Anda di halaman 1dari 34

Pengenalan kepada kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Istilah Kurikulum
- Berasal dari bahasa Latin kata akar currere yang bermaksud Lalauan atau jejak dan membawa maksudnya jurusan seperti dalam rangkaian kata jurusan peperangan - Perkataan Kurikulum dalam bahasa Inggeris pula mengandungi pengertian jelmaan atau metamorfosis

Menurut ( kliebard, 1982 ) kurikulum bermaksud


- Paduan makna kedua-dua bahasa ini menghasilkan makna perkataan kurikulum ialah laluan dari satu peringkat ke satu peringkat - Perluasan makna ini memberikan pengertian kurikulum dalam perbendaharaan kata pendidikan bahasa inggeris sebagai jurusan pengajian yang diikuti di sekolah ( kliebard, 1982 )

- Kurikulum dalam bahasa melayu dipengaruhi oleh maksud perkataan tersebut melalui bahasa inggeris - Ramai penulis Inggeris yang mengemukakan definisi kurikulum sebagai istilah pendidikan. Di antaranya ialah : - Kurikulum sebagai pengalaman - semua pengalaman yang rancang dan dikemukakan di oleh pihak sekolah - Kurikulum sebagai usaha - usaha yang dirancang oleh pihak sekolah untuk membimbing murid memperolehi hasil pembelajaran - Kurikulum sebagai rancangan - rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperolehi pelbagai tujuan yang berkaitan

- Kurikulum sebagai objektif - kurikulum tidak berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh murid dalam situasi pembelajaran. - Ia menitikberatkan perkara yang akan dipelajari / dapat dilakukan (lebih menitikberatkan kepada keputusan perlakuan tetapi bukan perkara yang dilakukan (Johnson, 1967 ) - Kurikulum sebagai isi mata pelajaran ( Beauchamp, 1968 ) - dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yang akan diajarkan - Pada hakikatnya apa-apa sahaja yang di ajar di sekolah merupakan kandungan matapelajaran yang diajarkan menerusi berbagai matapelajaran, berbagai pilihan disiplin ilmu pengetahuan,

- Kurikulum sebagai unsur kebudayaan - pilihan daripada berbagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri segajat, nilai am dan aspek khusus sesuatu budaya ( Burtonwood, 1961 ) - Kurikulum sebagai pembinaan insan - pengetahuan dan pengalaman yang dibina semula oleh pelajar dibentuk dengan bersistem di bawah naungan sekolah untuk mempertingkatkan kemajuan pelajar mengawal pengetahuan dan pengalaman sendiri - realitinya kurikulum mengaitkan proses pembinaan pengetahuan dan pengalaman pelajar dengan kebolehannya memperbaiki kawalan terhadap pengetahuan dan pengalaman sendiri ( Tanner & Tanner 1980 )

Menurut Posner (1995 ) kurikulum bermaksud


- Satu dokumentasi mengenai hasil pembelajaran - Silibus - Kerangka kursus - Buku teks - Keseluruhan kursus atau program - Pengalaman terancang

Definisi / Konsep Kurikulum


- Gagne (1974)
- sebagai satu siri unit atau isi kandungan yang disusun sedemikian rupa supaya pembelajaran setiap satu unit dapat dicapai satu perakuan, sekiranya kebolehan ditentukan dalam unit sebelumnya telah dikuasai. - sebagai satu program yang mengandungi aktiviti pembelajaran yang disusun oleh guru membolehkan murid mencapai objektif yang dirancangkan.

- Hirst ( 1975 )

- Egan ( 1978 )

- kurukulum sebagai kandungan untuk dipelajari dan diperluaskan untuk memasuki kaedah atau metodologi pengajaran - sebagai laluan dari satu peringkat ke satu peringkat atau jurusan pengajian yang diikuti di sekolah - semua pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk pelajar-pelajar pada setiap peringkat dalam institusi pendidikan

- Kliebard ( 1982 )

- Abdullah Mohd. Nor dan Ahmad Jaffni Hassan ( 1992 )

- Saylor dan Alexender ( 1974 )


- merupakan rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperolehi pelbagai tujuan menyeluruh dan objektif spesifik yang berkaitan dengannya. - rancangan ini dibina oleh pusat persekolahan untuk sesuatu populasi murid sekolah

- Johnson ( 1967 )

- kurukulum tidak berkaitan dengan apaapa yang dilakukan oleh murid dalam setuasi pembelajaran - Ia menitikberatkan keputusan perlakuan, bukan perkara yang dilakukan. - Perkaitan antara kurikulum dengan proses pembelajaran berlaku secara hubungan ramalan, bukan hubungan akibat - ia menjelaskan ramalan atau hasrat yang hendak dicapai menerusi proses pembelajaran - dengan lebih spesifik ia menghuraikan keputusan proses pembelajaran yang dijangka akan tercapai melalui pembelajaran - kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan

- Jawatan Kuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran ( 1979 )

Definisi Kurikulum Kebangsaan .. Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya dari segi rohani, jasmani, mental dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 ]

Jenis-Jenis Kurikulum
- Kurikulum Rasmi - Kurikulum Operasi
- Kurikulum yang terdapat dalam dokumen rasmi - Kurikulum yang digunakan dalam bilik darjah - Pekara-perkara yang diajar dalam bilik darjah tetapi tidak terdapat dalam kurikulum rasmi

- Kurikulum Tersembunyi

- Kurikulum Nol - Ko-kurikulum

- Subjek yang tidak diajar - Pengalaman terancang di luar bilik darjah

Peranan Kurikulum - Perkembangan individu secara menyeluruh ( intelek, rohani, emosi dan jasmani ) - Penerapan dan perkembangan nilai-nilai murni - Penyebaran ilmu pengetahuan - Pembentukkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu - Melahirkan tenaga kerja mahir ( Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979 )

Berasal daripada perkataan Yunani,

Phileosophic

Phileo sophic

mencintai mencintai hikmah hikmah

Hikmah mempunyai unsur-unsur nilai, pengetahuan, kematangan dan pandangan jauh

Ontologi teori kewujudan yang meliputi aspek kewujudan tuhan, manusia dan alam
Epistemologi teori ilmu yang meliputi aspek apakah ilmu, sumber ilmu, pembahagian ilmu dan peranan ilmu

Aksiologi teori nilai yang meliputi aspek nilai, sumber nilai, pembahagian nilai dan peranan nilai

Falsafah Pendidikan Perenialisme - Mempercayai bahawa ilmu dan nilai adalah bersifat kekal - Ilmu keupayaan memikirkan semula idea-idea yang sedia ada dan mantap - Nilai dianggap sebagai mutlak, tidak berubah dan sejagat

Falsafah Pendidikan Progresivisme - Mempercayai bahawa ilmu dan nilai adalah sentiasa berubah. - Tujuan pendidikan ialah untuk menyediakan pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah. - Ilmu merupakan hasil daripada pengelaman pelajar yang diperoleh melalui kaedah saintifik. - Nilai adalah relatif dan boleh berubah mengikut masa dan situasi

Falsafah Pendidikan Rekonstruksionisme - Mempercayai bahawa ilmu dan nilai sentiasa berubah, tetapi ia perlu dipilih untuk menhindar bahaya dan menjamin keamanan masyarakat. - Tujuan pendidikan ini adalah untuk membentuk semula masyarakat supaya menjadi cemerlang dalam persekitaran yang sentiasa berubah. - Ilmu hasil daripada pengelaman pelajar yang terkawal dengan bantuan kaedah saintifik. - Nilai adalah relatif dan berubah mengikut masa dan situasi.
Falsafah Pendidikan Esensialisme - Mempercayai bahawa ilmu sentiasa berubah, tetapi ia perlu dipilih untuk memenuhi keperluan orang ramai. - Tujuan pendidikan ini ialah untuk memupuk warganegara supaya bertanggungjawab serta menguasai kemahiran belajar dan pekerjaan. - Ilmu hasil daripada cerapan dan penakulan serta konsep yang diabstrakkan pelajar. - Nilai adalah mutlak dan sentiasa wujud yang diperoleh daripada peraturan semula jadi

Falsafah Pendidikan Eksistensialisme - Mempercayai bahawa ilmu dan nilai berubah, tetapi ia perlu dipilih untuk membantu kewujudan ( memenuhi keperluan ) individu. - Tujuan pendidikan ini ialah untuk memberi ilmu dan nilai kepada individu mengikut potensi masing-masing untuk menjadi manusia yang unik. - Ilmu apa yang difikirkan sesuai untuk pembangunan diri seseorang individu. - Nilai adalah pilihan bebas seseorang individu mengikut persepsi masing-masing.

Model Kurikulum
Terdapat beberapa model kurikulum tetapi yang terserlah adalah Model Tyler yang dikemukakan oleh Ralph Tyler (1949) dan Model Johnson yang dipelopori oleh Mauritz Johnson (1967)

Model Tyler
- Mengemukakan 4 soalan sebelum kurikulum boleh di reka bentuk - Pertama apakah matlamat yang hendak dicapai - Matlamat dan objektif kurikulum biasanya diperolehi kajian mengenai pelajar, kehendak masyarakat dan industri serta subjek atau kursus yang akan ditawarkan - Kedua, pembuat kurikulum mestilah mengenal pasti apakah bentuk pengalaman yang hendak disediakan untuk mencapai matlamat dan objektif tersebut

- Ketiga, bagaimana pengalaman tersebut dapat disusun secara sistematik


- Keempat, bagaimana kita menentukan matlamat dan objektif 4 persoalan Tyler 1. Apakah matlamat yang hendak dicapai

2. Apakah bentuk pengalaman diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut? 3. Bagaimana pengalaman ini hendak disusun sesupaya lebih berkesan ? 4. Bagaimana menentukan samada matlamat ini tercapai atau tidak

Model Johnson
- Mauritz Johnson mendefinisikan kurikulum sebagai satu siri berstruktur hasil pembelajaran yang dikehendaki - Model beliau dikenali sebagai Model Johnson mengandungi 4 komponen utama iaitu menentukan matlamat, memilih kurikulum, merancang kurikulum dan menilai kurikulum Elemen dalam Model Johnson 1. Menentukan matlamat kurikulum

2. Memilih kurikulum

3. Merancang kurikulum

4. Menilai kurikulum

Terdapat persamaan antara Model Tyler dan Model Johnson. Rajah di sebelah menunjukkan carta alir tentang Model Johnson. Johnson cuba membezakan antara elemen proses dan produk dalam membina kurikulum. Bentuk bujur menunjukkan proses manakala bentuk segiempat menggambarkan produk

Tentukan matlamat

Matlamat pendidikan

Rancangan pengajaran

Merancang kurikulum

Pengajaran

Pembelajaran Kurikulum

Merancang pengajaran A

Hasil pembelajaran

Model Gay
- Mengutarakan 4 model yang boleh digunakan dalam proses penghasilan kurikulum Model Akademik - Menggunakan pemikiran secara ilmiah sebagai asas apabila membuat keputusan mengenai kurikulum - Penekanan diberikan kepada penggunaan struktur yang sedia ada sesuatu disiplin atau bidang untuk membentuk kandungan kurikulum Model Eksperiential - Lebih menumpu kepada pembelajaran memusatkan pelajar di mana aktiviti pelajar lebih diutamakan - Objektif pembelajaran lebih memfokuskan kepada individu dan proses dengan tujuan akan dapat dimanfaatkan oleh pelajar sebagai anggota masyarakat

Model Pragmatic

- Memberi fokus kepada pembelajaran bersesuaian dengan keadaan persekitaran setempat atau sekolah.
- Dimana kurikulum dirancang supaya memenuhi setting sekolah dan bukannya setting daripada luar sekolah Model Teknikal - Model ini menganggap pembelajaran sebagai satu sistem yang boleh dibahagi kepada komponenkomponen kecil dan dilaksanakan secara teratur dan terancang. - Antara komponen yang terdapat dalam model ini ialah

- melaksanakan analisis keperluan - menyatakan objektif - memilih kandungan yang selari dengan objektif - menetapkan kaedah penilaian yang kukuh

Persoalan Yang Manakah Model Yang Paling Sesuai Digunakan Dalam Membentuk Kurikulum PTV ?
Boleh menggunakan mana-mana model atau menggabungkan beberapa model TETAPI Model yang digunakan akan bergantung kepada latar belakang, falsafah, pengetahuan dan minat mereka yang terbabit

Ciri-Ciri Kurikulum
Tujuan Utama PTV - Untuk membekalkan pelajar PTV dengan ilmu, kemahiran dan sikap untuk membolehkan individu lepasan program PTV mendapat pekerjaan dan diiktiraf oleh majikan tentang kebolehan dan kecekapan mereka menjalankan tugas ( Wenrich, Wenrich & Galloway,1988) - Satu kajian empirikal ( Ramlee Mustapha, 2001 ) yang dijalankan di Malaysia tentang persepsi majikan terhadap graduan lepasan PTV mendapati bahawa para majikan mahukan lepasan program PTV yang mempunyai kemahiran teknikal, kemahiran berkomunikasi dan boleh menjalankan tugas dengan baik dalam kumpulan ( kemahiran interpersonal )

Beberapa Ciri-Ciri Utama Kurikulum PTV


- Bergantung kepada matlamat, visi dan misi sesebuah institusi PTV - Fokus kepada proses dan produk - Kemahiran berasaskan kemahiran - Perlu responsif terhadap kehendak industri - Pelajar memerlukan latihan industri - Hubungan yang rapat dengan pihak industri - Memerlukan standard kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan dan industri - Persijilan yang diiktiraf - Memerlukan infrastruktur dan peralatan yang setara dengan industri - Kos efisien

Elemen-Elemen Penting Dalam Perancangan Kurikulum PTV


- Menurut Schwab (1971), terdapat 4 elemen penting iaitu
- pelajar - guru - mata pelajaran - persekitaran - Perancang kurikulum perlu mengetahui - demografi - gaya pembelajaran - bakat - sikap dan tahap dan tahap pencapaian pelajar yang akan menggunakan kurikulum yang akan digubal - Dari aspek guru - apakah latihan yang perlu diberikan kepada guru - Dari segi persekitaran - apakah input daripada pihak majikan dan industri yang perlu diintegrasikan dalam kurikulum yang baru supaya pelajar lepasan program ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pihak industri ?

- Menurut Tyler (1949) dan Taba (1962)

- Mencadangkan bahawa perkara pertama perlu dibuat dalam merancang kurikulum ialah ANALISIS KEPERLUAN
- Beberapa elemen penting yang perlu difikirkan oleh perancang kurikulum

- Rasional - Kajian keperluan - Matlamat dan objektif - Input daripada stakeholder - Ciri-ciri pelajar (target audience) - Isi kandungan - Aktiviti yang berkaitan termasuk latihan industri - Jangka masa program - Bahan, resos dan infrastruktur - Urutan kursus - Latihan guru - Penilaian - Pentadbiran dan kewangan termasuk hubungan dengan pihak industri - Kawalan kualiti dan akreditasi - Ramalan tentang pasaran kerja untuk para graduan

- Menurut Evans dan Herr (1978) dalam merancang kurikulum PTV, mencadangkan 3 perkara iaitu

- mengambil kira keperluan sektor pekerjaan - pelagakan psyen kursus supaya pelajar mempunyai lebih banyak pilihan - pelbagai teknik pengajaran supaya dapat memenuhi pelbagai gaya pembelajaran pelajar
- Menurut Harmon (1968), terdapat beberapa katogari keperluan yang perlu dipertimbangkan dalam merancang kurikulum PTV iaitu - Kehendak sosial - berkisar terhadap apakah bentuk pendidikan atau latihan yang dikehendaki oleh masyarakat setempat - Keperluan sektor pekerjaan - Faktor ekonomi juga memeinkan peranan yang penting dimana pusat pendidikan perlu peka terhadap permintaan sektor industri pada masa sekarang dan juga akan datang - Kos efisien - Pendekatan kos efisien juga perlu diambil kira supaya pelaburan dalam pendidikan dan latihan memberi pulangan yang optima

Kurikulum Pembelajaran Kontekstual


- Merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan denga pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan
- Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan hands-on dan minds-on

Teori Pembelajaran Kontekstual


- Ia adalah berdasarkan teori konstruktivisme

- konstruktivisme adalah satu teori sosial-saintifik yang menyatakan bahawa manusia secara aktif membina ilmu pengetahuan berasaskan pengelaman yang sedia ada
- Dalam konteks pendidikan, konstruktivisme menganggap bahawa pelajar sentiasa aktif dalam membina pengetahuan baru melalui interaksi dengan orang lain melalui pengolahan pengetahuan dan pengalaman yan meraka kuasai sebelum ini - Dimana pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada pelajar

- Teori pembelajaran kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah, makmal/bengkel, tempat kerja atau kehidupan harian
- Teori ini menggalakkan pendidikan memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan

Proses Pembelajaran ( hasil kajian dan dipersetujui oleh sarjana pendidikan)


- Kebanyakan pelajar belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi dan melalui aktiviti hands-on - Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep yang disampaikan dapat dikaitkan dengan pengalaman pelajar - Kebanyakan pelajar belajar dengan lebih berkesan melalui interaksi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan mendapat maklum balas yang positif

- Pemindahan pembelajaran ( learning transfer ) daripada satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari

Kaedah Pembelajaran Kontekstual


- Boleh disimpulkan dalam satu model yang dinamakan REACT - R Relating - E Experiencing - A Applying - C Cooperating - T Transferring - Relating ( menghubung kait ) - Pelajar belajar dalam konteks menghubung kait pengetahuan atau konsep baru dengan pengalaman hidup mereka - Experiencing ( mengalami ) - Pelajar belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta,

- Applying ( mengaplikasikan )
- Pelajar belajar dalam konteks bagaimana konsep yang dipelajari boleh digunakan dalam situasi yang lain - Cooperating ( bekerjasama ) - Pelajar belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas, berinteraksi dan berkomunikasi

- Transferring ( memindahkan ) - Pelajar belajar dalam konteks pemindahan pengetahuan yang sedia ada kepada pengetahuan baru.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kurikulum Pembelajaran kontekstual - Falsafah dan teori pembelajaran kontekstual - Menjalankan analisis keperluan - Mengkaji kelemahan sistem yang ada

- Memikirkan tentang latihan guru


- Pembinaan modul, bahan bantu mengajar, resos serta peralatan - Sistem penilaian - infrastrktur dan kos.

Anda mungkin juga menyukai