...

INGATLAH Bahawa,,

Semua MANUSIA yang HIDUP Di DUNIA ini,, ALLAH berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing2..

ALLAH berikan KELEBIHAN,, Bukanlah 100% diBERI semua pengeTAHUan..

ALLAH berikan KEKURANGAN,, Bukanlah sehingga ia mengHINAkan..

Terkadang sengaja ALLAH menyulitkan perkara yang kita PAKAR,, AGAR kita tidak perlu SOMBONG.. AGAR kita sentiasa menjadi HAMBA yang berSYUKUR kepada-NYA.

Persahabatan sejati adalah persahabatan yang dilandasi ketakwaan kepada Allah, bukan persahabatan yang dilandasi hawa nafsu demi meraih kesenangan sesaat. Bila ada yang berkata:

"Sahabat sejati adalah tertawa bersama dalam kegembiraan dan ikut menangis dalam kesusahan."

Sesungguhnya yang demikian belum dapat dikatakan sebagai sahabat sejati apabila tidak dilandasi dengan ketakwaan kepada Allah. Sebab ORANG-ORANG KAFIR dan ORANG-ORANG MUNAFIK pun bisa seperti itu. Itulah yang disebut persahabatan semu, bersifat sementara dan TIDAK KEKAL.

Firman Allah Ta'ala;

"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orangorang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67)

Ilham Ustazah Siti Nor Bahyah: Dlm Rncngan Semanis Kurma: Bercinta Slps Kahwin

CINTA ITU INDAH.... ANDAI BERTEMANKAN IMAN.. CINTA ITU MUSNAH..ANDAI BERTEMANKAN NAFSU.. CINTA ITU INDAH..... ANDAI SYARIAT DIPATUHI.. CINTA ITU MUSNAH.. ANDAI BATASAN DILANGGARI.. CINTA ITU INDAH..... ANDAI IBU BAPA MERESTUI.. CINTA ITU MUSNAH.. ANDAI RESTU DIPINGGIRI.. CINTA ITU INDAH...ANDAI DIPELIHARA HINGGA KE SYURGA.. CINTA ITU MUSNAH...ANDAI TERSUNGKUR DI DLM NERAKA..

Kalau setuju sila LIKE

Jangan tergesa-gesa untuk menikah walaupun umur kian meningkat..selidik dulu latar belakangnya yang disarankan oleh junjungan kita,Nabi Muhammad s.a.w mengenai 4 kriteria dalam memilih pasangan..Usah risau,kerana semua orang ada jodoh masing-masing...Jodoh yang Allah telah tentukan untuk kita sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita,kerana Allah Mengetahui apa yang tidak kita ketahui..

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen.. Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur.. Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat.. Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes.. Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya.. Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya.. Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya.. Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka DIAM kita mungkin disilap terjemah.. DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik.. seharusnya kita DIAM.. namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak.. berkatalah sehingga mereka DIAM

wahai suami2 dan bakal suami....adakah kamu tidak merasa malu...sekiranya isteri2 mu bertanyakan kepada seorang ustaz...berkenaan haidnya....atau istihadahnya....atau berkenaan perkara2 yang berkaitan dengan kemaluannya ....ketahuiah olehmu....isteri2 mu itu segan dan malu....mereka mengharapkan kamu untuk membantu mereka dalam membereskan masalah2 berkaitan peribadi mereka...kerana mereka adalah rahsia mu....tetapi..kerana kejahilan mu sebagai ketua keluarga....maka mereka terpaksa menebalkan wajah mereka...semata2 mencari redha Allah taala.....kasihanilah dan jagalah air muka isteri2 mu serta anak wanita mu

kepada lelaki yang sudah berkahwin..mahupun yang belum berkahwin..PERSIAPKAN DIRIMU DENGAN ILMU

Jangan biarkan dunia menjadikan diri anda keras membatu, Jangan biarkan kesakitan menyebabkan diri anda jadi pembenci, Jangan biarkan kepahitan hidup menelan segala kemanisan yang ada untuk dinikmati. Teruslah berjalan lurus dalam 'kelembutan' tetapi bersama ketegasan dalam kebenaran sekalipun seluruh isi dunia cuba melakukan kekerasan terhadap anda!

Kita pernah "DISAKITI" dan mungkin pernah "MENYAKITI" tapi kerana itu kita BELAJAR

tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan..

:: Kita pernah "DITIPU" dan mungkin pernah "MENIPU", tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN..

:: Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF..

:: Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap boleh kita lakukan.. iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

"Semalam adalah sejarah, hari ini penentu realiti..& esok suatu yang misteri"

Hidup adalah proses, Hidup adalah belajar. Tanpa ada batas umur, Tanpa ada kata tua

JATUH, berdiri lagi KALAH, mencuba lagi GAGAL, bangkit lagi Sampai Allah memanggil: Waktunya kita KEMBALI.

HADIAH TERISTIMEWA

Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah 'DOA' . Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah 'KEMAAFAN' . Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah 'KEJAYAAN' . Hadiah terbaik untuk murid adalah 'TAULADAN' . Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah 'KASIH SAYANG' . Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah 'AL-FATIHAH' . Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah 'KEBAKTIAN' . Hadiah terbaik untuk isteri adalah 'PENGHARGAAN' . Hadiah terbaik untuk suami adalah 'KESETIAAN' . Hadiah terbaik untuk anak adalah 'PENDIDIKAN' . Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah 'KEJUJURAN' . Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah 'SELAWAT' . Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah 'KETAQWAAN' (^_^)

Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu. Tapi sedihlah kerana kamu tidak MEMAHAMI orang lain

Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu. Tapi sedihlah kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kpd kamu. Tapi sedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN

Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu. Tapi sedihlah kerana kamu tidak MENGHARGAI orang lain

Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu. Tapi sedihlah kerana kamu MENGHINA diri sendiri

Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu. Tapi sedihlah kerana kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri

Jangan sedih jika kamu selalu JATUH. Tapi sedihlah kerana kamu tidak mahu BANGKIT kembali

Jangan sedih kerana perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR. Tapi sedihlah kerana kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN

INGATLAH! Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.

~ hati kosong ~> tempat syaitan bersarang.. ~ jiwa gelisah ~> tempat syaitan berpesta.. ~ keras hati ~> akibat banyak syaitan di dalamnya.. ~ gelap hati ~> hasil didikan syaitan..

Dan sampai ke suatu tahap, kena PAKSA DIRI untuk melakukan amal ibadah..menunggu hadirnya KEIKHLASAN, takut-takut tidak sempat..orang lain terlebih dahulu mengikhlaskan diri untuk membawa JENAZAH kita ke tanah perkuburan..AMALAN yang dilakukan secara BERTERUSAN akan menghadirkan keikhlasan tanpa sedar, InsyaAllah..kerana Dia sahaja yang mampu membolak balikkan hati hambaNya..

p/s : Jika hati keliru, tidak tenang dan terasa kosong..maka, CARILAH Allah kerana hanya bersamaNya akan wujudnya KETENANGAN..

"Kawan apalah yang kau kesalkan kerana Tuhan kau kehilangan kawan, kerana kebenaran dihina. Jangan kau ragu dalam keimanan. Kadang-kadang kawan jadi lawan, kadang-kadang lawan jadi kawan. Apalah disedihkan hati, setiap insan di dalam kekurangan. Jangan sedih selalu tersisih, bukan kau saja ditimpa malang. Ingatlah para Rasul mulia, lebih terseksa menderita. Mereka bahagia dalam derita, mereka kaya di dalam papa."

Anda mungkin juga menyukai