Anda di halaman 1dari 1

Kata Ibnu Taimiyah mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan..

cuba lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah(perasaan takut yg diikuti dengan penagungan), Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub(perbuatan mendekatkan diri kpd Allah). Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian. (Muadz bin Jabal Radhiyyallahuanhu) Perasaan ialah garam kehidupan,dengan perasaan manusia merenung,mencari ketenangan dalam pergolakan,kelihatan bahagia dalam sengsara dan jernih masa depan dalam kekeruhan yang ada sekarang. Imbangan nada tinggi,melengking dengan nada rendah mengendur, itulah muzik kehidupanHAMKA. "Ya Tuhanku,malam hanya terasa indah apabila berbisik kepada-MU, siang hanya terasa indah apabila mematuhi-Mu. Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepada-MU. Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan dari-Mu.Juga syurga tidak terasa indah kecuali dapat melihat-MU (Bisikan munajat Yahya b. Muaz Ar-Razi) "Kata-kata yang baik itu adalah sedekah"-(Hadith Nabi) Wahai Tuhan,..Alangkah gembiranya daku. Tuhan,?.Engkaulah cita2ku, harapanku, Kasih sayangku, bekalanku dan matlamatku. Engkaulah cahaya hatiku. Engkaulah harapanku. Ya Tuhan,jika bukan keranaMu,aku tidak pernah bersusah payah di dunia ini. Betapa banyak pemberian-Mu kepadaku,betapa luas nikmat-Mu untukku. Cinta-Mu,kasih sayang-Mu adalah harapan,kesenangan serta pujianku. Selama hidupku aku tidak mahu lepas dari-Mu. Engkau telah mendarah daging di tubuhku. Alangkah senangnya hatiku,jika aku tahu Engkau telah meredhaiku? "Tuhanku, tenggelamkanlah diriku kedalam samudera keikhlasan mencintai-Mu,sehingga tidak ada sesuatu yang menyibukkanku kecuali berzikir kepada-Mu?lt;/font> (Munajat sufi Rabiatul Adawiyah) Di bawah ini ialah Munajat Rabiatul Adawiyyah; barangkali kita boleh berdoa sebagaimana yang dimunajatkan oleh wanita solehah ini. Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatu pun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu. Kekasihku tidak menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, dalam hatiku tiada yang lain melainkan Dia, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan diriku tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetikpun. Ya Allah! Ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada, yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!" Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api, hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu? Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu. Sekalian manusia telah tidur dan semua orang telah alpa dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabiah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.

Anda mungkin juga menyukai