Anda di halaman 1dari 22

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

JAGUH OLAHRAGA- BALAPAN

PRAKATA

1 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

Adalah mustahil untuk kami menyenaraikan kesemua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih dan setinggi penghargaan ditujukan khas kepada guru pembimbing kami yakni Puan Puspaleela Habibie Norlela Abdullah dengan segala tunjuk ajar serta teguran yang diberikan dan akan berguna kepada kami apabila menceburi profesion perguruan kelak. Tugasan yang diberikan ini sedikit sebanyak memberikan pengalaman baru dan pengetahuan yang berbeza kepada kami yang rata-ratanya agak kurang arif dalam bidang olahraga. Ia juga telah memberikan sudut pandang yang berbeza bahawa kokurikulum olahraga merupakan subjek yang menarik untuk dipelajari dan diamalkan sama ada di sekolah mahupun kehidupan seharian. Diharap, tugasan ini akan dijadikan asas yang berkesan dalam memahami dunia olahraga di negara kita dan menyanjungi sumbangan olahragawan serta olahragawati Malaysia.

DAFTAR ISI KANDUNGAN

2 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

Perkara Prakata Pengenalan Sejarah Sukan - Dunia Jaguh Olahraga- Balapan Marina Chin Dato Rajamani Mailvaganam Rabuan Pit Tan Sri Dr. Mani Jegathesan Datuk Mumtaz Jaafar Watson Nyambek Ishtiaq Mubarak Bala Ditta Penutup Rujukan

Halaman 2 4 5

6 8 11 13 15 17 19 20 21 22

PENGENALAN
3 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

Bidang balapan negara juga tidak terkecuali dalam melahirkan atlet yang berbakat dan berpotensi tinggi untuk merangkul pencapaian yang terbaik dalam arena sukan sama ada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Malaysia juga telah menyenaraikan beberapa atlet yang berkebolehan dalam bidang balapan dan sumbangan yang telah diberikan kepada sukan negara. Walaupun negara kian melangkah ke alam yang lebih moden namun sukan olahraga bagi acara balapan masih diminati kerana sifat manusia sentiasa mengagumi dan menguji kebolehan fizikal yang dimiliki oleh atlet serta cabaran yang ditempuhi ketika pertandingan yang bukan sahaja menguji had fizikal malah mental serta emosi. Sungguhpun Malaysia bukanlah nama yang gah di persada sukan dunia tetapi Malaysia telah mencipta beberapa detik kegemilangan yang sukar dilupakan. Maka, jaguh olahraga balapan yang bakal diperkenalkan akan memberi inspirasi dan mengukuhkan matlamat kita dalam meningkatkan mutu sukan negara.

SEJARAH SUKAN DUNIA

4 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

Sukan, ditakrifkan sebagai satu aktiviti riadah dan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan bertujuan untuk keseronokan, pertandingan, kemahiran, pembangunan, kecemerlangan dan seumpamanya. Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah

kemampuan dalam mengatasi tanda aras terdahulu, catatan masa, rekod dunia dan lain-lain lagi. Bagi sukan fizikal, ia menggunakan sifat-sifat misalnya kekuatan, stamina, kelajuan manakala bagi sukan akal pula ia menggunakan kemahiran berfikir seperti permainan catur. Kemungkinan sukan telah pun bermula sedari kewujudan manusia dan sukan merupakan cara yang berkesan kepada manusia bagi meningkatkan kelebihan diri mereka ke atas alam semulajadi dan persekitaran sekeliling. Kewujudan sukan sekurang-kurangnya dua ribu setengah tahun dahulu termasuk hurling yang menyerupai hoki padang di Ireland Silam; harpastum yang seakan-akan ragbi di Rom Silam; cuju seperti bola sepak di China Silam dan polo di Parsi Silam. Selain itu, terdapat peninggalan dan struktur yang mencadangkan bahawa orang-orang Cina telah melibatkan diri dengan aktiviti sukan seawal 4000 tahun sebelum Masihi. Gimnastik dilihat sebagai sukan yang terkenal dalam sejarah silam China. Di Mesir, antara sukan yang telah dibentuk peraturannya ialah berenang, mengail, melontar lembing, gusti dan lompat tinggi. Semangat kesukanan digambarkan sebagai aspirasi atau etos yang mana aktiviti sukan itu akan dinikmati semata-mata dan wujud juga tekanan pertandingan, kejayaan individu atau pengenalan kepada teknologi akan memberikan cabaran yang tinggi kepada para peserta.

JAGUH OLAHRAGA (BALAPAN) MARINA CHIN

5 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

LATAR BELAKANG Penglibatan awal beliau dalam arena olahraga hanyalah kebetulan apabila mewakili Sekolah Convent Sentul pada Kejohanan Olahraga Sekolah Zon Utara Selangor ketika berusia 16 tahun dalam tahun 1971. Setelah memenangi dua acara pecut- 100 meter dan 200 meter, Marina lebih berkeyakinan untuk lebih serius dan meraih emas dalam acara 4 x 400 meter pada Sukan Sea menjadi tuan rumah. yang mana Malaysia

PENCAPAIAN Rekod kebangsaan bagi acara 200 meter dengan catatan 26.6 saat, 0.2 saat mengatasi rekod lama pada Kejohanan Allcomers Persatuan Olahraga Amatur Selangor di Stadium Merdeka telah diperbaharui oleh Marina Chin dalam tahun 1972. Pada 1975, ketika menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Seri Kota, beliau meraih pingat perak untuk acara lari berpagar 400 meter di Kejohanan Olahraga Asia di Seoul, Korea Selatan. Dalam tahun yang sama, beliau memperbaharui rekod kebangsaan bagi acara lari berpagar 100 meter dengan catatan 15.2 saat dan 400

6 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

meter lari berpagar dengan catatan 64.9 saat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura. Pingat emas pula diraih bagi acara 100 meter lari berpagar dengan catatan 15.3 saat pada tahun berikutnya pada Kejohanan Olahraga Jemputan Filipina di Manila. Rekod kebangsaan juga diperbaharui dengan catatan 28.4 saat bagi acara lari berpagar 200 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Alor Star, Kedah dalam tahun 1976. Beliau dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan dan Selangor selama dua tahun berturut-turut, yakni pada tahun 1976 dan 1977. Sukan Sea 1977 menyaksikan kejayaan berganda apabila Marina Chin meraih emas dalam acara 100 meter dan 200 meter. Manakala gandingan Marina bersama Saik Oik Cum, V. Angamah dan Zaiton Othman membuahkan hasil yang membanggakan setelah mendapatkan pingat perak bagi acara 4 x 400 meter pada Kejohanan Antarabangsa Trek dan Padang Asia Tokyo. Bagi acara lari berpagar 100 meter dan 4 x 400 meter pada Kejohanan Sukan Sea ke-10 Jakarta, emas berjaya diperolehi oleh Marina dalam tahun yang sama. Marina melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat pada tahun 1980 dan setelah menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Sains dan Sarjana Kesusasteraan, beliau terus memberikan sumbangan di Kementerian Pendidikan. Di samping itu, beliau terus fokus kepada aktiviti-aktiviti serta seminar memartabatkan sukan olahraga tanah air bersama Majlis Sukan Negara.

7 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

JAGUH OLAHRAGA (BALAPAN) DATO RAJAMANI MAILVAGANAM

LATAR BELAKANG Dilahirkan pada 10 Disember 1943 di Tapah, Perak dan memulakan persekolahan di Sekolah Inggeris Kerajaan juga di Tapah, Perak sebelum beliau menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Perempuan Ipoh, Perak. Rajamani juga berpeluang mengikuti kursus padang dan balapan di State Institute of Physical Culture apabila menerima bantuan daripada kerajaan Soviet Union pada tahun 1969 di negara tersebut. Rajamani mula menceburi olahraga ketika di Sekolah Rendah Kerajaan Tapah semasa darjah empat dan terpilih sebagai pelari terakhir bagi acara berganti-ganti. Minat Rajamani terhadap olahraga kian digilap di sekolah menengah dalam menguasai acara larian jarak dekat dan sederhana. Beliau menunjukkan peningkatan dengan bantuan dan galakan daripada ayah beliau serta bimbingan daripada jurulatih, R. Suppiah.

8 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

PENCAPAIAN Pada tahun 1964, ketika berusia 20 tahun, beliau memperoleh kejayaan di arena kebangsaan bagi acara 200 meter, 400 meter 800 meter, kesemuanya dalam catatan rekod pada Kejohanan Kebangsaan MAAU. Kejayaan tersebut membolehkan beliau menempah tiket ke Temasya Olimpik Tokyo bagi acara 400 meter dan 800 meter. Tahun berikutnya, ketika Temasya Persekutuan Sukan Asia Tenggara Pasifik (SEAP) berlangsung di Kuala Lumpur, Rajamani telah diberi gelaran Ratu Trek

Negara setelah memenangi pingat emas untuk acara 200 meter, 400 meter, 800 meter dan 4 x 100 meter, kesemuanya tersenarai dalam rekod masa. Temasya SEAP di Bangkok pada tahun 1967, menyaksikan Rajamani mengulangi kejayaan beliau memenangi pingat emas dalam acara 400 meter, 800 meter, 4 x 100 meter, namun terpaksa berpuas hati dengan memperolehi pingat perak bagi acara 200 meter. Memandangkan pencapaian cemerlang beliau, Rajamani telah diundi selaku Ratu Trek Temasya SEAP. Kecekalan dan komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh Rajamani ketika Sukan Asian 1966 dan Temasya SEAP pada 1967 membolehkan beliau menerima anugerah Olahragawati Kebangsaan pada 1966 dan 1967. Malangnya, ketika kariernya memuncak pada usia 24 tahun, beliau mengalami insiden disambar petir sewaktu berlatih di padang Polis Depot dan dimasukkan ke hospital selama 10 hari. Kejadian pada 28 Mac 1968 itu adalah pengalaman ngeri bagi Rajamani apabila turut meragut nyawa seorang atlet, P.N Govindan dan rakan seperjuangannya, Cheryl Dorall. Keadaan tersebut telah memaksa Rajamani berundur dari arena olahraga kerana kejadian itu meninggalkan kesan yang amat mendalam ke atas psikologi beliau dan kecederaan yang dialami agak sukar untuk pulih sepenuhnya.

9 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

Rajamani menjadi guru di Bukit Bintang Girls School, Bukit Bintang, Kuala Lumpur sehingga 1992 apabila beliau bertugas di Majlis Sukan Negara selaku pengajar fizikal. Beliau juga dipinjamkan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memberi latihan dari segi fizikal kepada para pemain badminton negara- Razif Sidek, Jalani Sidek, Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit, Rashid Sidek dan lain-lain lagi. Marina Chin juga merupakan salah seorang anak didik Rajamani turut sama melakar nama sebagai atlet balapan negara yang berjaya.

10 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

JAGUH OLAHRAGA (BALAPAN) RABUAN PIT

LATAR BELAKANG Jaguh olahraga yang diberi nama Rabuan Pit ini telah dilahirkan pada 26 April 1956 di Kampung Air Tawar, Merlimau, Melaka telah menunjukkan minat dalam bidang sukan semenjak zaman persekolahan lagi. Beliau meminati pelbagai jenis sukan dan pada peringkat awalnya beliau meminati bola sepak. Selain itu, Rabuan juga menunjukkan bakatnya dalam bidang olahraga. Kemudian, pada 1975 Rabuan telah menyertai perkhidmatan polis sebagai rekrut di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan di Sekolah Latihan Polis Hutan di Hulu Kinta, Perak. Setelah menamatkan latihan, beliau berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan Batalion ke-6 dan mencuba nasib pada Kejohanan Sukan Briged Tengah bagi acara 100 meter dengan catatan masa 11.5 saat serta acara lompat jauh dengan jarak 6.34 meter berjaya direkodkan oleh beliau. Catatan tersebut memberi petanda baik kepada Rabuan untuk melibatkan diri secara serius dalam bidang olahraga.

11 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

PENCAPAIAN Rabuan Pit telah mewakili Selangor dan dalam tahun 1978, beliau menjuarai acara 100 meter, 200 meter serta meraih pingat perak bagi acara 4 x 400 meter. Mengulangi sejarah kemenangan 1978, diiringi juga kejayaan dalam 200 meter dan 400 meter pada Piala Suharto membolehkan beliau memegang gelaran Sportsman of The Year pada tahun 1980. Pada tahun berikutnya, Rabuan berpeluang bersaing dengan pelari lagenda dari Amerika Syarikat iaitu Carl Lewis ketika Inaugural IAAF World Championship di Helsinki. Pada Sukan Sea 1989 di Kuala Lumpur telah menyaksikan kerjaya olahraga Rabuan Pit terhenti apabila mengalami kecederaan tendon yang serius di bahagian kaki kanan beliau. Beliau diberi peluang mengikuti kursus Sains Sukan (1992) serta Kursus Kewangan dan Pentadbiran (1992) yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara. Rabuan juga menerima bintang kebesaran, yakni Pingat Pangkuan Negara (PPN)- 1980; Pingat Jasa Kebaktian Melaka (PJK)(Melaka)-1987; Pingat Jasa Kebaktian (PJK)(Selangor) dan Ahli Mangku Negara (AMN)-1982. Kemudian pada tahun 2000, sempena 50 tahun MILO, Rabuan menerima pingat atas kecemerlangan dalam sukan. Manakala, pada tahun 2004 pula, Rabuan telah tersenarai dalam OCM Hall of Fame oleh Majlis Olimpik Malaysia. Nama Rabuan Pit terus diingati kerana kejayaannya menjadi pelari terpantas Asia pada Sukan Asia 1982 di New Delhi.

12 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

JAGUH OLAHRAGA (BALAPAN) TAN SRI DR. MANI JEGATHESAN

LATAR BELAKANG Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Batu di Kuala Lumpur dari tahun 1950 sehingga 1954 yang mana beliau mula menunjukkan bakat dalam sukan. Sekitar tahun 1959, semasa berada dalam tingkatan lima (tahun Senior Cambridge), Jegathesan mula mengukuhkan dirinya dalam sukan olahraga di Malaysia. Ketika berusia 15 tahun, beliau telah mencatatkan masa 51.3 saat bagi acara 400 ela dan mendapat tempat ketiga di Kejohanan Farrer Park, Singapura. Dilahirkan dalam keluarga yang berlatarbelakangkan sukan, maka tidak hairanlah jika ayah Jegathesan menjadi pendorong serta pembimbing utama beliau untuk terus mengungguli sukan olahraga. Tiga adik beradik Jegathesan yang lain juga melibatkan diri dalam sukan. Saat yang membanggakan apabila mereka adik-beradik; Vasagam, Balakrishnan dan Harichandra telah bersama-sama Jegathesan pergi ke Sukan South East Asia Pasific di Manila, Filipina (1954). Bapa Jegathesan pergi selaku pengurus, manakala abang-abang Jegathesan sebagai pelari 400 meter dan lari berganti-ganti.

13 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

PENCAPAIAN Sukan Asia pada tahun 1966, Dr. Jegathesan diberi gelaran The Flying Doctor setelah memenangi tiga pingat emas dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4 x 100 meter. Di Kingston ketika Sukan Komanwel 1966, Dr. Jegathesan menjadi rakyat Malaysia pertama yang melayakkan diri ke peringkat akhir untuk acara 220 ela (sekarang 200 meter). Empat puluh tahun kemudian, Dr. Jegathesan bukan sahaja melakar namanya sebagai atlet yang berjaya malah sebagai seorang doktor serta pengkaji. Negara turut berbangga apabila Dr. Jegathesan diberi penghormatan sebagai Pengerusi

Commonwealth Games Federation (CGF) Medical Commision dan Penasihat Kesihatan (Medical Advisor) bagi Sukan Komanwel 2006 yang berlangsung di Melbourne. Dr. Jegathesan telah menimba pengalaman yang amat bermakna apabila mampu bersaing di peringkat Olimpik; di Rom (1960), Tokyo (1964) dan Mexico (1968). Kemunculan beliau untuk acara 200 meter semi-final di Olimpik (Mexico, 1968) dengan catatan masa 20.92 saat telah dipahat dalam buku rekod atlet Malaysia dan menunggu masa untuk dipecahkan, seboleh-bolehnya dalam kalangan atlet Malaysia sendiri.

14 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

JAGUH OLAHRAGA (BALAPAN) DATUK MUMTAZ JAAFAR

LATAR BELAKANG Berbangsa Melayu dan dilahirkan pada 30 Jun 1962, nama Mumtaz Jaafar bukanlah asing dalam arena olahraga negara. Beliau yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan, Mumtaz melonjakkan namanya sebagai atlet wanita terbaik yang pernah dihasilkan oleh Malaysia. Pada era 80an, Mumtaz telah mewakili negara bertanding dalam acara pecut di peringkat antarabangsa.

PENCAPAIAN Antara kejayaan beliau yang sering disebut-sebut ialah apabila Mumtaz

mengharumkan nama Malaysia pada Sukan SEA 1981 yang berlangsung di Manila apabila mengungguli tiga pingat emas bagi acara 100 meter, 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter, membolehkan beliau muncul sebagai Ratu Pecut Asia Tenggara ketika usia 19 tahun. Pada tahun yang sama, Mumtaz telah dinamakan Atlet Wanita 1981 dan Selangor Sportswoman (Olahragawati Selangor 1981).

15 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

Walaupun telah bersara dalam acara larian pecut, namum Mumtaz terus mencurahkan pengetahuan serta pengalaman beliau dalam mendidik atlet-atlet muda bagi menghadapi Sukan Komanwel 1998. Watson Nyambek yang lebih dikenali sebagai The Flying Dayak juga merupakan pelari pecut utama negara yang dibimbing oleh Mumtaz dengan penuh dedikasi. Tahun 2011 menjadi tahun yang penuh tanggungjawab oleh Mumtaz apabila beliau diberi kepercayaan mengetuai Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang mempunyai keahlian seramai 1500 orang semenjak ditubuhkan pada 25 Julai 2007. Yayasan ini ditubuhkan bagi menyediakan bantuan kebajikan kepada bekasbekas atlet negara terutamanya yang berdepan dengan masalah kesihatan. Selain YAKEB, Mumtaz juga memegang jawatan Naib Presiden Kesatuan Olahraga Kebangsaan Malaysia (KOAM) dan penasihat kepada organisasi sukan yang lain.

16 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

JAGUH OLAHRAGA (BALAPAN) WATSON NYAMBEK

LATAR BELAKANG Watson ak. Nyambek yang berbangsa Iban dan berasal dari Miri, Sarawak dilahirkan pada 27 Februari 1976 telah mendapat pendidikan menengah beliau di SMK St. Columba, Miri. Berbekalkan ketinggian 1.70 meter ( 5 kaki 7 inci) dan semangat yang kental untuk menceburi olahraga, Watson telah muncul sebagai salah seorang pelari pecut negara yang disegani. Diberi jolokan The Flying Dayak, acara 100 meter merupakan kepakaran beliau dan telah menerima bimbingan daripada jurulatih yang juga bekas pelari pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar ketika persediaan Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.

PENCAPAIAN Masa terpantas yang pernah dicapai oleh Watson ialah 10.33 saat telah memadamkan rekod kebangsaan bagi acara 100 meter yang dahulunya dipegang oleh Dr. Mani Jegathesan. Bacaan tersebut telah dicatat ketika berlangsungnya SUKMA ke-6 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 1996. Sekaligus, ia telah melayakkan Watson untuk beraksi di Sukan Olimpik 1996, Atlanta, Amerika Syarikat pada peringkat suku akhir.

17 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

Bagi pencapaian terbaik Watson di peringkat antarabangsa ialah beliau melayakkan diri ke pusingan suku akhir Sukan Olimpik, Atlanta, Amerika Syarikat. Ketika Temasya Olahraga Asian (Asian Athletics Championships) pada tahun 1998, Fukuoka, Watson berjaya memungut pingat perak bagi acara 100 meter.

18 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

JAGUH OLAHRAGA (BALAPAN) ISHTIAQ MUBARAK

LATAR BELAKANG Ishtiaq Mubarak pernah melakar kejayaan gemilang dalam acara 110 meter lari berpagar dan berjaya mengorak langkah ke Sukan Olimpik sebanyak tiga kali iaitu pada 1968 di Mexico, 1972 di Munich dan di Montreal pada tahun 1976. Ketika usia mula mencecah 63 tahun, Ishtiaq kini berkongsi pengalaman dan kemahiran yang ada sebagai jurulatih kepada para atlet pelapis bagi acara 110 meter lari berpagar.

PENCAPAIAN Ketika temasya Olimpik 1976, Montreal, Ishtiaq berjaya mara ke peringkat separuh akhir bagi acara 110 meter lari berpagar iaitu peringkat yang paling tinggi pernah dicapai oleh beliau. Malah sehingga ke hari ini belum ada lagi atlet olahraga tempatan mengatasi pencapaian tersebut. Ishtiaq kembali beraksi dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun 1971 setelah mengalami kecederaan yang agak serius pada tulang pinggul dan rahang muka akibat kemalangan sewaktu perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur yang mana pemandu kenderaan yang dinaiki oleh Ishtiaq telah terbunuh. Bagaimanapun, kecederaan menjadi faktor utama menghalang Ishtiaq

melangkah kaki ke Olimpik Munich 1972.

19 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

JAGUH OLAHRAGA (BALAPAN) BALA DITTA

LATAR BELAKANG Bala Ditta berasal dari Bario, Sarawak dan berbangsa Iban merupakan salah seorang atlet olahraga negara.

PENCAPAIAN Pada tahun 1964, Bala Ditta telah menempatkan diri ke pusingan kelayakan untuk acara 110 meter lari berpagar pada temasya Olimpik Tokyo. Namun, beliau gagal melayakkan diri ke separuh akhir apabila hanya mampu mencatat bacaan 14.6 saat. Penyertaan terbaik Bala Ditta di peringkat antarabangsa ialah beliau menjadi olahragawan pertama dari Sarawak yang berjaya memasuki ke Sukan Olimpik, sukan berprestij dunia.

20 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

PENUTUP Atlet olahraga pada masa kini seharusnya memiliki semangat serta kualiti tinggi serta tidak mensia-siakan masa depan kerjaya sebagai atlet olahraga kerana sumbangan yang diberikan kepada negara akan terus diingati dan tersimpan rapi dalam sejarah sukan negara. Malah bidang olahraga sewajarnya mendapat perhatian yang lebih serius daripada pelbagai pihak jika ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kecil tetapi mampu melahirkan atlet yang berkarisma dan berdisiplin tinggi. Kejayaan demi kejayaan yang pernah diukir oleh olahragawan dan olahragawati negara perlulah dihayati dan diteladani jika kita tidak mahu dipandang rendah oleh pihak lain ketika memberikan aksi di arena sukan, khasnya bagi acara balapan. Melalui sukan olahraga juga, disiplin yang baik dapat dibentuk dan menimba pengalaman yang menarik. Selain itu, kita bukan sahaja mengetahui batasan diri malah mempelajari potensi yang boleh ditingkatkan apabila didatangi oleh pelbagai bentuk cabaran; baik daripada pesaing kita mahupun diri sendiri dan seumpamanya Oleh yang demikian, bidang olahraga bukan sahaja dijadikan sebagai lapangan untuk suka-suka sahaja malah ia turut mencipta laluan kerjaya yang profesional bagi golongan yang amat mendalami bidang ini. Olahraga sewajarnya diberi pengiktirafan serta tahap yang tinggi kerana ia sebagai penanda aras kemampuan manusia menghargai serta mencabar kebolehan diri mereka sendiri.

21 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012

_________________________________________________________________ISN 2102 Kokurikulum Olahraga

RUJUKAN Buku Mohd. Sofi Munajir. (2009). Selangor. Siri Tokoh Malaysia, Dokumentasi Tokoh Negara20 Tokoh Sukan. Cetakan Pertama. Medium Publications

Laman web Story of the Malaysian Sports History Mumtaz Jaafar (http://yakeb.org.my/ ) Athletics- Tracks and Fields (http://thesportsmuseum.blogspot.com/2011 04 01 archive.html) Marina Chin (http://www.olympic.org.my/museum/hof/ind/rp.htm) Mani Jegathesan (http://en.wikipedia.org/wiki/Mani Jegathesan) Sukan (http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_sukan)

22 Balenty & Robiani/ DPLI-R-BI/ 2012