Anda di halaman 1dari 10

1.

Kesihatan mental ialah -kebolehan menyelesaikan masalah -memenuhi kebolehan seseorang untuk menyayang dan bekerja -menyesuaikan diri dengan krisis -mengekalkan tahap sihat / well being . 2. Perbandingan diantara kesihatan mental dan penyakit mental Kesihatan mental Penyakit mental -menerima diri dan orang lain -optimis -pesimis -boleh menunggu masa untuk memuaskan diri . 3. Faktor-faktor menpengaruhi kesihatan mental -kemahiran berkomunikasi dengan orang lain -mengawal emosi -dapat mempertahankan diri sendiri -boleh menyelesaikan konflik mental . -mesti memuaskan diri secara serta-merta . 4. Mengekalkan kesihatan mental -dapat mengawal kehidupan diri secara bebas -dapat hidup sihat -mengekalkan fikiran positif -praktikan membuat penetapan yang bijak -dapat membina hubungan yang baik -dapat menerima kritikan -tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa

Pengenalan Tekanan mental adalah hasil hubungan antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu. Paras tekanan yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas. Tekanan mental adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menyebabkan ketenangan individu terasa di ancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak balas. Anda boleh mengalami tekanan ketika di tempat kerja, menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, atau melalui hubungan sosial. Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental anda itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan seterusnya menggangu kesihatan anda.

Simptom Ada beberapa gejala yang menandakan mental seseorang itu tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah : PERASAN Merasa bimbang Merasa cepat marah Merasa lemah semangat Merasa tidak tenteram dan Gelisah FIKIRAN Bimbang terhadap masa depan Kurang daya tumpuan Menjadi mudah lupa Fikiran tertumpu pada masalah tempat kerja Takut gagal Rendah harga diri TINGKAH LAKU Tabiat merokok yang meningkat Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara untuk mengurangkan masalah Hilang selera makan atau makan berlebihan Mudah cuai dan sering terbabit dalam kemalangan Mudah terkejut Bertindak secara agresif PERUBAHAN FIZIKAL Berpeluh pada tangan dan badan Sering rasa dada berdebar Menggeletar, kering mulut dan kerongkong Mudah merasa letih Kerap kecing Sukar untuk tidur Masalah penghadaman seperti, loya, muntah, ciritbirit dan sembelit Sakit kepala dan leher sakit-sakit sendi dan badan mudah diserang penyakit.

Kesan Perubahan-perubahan besar dalam kehidupan seseorang adalah punca tekanan mental yang paling lazim. Peristiwa-peristiwa yang boleh mendatangkan tekanan mental bukan sahaja peristiwa yang negatif seperti kematian, dibuang kerja tetapi peristiwa positif seperti berkahwin, mendapat cahayamata ataupun kenaikan pangkat.

Pencegahan Kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan. Bagaimanapun anda harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi anda terhadap tekanan. Cara-cara yang boleh digunakan untuk mengurangi tekanan mental anda : 1) Bersikap realistik terhadap pekerjaan/ tanggungjawab anda Akui kekuatan dan kelemahan diri. Sentiasa berfikiran positif. Cuba melakukan yang terbaik di dalam pekerjaan. Memupuk sikap seronok bekerja/ belajar. 2) Merancang kerja anda Kendali masa anda dengan bijak. Beri keutamaan pada kerja yang penting. Jangan bertangguh. Elakkan daripada membawa kerja pulang ke rumah. Jika anda seorang pelajar, kerja rumah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, cuba habiskan kerja rumah anda pada masa lapang di sekolah. Mengagihkan kerja dengan baik. 3) Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik. Senaraikan semua masalah mengikut keutamaan dan langkah-langkah mengatasinya. Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian. Ambil tindakan secara wajar. 4) Menerima sebarang perubahan dengan sikap yang wajar Sentiasa bersikap terbuka terhadap apa jua perubahan yang berlaku. Bersikap realistik terhadap segala perubahan dan mampu menerima keadaan yang di luar kawalan anda. Bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar. 5) Amalkan komunikasi yang berkesan Biarlah bersikap lembut tetapi tegas daripada bersikap agresif. Luahkan pendapat anda dengan penuh sopan, tegas dan jelas. Hormatilah pandangan rakan anda. 6) Semaikan semangat bermasyarakat Jalankan persahabatan dengan rakan-rakan anda. Senaraikan individu dan organisasi yang mampu membantu anda menangani sebarang masalah. Berkongsi masalah anda dengan mereka yang sedia mendengar dan boleh mempercayai. Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah. 7) Amalkan cara hidup sihat Luangkan masa untuk berehat dan bertenang. Amalkan bersenam, pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi. Jangan merokok, jauhi diri dari arak dan dadah. Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama. Secara kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa kesihatan mental adalah terhindarnya seseorang dari gejala-gejala gangguan dan penyakit jiwa, dapat menyesuaikan diri, dapat memanfaatkan semua potensi dan bakat yang ada semaksimum mungkin dan membawa kepada kebahagiaan bersama serta tercapainya keharmonisan jiwa dalam hidup.

Penyakit mental: adalah istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan penyakit-penyakit mental.

Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya. - Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan ; i. Penyakit-penyakit psikosis. ii. Penyakit-penyakit bukan-psikosis (neurosis) 1. Penyakit Psikosis - Kehilangan hubungan dengan alam nyata. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. - Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. - Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan luar biasa sehingga rang-orang yang tidak biasa melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan. - Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

2. Penyakit-penyakit Bukan Psikosis - Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. - Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis). - Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.

RAWATAN UTAMA PENYAKIT MENTAL 1. Psikoterapi dan kaunseling Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit / keperluan ssrg.

2. Rawatan psikotropik Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan.

3. Rawatan tingkahlaku Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

4. Rawatan elektrokonvulsif Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius

PUNCA-PUNCA DAN CARA-CARA MENGATASI MASALAH TEKANAN MENTAL Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak, selaras dengan pembangunan yang semakin gah di persada dunia, semakin berbagai-bagai punca yang telah mencetuskan tekanan mental. Tekanan mental dapat ditakrifkan sebagai sejenis desakan atau paksaan yang berkaitan dengan akal, pemikiran atau proses intelektual. Tekanan yang terlampau akan menyebabkan penyakit psikologi dan berlakunya jenayah. Cara-cara yang efektif harus digunakan agar tekanan mental dapat ditangani. Oleh itu, pelbagai faktor dan cara mengatasi masalah tekanan mental yang mewarnai focus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci.

Faktor pertama yang menyebabkan seseorang berhadapan dengan tekanan mental ialah masalah personality yang sempurna. Keinginan memajukan diri adalah berfaedah kepada orang sekiranya tidak keterlaluan. Keinginan yang keterlaluan pula akan mendatangkan tekanan sehingga

menyusahkan dirinya. Seseorang yang terlalu menitikberatkan kesempurnaan tidak akan berasa puas hati dan sentiasa ingin berjaya dalam semua aspek yang terlibat. Golongan ini sering mempunyai hasrat atau cita-cita yang menggunung. Mereka berasa kecewa apabila hasil tidak mengikut standard kesempuraan berdasarkan kaca matanya. Oleh itu, masalah personalitI yang sempurna akan menyebabkan tekanan mental yang berat.

Masalah kehidupan dari segi kekeluargaan, pekerjaan atau pelajaran akan mendorong wujudnya tekanan mental. Masalah keluarga dan kemiskinan menyebabkan jiwa manusia sentiasa kecewa dan tertekan. Mereka berasa tekanan kerana sukar mencari nafkah untuk keluarga. Kerja yang berat dan rumit menyebabkan tekanan untuk mengekalkan prestasi di tempat kerja. Tekanan pelajaran pula berlaku kerana berusaha mencapai kecermelangan. Tekanan dalam kalangan pelajar biasanya berpunca daripada ibu bapa yang ingin anak mereka berjaya dalam pelajaran atau pihak guru yang ingin memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran (P&P) mereka tercapai. Jadi, masalah kehidupan mengakibatkan tekanan mental yang cenderung mendorong penyakit psikologi.

Selain itu, pengalaman lampau yang ngeri juga merupakan salah satu faktor kepada tekanan mental. Keadaan ini biasanya wujud pada mangsa tragedi ngeri atau menakutkan. Akibat daripada tragedi tersebut, mangsa sering dihantui perasaan bercampur-campur. Jika mangsa merupakan seseorang yang diam dan tidak suka meluahkan perasaan, maka dia akan mengalami depresi dalam jangka panjang. Mereka akan berasa fobia, takut dan boleh bertindak terburu-buru tanpa keupayaan untuk berfikir dengan nasional. Pengalaman yang terlampau seperti dirogol atau dibuli mungkin menyebabkan seseorang hilang kewarasan kerana terlalu tertekan. Dengan itu, pengalaman yang dashyat mungkin menyambung kepada desakan mental.

Namun begitu, masalah tekanan mental boleh diatasi melalui amalan gaya hidup yang sihat. Amalan kehidupan yang harmonis boleh mengurangkan kegeraman dan tekanan hidup. Pengalaman sikap bertoleransi, sabar dan ceria dalam pergaulan seharian mampu mengelakkan pertelingkahan. Pengurusan masa secara teratur dan pembahagian kerja pula dapat mengurangkan beban kerja. Individu boleh bersenam dan berekrasi agar melepaskan tekanan mental. Dari segi penjagaan pemakanan seharian pula, kita perlu mengelakkan makanan berlemak dan berkanji tetapi menambahkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jadi, amalan gaya hidup yang sihat adalah berkesan untul mengelakkan masalah tekanan mental yang berat.

Langkah mengatasi tekanan mental boleh dilakukan dengan bimbingan kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi. Perkhidmatan psikoterapi merupakan sejenis rawatan gangguan mental melalui kaedah psikologi. Kaunseling mampu membantu individu yang bermasalah agar mengurangkan konflik hidup mereka. Perkhidmatan kaunseling dan psikoterapi berperanan menyediakan ruang untuk mangsa tekanan mental meluahkan isi hati mereka. Setelah pendengaran masalah, pihak kaunseling memberikan nasihat agar membantu individu tersebut menyelesaikan masalahnya. Kaunseling juga diberikan kepada keluarga penyakit mental supaya mengurangkan tekanan mereka yang terpaksa menjaga pesakit. Dengan itu, jelaslah bahawa kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi merupakan satu langkah yang penting dalam mengelakkan tekanan mental.

Di samping itu, pendidikan agama atau moral juga mampu mengatasi masalah tekanan mental. Agama dipandang sebagai unsur penting untuk menanam ciri-ciri kemanusiaan yang mulia. Ibu bapa harus member pendidikan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya. Individu yang mempunyai asas nilai-nilai murni mampu menguasai nafsu mereka. Pendidikan moral dan agama boleh mengatasi masalah jiwa kosong dan memberikan kesedaran melawan nafsu yang keterlaluan. Dengan kesedaran tersebut, seseorang akan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Pendidikan agama atau moral dapat mengurangkan tekanan mental melalui kawalan keinginan.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, tekanan mental tidak akan memudaratkan seseorang sekiranya ditangani dengan hati yang tenang dan relaks. Analogi mudah bagi tekanan mental ialah pengambilan vitamin. Pada prinsipnya, tekanan mental sama seperti pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang seimbang akan meningkatkan sistem immunisasi individu. Walaupun begitu, pengambilan vitamin yang berlebihan pula akan mendatangkan kesan sebaliknya! Begitu jugalah dengan tekanan mental kerana tekanan mental yang optimum akan memajukan seseorang tetapi tekanan mental yang terlampau akan membebankan dirinya.

PUNCA PENYAKIT MENTAL CONTOH SOALAN : Penyakit mental berlaku disebabkan oleh tekanan hidup yang dialami oleh pesakit. Bincangkan punca penyakit mental dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memulihkan pesakit mental.

Kemahiran tangani tekanan cara berkesan atasi bunuh diri JIKA disorot kembali sejak awal tahun ini, masyarakat dikejutkan pelbagai kes bunuh diri dan cubaan membunuh diri. Apabila ada golongan profesional seperti doktor dan peguam yang mengambil keputusan untuk bunuh diri, ramai yang tidak dapat memahami kenapa jalan itu dipilih. Belum lagi dikira dengan kes terminum racun dan terjatuh bangunan. Pada 19 November, akhbar melaporkan cubaan membunuh diri seorang wanita berusia 38 tahun dari Kuala Terengganu yang cuba membakar diri dan bayinya berusia lapan bulan. Semuanya dikaitkan dengan tekanan dan konflik hidup sebagai puncanya. Jika orang dewasa yang matang tidak dapat mengawal perasaan, apatah lagi remaja dan kanakkanak. Pada tarikh sama, seorang pelajar Tahun Enam ditemui mati tergantung dengan sehelai selimut dalam bilik di rumahnya di Pulau Pinang. Murid itu dikatakan kecewa dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Md Zain, berkata kes seperti ini berpunca daripada tekanan keterlaluan. Tahap pendidikan seseorang tidak semestinya menjadi kayu ukur buat mereka menangani masalah atau tekanan. Malah, ia juga bukan perisai menentukan keupayaan mereka berhadapan dengan tekanan. Sama ada berpendidikan, berkerjaya profesional atau tidak, tekanan yang tidak terkawal boleh membuatkan seseorang itu hilang kawalan pada akhirnya, katanya. Bukan semua individu dapat menangani tekanan hidup dengan baik. Cara dan tahap seseorang menerima sesuatu tekanan adalah berbeza. Mungkin bagi individu A, masalah dihadapi individu B dianggap remeh, tetapi tidak bagi individu B. Begitulah juga sebaliknya.

Kemampuan menangani tekanan bergantung kepada beberapa perkara iaitu personaliti seseorang, individu contoh seperti ibu bapa atau idolanya, ahli keluarga dan juga rakan sebaya. Azhar tidak menafikan gaya hidup masa kini mungkin menjadi punca tekanan, turut memberi contoh negara maju seperti Eropah dan Jepun mencatatkan kadar bunuh diri yang tinggi. Tekanan boleh muncul dalam pelbagai keadaan. Misalnya tekanan daripada ahli keluarga, di tempat kerja dan rakan serta persekitaran mendesak sehingga ada yang tidak sanggup berhadapan

masalah. Ia bermula dengan perubahan tingkah laku yang biasanya membawa kepada kemurungan. Ada banyak sebab bagi kemurungan, namun yang penting adalah cara menanganinya. Orang terdekat adalah individu bertanggungjawab untuk mengenalpasti faktor itu. Satu caranya ialah melapangkan masa untuk menjadi pendengar yang baik. Individu yang pernah cuba membunuh diri biasanya memendam rasa. Besar kemungkinan dia akan kembali mencuba. Walaupun dirawat, mereka masih lagi memerlukan perhatian, katanya. Selain itu, sekiranya mereka memiliki sistem sokongan yang kuat, terutamanya daripada ahli keluarga yang prihatin, masalah ini boleh diatasi. Mungkin ada yang malu mengakui mereka perlu mendapatkan rawatan kaunselor kerana bimbang dikategorikan sebagai pesakit mental, dipinggirkan keluarga dan masyarakat. Justeru, tahap stres akan meningkat dan daripada masalah kemurungan kecil ia bertambah besar hingga mereka mengambil tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Sebenarnya, bantuan awal boleh diberi kepada mana-mana individu yang dilihat memiliki ciri kemurungan. Antaranya ialah: Adakah individu itu dapat melakukan tugas hariannya tanpa berasa tertekan; Adakah individu itu mengalami masalah berat badan sama ada turun atau naik yang serius, atau perubahan tabiat tidur; Adakah individu itu kehilangan kawan atau mendapat kawan baru yang memberi pengaruh kurang sihat; Mengadu mengalami penyakit tidak berasas; Tahap keyakinan diri turun mendadak; Individu itu sering berasa letih; Individu itu berasa tidak berguna kepada rakan, keluarga dan hidupnya; Individu itu pernah berfikir hendak membunuh diri atau pernah cuba membunuh diri, Individu itu tiba-tiba mula merokok, minum minuman keras atau mengambil dadah.Azhar turut menekankan pengisian rohani juga bekalan perlu untuk menguatkan jiwa seseorang individu mengikut kepercayaan agama dianuti. Program Pencegahan Bunuh Diri Kebangsaan diperkenalkan pada 2003 juga banyak membantu memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat.

Pencegahan adalah ubat paling mujarab bagi mengatasi kes bunuh diri serta cubaan bunuh diri. Namun, jika gagal, kes ini mungkin membawa kecacatan kekal yang akhirnya membuatkan mereka serta orang terdekat turut sama menderita. Bernama

Anda mungkin juga menyukai