Anda di halaman 1dari 97

PENGENALAN Sains dan Teknologi yang ada pada hari ini adalah hasil daripada perkembangan yang berlaku

semenjak beribu-ribu tahun yang lalu melalui beberapa tamadun manusia. Ia merupakan daya usaha manusia memahami alam dan seterusnya berikhtiar untuk meningkatkan kesejahteraan hidup mereka. Setelah mengalami perubahan yang begitu pesat mengikut keperluan masyarakat.

TAKRIF SAINS Kamus Oxford (1983), mentakrifkan sains sebagai cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen yang bersistem terhadap fenomena alam semula jadi.

PEMBAHAGIAN SAINS Sains boleh dikategorikan kepada tiga, iaitu Sains Tabiin,Sains Gunaan dan Sains Sosial Sains Tabie Sains tabie dikenali juga sebagai sains tulen , Sains Tulen (Natural Science) merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji benda-benda nyata di bumi ini. Bidang ini merangkumi: i. Biologi ii. Fizik iii. Kimia Dalam al-Quran ada ayat-ayat yang menyentuh sains tabieseperti firman Allah yang bermaksud: "Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkun hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gununggunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. Dan demikian (pula) dl antara manusia, binatangbinatang melata dan binatang- binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya
85 9

(dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagiMaha Pengampun" (Faathir 35 : 27&28)

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menerangkan bahawa bagaimana kejadian fenomena hujan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai spesis. Begitu juga dengan melihat kejadian gunung-ganang yang berbeza yang memberikan hasil yang berbeza pula kepada manusia. Begitu juga dengan kejadian kehidupan binatang buas dan binatang yang dijadikan ternakan yang boleh diambil manfaat darinya. Begitu pula dengan kejadian manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang mempunyai pelbagai adat resam dan budaya.

Di atas dalil kenyataan segala penciptaan menimbulkan ketinggian iman dan rasa tanggungjawab terhadap makhluk dan tuhanNya

i.

Sumbangan Islam Dalam Bidang Biologi

Biologi adalah ilmu mengenai kehidupan (kaji hayat). Berasal dari kata Yunani, Bios yang berarti hidup atau kehidupan dan Logos artinya Ilmu. Ilmu biologi berurusan dengan ciri-ciri fisik dan perilaku makhluk hidup pada masa sekarang dan masa lalu, bagaimana mereka tercipta dan interaksi antara sesama mereka dan dengan alam sekitar.Pemahaman asas mengenai habitat, kelakuan dan pengkelasan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Bidang ini telah dikaji dan dicatat oleh orang-orang Islam sejak zaman Bani Umaiyah. Pada zaman tersebut mereka berminat di dalam pembiakkan kuda dan unta, sehubungan dengan itu mereka berjaya menghasilkan suatu penemuan asas untuk memulakan kajian dalam bidang zoologi dan biologi biak-baka.

Bidang botani telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam

85 9

kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh masyarakat Islam ketika itu.
Showing posts with label sumbangan Islam Dalam Bidang botani.

a) Sumbangan Islam Dalam Bidang Botani Botani merupakan salah satu bidang kajian dalam biologi yang mengkhususkan diri dalam mempelajari seluruh aspek biologi tumbuh-tumbuhan.Dengan demikian, dalam botani dipelajari semua disiplin ilmu biologi untuk mempelajari pertumbuhan.metabolisme, perkembangan, interaksi dengan komponen biotik dan abiotik, serta evolusi tumbuhan.Bidang botani telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh masyarakat Islam ketika itu

Tokoh Islam Dalam Bidang Botani 1. AL JAHIZ (164-255H / 780 868M) Beliau ialah Abu Osman Amru b. Bahr yang bergelar Al Jahiz (besar) kerana matanya yang besar, lahir, membesar dan meninggal di Basrah Iraq. Diriwayatkan beliau telah menghasilkan 350 buah buku di dalam berbagai bidang seperti biologi kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu ekonomi, perdagangan dan geografi.Dalam bidang botani beliau telah menulis buku Al Zaru wa al Nakhl" dan "Al Maadin". Perbahasan buku ini selain menerangkan keadaan tumbuhan, ianya juga menyentuh masalah tanah dan serangga.

2. Ibn Al-Baitar Beliau ialah Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar. Beliau merupakan seorang ahli botani dan farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan. Beliau lebih dikenali sebagai Ibn Al-Baitar, beliau dilahirkan di sebuah kota dikenali Malaqa atau Malaga di Sepanyol pada akhir kurun ke-12. Beliau belajar ilmu botani daripada Abu al-Abbas al-Nabati. telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan bahan galian. Karyanya al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah dan al-Jami'fi al-Adwiyah
85 9

al-Mufradah paling berpengaruh dibidang farmakologi. Sebahagian karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman. Pada tahun 1219, beliau meninggalkan Sepanyol untuk menjalankan kerja-kerja mengumpul tumbuh-tumbuhan menerusi pengembaraan di bahagian utara susur pantai benua Afrika.Pengembaraan itu menjangkau sehingga ke benua Asia Kecil. Cara beliau mengembara sama ada di darat atau laut tidak diketahui sehingga hari ini.Bagaimanapun antara tempat-tempat yang beliau singgah dan lawati ialah Bugia, Qastantunia (Constantinople), Tunis, Tripoli, Barqa and Adalia. Sumbangan utama Ibn Baitar ialah Kitab al-Jami fi al-Adwiya al- Mufrada yang merupakan salah sebuah kompilasi botani yang terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan perubatan

3. Al-Riyasa Ibn Jarit (meninggal 1193M) Beliau menulis mengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Belau adalah seorang doktor dari Mesir yang juga doktor peribadi kepada Salahuddin al-Ayubi.

4. Al-Ghafiqi (meninggal 1165M) Beliau berasal dari Cordava telah berjaya mengkelaskan tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika.Belau telah memberi nama tmbuh-umbuhan yang dikajinya dalam bahasa Arab, Latin dan Barbar. Beliau telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 buah jenis pokok buah-buahan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain selepasnya Karya beliau iaitu Al-Adwiah Al-Mufaradhah mengenai herba perubatan telah menjadi rujukan oleh pakar-pakar yang lain dalam bidang tersebut.

5. Al-Nabati Beliau menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika Utara, Arabia dan Lautan Merah dan menghasilkan Al-Rihlah, yang menceritakan tentang tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya.
Showing posts with label sumbangan Islam Dalam Bidang zoologi

85 9

b).

Sumbangan Islam Dalam Bidang Zoologi

Zoologi adalah disiplin ilmu dari biologi yang secara khusus mempelajari haiwan. Dalam salah satu ayat Al Quran yang diturunkan di masa awal, Allah mengarahkan perhatian masyarakat Arab kepada unta, haiwan yang menjadi bagian kehidupan mereka sehari-hari: Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan? (Al Ghaasyiyah, 88:17)

Tokoh Islam Dalam bidang Zoologi

1. Al Jahiz Al-Jahiz ialah ahli zoologi Islam yang pertama dan merupakan penulis buku "The Book of Animals" atau kitab al Haiwan(Buku Tentang Haiwan).Kitab ini menyentuh tentang psikologi haiwan, persaingan antara haiwan-haiwan untuk kehidupan dan adaptasi kepada alam sekitar. Beliau telah mengkaji lebih dari 350 jenis haiwan

Beliau telah membahagikan haiwan kepada jenis terbang, berenang dan berjalan. Haiwan yang berjalan dipecahkan pula kepada haiwan bertutur seperti manusia dan haiwan mendatang seperti binatang buas, liar dan serangga.

Pada awal pelopor sains zoologi dan antropologi, Al-Jahiz telah menemui bahawa kesan alam sekitar terhadap kehidupan haiwan dan juga memerhati perubahan spesies haiwan berdasarkan beberapa faktor. Satu lagi karya beliau ialah Al Qaul fi al Baghal yang membicarakan tentang asal kaldai, sifat dan kehidupannya.

2. Asma'i dari Basrah(739-783 M) Nama sebenar beliau Abd Al-Malik Ibn Quraib Al-Asmai.Abd Al-Malik merupakan seorang philologis yang membuat sumbangan berharga dalam bidang Zoologi, Botani, dan penjagaan haiwan. Beliau telah menulis beberapa buah buku seperti "Kitab al-Ibil, Kitab al-Khail, Kitab al85 9

Wuhusy, Kitab al-Sya' (mengenai biologi haiwan) dan Kitab al-Khalq al-Insan" yang terakhir mendedahkan mengenai anatomi manusia.

3. Al-Damiri Beliau telah menghasilkan "Hayat al-Hayawan" dan dicetak beberapa kali di Kaherah, sebahagiannya diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh A.S.G. Jayakar.

ii.

Sumbangan Islam Dalam Bidang Fizik

Fizik merupakan kajian tentang fenomena alam semulajadi - strukturnya dan dinamiknya, dari skala yang terkecil seperti elektron kepada yang terbesar seperti alam semesta. Ilmu ini mengenai jirim, tenaga, ruang, masa, pergerakan dan daya. Ia merupakan asas kepada kimia, biologi moden, sains bumi dan teknologi. Kejuruteraan, perubatan moden dan teknologi komunikasi dan maklumat bergantung erat kepada kemajuan dalam fizik.

Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat supaya manusia mengkaji dan meneliti fenomena Alam agar memahami serta mencapai ilmu pengetahuan dan dapat membina tamadun di dunia ini. Antaranya ayat menjelaskan , bahawa alam yang dicipta Allah SWT ini adalah tertaluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa sahaja yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Islam tidak terbatas kepada hubungan manusia dengan tuhan, bahkan merangkumi semua aspek kehidupan.

Firman Allah : Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak pula yang lebih kecil dan tidak yang lebih besar dari itu melainkan (semua tercatat ) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)" Surah Yunusayat 61

85 9

Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahanmu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmatnikmatNya yang zahir dan batin (Surah Luqman Ayat 20)

Tokoh fizik Islam dan sumbangan mereka 1.Ibn Haitham (965-1040 M) Nama sebenar beliau ialah Abu All Muhammad Hasan Ibn Al-Haitham.Beliau dikenali di Barat sebagai Alhazen Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah dan dianggap sebagai Bapa Optik Moden. Beliau menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti pelangi, bayang-bayang, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya.Beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, perubatan, dan falsafah.

2. Al-Biruni (973-1048M) Nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Ketika hidupnya beliau banyak membincangkan dan menganalisis dengan mendalam akan konsep asas fizik seperti graviti , jirim dan ruang dan gerakan bumi dimana manafaatnya dapat kita kecapi hari ini.

3. Suhrahwadi Beliau telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau menyatakan alam dan planet adalah tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing dari hukum graviti semesta. Eksperimen untuk menentukan gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat bayang-bayang, penggunaan kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomena penting dalam optik. Dalam kitabnya yang boleh diterjemah sebagai ritis fizik.

85 9

Iii.

Sumbangan Islam Dalam Bidang Kimia

Perkataan alikimia diambil daripada bahasa arab dan diubah ke dalam bahasa inggeris dengan panggilan alchemy. Kini ianyanditakrifkan sebagai bidang ilmu yang berkenaan dengan pnukaran barang zahir-bahan kimia berbentuk gas, cecair atau pepejal melaui tinak balas antara bahan atau penukaran kandungan kimia melaui proses penceraian / pencernaan. Ilmu kimia kini telah berkembang begitu pesat. Barat mampu mengembangkan ilmu tersebut untuk meraih berbagai kemajuan. Miskipun sebenarnya, pada mulanya ilmu kimia dirintis oleh sarjana Islam dalam bidang tersebut, seperti Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, yang di negeri Barat lebih akrab dipanggil dengan sebutan Ibnu Geber.

Tokoh Kimia Islam dan sumbangan mereka

1. Jabir/Gaber Ibn Hayyan (750-803 Masihi) Beliau ialah Abu Musa Al Asadi Al Tusi dan dikenali juga dengan gelaran Al Harani. Lahir dan wafat di Kufah, Iraq. Merupakan seorang ahli falsafah dan kimia tua. Beliau hidup di zaman Khalifah Harun Al Rasyid beliau digelar Bapa Kimia Dunia, mahaguru kimia Arab dan Bapa Kimia . Bidang kimia yang di pelopori orang Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam abad ke-8 dengan kemunculan Jabir Ibn Hayyan. Beliau menghasilkan banyak penulisan yang kemudiannya ditambah lagi oleh penuntut-penuntutnya yang menulis mengikut doktrin Jabir.Himpunan hasil penulisan ini dikenali sebagai "Korpus Jabir".

Sumbangan beliau i. Menyumbang kepada proses menyediakan pelapisan bahan antiair pada pakaian serta campuran bahan cat dan gris.

ii. Beliau mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia.Idea eksperimen Jabir sekarang menjadi dasar untuk mengklasifikasikan unsur

85 9

kimia terutama pada bahan logam, bukan logam, dan penghuraian bahan kimia.

iii. Mengemukakan kaedah percubaan sains. Antaranya kaedah sejatan, pernyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksida logam bakar, percantuman dan turunan. Jabir orang pertama yang mencipta asid galian seperti HNO3, H2SO4 dan lain-lain.

iv. Beliau telah dapat menganalisa asid nitrik dan acetik yang tulin.

Karya beliau Jabir cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah dan diabadikan sehingga kini. Ada 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia antaranya:

i. Kitab Al-Kimya Kitab ini telah diterjemahan dan diterbitkan oleh orang Inggeris, Robert Chester pada 1444, dengan judul The Book of the Composition of Alchemy

ii. Kitab Al-Sab'een Kitab ini telah diterjemahkan oleh Gerard dari Cremona sementara Berthelot pula menterjemahkan beberapa buku beliau antaranya dikenali dalam judul Book of Kingdom, Book of the Balances dan Book of Eastern Mercury. Pada 1678, seorang berbangsa Inggeris iaitu Richard Russel mengalih bahasakan karya Jabir yang lain dengan judul Sum of Perfection.Berbeza dengan pengarang sebelumnya, Richard adalah yang pertama kali menyebut Jabir dengan sebutan Geber dan memuji ilmuwan itu sebagai seorang pendeta Arab dan ahli falsafah.Buku Richard kemudiannya menjadi sangat popular di Eropah selama beberapa abad lamanya dan telah memberi impak serta pengaruh besar kepada evolusi ilmu kimia moden.

2. Muhammad Abu Zakariyya al-Razi (865-925M) Belau menghasilkan "Kitab al-Asrar" dan "kitab Sirr al-Asrar" serta "al-Madkhal al85 9

Thalim" yang masih digunakan oleh para ahli kimia terkemudian kerana al-Razi masih mengekalkan bahasa simbol kimia di dalam penulisannya. Sumbangan terpenting alRazi termasuklah :

i. Pengkelasan benda-benda kepada logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. ii. Beliau juga memberikan penerangan yang lebih teliti tentang proses pemejalwapan penyulingan, penghabluran, penurasan dan sebagainya. iii. Al-Razi juga menerangkan berbagai alat radas pegujian kimia seperti bikar, kelalang, lampu nafta, relau pelebur, dan berbagai lagi.

3. Al-Kindi (875M) Abu Yousuf Yaqub Ibn. Ishak al-Khindi.Al-Khindi dilahirkan di Kufa sekitar tahun 800 Masehi.Dalam bahasa Latin, al-Khindi dikenali sebagai Alkindus. Beliau sebenarnya seorang yang mempunyai kepakaran dalam banyak bidang meliputi falsafah, matematik, perubatan, astronomi, fizik, ahli geografi dan juga muzik. dalam bidang fizik pula, beliau memberikan sumbangan yang besar dan menulis buku dalam bidang optik geometrikal. membuat beberapa pengujian tentang suhu dan kondensasi. Dalam bukunya berkenaan kimia pewangi dan penyulingan, al-Kindi menerangkan proses-proses pengeluaran pewangi tiruan.

4. Abbas Ibn Firnas Bliau telah memperkenalkan teknik membuat kaca, dan lain-lain.

5. Utarid Ibn Muhammad al-Hasib Beliau pula menyusun kitab "Manafi al-Ahjar" yang membicarakan berkenaan dengan sifat-sifat logam.

Sains Gunaan Sains gunaan ialah kajian yang lebih menekankan kepada keperluan-keperluan jangka pendek atau jangka panjang atau untuk menghasilkan pengeluaran-pengeluaran
85 9

dalam bidang yang mempunyai nilai amali, contohnya : bidang perubatan, pertanian dan lain-lain lagi.

i.

Sumbangan Islam Dalam Bidang Perubatan

Perubatan adalah amalan semua umat manusia dalam dunia ini tanpa mengira bangsa, keturunan atau ugama kerana sesiapa boleh diserang penyakit. Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Allah Adam a.s. sehingga sekarang dan usaha ini masih berterusan. Jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi dengan perubahan cara gaya hidup manusia dan perubahan dalam alam sekitaran. Rasullullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud Setiap penyakit ada ubat melainkan penyakit tua dan mati.

Walaupun berbagai jenis ubat telah dicipta oleh manusia, namun masih banyak lagi penyakit yang belum diketahui punca dan ubatnya. Umat Islam juga tidak terkecuali dari diserang dan berbagai usaha dan cara dilakukan untuk merawat penyakit. Rasullullah s.a.w. menggalakkan umatnya berusaha untuk mendapat ubat bagi setiap penyakit yang dihidapi. Malah Baginda menekankan pentingnya pencegahan penyakit melalui langkah-langkah tertentu.

Tokoh Perubatan Islam dan sumbangan mereka Sejarah Islam telah berjaya melahirkan ramai sarjana yang pakar dan tokoh yang memberi sumbangan dalam ilmu perubatan. Antara mereka Zakaria al-Razi yang menghasilkan "Kitab al-Hawi", Ammar bin Ali yang menulis "Kitab al-Muntakhab", Ibn Sina tahun (al-Qanun fi al-Tibb), Ali Ibnu Abbas al-Majusi (al-Maliki), Ali al-Tabari (Firdaus al-Hikmah), Ibnu Rusyd tahun 1126 - 1198(al-Kuliyah), dan al-Baitar yang merupakan pakar terulung dalam ilmu surgeri. Antara lainnya Al Zahrawi dan Ibnu Nafis

85 9

1. Ibnu Nafis ( 1208 - 1288). Nama sebenar beliau ialah Ala-al-Din Ibn Nafis. Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah dari Syria, beliau meninggal dunia di Kaherah. Ibnu Nafis yang turut dikenali dengan gelaran Bapa Perubatan. Selain seorang cendikiawan Islam yang mengkaji pembangunan dalam perubatan moden, beliau juga dikenali kerana kajiannya dalam ilmu logik (mantiq), falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadis dan usul fiqh.

Sumbangan Beliau i. Beliau memberi penjelasan mengenai sistem kecil peredaran darah, melalui ronggarongga jantung dan paru-paru. Dalam kajiannya, beliau mendapati darah beredar antara jantung dengan paru-paru.

ii. Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah dari Syria. Beliau telah menghasilkan teknik pembedahan dan perawatan selepas pembedahan Karya beliau i. Kitab Al-Shamil fi'l-sina At-tibbiyah (Suatu Kajian Men yeluruh Bagi Seni Perubatan) yang merangkumi bidang pembedahan. ii. Kitab al-Mukhtar fi al-Aghdhiya, yang mengupas tentang efek diet bagi kesehatan. iii. Kitab al-Shamil fi al-Tibb, menjadi sebuah ensiklopedia yang terdiri dari 300 jilid, tapi terhenti di tengah jalan karena Al-Nafis wafat.

2. Al-Zahrawi/Albulcasis(936-1013M) Nama sebenar beliau ialah Abul Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi beliau dikenali juga dengan Abulcasis dalam penulisan Barat dan dianggap sebagai Bapa Bedah Moden.Beliau dilahirkan pada tahun 936M di Zahra, Cordova, ibu negeri Sepanyol. Penglibatan beliau dalam bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan di Sepanyol pada abad ke-10. Umum mengenalinya sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman Pertengahan dan tidak mustahillah ketokohannya itu menyebabkan beliau digelar sebagai "Bapa Pembedahan Moden"Selain daripada bidang pembedahan, beliau juga pakar dalam bidang pergigian. Beliau telah
85 9

memperkenalkan banyak pembaharuan dalam bidang ini .

Sumbangan beliau Al-Zahrawi sememangnya seorang pakar bedah yang dikagumi dan dihormati ramai. Ramai pesakit dan pelajar yang datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan dan meminta nasihat. Antara sumbanganbeliau dalam bidang ini ialah : Sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan,Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga dan saluran kencing. ii. Beliau ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemofilia. iii. Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknikteknik dalam pembedahan. iv. Beliau juga menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat. v. Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan. vi. Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat. vii. Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Bahagian yang terakhir dalam buku ini membincangkan mengenai penyakit gigi dan pengubatannya. Ia mengandungi lakaran-lakaran alat yang diciptanya.Beliau juga mengenal pasti langkah-langkah untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat daripada tulang haiwan.

3. IBN SINA (981-1037M) Nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah, dilahirkan pada tahun 981M di

85 9

Afshana berhampiran Bukhara (kini dikenali sebagai Uzbekistan). Beliau yang lebih dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat Eropah merupakan pakar perubatan, sains, falsafah, muzik, matematik, puisi dan kaji bintang pada masa tersebut. Ibn Sina dianggap sebagi 'Bapa Perubatan' oleh penulis-penulis Barat kerana beliau telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen, pengalaman ahli-ahli perubatan India dan Parsi serta hasil pengalaman beliau sendiri untuk diamalkan.

Sumbangan Beliau Antara sumbangannya dalam bidang perubatan ialah :

i. Beliau telah menjalankan kajian terhadap tubuh manusia yang dikenali sebagai anatomi. Hasilnya, beliau mendapati jantung mengandungi 3 injap yang akan terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa jantung mengepam darah. ii. Beliau juga memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung untuk mengenalpasti ketidakseimbangan hormon yang berkenaan. Apa yang menarik mengenai ilmu ini ialah beliau dapat memulihkan pesakit yang menghadapi masalah sakit jiwa iii. Beliau turut memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan menemui ilmu yang kita kenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatis di mana ia menunjukkan perkaitan antara psikologi dengan kesihatan. Ibn Sina juga menyedari betapa pentingnya emosi dalam usaha pemulihan pesakit. Minatnya yang mendalam dalam bidang berkaitan kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak daripada hasil karyanya berkisar mengenai gangguan psikologi. iv. Beliau juga ada menceritakan simptom-simptom penyakit kencing manis (diabetes) dan masalah yang akan timbul daripadanya. v. Ibn Sina juga menjadi saintis yang pertama menerangkan mengenai bahagianbahagian berbeza pada mata seperti kornea, koroid, iris, retina, lapisan kanta dan lainlain.

85 9

4. Al-Razi (864-930 M) Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariya Al-Razi.Beliau dikenali di Barat sebagai Rhazes. Beliau yang berbangsa Parsi Beliau pernah digelar sebagai Jalinus Arab (Galen of the Arab) dan pernah menjadi guru kepada Ali Ibn Rabban alThabari,Hunayn Ibnu Ishaq dan Ibn Sina Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia dan belajar ilmu falsafah. Ar-Razi amat menonjol dalam bidang kimia dan perubatan.

Sumbangan Beliau Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam bidang perubatan. Antaranya :

i. Beliau merupakan orang yang pertama yang menemui penyakit campak dan cacar ii. Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab: AlKuhl) untuk tujuan perubatan. iii. Orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. iv. Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan. v. Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata.Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa vi. Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundipundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing. vii. Selain daripada itu, beliau juga telah memberikan sumbangan dalam usaha mengubati penyakit cacar dan campak.Al-Razi merupakan orang yang pertama membezakan kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai penyakit tersebut.

85 9

ii.

Sumbangan Islam Dalam Bidang Pertanian

Seawal kurun ke-19 sistem petanian moden sudah menjadi tunjang kepada ekonomi dan pengorganisasian di negara islam. Bandar-bandar islam yang hebat berhampiran afrika timur, utara dan sepanyol telah mempunyai sistem pertanian yang terpeinci yang merangkumi sisitem pengairan yang ekstensif dan juga kepakaran pertanian terhebat pada masa itu. Orang Islam telah pun menternak kuda dan kambing dari baka yang terbaik dan menanam sayur-sayuran. Selain itu, mereka juga telah mempunyai pengetahuan dalam menggunakan baja, cara-cara mengawal makhluk perosak pengkulturan secara silang (cross culture) untuk menghasilkan spesies baru telah menghasilkan pelbagai bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga. . Pokok buah oren dibawa dari India ke semananjung tanah arab seblemum kurun ke 10. Bangsa arab telah

memperkenalkannya kepada Syria, Asia Minor,Palestine,Mesir, dan Sepanyol dimana seterusnya ia merebak ke negara-negara selatan Eropah. Penanaman pokok tebu dan penghasilan gula juga disebarkan dengan cara yang sama oleh bangsa arab iaitu daripada India melalui Near East dan dibawa masuk ke Eropah oleh tentera-tentera salib. Kapas ditanam pertama kali di Eropah oleh orang-orang arab. Pencapaian ini terlaksana di atas tanah yang kering melalui saliran pengairan yang teratur. Khalifah pada masa itu telah membuat pengecualian dengan membernarkan perusahaan secara percuma.Kerajaan sendiri yang memberi sokongan keawangan dan

mengarahkan kerja-kerja baik pulih saliran yang lebih besar. Sungai Euphrates telah pun sedikit sebanyak disalirkan ke sungai Mesopotamia., Tigris dan parsi dan tidak ketinggalan juga saliran yang menghubungkan dua buah sungai. di Baghdad. Pemerintahan awal abasiyah juga menggalakkkan pengaliran lumpur subur dan pembaik pulih kampung yang hampir dimusnahakan atau yang telah ditinggalkan. Pada abad ke 10 dibawah pemerintahan putera Samanid, kawasan tersebut dikenali Mahligai Bumi Yang Empat (four earthly paradises).

85 9

Menurut Scott, sistem pertanian orang islam di Sepanyol adalah yang paling kompleks dan paling saintifik dan paling lengkap yang dihasilkan oleh manusia. Kenyataan ini disokong lagi oleh Glick yang menurutnya orang islam yang paling banyak menyumbang kepada tranformasi yang berlaku di atas muka bumi. Satu lagi simbol revolusi tanah Islam ialah ketika Eropah berpecah-belah dibawah perhambaan buruh dan sistem ekonomi yang berbentuk penghambaan negara Islam telah pun memiliki pertanian secara berbajak. Menurut Joseph McCabe, bangsa-bangsa arab dizaman Andalusia adalah telah mempunyai estet yang diusahalan pekerja-pekerja lading dan jarang sekali dikerjakan oleh hamba. Di sepanjang the Guadalquivir sahaja terdapat 12000 kampung yang hidup dalam keadaan yang gembira. Revolusi pertanian Islam kelihatan agak sedikit pelik kerana kerana ia telah mervolusikan seluruh tanah air Islam tanpa pengecualian. Pecapaian ketamdunan ini berlanjutan selama 5 kurun, bermula dari kurun ke-7 dan seterusnya. Tanah Islam subur dan telah melahirkan masyarakat yang sentiasa berkembang kesan dariapa pertanian yang subur. Contohnya, menurut ahli-ahli awal geografi, telah terdapat sebanyak 360 kampung di Fayyum (sebuah daerah di Mesir) diamana setiap satu daripadanya mampu membekalkan makanan kepada seluruh Mesir unuk tempoh satu hari., terdapat juga 12000 kampung di sepanjang Guadalquivir, Persisiran antara Tangiers dan Melilla (afrika Utara) dimana telah pun ditinggalkan pada hari ini walaupun pada suatu masa dahulu ianya padat dengan penduduk; Di jalan antara Gafsa dan Feriana, sebahagian Turki yang kini adalah padang pasir, dahulunya terdapat 200 perkampungan.; dan disepanjang Tigris (Iraq) pemenmapatn berterusan sehingga ke suatu tahap di mana suara ayam berkokok saling bersahutan dari bumbung ke bumbung rumah daripada Basra ke Baghdad. Terdapat bukti-bukti lain menunjukkan gambaran yang sama teteapi lebih terpinci. Contohnya, sebuah statitik penduduk seramai 10000 orang pada abad ke 8 menunjukkan tiada sebuah pun kampung di Mesir yang memiliki tanaman di bawah 500. Secara keseluruhannya artikel ini menjelasakan 4 faktor utama yang menyumbang kepada revolusi pertanian iaitu pengenalan kepada tanaman baru oleh orang islam,

85 9

penggunaan ekstensif sistem pengairan, penggunaan dan pengurusan tanah yang lebih cekap dan peranan ilmuwan dalam menggalakkan inovasi pertanian dan sains. Kesimpulan Kedudukan dan Peranan Sains Dalam Islam Islam melihat sains dan agama itu suatu yang bersifat bersepadu. Sians tidak mampu dipisahkan daripada nilai-nilai keagamaan. Agama menjadi pengawal kepada segala perlakuan manusia termasuklah dalam bidang sains dan teknologi. Islam melihat sains sebagai satu perkara yang amat penting kerana dengan sains dan teknologi manusia berupaya: a) Mengenal Tuhan (Allah) b) Menegakkan hakikat kebenaran c) membawa mausia kepada sifat tafakkur dan dapat mengenali Allah d) Membantu manusia memenuhi keperluan material e) Membantu manusia dalam pelaksanaan Syariat.

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 20 yang bermaksud : Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahanmu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmatnikmatNya yang zahir dan batin

Dari ayat di atas lebih jelas, bahawa alam yang dicipta Allah SWT ini adalah tertaluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa sahaja yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Islam tidak terbatas kepada hubungan manusia dengan tuhan, bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuklah dari sudut teknologi. Teknologi dibangunkan dan dimajukan demi memelihara dan meningkatkan kualiti kehidupan kerohanian.

f) Menjaga keseimbangan dan keharmonian alam.

85 9

Sumbangan Islam Dalam Bidang Matematik

Pengenalan Sarjana-sarjana Islam telah memberi sumbangan yang amat besar dan bermakna di dalam bidang perkembangan ilmu matematik. Mereka banyak mencipta perkaraperkara baru yang menjadi ilmu matematik lebih mudah dipelajari. Salah satu sumbangan paling besar sarjana Islam di dalam bidang ini ialah memperkenalkan sistem angka baru, termasuklah angka sifar. Sistem angka mula diperkenalkan ke Arab oleh sarjana India bernama Sinhid. Sistem nombor ini telah memainkan peranan yang begitu besar dalam bidang matematik. Tanpa sistem nombor dan angka adalah amat sukar bagi manusia untuk menentukan kuantiti yang difikirkan atau yang diperlukan untuk penjumlahan.

Firman Allah Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). (Surah Al-Kahfi : 25) Ini semua membuktikan bahawa ilmu Sains dan juga Ilmu Hisab sudah ada di dalam Quran, walaupun ianya di turunkan 1400 tahun yang lalu, tetapi apa yang patut kita sematkan dalam hati kita, Kitab Quran bukanlah kitab Sains, Ilmu Hisab atau Sejarah tetapi ianya adalah kitab pedoman kepada umat Islam dalam mengecapi kesejahteraan di dunia dan juga akhirat jika beramal dengannya.

Tokoh Matematik

1. Al-Khawarizmi (780 - 850)

85 9

Latar Belakang Tokoh Nama sebenar beliau ialah Mohammad Ibn Musa Al-Khawarizmi. Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. AlKhawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi, Algorizm dan beberapa cara ejaan lagi. Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Beliau telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad. Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. .Beliau amat terkenal dalam bidang ilmu matematik. Beliau adalah pengasas kepada ilmu algebra, malah nama algebra diambil bersempena dengan nama buku beliau Al-Jabr wal-Muqabilah. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang. Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra.. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Dalam bidang trigonometri, beliau mengetengahkan konsep sinus (sine) yang kemudiannya diperkembangkan kepada tangen. Konsep algoritma yang dinamakan mengikut namanya juga diasaskan oleh Khwarizmi. Beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik. Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0). Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab.

85 9

Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan.

PENDIDIKAN Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Mamun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara

perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

85 9

PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, alkarismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah : 1. Al-Jabr wal Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. 2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi. 3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang. Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

Hasil Karya Al-Khawarizmi Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat. Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah : a) Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. b) c) d) e) f) g) h)
85 9

b )Mufatih al-Ulum : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang. c) Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

i) d) Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan j) k) l) ia mengenai algebra. e) Al-Amal bi Usturlab f) Al-Tarikh g) Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah..

2. Omar Al-Khayyam (1048-1131)

Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam dan dilahirkan pada 18 Mei 1048 dan meninggal dunia pada 4 dec 1131. Khayyam sebenarnya bermaksud pembuat khemah. Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra. Beliau telah memajukan lagi pengetahuan penemuan al-Khawarizmi dalam memuatkan pecahan-pecahan, persamaan geometrik dan algebra serta klasifikasi tentang persamaan. Proses mengkaitkan aljabar dengan Geometri telah pun dapat dilihat dengan jelasnya dalam penulisan al-Khawarizmi. Geometri analisis memerlukan tiga peringkat perkembangan iaitu penemuan sistem koordinat, mencantumkan perhubungan antara satu sama lain dalam kaedah aljabar dengan geometri, dan akhirnya menyatakan hubungan dalam bentuk geraf. Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ke tiga. Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini

termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain.
85 9

Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra. Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan.Omar Al-Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal. Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari. Beliau juga pernah diarahkan oleh Sultan Saljuq - Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja di balai cerap.Di sana, beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang tepat. Khayyam berjaya

memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-alJalali.

3. Al Biruni (973-1050)

Nama sebenarnya ialah Abu Arrayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada 15 September 973 di Kath, Khwarazm (sekarang dikenali sebagai Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan) dan meninggal dunia pada 13 Dec 1048 di Ghazna (sekarang dikenali sebagai Ghazni, Afganistan). Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, AlBiruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk

membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. Beliau juga
85 9

adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6 km. Beliau menetapkan panjang sendeng bulatan1/10 lalu menentukan kosain dan seterusnya menjelaskan sendeng yang baki. Beliau juga mencipta kaedah untuk mengira ukur lilit bumi yang dinamakan kaedah Al Bironi.

4. Al-Battani (850-929)

Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri Menurut sumber sejarah beliau dilahirkan pada 858 Masihi di Negeri Harran dan menurut sumber lain tempat kelahirannya adalah di Battan, salah satu negeri di Harran, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria. Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor.Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents

Al-Battani mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri Jabir Ibn Sanan yang juga merupakan seorang Saintis yang terkenal ketika di zamannya.Beliau kemudiannya berhijrah ke Raqqa yang terletak di tebing Sungai Euphrates dan mendapat pendidikan lanjut dan mendapat kesarjanaan dalam bidang tersebut. Pada abad ke 9, beliau berhijrah pula ke Samarra dan bekerja di sana sehinggalah ke akhir hayat beliau iaitu pada 929 Masihi. Pada asalnya beliau ialah seorang Sabian (penyembah Bintang) dan kemudiannya memeluk agama Islam.

85 9

Al-Battani merupakan seorang Astronomi yang terkenal serta seorang yang mahir dalam bidang Matematik. Beliau merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat.Kebanyakan hasil penemuan dan kajian beliau telah dibukukan dan diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. Antaranya termasuklah karya penulisan ilmiah beliau dalam bidang Astronomi dan juga Trigonometri. Buku beliau yang begitu terkenal ialah karya beliau dalam bidang astronomi yang telah diterjemah ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 yang diterbitkan sebagai De Scienta Stellerum-De Numeris Stellerum Et Motibus.

Karya-karya beliau dalam bidang Astronomi amatlah mempengearuhi dunia ilmuan Barat sehinggalah muncul zaman Renaissance. Al-Battani telah berjaya membetulkan hasil Batlimous dalam bukunya Al Zaiju al Sabik". Bukunya terdiri dari muqaddimah dan 57 bahagian tentang cara-cara pengiraan, sifat buruj, kadar miring, bintang dan permasalahan nya, berjenis-jenis taqwim, ukuran masa dan tempoh tahunan, alat-alat astronomi dan cara membuatnya. Buku tersebut diterjemah ke dalam Bahasa Latin oleh Aplaton Al Tipoli pada kurun 18 Masihi dan terjemahan ini telah berjaya memberi kesan terhadap perkembangan astronomi di Eropah dan sebagai contoh yang nyata ialah tentang kajian Copernicus terhadap penghasilan beliau. Antara karangan beliau yang lain ialah Zaiju al Ralqani" yang mengandungi hasil kajian beliau, Syarah Arbauu Maqolat Li Batlimous", Kitab Ta dil Kawakib" dan Kitab Marifatul Matoliu al Buruj fima Baina Arbai al Falak". Beliau juga mempunyai beberapa rencana dalam bidang Geografi.

Lantaran kehebatan dan kegeniusan beliau dalam pelbagai bidang ilmu ini menyebabkan beliau turut digelar Batlimous Arab. Al-Battani yang turut digelar Al Bategnius memiliki kemampuan yang luar biasa sehinggakan beliau berjaya menyatukan antara ketelitian kajian dan kemampuan mengembangkan teori Astronomi. Sesungguhnya jasa dan kehebatan beliau sememang tidak boleh disangkal lagi.
85 9

5. Al-Kindi (850-929)

Al-Kindi merupakan tokoh atau ahli falsafah Muslim pertama keturunan Arab dari suku Kindah yang amat produktif dan menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Nama sebenar beliau ialah Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi atau juga dikenali sebagai Al-Khindi (801-873). Al-Kindi dilahirkan di Kufah, pusat pengajian dunia pada masa itu. Bapanya adalah Gabenor Kufah pada masa pemerintahan Khalifah Abbasiah di bawah khalifah al-Mahdi dan Harun ar-Rashid.

Al-Kindi merupakan keturunan suku kaum Kinda yang telah berpindah dari Yemen. Minatnya terhadap ilmu falsafah begitu tinggi terutama ketika beliau mengunjungi Baghdad. Di sini juga Khalifah Al-Mamun telah mendirikan Baitulhikmah dan mempengaruhi beliau untuk menimba ilmu dan beliau sangat senang dengan suasana intelektual di kota ini. Di sinilah akhirnya beliau dikenali sebagai seorang sarjana terkemuka di Baghdad.

Pendidikan al-Kindi bermula di Kufah, kemudiannya di Basrah, dan akhirnya di Baghdad. Pengetahuan tentang ilmu falsafah amat tinggi dan menurut beliau falsafah harus diterima sebagai sebahagian peradaban Islam. Khalifah alMamun melantiknya ketua di pusat pengajian di Baghdad, yang merupakan pusat yang baru sahaja ditubuhkan bagi penterjemahan teks-teks falsafah dan saintifik orang Yunani. (Beliau juga terkenal kerana penulisan seni khatnya yang cantik, dan pada suatu ketika pernah bekerja sebagai jurutulis kepada al- Mutawakkil)

85 9

Apabila al-Mamun meninggal dunia, abangnya (al-Mutasim) menjadi Khalifah, dan al-Kindi dikekalkan dalam jawatannya, serta mengajar anak al-Mutasim. Bagaimanapun, ketika pemerintahan al-Wathiq, dan terutamanya al-Mutawakkil, peluang al-Kindi mulai surut. Terdapat pelbagai teori-teori mengenai ini: sesetengah orang mengatakan kejatuhan al-Kindi akibat persaingan di pusat ilmu pengetahuan dan yang lain pula merujuk kepada penyeksaan yang ganas oleh al-Mutawakkil terhadap orang Islam yang tidak ortodoks (serta bagi bukan Muslim). Malah, pada suatu ketika, al-Kindi pernah dipukul dan perpustakaannya disita. Al-Kindi sebenarnya memiliki perpustakaan peribadi, iaitu al-Kindiyah. Di perpustakaan itulah beliau menghimpun pelbagai karya dan manuskrip dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Akan tetapi, ada keluarga ilmuwan, Bani Musa yang iri hati terhadap perpustakaannya yang besar dan luas itu. Mereka mengadakan persengkokolan dengan Khalifah al-Mutawakkil dan berjaya memujuk khalifah untuk menyita perpustakaannya dan memberikan kepada mereka. Namun akhirnya perpustakaan itu dikembalikan semula kepada al-Kindi.

Al-Kindi merupakan seorang pakar dari pelbagai bidang pemikiran yang berbeza. Beliau merupakan pakar dalam muzik, falsafah, astronomi, perubatan, geografi, dan matematik. Selama hayat beliau (dan untuk kira-kira seabad selepas itu) beliau dianggap sebagai ahli falsafah Muslim dan paling besar, ada akhirnya hanya diatasi oleh nama-nama hebat seperti Abu Al-Nasr Al-Farabi (Al-Pharabius) dan Ibn Sina (Avicenna). Beliau dianggap sebagai ahli falsafah Arab keturunan paling agung, walaupun sesungguhnya beliau sering dirujuk hanyalah sebagai ahli falsafah Arab. Satu daripada matlamat utama falsafahnya adalah untuk mengabung kesesuaian antara falsafah dan teologi alam di suatu pihak dan teologi spekulatif dan diwahyukan di suatu pihak yang lain (bagaimanapun sebenarnya beliau menolak teologi spekulatif). Beliau menekankan, bagaimanapun, wahyu adalah sumber pengetahuan lebih hebat dalam sekurang-kurangnya sesetengah bidang, dan ia menjamin perkara-perkara mengenai kepercayaan yang akal pemikiran tidak boleh

85 9

mendedahkannya.Pendekatannya kepada bidang falsafah bukanlah hasil pemikiran yang asal, tetapi merangkumi penulisan Aristotelian dan neo Plato.

Bagaimanapun,

hasil

kerjanya

amat

penting

kerana

beliau

memperkenalkan dan mempopularkan falsafah Yunani di kalangan cendekiawan Muslim. Kebanyakan apa menjadi perbendaharaan falsafah piawaian Arab berasal daripada al-Kindi, dan sesungguhnya, jika tidak kerana al-Kindi, hasil kerja ahli falsafah seperti al-Farabi, Ibn Sina, dan al-Ghazali mungkin tidak mencapai tahap yang mengagumkan.

Sebagai seorang doktor, al-Kindi merupakan ahli farmakologi pertama yang menentukan dan menggunakan dos ubat yang betul untuk kebanyakan daripada jenis dadah yang terdapat pada masa itu. Sebagai salah seorang ahli kimia yang tersohor, beliau telah membuktikan akan kesilapan mitos yang mengatakan logam asas mudah diubah menjadi logam berharga seperti emas atau argentum. Dalam bidang matematik pula, beliau menulis beberapa buah buku yang ditujukan khusus bagi sistem nombor, dan banyak menyumbang bagi asas hisab moden. Al-Kindi juga mempopularkan angka Hindu-Arabic di kalangan orang Arab.

Al-Kindi menulis sekurang-kurangnya 250 buah buku, kebanyakannya sumbangannya bagi geometri (32 buah buku), falsafah dan perubatan (22 buah buku), ilmu logik (9 buah buku), dan fizik (12 buah buku). Pengaruhnya dalam bidang fizik, matematik, ubat, falsafah dan muzik adalah meluas dan berpanjangan selama beberapa abad. Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq al-Khindi juga aktif dalam bidang terjemahan. Beliau adalah antara penterjemah awal yang terlibat dalam

menterjemahkan hasil karya dalam bidang Yunani ke dalam bahasa Arab. Kebanyakan daripada buku-buku beliau, malangnya telah hilang. Bagaimanapun beberapa yang terselamat dalam bentuk terjemahan Latin oleh Gherard Cremona, dan yang lain telah ditemui dalam manuskrip Arab dan yang lebih penting lagi, 24 buah hasil karya beliau yang hilang telah dijumpai semula.

85 9

Antara sumbangan besar al-Kindi ialah 11 buah teks yang menerangkan mengenai nombor dan analisis nombor. Al-Kindi memberikan

sumbangan besar bagi perkembangan ilmu pengetahuan. Selain menulis banyak buku, beliau juga membantu para penguasa dalam merancang dan membina terowong, jambatan, alat peperangan dan alat pengukur ilmiah. Sebagai ahli kimia, beliau telah berhasil mensintesiskan beberapa campuran dan berjaya menghasilkan peralatan perang, kaca, perhiasan dan minyak wangi, melalui proses kimia, seperti penyulingan, penguapan, peleburan, dan pengendapan. Al-Kindi juga menghasilkan 241 buah buku dalam pelbagai bidang yang merangkumi bidang seperti berikut:

Astronomi (16 buah) Arithmetik (11 buah) Geometri (32 buah) Perubatan (22 buah) Fizik (12 buah) Falsafah (22 buah) Logik (9 buah) Psikologi (5 buah) Muzik (7 buah)

6.

Al-Hasib/Al-Buzjani - Ilmuwan Matematik

Gelaran

Abu

Al-Wafa Al-Buzjani atau

nama

lengkapnya

Muhammad bin Muhammad bin Yahya bin Ismail diambil sempena nama tempat kelahirannya, Al-Buzjan, iaitu sebuah desa kecil yang terletak di daerah Khurasan di

85 9

Iran, atau antara Nishapur dan Harrah. Beliau lebih dikenali dengan Al-Buzjani atau gelaran Al-Hasib umum yang diberikan kepada orang yang menekuni ilmu matematik. Beliau merupakan salah seorang ilmuwan Muslim terkemuka dalam bidang matematik malah beliau juga memiliki pengetahuan yang besar bagi perkembangan astronomi.

Dalam catatan sejarah Arab, namanya biasa disebut dengan nama-nama berikut: Abu Al-Wafa, Abu Al-Wafa bin Al-Abbas, Al-Buzjani atau Abu Al-Wafa AlBuzjani.Al-Buzjani dilahirkan pada tahun 382H (940M) tetapi tidak banyak pencatat sejarah yang menyebutkan secara terperinci tentang jalur pendidikannya. Namun yang jelas, beliau pernah pergi ke Baghdad pada tahun 348H (959M) dan pada saat itu beliau masih muda belia.

Di sana beliau banyak mempelajari ilmu matematik dan ilmu astronomi. Beliau kemudiannya mengajar dan menulis dalam bidang matematik, di samping menjalankan penyelidikan dalam bidang astronomi.

Al-Buzjani termasuk salah seorang ilmuwan Muslim yang memiliki penelitian bagi perkembangan ilmu kiraan kalkulus. Kerana itu, beliau banyak memberikan pemfokusan bagi kebangkitan bidang ilmiah dan industri yang ada pada masa kita sekarang ini.Antaranya gambar geometri dan kalkulus yang dianggap sebagai tumpuan dasar bagi pengembangan industri dan teknologi, dan sebagai cara untuk mengukur berbagai-bagai bentuk dan ukuran yang sulit.

Beliau banyak menghabiskan masa dengan mengkaji, menulis dan menghasilkan buku yang berjudul Al-Madkhal ila Al-Aritsmatiqi, dan arithmetik yang merupakan bahagian daripada ilmu matematik.

Beliau turut menghasilkan buku atau kitab Ma Yahtaju Ilaihi Amal Wa Al-Kitab Min Shina ati Al-Hisab. Secara ringkas buku ini dikenali dengan nama AlManazil Fil Hisab atau Kitab Al-Manazil. Buku ini ditulis oleh Al-Buzjani untuk digunakan oleh pegawai-pegawai negeri. Dalam bukunya itu, beliau menerangkan tentang kaedah ilmu kiraan India, seperti goresan pada pasir dan bagaimana menghapuskannya.
85 9

Pada kenyataannya itu, ilmu hitung ini didasarkan pada cara hitung yang disebut Hitungan Romawi dan Arab menurut cara penyelesaian penghitungannya. Kadangkadang ianya juga hanya dilakukan di dalam benak seseorang, dan dalam keadaan tertentu juga ada langkah penyelesaian dengan cara menghitung jari. Inilah yang saat dikenali dengan nama hitungan tangan, hitungan akad, dan hitungan udara.

Manakala untuk berinteraksi dengan bilangan pecahan pula, hitungan tangan menggunakan ukuran enam puluhan atau pecahan itu diubah menjadi mata wang atau satu ukuran. Dalam karyanya yang berjudul KitabAl-Manazil telah menjadi dasar dalam menghitung. Indeks buku Al-Manazil didasar pada keadaan aslinya, iaitu bahawa buku ini terbahagi menjadi tujuh manzila (tingkatan), dan masing-masing manzilah terbahagi menjadi tujuh bab.

Keunggulan Al-Buzjani dalam ilmu astronomi dan matematik telah membuat para astronomer dan ahli matematik Barat merasa kagum sekali gus iri hati terhadap ilmunya. Oleh kerana mereka didorong oleh perasaan iri hati itu, telah membuatkan salah seorang daripada mereka mengaku apa yang ditemukan oleh AlBuzjani sebagai penemuannya sendiri. Misalnya, ilmu astronomi yang khianat itu berasal dari Denmark, bernama Tyco Brahe (1546-1601). Dia menulis tentang ketidaksempurnaan ketiga pada gerakan bulan, dan dia mengaku bahawa itu adalah pendapatnya sendiri. Sebahagian sejarawan memang ada yang mengatakan bahawa ini adalah penemuan Brahe. Akan tetapi sebahagian yang lain, ada juga membantah hal itu. Permasalahan ini sempat menjadi perdebatan yang panjang, hingga dapat diyakinkan pada masa sekarang bahawa penemuan ketidaksempurnaan ketiga pada pergerakan bulan adalah penemuan Abu Al-Wafa AlBuzjani, sekalipun Tyco Brahe mengakuinya malah pengakuan ini didukung oleh orang Barat lainnya.

Dalam ilmu matematik, Al-Buzjani merupakan orang pertama yang membuat identiti trigonometri yang dikenali dengan sebutan tangent atau (persesuaian) dan digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah matematik.
85 9

Beliau memiliki kepakaran dalam bidang geometri dengan memberikan tambahantambahan penting dan baru bagi berbagai-bagai penemuan Al-Khawarizmi sehingga menjadi dasar hubungan antara ilmu geometri dengan algebra.

Hubungan ini telah menjadi alat ilmiah yang penting dan digunakan untuk berbagai-bagai kepentingan sistem ilmiah dalam beberapa disipilin ilmu. Beliau juga telah mempelopori ilmu analitikal geometri sebagai salah satu bahagian yang terpenting dalam ilmu matematik, malah dianggap sebagai salah seorang ilmuwan yang tiada bandingan.

85 9

Sumbangan Islam Dalam Bidang Astronomi

Pengenalan Astronomi daripada sudut bahasa bererti ilmu bintang iaitu peraturan bintang - "law of the stars". Astronomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu Falak atau Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian / pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar Bumi dan atmosfera bumi . Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik.

Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ilmu sains. Sejarah pertumbuhan ilmu ini sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam. Pengesahan dari al-Quran ke atas Ilmu Bintang serta kecenderungan orang Arab kepada ilmu ini menjadikan satu dorongan yang kuat kepada kajian terperinci tentang astronomi. Ilmu falak atau astronomi mendapat perhatian yang serius pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah sehingga diletakkan ke tahap yang ketiga selepas ilmu tauhid serta fiqh dan kedoktoran dari segi kepentingannya.

Pada ketika itu, astronomi tidak hanya dipelajari dan dilihat dari perspektif keperluan ibadat khusus saja. Ia sebagai asas kepada perkembangan bidang sains lain seperti ilmu pelayaran, pengembaraan, ketenteraan dan pemetaan. Balai cerap telah banyak dibina di kawasan wilayah Islam. Antaranya Jundishapur, Baghdad dan Tadammur. Terdapat juga balai cerap di Kaherah, Isfahan, Malaga, Almeria, Samarqand dan di bandar-bandar Islam yang lain. Hasil pembinaan balai cerap juga dapat membantu pengkajian bagi menentukan arah kiblat yang tepat walau berada di mana sahaja kita berada di dunia termasuk di Malaysia.

Balai-balai cerap tersebut dilengkapi berbagai peralatan astronomi, antaranya termasuklah astrolab yang membolehkan yang berfungsi sebagai :

85 9

i. Mengukur jarak antara sesuatu bintang diukur, ii. Pengukuran paksi bumi dan luas bumi. iii. Alat ini juga boleh digunakan untuk mengira latitud matahari dan bintang-bintang di galaksi.

Sumbangan oleh para ahli astronomi Islam sekitar kurun ke 9 dan 12 adalah sangat memberi kesan yang besar terhadap dunia astronomi masa kini. Sumbangan yang inovatif dan tepat itu masih lagi digunakan dan dinikmati sehingga zaman kini. Banyak konsep asas dalam astronomi moden dicipta secara terus oleh para sarjana Islam atau terbit hasil dari kesan penemuan mereka oleh para astronomi yang seterusnya.

Kebanyakan hasil kerja para sarjana Islam sangat dikagumi oleh barat sehingga mereka ini dikenali dan dikagumi oleh para saintis barat pada masa itu. Antara saintis-saintis Islam yang berjaya mengkaji ilmu astronomi terdiri daripada Yakub Ibn Tariq, al-Kwarizmi, al-Battati, al-Farghani, al-Suffi, al-Biruni, al-Tusi dan Umar al-Khayyam. Kebanyakan ahli astronomi Islam ini dikenali di barat dengan nama Inggeris seperti Suter, Sezgin dan Sarton dan banyak lagi. Antara mereka ialah AlBattani (929) yang menulis jadual Sabian (al-Zij al-Sabi), sebuah kitab yang amat bernilai selama beberapa abad selepas beliau. Hasil kerja beliau juga termasuk pengiraan masa bulan baru, pengiraan panjang solar dan tahun sideral, jangkaan gerhana dan fenomena kesilapan paralaks. Beliau juga bukan sahaja popular kerana tanggapan pertama terhadap nisbah rigonometri yang digunakan pada masa kini, tetapi juga sumbangannya terhadap pembetulannya kepada hasil kerja Ptolemy. Apakah orang yang tidak beriman itu tidak mengetahui bahawa langit dan bumi kedua-duanya dulu adalah sesuatu yang padu. Kemudian kami pisahkan antara keduanya (Surah Al-Anbia ayat 30)

Ayat ini menerangkan mengenai teori letupan besar (Big Bang) yang diterima kini.

85 9

Tokoh Islam Dalam Bidang Astronomi Berikut adalah antara para sarjana Islam yang memberi sumabangan besar terhadap perkembangan astronomi dunia.

1.

Al-Sufi (903-986 Masihi)

Di barat Al-Sufi dikenali dengan nama Azophi. Beliau membuat beberapa pemerhatian mengenai keserongan garis ekliptik (arah laluan bagi matahari, bulan, dan planet) dan juga pergerakan matahari (panjang setahun mengelilingi matahari). Beliau juga ada membuat pemerhatian mengenai ciriciri bintang mengikut buruj-buruj, membincangkan mengenai kedudukan bintang, magnitud dan warnanya. Selain itu beliau juga ada menulis mengenai astrolab dan seribu satu penggunaannya.

Peralatan astrolabe yang ditulis oleh Al-Sufi mengenai penggunaannya.

85 9

2.

Al-Biruni (973-1050 Masihi)

Al-Biruni turut memberi sumbangan dalam bidang astrologi pada zaman Renaissance.

Nama penuhnya Abu Raihan Muhammad ibn Ahmad Al-Biruni, dilahirkan pada bulan September tahun 973 M, di perkampungan Khawarizm, Turkmenistan. Ia kemudian lebih dikenali dengan nama Al-Biruni. "Al-Biruni" yang bermaksud 'asing', adalah dinisbahkan kepada wilayah tempat tanah kelahirannya, iaitu Turkmenistan. Pada masa itu, kawasan ini sememangnya dikhaskan untuk penempatan orang-orang asing. Dibesarkan dalam keluarga yang taat beragama, Al-Biruni menghabiskan usia mudanya dalam persekitaran masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan. Walaupun tidak banyak catatan sejarah yang mengisahkan latar belakang

pendidikannya, namun beberapa sumber menyebutkan bahawa ilmuwan ulung ini memperoleh pendidikan daripada beberapa ulama kenamaan pada zamannya, antara lain Syeikh Abdus Shamad. Dalam bidang kedoktoran, ia belajar dengan Syeikh Abul Wafa' Al-Buzayani, serta kepada Syeikh Abu Nasr Mansur bin Ali bin Iraqi dalam bidang matematik dan astronomi. Tidak hairan apabila ulama menulis ini terkenal sebagai seorang ahli dalam pelbagai bidang ilmu semenjak usia muda. Kecerdikan Al-Biruni merangsang dirinya mendalami ilmu astronomi. Beliau misalnya turut menjelaskan tentang kemungkinan pergerakan bumi mengitari matahari. Malangnya, buku beliau yang mengupas perkara ini hilang. Namun ia berpendapat, sebagaimana pernah ia sampaikan dalam suratnya kepada Ibnu Sina, bahawa pergerakan eliptis adalah lebih memungkinkan daripada gerak melingkar yang dilakukan planet.

85 9

Al-Biruni konsisten mempertahankan pendapatnya tersebut, dan ternyata pada kemudian harinya pendapat ini terbukti kebenarannya sebagaimana yang dibuktikan oleh ilmu astronomi moden. Sebagai seorang yang gemarkan membaca pelbagai bidang ilmu, kepakaran Al-Biruni tidak hanya dalam bidang ilmu sains. Beliau juga mahir dalam ilmu falsafah. Beliau telah menyatakan bahawa bumi berpusing di atas paksinya sendiri . Beliau juga telah mengira mengenai ukur lilit bumi, dan membetulkan secara saintifik arah Kota Makkah dari mana-mana arah di dunia. Hasil kerja Al-Biruni mencapai jumlah 150 hasil, termasuk 35 dalam bidang astronomi tulen.

3.

Ibnu Yunus (1009 Masihi)

Beliau ialah Ali bin Abd. Rahman, telah menjalankan penyelidikan astronomi sejak tahun 975 M sehingga 1009 M. Sumbangan beliau yang penting ialah menghasilkan jadual astronomi yang dikenali sebagai Zij al-Hakimi. Beliau banyak menjalankan penyelidikan di Mesir dan Sepanyol pada Zaman Fatimiyyah. Ibn Yunus juga merupakan pakar dalam bidang matematik, justeru itu beliau banyak melakukan kiraan semula terhadap beberapa jadual yang telah dibuat oleh ahli-ahli falak sebelumnya.

Banyak maklumat tentang pemerhatiannya terhadap cakerawala dan telah direkodkan oleh Ibn Yunus, antaranya ialah tentang kesan pembiasan udara kasa dan rekod pemerhatian kejadian gerhana bulan dan matahari yang dibuat di Masjid Abu Jaafar, Mesir (Aydin, 1981). Ibn Yunus telah menyusun jadual tentang pengiraan waktu terbit dan terbenamnya matahari berdasarkan sudut waktu, azimut dan ketinggian matahari (King, 1986).

Dengan ini pengiraan waktu solat menjadi lebih mudah, dan jadual yang seumpama ini diubahsuai untuk kegunaan negara-negara Islam beratus-ratus tahun kemudiannya. Sumbangan Ibn Yunus yang tidak kurang pentingnya, termasuklah memperkenalkan kaedah pengiraan trigonometri sfera untuk penentuan arah
85 9

kiblat.Beliau membuat pemerhatian selama hampir 30 tahun (977-1003) menggunakan kebanyakan astrolabe yang besar sehingga yang berdiameter 1.4 meter, menentukan lebih dari 10,000 catatan mengenai kedudukan matahari sepanjang tahun.

Sebuah kawah dipermukaan bulan dinamakan sebagai Ibn Yunus

4.

Al-Farghani

Abu'l-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farghani merupakan antara sarjana Islam dalam bidang astronomi yang amat dikagumi.

Abul-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farghani lahir di Farghana, Transoxiana. Beliau merupakan salahseorang ahli astronomi yang terkenal ketika berkhidmat sepanjang era al-Mamun. Al-Farghani juga telah menulis mengenai buku bertajuk Elements of Astronomy iaitu Kitab Fi al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm

85 9

al-Nujum iaitu sebuah buku mengenai pergerakan objek di langit yang lengkap. Kitab ini juga turut membincangkan hal mengenai sains bintang dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12. Terjemahan itu sekali gus memberi pengaruh yang besar kepada ahli astronomi Eropah. Al-Farghani menerima teori Ptolemy dan nilainilainya yang dicatatkan berlaku lebih awal. Menurut Al-Farghani, teori itu jika diteliti bukan sahaja memberi kesan kepada bintang tetapi juga planet di alam semesta ini. Kejayaan Al-Farghani yang lain ialah beliau mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km termasuk menentukan ukur lilit planet. Aktiviti penyelidikan Al-Farghani tidak terhad kepada ilmu bintang tetapi turut meliputi bidang kejuruteraan. Menurut Ibn Tughri Birdi, Al-Farghani telah menyelia projek pembinaan Great Nilometer di al-Fustat (Cairo lama). Projekitu siap sepenuhnya pada tahun 861 Masehi iaitu selepas al-Mutawakkil yang mengarahkan pembinaan itu meninggal dunia. Sungguhpun beliau telah mencipta beberapa kejayaan dalam bidang kejuruteraan, ia masih belum boleh mempopularkan Al-Farghani sebagai mana yang digambarkan dalam cerita yang disampaikan oleh Ibn Abi Usaybia. Mengenai pembinaan terusan tadi, Al-Mutawakkil telah mengamanahkan dua anak lelaki Musa ibn Shakir iaitu Muhammad dan Ahmad untuk menjalankan projek yang dikenali alJafari. Dua beradik itu kemudiannya telah mengadakan perundingan dengan AlFarghani yang sekali gus meminggirkan jurutera terkenal ketika itu, Sind ibn Ali. Sind merupakan seorang profesional tetapi mencemburui kejayaan Al-Farghani. Oleh kerana itu, Sind telah dihantar ke Baghdad - jauh dari tempat kediaman Al-Mutawakkil di Samarra. Terusan yang dibina itu melalui kota baru iaitu Al-Jafariyya iaitu sebuah kota yang Al-Mutawakkil bina berdekatan Samarra di Tigris. Bagaimanapun berlaku sedikit kesilapan dan Al-Farghani telah diarahkan membetulkan kesilapan. Beliau kemudian memulakan kerja dengan mengorek lebih dalam terusan berkenaan. Dengan itu, air yang cukup akan melalui terusan `baru itu kecuali pada ketika paras Sungai Tigris meningkat naik. Berita mengenai itu telah membangkitkan kemarahan Caliph dan dua beradik itu telah diselamatkan daripada menerima hukuman hanya apabila Sind ibn Ali bersedia menjamin pembetulan yang telah dibuat oleh Al-Farghani walaupun ia memberi risiko kepada kebajikan dan kehidupannya. Bagaimanapun al-Mutawakkil telah dibunuh sejurus sebelum kesilapan
85 9

itu menjadi nyata. Beberapa penjelasan telah dibuat berhubung kesilapan yang berlaku, antaranya Al-Farghani lebih menumpukan kepada teori berbanding praktikal dalam kejuruteraan sehingga akhirnya beliau dikatakan tidak pernah berjaya menyiapkan sesuatu projek. The Fihrist daripada Ibn al-Nadim ditulis pada tahun 987 Masehi dan telah menghasilkan dua karya mengenai Al-Farghani: (1) The Book of Chapters - satu ringkasan mengenai Almagest (Kitab al-Fusul, Ikhtiyar al-Majisti) dan (2) Book on the Construction of Sun-dials (Kitab Amal al-Rukhamat). The Jawami atau `The Elements merupakan buku paling dikenali mengenai Al-Farghani dan pengaruh kerjanya yang paling baik. Abd al-Aziz al-Qabisi yang meninggal dunia pada tahun 967 Masehi menulis dalam ruangan komentarnya mengenai Al-Farghani yang kini dipelihara dalam manuskrip Istanbul, Aya Sofya. Dua buah karya terjemahan Latin diterbitkan pada abad ke-12. Jacob Anatoli pula mengeluarkan karya terjemahan Hebrew yang menyediakan versi ketiga Latin, diterbitkan pada tahun 1590. Selain itu, Jacob Golius menerbitkan teks baru Latin bersama-sama karya asli Arab pada tahun 1669. Semua karya-karya itu adalah mengenai pencapaian AlFarghani walaupun beliau dikatakan pernah melakukan kesilapan dalam projek membina terusan di Cairo. Beliau juga merupakan salah seorang ahli astronomi khalifah al-Makmun. Beliau ada menulis mengenai astrolabe, menerangkan mengenai teori matematik disebalik penggunaan alatan dan membetulkan kesalahan geometri dalam pembinaan cakera tengah.

85 9

5.

Al-Zarqali (dikenalli sbg Arzachel di barat) (1029-1087)

Wajah Al-Zarqali diabadikan pada setem di Sepanyol bagi menghargai sumbangan beliau terhadap penciptaan astrolab yang lebih baik

Abu Ishaq Ibrahim Ibn Yahya al-Zarqali merupakan ahli astronomi al-Andalus yang telah menyumbang pada perkembangan astronomi Eropah. Beliau telah melakukan beberapa penemuan dalam bidang astronomi. Abu Ishaq Ibrahim ibn Yahya al-Zarqali, dikenali di Barat sebagai Arzachel, merupakan seorang Sepanyol berketurunan Arab. Beliau merupakan ahli astronomi utama pada masanya.

Al-Zarqali menjalankan satu siri cerapan astronomi di Toledo dan menyusunnya dalam apa yang dikenali sebagai Jadual Toledo yang terkenal itu. Beliau membetulkan data geografi oleh Ptolemy dan al-Khwarizmi. Khususnya, al-Zarqali membetulkan anggaran Ptolemy mengenai panjang laut Mediterranean daripada 62 darjah kepada nilai yang hampir betul iaitu 42 darjah. Jadual Toledo telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12.

Al-Zarqali merupakan orang pertama yang membuktikan perpergerakan Aphelion berbanding bintang-bintang dengan pasti. Beliau mengukur kadar

pergerakannya sebagai 12.04 saat setahun, yang begitu dekat kepada kiraan moden iaitu 11.8 saat. Al-Zarqali mereka cipta sebuah astrolab rata yang kompleks dan dikenali sebagai Safihah. Perinciannya diterbitkan dalam bahasa Latin, Hebrew dan beberapa bahasa Eropah.

Copernicus dalam bukunya yang terkenal De Revolutionibus Orbium Celestium mengungkapkan rasa terhutang budinya kepada al-Battani (Albategnius) dan al-Zarqali (Arzachel), dan memetik hasil kerja mereka beberapa kali. Beer dan

85 9

Madler dalam buku mereka yang terkenal Der Mond (1837) menyebutkan satu ciri permukaan bulan sempena al-Zarqali (Arzachel). Ia adalah sebuah dataran dalam seksyen ke-8 berdiameter lebih daripada 60 batu dan dikelilingi oleh barisan-barisan gunung-ganang tegak seperti teres setinggi 13000 kaki di atas kawasan dalam. Ia juga membabitkan beberapa bukit dan genahar dan sebuah rekahan ketara di sebelah dasar dinding bergunung barat.

6.

Jabir Ibn Aflah (1145 Masihi)

Jabir Ibn Aflah atau dikenali sebagai Geber adalah seorang ahli matematik Islam berbangsa Sepanyol.

Beliau adalah orang pertama yang mencipta sfera cakerawala mudah alih yang digunakan untuk mengukur dan menerangkan mengenai pergerakan objek samawi. Antara sumbangan beliau yang utama ialah dalam bidang trigonometri sfera. Antara hasil kerja beliau ialah Kitab al-Hayah.

7.

Ibnu Sina (370 H - 428 H)

Nama penuhnya ialah Abu Ali Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina, dan dikenali di Eropah dengan nama Avicenna. Mendapat pendidikan dalam bidang ilmu logika, ilmu ukur dan astronomi dari Abu Abdullah Natali. Semasa umurnya 17 tahun, beliau

85 9

telah menamatkan ilmu kedoktoran dan hasil karya terawalnya ialah buku al-Majmu` yang berkaitan dengan matematik. Dalam kajiannya beliau banyak menekankan aspek uji kaji seperti dalam penyelidikan astronomi, kimia dan perubatan (Nasr, 1992). Walaupun beliau dikenali sebagai salah seorang tokoh ilmuwan falak Islam yang terkemuka, namun di Eropah beliau dikenali sebagai pakar perubatan melalui buku-bukunya seperti al-Qanun fi alTibb dan al-Shifa. Buku-buku perubatannya telah dijadikan sebagai bahan rujukan wajib untuk pelajar-pelajar perubatan selama beberapa kurun. Ibn Sina juga dikenang sebagai orang yang banyak memberikan idea yang bersifat astrofizik. Menurut Shaharir (1987), terdapat persamaan fakta tentang konsep hubungan antara masa dengan pergerakan dan ruang yang dikemukakan oleh Ibn Sina dengan teori Einstein. Konsep tersebut menjadi sebahagian daripada asas kosmologi moden.

8.

Muhammad Ibn Ibrahim al-Fazari

Sumbangan dalam bidang ini bermula apabila Muhammad Ibn Ibrahim al-Fazari menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India bertajuk "Siddharta" ke dalam Bahasa Arab pada tahun 155H/771M. Seterusnya beliau menterjemahkan pula "Jadual Pahlavi" yang diberi nama "Zij",diikuti dengan penterjemahan karya-karya astronomi berbahasa Yunani.

9.

Al-Battani

Beliau merupakan seorang Ahli Astronomi yang begitu masyhur yang bertanggungjawab meneroka pelbagai penemuan dan kajian dalam bidang Astronomi. Diriwayatkan bahawa beliau memulakan kajiannya di Bittan, Iraq, kemudian di Antokiah, Syria. Kajian-kajian beliau bermula sejak usia beliau masih lagi muda belia dan usaha kerasnya ini bermula ketika beliau di Raqqa dan kajiannya menjangkau selama lebih 42 tahun. Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan miring buruj di garisan khatulistiwa. Beliau juga mempunyai penyelidikan yang teliti dalam gerhana
85 9

matahari, bulan dan pergerakanya. Penemuan beliau ini telah menghasilkan kiraan kadar pengiraan pusingan tahun iaitu 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat. Beliau juga telah memperkenalkan ilmu trigonometri sfera ke dalam ilmu falak yang digunakan sehingga hari ini.

10.

Ali bin Abd Rahman atau Ibn Yunus

Beliau menerbitkan satu jadual yang sangat berguna mengenai pengiraan waktu berdasarkan matahari seperti mengikut satu artikel dalam (David A King, 1986) yang bertajuk Ibn Yunus Very Useful Tables for Reckoning Time by The Sun.Tempoh perkiraan dengan teknologi sekarang mendapati tempoh it sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 46.08 saat. Beliau juga telah melaksanakan hampir seratus cerapan gerhana matahari dan bulan serta ijtimak planet. Dia melakukan cerapan sedemikian bagi menyemak data parameter planeteri yang dsediakan oleh ahli falak Yahya bin Abi Mansur, ketika pemerintahan Khalifah Al-Makmun (kira-kira pada tahun 810 Masihi).Hasil kajian Ibn Yunus menjadi sumber data bagi pembentukan model peredaran bulan termasuk pengiraan perubahan sekular (secular variations) bagi pergerakan bulan dan planet oleh S Newcomb (1878) dan R Newton (1970), yang diguna pakai sehingga hari ini.

11.

Nasiruddin al-Tusi

Beliau merupakan ahli astronomi Dinasti Bani Umaiyah yang terakhir. Beliau berkhidmat sebagai pengarah di Pusat Kaji Bintang Umaiyah yang dibina oleh Hulagu Khan. Di sinilah beliau menyusun jadual astronomi yang diberi nama "al-Zij al-Ilkhani" yang dikatakan sebagai tanda penghormatan beliau kepada Hulagu Khan, karya beliau termasyhur di seluruh Asia dan China.

Ibn al-Zarqiyali Beliau mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu kegiatan perdagangan dan pelayaran telah berkembang
85 9

dengan pesat.

13. Al Bategnius Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harani. Lahir di Harun (Turki) dan mati di Samarak, Iraq. Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan lintang buruj di garisan khatulistiwa. Beliau juga mempunyai penyelidikan yang teliti dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakanya. Beliau merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat. Bukunya Al Zaiju al Sabik". Bukunya terdiri dari muqaddimah dan 57 bahagian tentang cara-cara pengiraan, sifat buruj, kadar miring, bintang dan permasalahan nya, berjenis-jenis taqwim, ukuran masa dan tempoh tahunan, alat-alat astronomi dan cara membuatnya. Karangan karangan beliau yang lain ialah Zaiju al Ralqani" , Syarah Arbauu Maqolat Li Batlimous", Kitab Ta dil Kawakib" , Kitab Marifatul Matoliu al Buruj fima Baina Arbai al Falak"dan beberapa rencana di bidang geografi. Beliau merupakan seorang yang genius dalam bidang astronomi Islam kerana mampu menyatukan ketelitian kajian dan kemampuan mengembangkan teori astronomi sehingga digelar Batlimous Arab.

85 9

14. Al Khazin (900-971) ABU Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin lahir pada tahun 900 Masehi di Khurasan yang terletak di timur Iran. Lebih dikenali sebagai al-Khazin dan merupakan ahli astronomi dan matematik terkenal pada zamannya. Al-Khazin merupakan salah seorang saintis yang tinggal di bandar dikenali, Rayy. Pada tahun 959 atau 960 Masehi, Perdana Menteri Rayy yang dilantik oleh Adud ad-Dawlah meminta al-Khazin mengukur sudut tidak tepat gerhana iaitu sudut di mana permukaan rata atau datar yang muncul pada matahari untuk bergerak ke arah garisan Khatulistiwa di bumi.Selepas pengukuran dilakukan, al-Khazin berkata: Saya menggunakan cincin yang saiznya kira-kira empat meter untuk mengukurnya. Salah satu hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safaih telah dinobatkan sebagai satu kejayaannya yang terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan rujukan utama saintis lain. Kerja itu menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman pada waktu Perang Dunia Kedua.Hasil kerja al-Khazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yang diterimanya daripada ahli Matematik, al-Khujandi. Al-Khujandi mendakwa berjaya membuktikan bahawa x3 + y3 = z3 adalah mustahil untuk semua nombor x, y, z. Selain itu, al-Khazin telah mengusulkan model solar yang berbeza daripada Ptolemy.Beliau mempunyai pendapat yang berbeza mengenai model solar yang dikemukakan oleh Ptolemy yang menyatakan bahawa pergerakan matahari adalah mengikut kitaran seragam yang bukan berpusatkan bumi.Al-Khazin yang tidak setuju dengan model itu mengusulkan satu model yang mana menurut beliau, matahari bergerak dalam satu pusingan yang berpusatkan bumi

85 9

Sumbangan Islam Dalam Geografi dan Pelayaran

Pengenalan Ilmu geografi merupakan suatu perkara yang amat penting bagi umat Islam, kerana dari ilmu inilah akan dapat diketahui di mana letaknya Makkah yang menjadi kiblat umat Islam dan juga tempat mereka menunaikan fardhu haji. Hasil daripada kesungguhan mereka mempelajari ilmu ini sejak abad ke-1H/7M lagi umat Islam berjaya sampai ke hujung selatan benua Afrika dan Bahagian Utara pula telah sampai ke Rusia.

Tokoh Geografi dan pelayaran Islam 1. Al-Masudi

Nama sebenar al-Masudi ialah Abu al-Hassan Ali bin Husayn bin Ali alMasudi atau Abu Hassan Ali bin al-Hasyn bin Abdullah al-Masudi. Beliau dilahirkan di Baghdad, Iraq menjelang akhir abad ke-9M. Menurut buku berjudul Al-Masudi and His World, al-Masudi dilahirkan pada tahun 283H/1895M di kota Baghdad iaitu berdasarkan pernyataan bahawa beliau perusia 20 tahun dalam tahun 303H/1915M. Beliau dilaporkan meninggal dunia di Fustat (Mesir) pada tahun 345H/1956M. Pernyataan ini sama dengan pernyataan dalam al-Dhahabi dan surat tulisan al-Musabihi yang menyatakan al-Masudi meninggal dunia dalam bulan Jamadilakhir 345H (sekitar 10 Sept.10 Okt. 956M). Beliau berketurunan Arab iaitu keturunan Abdullah bin Masudi seorang sahabat Nabi Muhammad (saw) yang dihormati.

85 9

Al-Masudi mendapat pendidikan secara langsung daripada orang tuanya. Setelah dewasa, rancangan pertama yang dicadangkan ialah beralih kepada bidang sejarah dan adat istiadat dan cara hidup setiap negeri. Beliau mempunyai citacita yang tinggi. Atas dasar ingin menjalankan penyelidikan menyebabkan beliau menceburi bidang pelayaran ke seluruh pelusuk dunia. Faktor-faktor yang Menggalakkan al-Masudi Belayar dan Menyelidik Hubungan antara ilmu geografi dan pelayaran dalam masyarakat Arab tidak dapat dipisahkan. Belayar merupakan tugas asas mereka terutama menguruskan

perdagangan. Manakala ilmu geografi adalah kemahiran yang perlu dimiliki dalam menjalani kehidupan, dan ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan tradisi hidup mereka. Oleh itu satu daripada tujuan berdagang, para ilmuan Arab mengambil kesempatan membuat penyelidikan bagi memudahkan urusan harian mereka di samping untuk kegunaan generasi seterusnya. Berikut beberapa faktor yang menggalakkan pelayaran dan penyelidikan geografi mereka. Faktor persekitaran, kawasan tanah Arab yang diliputi padang pasir yang luas menyebabkan mereka terpaksa menjalankan perjalanan atau pengembaraan pada waktu malam bagi mengelak bahang kepanasan. Oleh itu mereka perlu menguasai ilmu astronomi, ilmu mengesan air, ilmu mengesan cuaca, ilmu mengesan kedudukan dan sebagainya bagi tujuan memudahkan perjalanan dan keselamatan. Demikian juga Semenanjung Tanah Arab yang terletak di antara jalan perdagangan yang utama antara timur dan barat. Oleh itu mereka perlu memiliki kemahiran belayar di lautan. Faktor budaya, faktor pekerjaan (perdagangan), adat istiadat seperti ibadat haji yang memerlukan pengetahuan tentang kaji bintang bagi tujuan mengetahui arah. Demikian pula keperluan untuk hidup di padang pasir yang memerlukan kemahiran mengesan air, mengetahum kedudukan laut, tumbuhan dan haiwan bagi tujuan pergerakan (arah dan kedudukan).

85 9

Faktor nilai dan sikap, semasa zaman peradaban Yunani kuno aktiviti pelayaran dan geografi berada di tahap yang rendah. Akan tetapi setelah Islam bertapak kedua-dua bidang ini meningkat maju semula. Islam menggalakkan umatnya menjalankan penyelidikan bagi tujuan keharmonian antara iman dan akal. Malah AlQuran adalah sebagai sumber inspirasi kerana ayat-ayat dalamnya banyak menyentuh tentang ilmu pelayaran dan juga ilmu geografi. Ringkasan Pelayaran (Pengembaraan) dan Penyelidikan Geografi oleh AIMasudi Rekod terawal menunjukkan al-Masudi mula belayar (merantau) ialah antara tahun 914915M iaitu semasa pergi ke negeri Parsi. Di Parsi, beliau tinggal selama lebih kurang setahun di Istakhar iaitu pada tahun 305H/915M. Dan Baghdad beliau pergi ke India (916M) dan mengunjungi kota Multan dan kota al-Mansurah (Mansura). Kemudian beliau kembali ke Parsi setelah mengunjungi Kusman. Mansura pada zaman al-Masudi adalah kota yang paling maju di India Barat dan menjadi ibu kota negeri bahagian Sind dalam karyanya Muruj alDhahab wa Maadin al-Jawahir, beliau menceritakan bahawa kota tersebut terletak di tebing Sungai Indus (berhampiran Hyderabad Slang). Nama kota itu diambil sempena nama Mansur bin Jumhur (gabenor kerajaan Bani Umayyah di Sind). Ia dihuni oleh sejumlah penduduk golongan sayid (ketua kabilah). Sebelum pertapakan Islam, beberapa wilayah di sekitar lembah Sungai Indus dikuasai oleh raja-raja Hindu. Walau bagaimanapun, setelah berlaku dakwah oleh pendakwah-pendakwah Islam, raja-raja Hindu tersebut telah terpengaruh dengan ajaran Islam dan menganggap orang Islam sebagai lambang keamanan dan kehidupan yang baik. Di India al-Masudi turut melakukan penyelidikan mengenai flora dan fauna. Kajian dibuat di tepi laut berhampiran dengan Combay. Antara bahan-bahan penyelidikan beliau ialah gajah, burung merak, burung kakaktua, buah oren, kelapa dan lain-lain.

85 9

Kemudian al-Masudi bersama-sama dengan pelayar lain meneruskan pelayaran melalui Bombay, Deccan dan Sri Lanka serta belayar ke Indo-China dan negeri China. Dalam perjalanan pulang beliau singgah di Madagascar, Zanzibar, Oman dan sampai di Basrah. Di Basrah beliau menetap untuk beberapa waktu dan menulis karya besarnya yang bertajuk Muruj al-Dhahab. Buku mi menceritakan tentang pengalaman peribadi beliau di pelbagai negara. Dalam buku ini beliau menyebutkan beberapa buah tempat termasuk Semenanjung Tanah Melayu termasuk Kedah, Pahang dan Melaka. Ada mungkinan beliau sampai ke rantau ini sewaktu dalam pelayaran ke Lautan China. Buku ini telah diterbitkan di Paris (18611877) dan Kaherah (1303 H) sebanyak 9 jilid. Ia merupakan karya al-Masudi yang terbesar telah ditemui dan wujud hingga ke hari ini. Ia boleh dianggap sebuah ensiklopedia kerana perbincangannya bermula daripada kejadian manusia hingga ke zamannya. Beliau juga mengunjungi Pantai Laut Kaspia dan berkelana menyusuni Asia Tengah dan Turkistan. Beliau juga mengunjungi Tibenias, dan sini beliau memperoleh kesan relief-relief gereja Kristian. Kemudian beliau pergi ke Gujerat (303H) dan menemui Chamur, pelabuhan Gujerat dengan penghuni 10 ribu orang Arab dan selebihnya berketurunan mereka. Di sini beliau mendapat keterangan-keterangan daripada orang Yahudi, Parsi, India dan biskop-biskop Kristian. Setelah meninggalkan Basnah dan Syria beliau kembali ke Fustat (Khairo Kuno). Di sini beliau menyusun karya beliau yang kedua bertajuk Akhbar al-Zaman (cerita-cerita sejarah) yang mengandungi 30 jilid. Dua puluh jilid daripadanya ada tersimpan di perpustakaan Aya Sofia (Istanbul), tetapi setakat ini hanya satu jilid sahaja dijumpai di Aleppo dan dibawa ke Vienna. Walau bagaimanapun, kandungan kitab ini, yang banyak menyentuh sejarah dan geografi dunia, telah digariskan dalam kitab Muruj al-Dhahab. Dalam buku ini beliau menggabungkan ilmu geografi dengan sejarah dan menceritakan kehidupan masyarakat di negara-negara yang pernah dilawatinya. Setelah mengembara begitu lama ke Timur beliau meluangkan masa menetap di Basrah tempat beliau mencatatkan pengalamannya dalam Muruj alDhahab wa Maadin al-Jawahir. Buku ini selesai ditulis pada tahun 947M dan pada

85 9

tahun 956M diselesaikan pula edisi keduanya yang mengandungi 9 jilid yang diterbitkan di Paris (18611877). Dari Basrah beliau kemudian berpindah ke Fustat tempat beliau menulis kitab Akhbar al-Zaman yang lebih terkenal sebagai Annal (catatan sejarah) yang mengandungi 30 jilid mengenai sejarah umum. Karya ini selesai pada tahun 956M. Karya beliau yang terakhir ditulis pada tahun kematiannya (956M di Fustat) ialah Kitab al-Tanbih wa al-Ishraf. Dalam kitab ini beliau membuat penambahan dan melengkapkan karya-karya yang terdahulu. Berdasarkan perjalanan pelayaran, al-Masudi banyak membuat

penyelidikan dan juga membuat penulisan mengenai pengalamannya dalam pelbagai ilmu. Sumbangan AI-Masudi dalam IImu Geografi Sebagaimana ahli pelayaran dan ilmuan Arab lain, al-Masudi turut menyumbang dalam memajukan ilmu geografi. Sumbangan beliau bukan sahaja terbatas dalam satu bidang, tetapi dalam banyak bidang termasuk astronomi, sejarah, geografi sama ada geografi manusia mahupun geografi fizikal. Menurut G. Sarton, kitab Muruj al-Dhahab disusun khas untuk membicarakan aspek geografi, malah ia dianggap sebagai sebuah ensiklopedia geografi. Pada masa yang sama beliau cuba menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikan kajiannya lebih menarik. Dalam kajian yang berbentuk gabungan antara disiplin ini, al-Masudi telah memberikan beberapa gambaran tentang gempa bumi, perairan Laut Mati dan tajuk-tajuk geologi yang lain. Beliau juga pertama kalinya menyebut tentang kincir air di Sijistan yang mungkin merupakan penemuan baru orang Islam. Sumbangan lain ialah pendapat beliau yang menyokong teori Determinisme Alam Sekitar iaitu satu tanggapan bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Misalnya, al-Masudi berpendapat bahawa iklim pertama dipengaruhi oleh Venus

85 9

(Status), iklim kedua dipengaruhi oleh Zuhal (Jupiter) dan iklim ketujuh dipengaruhi oleh bulan. Lantas Matahari dan Bulan dikatakan menentukan nasib atau jalan hidup orang dari utara dan menyebabkan mereka berbakat tinggi dalam peperangan. Sebaliknya manusia di selatan pula mempunyai sifat lebih tafakur. Terdapat pula pembahagian dunia kepada dua bahagian iaitu bahagian barat bagi kawasan garis lintang tinggi dan bahagian timur garis lintang pertengahan. Oleh itu penduduk di kawasan garis lintang tinggi dipengaruhi oleh bulan maka penduduknya dikatakan panjang umur. Al-Masudi juga cuba menerangkan kaitan antara faktor-faktor Di Bumi Nyata dengan sikap dan penghidupan manusia. Misalnya, beliau walaupun memberi ruang kepada faktor-faktor kosmologi, juga cuba memberi penerangan bagi persoalan yang sama dan faktor-faktor seperti banyaknya air yang terdapat di sesuatu kawasan, tumbuh-tumbuhan semulajadi dan topografi. Ini dapat dilihat dalam percubaan beliau memahami perwatakan dan gaya hidup puak Arab Badwi. Dikatakan bahawa sifat-sifat ketegasan, kearifan dan kecergasan tubuh badan mereka adalah berkaitan dengan kualiti alam sekitarnya yang asli. Menurut beliau lagi, pengaruh iklim juga penting. Misalnya, kulit orang Turki yang tinggal di India tidak serupa dengan kulit orang Turki yang tinggal di Turki sendiri. Dalam geografi kawasan pula, melalui karya-karyanya beliau cuba menerangkan secara terperinci mengenai India iaitu kawasan-kawasan Makran, Sind dan Pantai Barat benua kecil ini setanding dengan apa yang telah dihasilkan oleh ahli geografi seperti Ibn Khurdazbih, Istakhri dan Maqdisi. Beliau juga telah membuat kajian tentang tanah fay dan mengkaji perbezaan aspek wilayahnya. Malah beliau pernah mengkaji flora dan fauna yang terdapat di India iaitu berhampinan tepi Laut Combay. Antara bahan kajian beliau ialah gajah, burung kakaktua, burung merak, buah oren, kelapa dan lain-lain.

85 9

Sumbangan Pelayaran Hasil daripada pengamatan dan penyelidikan beliau semasa pelayaran menyebabkan beliau mempunyai kemahiran dan pengalaman penting yang seterusnya menyumbang kepada pengetahuan tentang pelayaran. Beliau telah membuat cacatan tentang peristiwa pelayaran beliau dan membuat catatan yang amat berguna terhadap sumbangan beliau dalam ilmu pelayaran. Berikut adalah antara sumbangan beliau yang penting terhadap ilmu pelayaran. Al-Masudi telah dapat menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-nama sungai yang mereka lalui semasa membuat pelayaran. Beliau memberi gambaran yang jelas tentang laluan dan Teluk Parsi ke Laut China. Sungai yang pertama disebut ialah Bahr al-Fars atau Khasybah al-Basrah. Di pantai Larwi terletak bandarbandar lama di pesisiran pantai Gujerat dan Konkan iaitu Cemur, Subarh, Thana dan Khambayat. Lautan Hargind, kemudian Kalah, Laut Sruff (Sungai Campa) dan Laut China yang mereka namai Tinji (Cinji). Pendek kata secara terpenincinya sungai yang pentama disebut adalah Laut Parsi, Larwi adalah Laut Semenanjung Arab, Herkin adalah Laut Hindi, Kalah kemungkinan Teluk Benggala atau Kedah. Beliau juga menerangkan keadaan, lokasi serta aktiviti perdagangan bagi masyarakat atau pedagang di India iaitu setelah beliau sampai pada 303H. Menurut beliau terdapat 10 ribu orang Arab dan keturunan campuran mereka di Cemur iaitu pelahuhan Gujerat. Mereka juga menetap di Khamhayat. Mereka membawa susu, nila dan Bahroach dan menjuah tilam di Madsar, Mesar. Dalam bukunya, Muruj al-Dhahab al-Masudi menjelaskan tentang laluan pelayaran bagi bangsa Arab melalui pantai Afrika. Mereka bergerak ke Laut Merah, kemudian ke Habsyah di Afrika. Seterusnya melawat Safala (Mozambique) dan Zeila di Habsyah. Dan Zeila mereka datang ke Hijaz dan Yaman. Al-Masudi juga dapat mengatasi belenggu pemikiran sesetengah pelaut yang

85 9

menyatakan setiap laut adalah berasingan. Beliau menjelaskan bahawa semua laut merupakan satu kumpulan air besar yang bersambung. Beliau menyatakan bahawa Laut Hindi, Laut China, Laut Parsi, Laut Rom dan Laut Syria adalah tidak berasingan. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya juga, al-Masudi telah memberi penjelasan bahawa setiap laut mempunyai pelaut dan pakar yang berlainan. Berdasarkan pengetahuan secara peribadi beliau menjelaskan tentang pakar Laut Mediterranean iaitu: Saya menyaksikan pelaut yang berperang dan berdagang di Laut

Mediterranean...Saya juga menemui beberapa gerombolan dan pegawai termasuk askar dan ahli peIayaran seperti Abul-Hamitu, Lawi, hamba abdi bagi pemerintah Tripoli, Syria di pantai Damsyik.... Secara ningkasnya, beliau cuba menyatakan bahawa para pelaut terdiri daripada pelbagai peringkat dan jenis. Al-Masudi juga mengemukakan pendapat yang seterusnya mengatasi kekeliruan pelaut yang berbangsa Arab yang mengetahui dua haluan untuk pelayaran dari Eropah ke Sepanyol iaitu Britain dan Ireland melalui Atlantik dan dan Rusia melalui Laut Hitam, Dardeneller dan Laut Mediterranean. Hasil daripada soal selidiknya iaitu bertanya kepada sebilangan pelaut beliau mendapati bahawa Laut Kaspia adalah tidak bersambung dengan Laut Hitam. Manakala dalam karyanya, Muruj al-Dhahab beliau ada menerangkan keadaan muka bumi dan jarak dari benua Eropah hingga ke negeri China. Petikan berkenaan berbunyi. Dunia menganggap mulai dari Laut Barat mempunyai enam pulau yang subur dan terbentang jauh hingga ke negeri China ... Mereka tahu bahawa di kawasan yang panjangnya dua belas jam iaitu jika matahari terbit di hujung negeri China (Timur). Jaraknya berjumlah 13 ribu batu geografi

85 9

Pada pandangan beliau jarak antara benua Eropah dan China adalah setengah lingkungan bumi. Dalam karya tersebut, beliau menceritakan berkenaan lima remaja yang sombong yang telah menyeberang Laut Gelap. Sebahagian mereka selamat dan sebahagian lagi binasa. Cerita ini menggambarkan bahawa umat Islam telah sampai ke Amerika beberapa abad sebelum Colombus. Kesimpulan Al-Masudi bukan sahaja berbakat daham bidang pengembaraan, tetapi juga terkenal sebagai sejarawan, ahli ihmu bumi dan fizik yang telah meninggalkan ilmu pengetahuan yang tidak ternilai mengenai perjalanan, sejarah, geografi, muzik dan pelbagai pengetahuan lain. Dalam pengembaraan pula beliau banyak membuat penemuan, pemerhatian dan penyelidikan terutamanya kedudukan laut. Manakala dalam bidang geografi pula, beliau turut menyumbang beberapa pendapat dan pandangan yang bernas tentang beberapa teori iaitu hasil pemerhatian dan kajiannya terhadap faktor persekitaran dan keadaan masyarakat yang hidup di bawah pengaruh faktor fizikal tersebut. Manakala dalam bidang sejarah beliau dikenali oleh masyarakat Arab sebagai Herodotus dan Plinius kerana membuat revolusi dalam ilmu sejarah.

2.

Sulayman al Mahri

Sulaiman al-Mahri berasal dari Maharan, Hadralmaut (di selatan Arab).Beliau hidup dalam pertengahan awal abad ke-10H / 16M . Beliau ialah pengembara Arab yang terkenal pada awal abad ke-16M. Beliau telah membuat pengembaraan yang insentif ke hampir semua lautan yang terkenal dan telah menulis pengalamannya dalam beberapa risalah pada permulaan abad ke 16.

Sumbangan Dalam Bidang Geografi dan Pelayaran

Menjelajah Lautan Di Dunia :

85 9

Laluan pelayaran pertama beliau bermula dari Lautan Hindi melalui Lautan Pasifik, Selat Bering, Lautan Arab, Lautan Atlantik dan memasuki

Mediterranean melalui selat Gibraltar. Laluan pelayaran kedua bermula dari Lautan Hindi ke Pantai Habsyah, Mozambique, Tanjung Harapan melalui Lautan Atlantik memasuki Mediterranean hingga Selatan Gibraltar. Laluan ini juga digunakan oleh Vasco da Gama. Buku pertama dalam bidang ini telah dihasilkan pada tahun 273H/851M. Buku ini memuatkan laporan-laporan perjalanan Sulaiman al-Tajir yang berasal dari Siraf, ke negeri China dan India. Sulaiman melaporkan bahawa orang China menggunakan cap jari sebagai tandatangan.

Membincangkan Tentang Garis Lintang Bumi :

Risalah ini juga memperkatakan tentang kegunaan garis lintang bintang bagi menentukan garis lintang sesebuah pelabuhan. Membincangkan tentang jarak antara beberapa pelabuhan

Penemuan Ilmu Kelautan dan Angin :

Risalah Ketiga Al Umat al Mahriyah fi Dabt al Ulum al Bahriyah membincangkan jarak antara bintang dan Khatuliswa, nama bintang dan laluan laut yang utama di sepanjang pantaibarat di Tanjung Camarin, pantai selatan Arab, barat laut India, malaya, Indo China dan barat China.

Membincangkan Tentang Monsun :

Beliau juga turut membincangkan tentang angin Monsun di Lautan Hindi dan dua jenis monsun yang melanda secara berlawanan di pantai barat dan timur India, Burma dan Malaya. Turut dijelaskan sepuluh perkara merbahaya yang harus dielakkan oleh para pelayar.

Penemuan Pulau-pulau dan Tanah Pantai.

85 9

Risalah Keempat ialah Kitab al Minhaj al Fakhir fi Ilmi al Bahr al Zakhir menceritakan tentang jalan laluan laut di pantai Arab, Makran, Sind, Gujerat, Afrika Timur, Bengal, Siam, Mala, Melaka, Indo-China dan lain-lain. Juga membincangkan tentang latitud yang dialami dalam pelayaran.

Memperkatakan Tentang Tanah dan Pulau :

Beliau turut penulis tentang pulau-pulau besar dan luas seperti Madagascar, Maldives, Ceylon, Jawa, Sumatera, Borneo dan Celebes. Beliau juga menulis tentang pendaratan dan penemuan di barat India, pantai Arab dan timur Afrika.

Bentuk Muka Bumi :

Risalah Kelima Kitab Sharh Tuhfat al Fuhul fi Tahhid al Usul menceritakan tentang langit berbentuk sfera, bintang-bintang, jalan laluan laut, tinggi muka bumi dari paras laut, bintang serta pergerakan angin.

3.

Ibn Batuta (704 779H / 1304 1372M) Bapa Pelayaran Latar Belakang Nama sebenar beliau ialah Muhammad ibn Abdullah ibn Muhammad ibn Ibrahim ibn Yusuf al-Lawati al-Tanji. Beliau diberi gelaran Abu Abdullah atau Shams al-Din. Beliau dikenali sebagai Ibn Battutah. Beliau dilahirkan pada hari Isnin bulan Rejab tahun 703 H/1304 M di

Tanjah atau Tangier iaitu sebuah daerah di Maghribi dan berketurunan Libya.Beliau terkenal sebagai seorang ahli geografi Islam yang banyak membuat pelayaran dari Timur Tengah ke India dan seterusnya China. Oleh kerana bapa dan datuknya terdiri daripada ulama dan bertugas sebagai kadi, maka Ibn Battutah sejak kecil lagi telah menerima pendidikan agama di kampungnya. Di Tanjah beliau telah menyempurnakan pelajaran syariah Mazhab Maliki.

85 9

Selain menerima pendidikan di Tanjah (Tangier) tidak dinyatakan dengan lanjut pengenai pendidikan beliau. Dalam The Encyclopedia Britannica ada menyebut beliau melanjutkan pelajaran di bawah para ulama terkenal di Mesir, Syria dan Hijaz tetapi tidak dinyatakan namanya. Beliau sangat meminati pelayaran dan pengembaraan dan telah menjelajah negara-negara Asia, Afrika dan Timur Eropah yang memakan jarak sejauh 120 ribu kilometer selama 38 tahun . Beliau sangat prihatin dalam pengembaraan. Apabila memasuki sesebuah negara, ia akan bertanya segala yang menyentuh pakaian, makanan, kebudayaan dan peralatan. Beliau pernah dilantik menjadi kadi di Delhi, India ketika mengembara di sana dan beberapa kali diutus menjadi wakil di beberapa tempat. Pengembaraannya yang masyhur ialah pada 1/3 yang terakhir , ketika menjelajahi negara Afrika dan negara-negara Islam. Selepas itu beliau menetap di Pas, Maghribi bagi mentafsirkan hasil pengembaraannya. Salah seorang dari penulis Dar al Ifta di Pas iaitu Mohd. Ibn Juzu telah menyunting buku beliau dan menyusunnya dengan gaya bahasa yang teratur. Ada di kalangan pengkaji barat meragui sebahagian pengembaraan Ibn Batuta tetapi pendapat ini ditolak dan diakui oleh pengkaji yang lain. Pengembaraan Ibn Batuta disebarkan dalam buku Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa oleh Ibn Juza. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Beliau mempelajari banyak bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa Arab, Parsi, Turki, sastera dan ilmu ketika dalam pengembaraannya. Ciri-ciri Keperibadiannya. Ibn Battutah adalah seorang ilmuan dalam bidang pelayaran, agama dan bahasa. Dalam bidang geografi beliau dianggap sebagai seorang ahli geografi yang mempunyai sakhsiah yang menakjubkan.12 Jawatan beliau sebagai kadi di negerinya dan beberapa negeri lain yang dilawatinya membuktikan ilmu agamanya tinggi, terutama berkenaan dengan perundangan
Lakaran Ibn Battutah dalam kebanyakan buku

Islam dan Mazhab Maliki. Beliau bukan hanya mahir

85 9

berbahasa Arab tetapi juga mahir dalam bahasa Parsi dan Turki. Pengembaraannya yang begitu jauh yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan halangan membuktikan beliau adalah seorang yang tegas, kuat cita-cita, dan tidak mudah putus asa serta ahli dalam bidang pelayaran.Kejayaannya mendampingi para sultan, gabenor dan ketua-ketua negara, para ulama di negara yang dilawatinya menunjukkan Ibn Battutah adalah seorang yang berperibadi tinggi, mulia akhlak, berwibawa, pandai berdiplomasi serta mempunyai sifat-sifat terpuji. Oleh kerana sifat baik serta berpendirian teguh, maka kenalannya di tempat-tempat yang dilawatinya itu mudah memberi segala bantuan dan kemudahan untuk pengembarannya. Dalam bukunya Rihlah, beliau menyebut lebih 2000 orang yang ditemuinya secara peribadi atau maqam-maqam yang dilawatinya.

Peringkat pertama Peringkat pertama, perjalanan beliau dimulakan pada masa pemerintahan Abu Said ibn Abi Yusuf, Sultan Maghribi. Ketika itu beliau berusia 21 tahun iaitu pada tahun 725 H/1325 M, beliau mula meninggalkan kampungnya untuk menunaikan haji, menziarahi pusara Rasulullah (saw) dan mendalami pendidikan agama di Makkah. Beliau telah melalui kawasan-kawasan seperti Tunis, Mesir, Syria, Iraq dan beberapa negeri di utara Semenanjung Tanah Arab dan terus ke Makkah dan Madinah. Inilah pengembaraannya yang pertama. Dalam perjalanan ini beliau bertemu banyak para ulama dan ilmuan seperti Syeikh Abi al-Abbas ibn Abd al-Zahir dan bersama saudaranya Nasir al-Din, Mujd al-Din dan Wahid al-Din ketika di Akhmum. Di Qus, beliau bertemu Syiekh Shihab al-Din ibn Abd al-Ghaffar, qadi Jamal al-Din ibn al-Sadid dan khatib Fath al-Din ibn Daqiq al-cId. Di Baitul Maqdis, beliau menziarahi maqam Nabi Ibrahim (as), Nabi Ishak (as) dan Nabi Yacqub (as). Beliau juga bertemu Imam Khatib Burhan al-Din al-Jabari, salah seorang imam yang masyhur di mana beliau bertanya tentang kedudukan maqam-maqam tersebut. Beliau melalui kota-kota yang terkenal di utara Afrika seperti Telemcen, Algeria dan Bongie hingga sampai di Tunis yang ketika itu dikuasai oleh Sultan Abu Yahya ibn
85 9

Zakaria dari Bani Hafas. Walau bagaimanapun, beliau tidak tahan menanggung derita kesunyian akibat berpisah dengan keluarga kerana pada awalnya beliau merancang untuk mengelilingi dunia. Kemudian beliau mengikut kafilah haji ke Tripoli dan dari sana beliau terus ke Iskandariah, sebuah daripada pelabuhan penting di Mesir, di mana beliau menyifatkan pelabuhan ini merupakan sebuah pelabuhan yang dilindungi oleh Tuhan, tempat yang cantik serta mempunyai pemandangan yang indah dan benteng-benteng yang teguh, lengkap dengan segala kesenangan dunia dan kepentingan agama. Setelah tiba di Kaherah pada 726H/1326M, ibu kota negeri Mesir, beliau terpesona dengan kemajuan dan kekayaan yang terdapat di Mesir. Beliau terus menjelajahi seluruh Mesir yang terkenal dengan menara yang banyak, sebagai mercu tanda dan masjid-masjid yang mashyur, gedung-gedung perniagaan dan bangunan-bangunan yang tinggi. Selain itu, beliau mengunjungi tempat-tempat bersejarah untuk menyaksikan hasil peninggalan kerajaan Mesir-Kuno. Beliau berkesempatan bertemu dengan Sultan Mesir, al-Nasir ibn Qalawun, puterinya, beberapa intelektual dan hakim. Antara yang ditemuinya ialah Syeikh al-Murshidi, seorang ulama di situ. Kemudian beliau meneruskan perjalanannya melalui persisirian Laut Merah menuju ke Palestin dengan melalui Sinai dan mengunjungi Baitul Maqdis dan tempat-tempat bersejarah yang ditinggalkan oleh masyarakat Islam dan Kristian. Beliau kemudiannya terus ke utara untuk melintasi Syria sehingga ke Aleppo. Pada masa itu beliau sempat berkenalan dengan pembesar-pembesar tempatan yang terkemuka, golongan terpelajar dan juga sempat melihat masjid-masjid, sekolah-sekolah dan bangunanbangunan yang terkenal. Akhirnya beliau mengalih ke arah selatan iaitu Damsyik. Sewaktu berada di Damsyik, beliau sempat mencatat beberapa maklumat tentang Masjid Umawi, pasar, kebun, bangunan-bangunan penting serta corak kehidupan penduduknya. Beliau juga menziarahi beberapa buah maqam khalifah-khalifah Bani Umayyah di sana. Di sinilah Ibn Battutah mengubah niatnya untuk kembali kepada maksud asal penjelajahannya iaitu menunaikan fardu haji ke Makkah. Sewaktu di kota

85 9

suci Makkah beliau sempat menyaksikan Masjid al-Haram, Kaabah dan maqammaqam para imam mazhab. Beliau kembali semula ke Makkah pada 729 H/1329 M. Peringkat Kedua Penjelajahan peringkat kedua ini bermula pada 729 H/1329 M dari Kota Makkah menuju ke selatan Iraq, kemudian ke selatan Parsi dan ke kota Baghdad. Dari Baghdad beliau ke Tabriz, utara Mesopotamia dan kemudian balik semula ke Baghdad dan dari Baghdad beliau kembali semula ke Makkah. Dalam perjalanan dari Makkah menuju ke selatan Iraq, beliau terpaksa menyeberangi padang pasir dan menghadapi berbagai-bagai bahaya dan cabaran. Beliau juga telah melintasi daerah yang biasa dikunjungi oleh musafir dan pedagang-pedagang dari Afrika Utara dan Andalusia dan menjadi laluan jemaah haji setiap musim. Akan tetapi berbeza pula apabila beliau menuju ke arah Timur. Beliau memasuki daerah dan suasana masyarakat yang berbeza dari segi sosial dan bahasa walaupun mereka beragama Islam. Bermula dari sinilah beliau telah membuat perbandingan tentang keadaan sosial dan geografi bagi negara-negara yang dikunjunginya. Di kawasan selatan Iraq beliau terpaksa menyeberangi Sungai Furat dan Dajlah (Tigris), setelah itu merentasi padang pasir Najd (kini terletak di kawasan Arab Saudi) sebelum menuju ke timur Iraq di mana terletaknya negeri Parsi. Apabila sampai di Parsi beliau mengunjungi bandar-bandar penting seperti Isfahan dan Syiraz dengan melalui jalan utara kembali menyeberangi ke barat Iraq. Beliau juga menzirahi Kufah dan kesankesan tinggalan pemerintahan Saydina cAli (krw) seperti mihrab beliau, tempat beliau dibunuh dan rumah terakhirnya. Ibn Battutah juga melalui Karbala tempat Saydina Hussayn terbunuh. Akhirnya beliau sampai di Baghdad. Pada masa itu Baghdad, pusat pemerintahan kerajaan Abbsiyah sudah hilang kuasa dan kekayaan serta harta benda dan bangunan telah musnah akibat kekalahan Khalifah al-Muktasim khalifah terakhir kerajaan Abbasiyah di tangan tentera Mongol pada tahun 656 H/1258 M. Setelah itu beliau pergi semula ke Makkah. Peringkat Ketiga
85 9

Setelah berada di kota Makkah selama kira-kira dua atau tiga tahun bagi tujuan mendalami pengetahuan ilmu agama,

kemudian beliau memulakan pengembaraannya peringkat ketiga. Kali ini beliau membawa beberapa orang pembantu. Dari Makkah beliau menghala ke Yaman melalui Laut Merah menuju ke pantai Timur Afrika dan menyusur pantai selatan Semenanjung Arab hingga sampai di Oman, Hurmuz dan Bahrain yang terletak di kawasan Teluk Parsi. Beliau sempat bertemu dengan sultan Hurmuz, Sultan Qutb al-DnTamahtan ibn Turan Shah. Semasa beliau belayar di pantai Laut Arab untuk sampai ke Oman dan Bahrain, beliau sempat menyaksikan bagaimana penyelam-penyelam mengeluarkan mutiara dari dasar Laut Arab. Dalam tempoh itu juga beliau sempat menghadap amir-amir di negeri-negeri tersebut. Dari Teluk Parsi beliau kembali semula ke Makkah melalui jalan darat untuk menunaikan ibadat haji buat kali ketiga pada tahun 732 H/1332 M. Peringkat Keempat Pada tahun 732 H/1332M, setelah menunaikan haji yang ketiga tersebut, Ibn Battutah memulakan pengembara-annya peringkat keempat iaitu ke Turki atau Asia Minor, Bulgaria, selatan Rusia, dan kemudian ke India melalui Bukhara, Samarkand, Balkh, Khurasan, Afghanistan dan hinggalah ke India, iaitu di kawasan Sungai Indus. Beliau memulakan perjalanan dengan belayar menerusi Laut Merah menuju Sudan, Nubiah dan Mesir Utara hingga sampai ke Kaherah. Tidak berapa lama di sana, beliau kemudiannya meneruskan perjalanan ke Syria, dan dari sana beliau belayar ke pantai Turki atau Asia Kecil pada tahun 733 H/1333 M. Kemudian beliau terus ke pantai Bosphoros yang diperintah oleh Uzbek Khan dengan ditemani oleh rombongan yang dikirim oleh Uzbek Khan kepada Kaisar Byzantine. Apabila sampai di Constantinople, Ibn Battutah turut menemani rombongan itu dan mendapat penghormatan. Beliau sampai di Constantinople setelah melalui jalan darat dan laut selama lebih kurang sebulan. Ketika itu keadaan Constantinople banyak berubah kerana sesuku abad yang lalu, tentera Salib (Kristian) telah menakluki Constantinople dan menghancurkan sebahagian besar bangunan-bangunan yang penting termasuk istana dan masjid.
85 9

Walau bagaimanapun, keadaan yang masih ada pada ketika itu masih lagi menggambarkan kota paling indah yang pernah disaksikan oleh beliau di sepanjang pengembaraan dan pelayarannya. Keindahan ini disebabkan kota Constantinople iaitu Sungai Ibsmi. Kota itu terbahagi dua, di sebelah Timur dinamakan Istanbul. Di sinilah terletaknya tempat kediaman Kaisar bersama menteri-menteri dan para pembesar. Di sini jugalah terdapatnya pasar membeli-belah dan jalan raya yang indah yang dibina daripada batu dan di sini juga terdapat gereja besar yang dinamakan Santa Sophia yang terletak di tengah-tengah kota berkenaan. Bahagian kedua pula dipanggil Galatah, dan ia terletak di sebelah Barat. Ia dibina khusus untuk orang Kristian dari barat seperti orang Genoa, Venesia, Rom dan Perancis. Beliau sampai di India pada tahun itu juga iaitu 733 H/1333M. Di India beliau menetap selama lapan tahun. Dalam tempoh itu beliau pernah dilantik menjadi qadhi besar Delhi di bawah pemerintahan Sultan Muhammad ibn Tughluq (1325-51 M). Selain itu, Ibn Battutah juga ada menceriatakan berbagai-bagai kepercayaan orang Hindi, adatistiadat keagamaan, tempat-tempat pemujaan dan kehidupan sosial dengan pelbagai upacara yang menyeramkan, seperti membakar wanita yang kematian suami, ziarah ke Sungai Ganges di mana terdapat orang yang menenggelamkan diri sebagai pengorbanan kepada Tuhan untuk keabdian jiwa. Akhirnya dikatakan beliau telah dihantar oleh Sultan Muhammad ibn Tughluq dari Delhi sebagai utusan Kesultanan Delhi, India ke negeri China (743 H/1342M). Dalam perjalanan ke China, beliau singgah di Sumatera dan Jawa. Sewaktu di Sumatera beliau singgah di Pasai, utara Sumatera dan bertemu dengan Sultan alMalik al-Zahir yang memerintah kerajaan Pasai. Dalam catatannya, Rihlah beliau menyatakan bahawa Baginda (al-Malik al-Zahir) meneruskan muzakarah ilmu fekah Mazhab Shafie, dan teruslah demikian sampai waktu Asar, selesai solat Asar baginda pun masuk ke sebelah rumah di situ, dipakainya pakaian baginda sebagai seorang fakih, dan dipakainya pakaiannya itu juga untuk ke masjid pada hari Jumaat dengan berjalan kaki. Setelah pakaian itu ditanggalkan, baginda memakai pakaian rasminya sebagai raja terbuat dari sutera dan kutun (kapas).

85 9

Sewaktu di istana raja, Ibn Battutah terlihat dua orang ulama Pasai, iaitu Amir ibn Said al-Shirazi dan Tajuddin di-Isfahani. Sepanjang tempoh di Sumatera, Ibn Battutah diberikan sambutan meriah dan sangat dihormati. Dalam perjalanan ke China, dikatakan bahawa Raja Pasai itu telah menyediakan sebuah tongkang besar dan dilengkapkan dengan peralatan pelayaran untuk beliau belayar ke China. Apabila sampai ke China beliau mendarat di pelabuhan yang dikenali pada masa itu sebagai Zaitun. Di China beliau melawat beberapa daerah termasuk Peking. Ibn Battutah tidak lama berada di China dan pada tahun 748 H/1347 M beliau belayar pulang ke negeri asalnya, Maghribi. Akan tetapi beliau tidak lama tinggal di Maghribi kerana hatinya mendesak agar mengembara semula. Kemudian beliau ke Makkah pada musim haji dan menunaikan haji dan seterusya mengembara ke Madinah, Quds, Mesir dan kembali semula ke Maghribi pada 750 H (749)/1349 M. Kemudian beliau menyeberangi Laut Maditerranean menuju ke Andalusia dan mengunjungi pelabuhan dan kota-kota besar di Andalusia yang mana kerajaan Islam yang berpusat di Granada masih kuat di bawah pemerintahan Sultan Abd al-Hajjaj Yusuf ibn Walid al-Nasri dari Bani Nasr. Beliau sempat berkenalan dengan para ulama dan kaum terpelajarnya di sana. Dari sana beliau belayar kembali ke Maghribi dan seterusnya ke Sudan pada 753 H/1352 M melalui padang pasir Sahara. Beliau kemudiannya memasuki Timbuktu.51 Seterusnya ke Mali dan kemudian beliau kembali semula ke Maghribi pada 755 H/ 1355 M. Dengan ini beliau menamatkan pengembaraannya sejauh kira-kira 120,000 kilometer (75,000 batu)54 iaitu suatu perjalanan yang amat jauh yang belum pernah dilakukan oleh ahli-ahli pelayaran pada zaman pertengahan yang memakan masa selama kirakira 27 atau 28 tahun iaitu antara tahun (725-753 H/1325-1352 M. Kedudukan dan Sumbangannya Ibn Battutah adalah seorang tokoh pengembara dan sejarawan Islam yang terkenal pada zaman pertengahan. Kemasyhurannya bukan hanya di kalangan umat Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat antarabangsa. Para orientalis menganggapnya
85 9

sebagai The Prince of Muslim Travellers.55 Kedudukan beliau sebagai pengembara yang terkenal selalu dibanding dan disamakan dengan pengembara-pengembara terkenal di dunia seperti Marco Polo. Pengembaraannya selama 28 tahun itu telah diceritakan sendiri oleh Muhammad ibn Juzay56 seorang setiausaha kepada Sultan Abi Anan di bandar Fars untuk direkodkan.57 Rekod pengembaraannya itu dikenali sebagai Rihlah ibn Battutah. Kitab ini tamat ditulis pada 3 Zulhijjah 756 H/ 1357 M.58 Kitab ini telah menarik perhatian sarjana-sarjana sejarah di seluruh dunia dan telah diterjemahkan dalam berbagaibagai bahasa termasuklah bahasa Portugis, Perancis, Inggeris dan Jerman. Ia telah diterjemahkan ke bahasa Perancis oleh sarjana Barat antara tahun 1879-1893, manakala H. A. R. Gibb meringkaskannya ke bahasa Inggeris pada tahun 1929. Daripada catatan pengembaraannya itu terakamnya jasa dan sumbangannya yang besar. Ini kerana catatannya itu adalah merupakan satu daripada sumber sejarah abad pertengahan yang penting bagi pelbagai aspek bagi negara-negara yang dilawatinya, baik dari segi agama, sosial, politik, kebudayaan mahupun lainnya dapat ditemui dalam rekod pengembaraannya. Bagi negeri-negeri Afrika Barat, sumber sejarahnya banyak bergantung kepada catatan itu. Demikian juga berhubung dengan kedudukan dan perkembangan agama Islam di beberapa negara termasuklah di Asia Tenggara, China dan lain-lain. Beliau meninggal dunia di daerah Marakish pada tahun 779 H/1377 M. Pendapat Sarjana Barat mengenai Ibn Battutah Will James Durant mengatakan Ibn Battutah memperoleh keluhuran peribadi yang cemerlang dan menakjubkan pada zamannya. Beliau melihat bahawa kebolehan Ibn Battutah bergaul dengan pelbagai golongan masyarakat baik dari golongan raja, ulama dan masyarakat biasa. Seorang lagi sarjana Barat iaitu Raigis Blaisyir berkata mengenai Rihlah ibn Battutah; Kitab ini penting untuk mengetahui tentang dunia Islam pada kurun ke 14 M. Ia

85 9

mempunyai maklumat mengenai penduduk-penduduk yang ditemui oleh Ibn Battutah sama ada menyentuh akidah, adat-istiadat mahupun perilaku penduduk-penduduk tersebut. Yamoto Alyabani mengatakan adalah agak mustahil untuk mengatakan semua hikayat Ibn Battutah tentang China adalah khayalan beliau. Kerana agak mustahil catatancatatannya berdasarkan sumber-sumber China dan mengikut catatan-catatan perjalanan Marco Polo kerana ia mempunyai catatan yang berlainan. Kesimpulan Ibn Battutah adakah seorang tokoh pengembara dan ahli pelayaran Islam yang terkenal pada zaman pertengahan. Pengalaman pengembaraannya selama 28 tahun telah direkodkan dan dibukukan serta telah menarik perhatian para sarjana sejarah di seluruh dunia untuk diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Ringkasnya beliau telah mengambara ke Mesir, Syam, Hijaz, Iraq, Fars, Yaman, Bahrain, Turkistan, sebahagian India, China, Jawa dan tengah Afrika. Oleh itu, cerita pengembarannya yang telah direkodkan itu menjadi satu sumber sejarah yang tinggi nilainya hingga ke hari ini, bukan sahaja untuk orang Islam bahkan juga orang bukan Islam di seluruh dunia. 4. Al-Idrisi (493-560 H/1100-1165 M) Al-Idrisi (493-560 H/1100-1165 M) atau nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad ibn Muhammad Hafid Idris alHaudi al-Hasani, dilahirkan di bandar Cueta (sekarang di sempadan antara Maghribi dengan Sepanyol) dan

dibesarkan serta mendapat pendidikan di Cordova. Beliau pernah mengelilingi Andalus, mengembara ke timur Afrika, Asia Kecil, dan dikatakan juga beliau pernah melawat Perancis. Bukunya yang masyhur tentang pelayaran ialah Nazhat al-mustak fi ikhtirak al-afak yang diterjemahkan ke bahasa Latin, Inggeris dan Jerman.
85 9

Para ilmuwan Barat memberi pujian kepada beliau sebagai salah seorang ahli geografi yang tiada tandingan.Salah satu kitabnya, iaitu kitab Nazhat al-Mushtaq fi Ikhtiraq alAfaq atau Temasya Orang-orang Yang Rindu Untuk Menjelajah Ufuk telah diterbitkan di Perancis dalam bentuk ensiklopedia dan dianggap sebagai buku ilmiah yang asli dan paling besar pengaruhnya pada Abad Pertengahan. Buku tersebut turut mendapat perhatian ilmuwan Barat, Barone yang menyatakan: Buku geografi al-Idrisi tiada bandingannya dengan buku geografi mana sekalipun sebelumnya dan sentiasa dijadikan sebagai rujukan oleh para penulis sejarah dan geografi di sebahagian kota-kota besar dunia ketika itu. Pada tahun 1129-1140 M, iaitu ketika pemerintahan Raja Sicily, Roger II, Al-Idrisi melaksanakan program penelitian dan telah menghadiahkan sebuah bola bumi (globe) yang diperbuat daripada perak. Malah kitab yang berjudul Nazhat al-Mustaq fi Ikhtiraq alAgaq atau disebut sebagai Kitab Rujar telah diabadikan sebagai The Book of Roger kerana ia merupakan dorongan daripada Raja Sicily itu sendiri. Selain itu, Al-Idrisi juga telah mencipta 71 buah peta. Pada tahun 1931, peta tersebut telah dipisahkan lalu dicetak dengan warna dan telah diterjemahkan dalam bahasa Latin. Bagaimanapun, pada tahun 1951, peta tersebut dicetak dalam bahasa Arab. Kitab karangan Al-Idrisi yang lain, berjudul Al-Adwiyah al-Mufradat juga turut ditemui oleh H. Ratter di Perpustakaan Fatih di Istanbul pada tahun 1928.Meskipun naskhah tersebut kurang lengkap, namun karyanya itu kerap disebut oleh al-Baytar.Malah dalam kitabnya itu, beliau menghasilkan sinonim-sinonim untuk setiap ubat-ubatan termasuk ubat bius di dalam 12 bahasa.Bagaimanapun, teks lengkap daripada bukunya yang berjudul The Book of Roger telah diringkaskan dan terdapat banyak bahagian yang diolah tanpa alasan yang jelas dan meyakinkan.

85 9

5.

Ibn Khurdazbih

Beliau berketurunan Parsi telah menghasilkan sebuah buku geografi yang amat bernilai pada tahun 232H/846M yang diberi judul "Kitab al Masalik wa al-Mamalik". Buku yang bernilai khusus tentang topografi ini dikatakan merupakan karya pertama dalam bidang ini yang ditulis secara bebas. Ia telah dipergunakan oleh Ibn Faqih, alMaqdisi, Ibn Hawqal dan penulis-penulis geografi lain pada masa selepasnya.

6.

Abu AbdullahAl-Battani (868- 929M)

Al-Battani dikenali di Barat dengan nama Albategnius. Beliau amat terkenal dalam bidang matematik dan astronomi. Penemuan beliau yang agung termasuklah menetapkan tahun syamsiah menepati penemuan pada hari ini, iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Battani juga menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik. Beliau memperincikan kaedah kiraan dengan menggunakan konsep sinus dan tangen. Buku-buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad kedua belas di bawah tajuk De scienta stellerum De numeris stellerum et motibus. Copernicus dalam bukunya, De Revolutionibus Orbium Clestium menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada Al-Battani.

7.

Ibnu Majid

Nama lengkap beliau ialah Sihabuddin Ahmad bin Majid bin Amr ad-Duwaik bin Yusuf bin Hasan bin Husain bin Abi Ma'lak as-Sa'di bin Abi ar-Raka'ib an-Najdi. Tidak diketahui tanggal lahir dan kematiannya. Namun, beberapa sumber sejarah menyebut beliau hidup pada abad 9 H atau 15 M. Keluarga Ibnu Majid berasal dari daerah Gurun Nejd, Yaman.Lautan menjadi tempat yang tak asing bagi Ibnu Majid sejak kecil lagi. Beliau sering mengikuti pelayaran yang dilakukan ayahnya di kawasan Laut Merah. Ketika meningkat dewasa, pelayaran bersama kawan-kawannya dilakukan tidak hanya di kawasan Laut Merah, tetapi sudah melangkau Samudra Hindi. Penguasaannya ke atas kawasan Samudra Hindi mendorong dirinya membuat catatan-catatan khusus dalam bidang ini. Ayah Ibnu Majid sendiri telah merintis penulisan buku tentang pelayaran yang diberi judul al-Hijaziyya. Buku ini membahas tentang kondisi lautan sekitar kawasan Hijaz. Ibnu Majid pula mengikuti jejak ayahnya dengan menulis buku85 9

buku tentang pelayaran yang lebih luas dan mendalam. Beberapa karangannya menjadi pedoman pelaut ketika itu dalam mengharungi samudra yang luas. Kepandaian Ibnu Majid dalam perhitungan pelayaran mencapai puncaknya ketika ia berhasil membuat kompas dengan 32 arah mata angin. Kompas yang jauh lebih baik daripada kompas buatan ahli-ahli pelayaran lain ketika itu, terutama orang Mesir dan Moroko yang merupakan bentuk awal kompas moden.

8.

Thabit Ibn Qurrah (289H/901M)

Beliau telah menterjemahkan karya-karya Ptolemy berhubung dengan beberapa tempat di bumi berdasarkan letaknya Latitud dan Longitud.

85 9

Sumbangan Islam Dalam Bidang Kejuruteraan

Pengenalan Dari segi definasinya, kejuruteraan adalah tergolong dalam kumpulan sains gunaan yang dikaitkan dengan teori asas merekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi kehidmat kepada manusia. Jelasnya, kejuruteraan adalah pemahaman sains tentang fenomena fizikal yang digunakan di dalam teknologi dan proses merekabentuk teknologi tersebut dengan menggunakan kaedah yang paling efisyen. Pengertian teknologi dari segi istilah secara umumnya ialah penggunan sains. Perkataan Tekno bermaksud kemahiran teknik atau hasil kerja manakala Logi bermaksud doktrin, teori atau ilmu.

Dalam hubungan teknologi dan kejuruteraan, para cendekiawan Islam terdahulu mendapati terdapat dua prinsip asas Islam terdapat di dalam bidang kejuruteraan, iaitu pertama Konsep Kesetaraan (atau mizan) dan keduanya Konsep Keseimbangan (atau tawazun). Dalam Islam al Mizan merupakan kaedah manusia diukur dari perbuatan baik dan mungkarnya. Manakala dalam sebuah sistem kejuruteraan, prinsip al Mizan membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu itu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem keseimbangan, atau tawazun sistem itu keseluruhannya diperlukan untuk mengekalkannya di dalam kedudukan tersebut. Sebagai contoh, dalam kejuruteraan kimia, prinsip al Mizan digunakan untuk memahami bahan dan aliran tenaga. Begitu juga dalam kejuruteraan awam dan mekanik, tindakan daya dan momen menggunakan prinsip yang sama, sementara dalam kejuruteraan elektrik prinsip kesetaraan digunakan pada cas elektrik.

Dari segi sumbangan cerdik pandai Islam kepada perkembangan teknologi dan kejuruteraan, sejarah telah membuktikan sumbangan yang besar telah mereka curahkan dan kesannya masih lagi dapat dirasai hingga ke hari ini. Sebagai contoh, sumbangan kejuruteraan mekanikal yang utama dalam teknologi Islam ialah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan pengairan, perumahan, industri dan lain-

85 9

lain. Mesin pengangkut air yang pertama digunakan di Mesir dan Syria dan dipanggil Shaduf. Alat ini mudah dan murah dan masih digunakan hingga ke hari ini di Mesur. Sementara dua lagi jenis pengangkut air dinamakan saqiya dan nau'ra. Saqiya digerakkan oleh tenaga binatang ternakan, manakala nau'ra digerakkan oleh kuasa air.

Kajian-kajian mutakhir menunjukkan banyak sumbangan sarjana dan jurutera Islam tersebar ke benua Eropah khususnya Andalus (Sepanyol) dan Itali. Dalam bidang kejuruteraan awam, kubah dan menara masjid menunjukkan kefahaman dan kemahiran Islam. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bidang kejuruteraan awam hidologi, menghasilkan pembinaan beberapa buah terusan. Terusan yang utama ialah terusan yang menyambungkan Sungai Nil dan Laut Merah. Pembinaan terusan ini memakan masa selama enam bulan dan panjangnya kira-kira 110km. Teknologi air bawah tanah diusahakan di Parsi. Bandar Isfahan dikelilingi oleh padang pasir, Sungai Zayandirud mengalir melalui bandar ini. Jurutera-jurutera awam Islam ketika itu telah mengalirkan air sungai ini kebeberapa anak sungai yang digunakan untuk pertanian dan minuman. Teknologi ini telah ditulis oleh Syaikh Bahauddin alAmili seorang ahli sufi safavid yang mahir dalam Matematik dan keagamaan. Bagi negara yang dikeliling pasir pembinaan "qanat" iaitu sistem pengairan bawah tanah amat berguna kerana dapat mengelakkan pengewapan air.

Rekaan-rekaan yang menarik telah dapat dihasilkan dengan kemahiran dan kepakaran sarjana Islam dalam segala bidang kejuruteraan pada zaman itu apabila dicampur dengan rekaan seni-seni halus.

Contoh kejuruteraan dan struktur bangunan Islam

a) Pada awal abad ke-9M, Khalifah Harun al-Rashid telah menghadiahkan sebuah jam air yang sungguh menarik kepada Raja Charlemagne.

b) Pada awal abad ke-8M jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat kertas dan mendirikan beberapa buah kilang kertas di Samarqand dan Baghdad sebelum akhir abad ke-8M.4
85 9

C) Di Sijistan dan Parsi terdapat beberapa buah kincir angin yang mana orang Islam telah melopori teknologi mendapatkan sumber tenaga dari angin melalui kaedah kincir angin. Kincir angin digunakan untuk mengepam air di dalam pertanian. Teknologi mendapatkan air dan angin telah mendapat perhatian di seluruh dunia dan ia merupakan penggerak utama sehinggalah kuasa tenaga wap diperkenalkan semasa revolusi Perindustrian di Eropah. Satu kincir angin boleh mengeluarkan lebih kurang lima hingga sepuluh kuasa kuda pada ketika itu.

d) Dalam teknologi perkapalan, jurutera-jurutera Islam telah membina kapal dagang dan kapal laut. Dengan kemajuan orang Islam dalam bidang astronomi, teknologi pelayaran telah dapat membawa pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia seperti China ke sebelah Timur dan hingga ke England dan Ireland di sebelah Barat.

e)Pembinaan Kejuruteraan awam dan struktur juga memberi sumbangan yang banyak terhadap perkembangan teknologi Islam. Teknologi bangunan yang berkait rapat dengan bidan arkitek barjaya menonjolakan teknologi senibina Islam yang

mangagumkan seperti Masjid Al-Aqsa di Jerusalem, Palestine dan Masjid Umayyad di Damascus/Damsyik, Syria yang dibina pada kurun ke-7 Masihi. Teknologi kejuruteraan jalan raya dan perhubungan jambatan yang boleh dikagumi ialah Jambatan Shahrestan di Isfahan, Iran pada kurun ke-12 Masihi

f) Bidang struktur bangunan terbukti di dalam Al-Quran dan ianya satu peringatan kepada kita bahawasanya pentingnya bidang ini dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara. Sebagai bukti, sebuah perpustakaan yang bernama Khizanat AlHikmah terbina pada kurun ke-8 Masihi sebelum terlantiknya Al-Ma`Mum sebagai khalifah. Kemudian pembinaan perpustakaan Al-Hakim pada kurun ke-12 Masihi dalam polisi yang sama telah diambil dengan terdirinya Pusat Sains di Cairo, Egypt.

85 9

g) Masjid pula menjadi pusat pembelajaran dan tempat kuliah selain daripada menunaikan fardhu ain. Dari situ, terbentuknya institusi madrasah dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih formal. Terdirinya bangunan-bangunan yang menampung sistem pembelajaran yang lebih teratur seperti sekolah dan universiti. Antara Universiti yang terawal ketika itu ialah University of Al-Azhar di Cairo, University of Ez-Zitouna di Tunisian Republic dan University of Karaouine di Fez, Morocco

Dome of Rock, Baitulmaqdis, Palestine Dome of Eagle, Damsyik, Syria 12. Khirbat Al Mafjar, Hisyams Castle, Jericho, Jordan Istana Qusair Amra, Jordan

13. Mezquita de Crdoba, Cordova, Spain Sumbangan Islam Dalam Teknologi Dan Kejuruteraan Perkapalan

h)

Jurutera Islam telah membina kapal laut yang dapat mengharungi lautan besar. Kapal diperlukan oleh pedagang,nelayan dan tentera laut. Para pedagang antarabangsa dari China, Timur Tengah dan Benua Eropah bukan sahaja meningkatkan ekonomi Islam malah memperkembangkan teknologi sains dan pelayaran sebagai saluran komunikasi. Antara tokoh-tokoh pelayaran Islam ialah, Al-Khawarizmi, Al-Battani, Ibnu Battutah, Ibnu Majid dan banyak lagi.

Menurut seorang ahli sejarawan Kritian, orang-orang Arab tidak pernah menggunakan jalan laut sebelum kedatangan Islam. Di zaman Rasulullah, orang-orang Islam hanya menumpang kapal pedagang untuk berhijrah ke Habsyah(Ethiopia). Kemudian pada zaman Sayidina Umar al Khattab, orang Islam mula menggunakan kapal untuk memerangi musuh luar sehingga dimana industri pembuatan kapal wujud di Syria dan Mesir dengan bekalan kayu dari Lebanon dan diperluas ke Tunisia dan Andalusia.

Kegiatan membuat kapal dan tentera laut diteruskan oleh kerajaan Abbasiyah oleh Khalifah Harun al-Rashid yang manakluki Cyprus pada 791 Masihi. Menurut sejarawan Cina juga, Maharaja Dinasti Ming telah memerintahkan Laksamana Cheng Ho(seorang Islam) belayar ke Selatan dan Barat dengan armada yang besar bagi misi kekuatan China dengan kapal-kapal buatannya.

85 9

i)

Sumbangan Islam Dalam Teknologi Dan Kejuruteraan Hidorologi Pengairan/Hydrology Dalam kejuruteraan hidrologi pula, sumbangan orang Islam juga sangat besar. Contohnya, ketika pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10 km, untuk mengalirkan air sungai Furat ke Basrah sebagai sumber air disebabkan kemarau yang panjang. Terusan lain yang dibina oleh khalifah Umar Abdul Aziz ialah yang menyambungkan sungai Nil dengan Laut Merah yang panjangnya melebihi 100 km, dengan tujuan pengangkutan yang lebih cepat dapat dilakukan berbanding dengan pengangkutan darat.

Manakala di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling bandar Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud. Air daripada sungai ini telah dialirkan ke anak-anak sungai yang lain bagi kegunaan pertanian dan perumahan. Pembinaan sistem air bawah ini yang juga dikenali sebagai "qanat" atau channel dalam bahasa Inggeris sekarang yang direka oleh jurutera awam Parsi ini adalah di antara sistem pembinaan yang mengkagumkan. Kaedah pembinaannya telah diterangkan oleh seorang ahli matematik Parsi yang bernama al Karaji. Teknologi ini amat berguna untuk mengelakkan berlakunya pengewapan air di padang pasir yang panas, di mana perancangan dan penyelenggaraan projek ini memerlukan penelitian yang rapi dan tersusun.

J) Sumbangan Islam Dalam Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal

Sumbangan

kejuruteraan

mekanikal

Islam

amat

berpotensi.

Walaubagaimanapun, penelitian berkenaannya tidak dicatat dengan rapi dan terperinci. Semua kemajuan dalam dunia astronomi, geografi, pelayaran, perubatan, matematik, kesenian dan reka bentuk yang dihasil oleh sarjana moden barat sekarang adalah hasil adaptasi dan ciplak dari hasil penemuan asal yang digali dari al-Quran oleh ilmuwan Islam dahulu. Tetapi apabila berlaku zaman kegelapan dalam tamadun Islam, banyak fakta ilmuan Islam dan penghasilan mereka diselewengkan dan Eropah mengambil kesempatan ini dengan mengusai ilmu tersebut serta menyebarkannya secara meluas.
85 9

Sarjana-sarjana Islam menamakan bidang pengajian Ilmu mekanik ini sebagai Ilm al-Hiyal dan telah melahirkan tokoh terkenal yang bernama Badi al-Zaman Ismail Ibn Razzazz Abul Izz al-Jazari. Mekanisme operasi beberapa peranti mekanik rekaan beliau adalah seperti jam air gajah. Teknologi mendapatkan tenaga dari udara dan kincir udara telah dipelopoli juga oleg Islam pada kurun ke-7 Masihi. Kincir digunakan untuk mengepam air bagi kegunaan pertanian.

Tokoh Islam Dalam Bidang Kejuruteraan Dan Bangunan

1.

Sinan

(1538-1588M)

Arkitek termasyhur pada zaman Uthmaniyah itu dilahirkan pada 1489 di Anatolia dan sepanjang kariernya, beliau sudah membina beratus bangunan antaranya masjid, madrasah, hamam (tempat mandi awam), hospital, istana dan pancuran air. Bagaimanapun, masjid adalah binaannya paling masyhur dan seni bina kubah beliau yang mempunyai pengaruh Rom dan Byzantine menjadi ikutan dalam pembinaan masjid hari ini. Menurut tradisi kesultanan Uthmaniyyah, setiap sultan yang memerintah mempunyai masjid yang dibina atas namanya sendiri sebagai lambang komitmen mereka terhadap perjuangan Islam.

Suleymaniyye, Sulayman dan Sinan adalah tiga nama gemilang pada zaman Uthmaniyah. Suleymaniyye adalah kompleks masjid yang mengambil sempena nama Sultan Suleyman yang mengarahkan Sinan membina masjid berkenaan.

Masjid itu menjadi contoh teknik akustik dalam bangunan yang dikembangkan oleh Sinan dan ia siap dibina lebih 300 tahun sebelum alat pembesar suara pertama dicipta.

Sinan membawa pengaruh itu kepada masjidnya dengan perspektif dan fungsi yang berbeza melalui kubah besar dan kecil yang dibina sebagai penyalun suara - walaupun tanpa pembesar suara, jemaah dapat mendengar apa yang
85 9

disampaikan

imam.

Kubah besar di Masjid Suleymaniyye terletak pada ketinggian 48 meter, lebih 46 meter di puncaknya dengan ukur lilit selebar 26 meter kaki berfungsi sebagai penyalun suara.Sementara 27 kubah kecilnya berfungsi menyerap pantulan suara yang tinggi seterusnya memantulkan kembali suara itu ke dalam ruang masjid dan pantulan itu berlaku serentak, seimbang dan tidak bergema.Sistem akustik itu dapat mengelak jemaah daripada hilang tumpuan kepada imam ketika solat dan meningkatkan khusyuk mereka beribadah.

Beban kubah utama yang dibina arkitek Eropah terletak pada dinding bangunan, sementara beban kubah utama dibina Sinan diletakkan pada lengkungan berbentuk separuh kubah serta tiang-tiang yang menyokongnya.Teknik yang diguna Sinan memudahkannya membuat tingkap kecil di sekeliling kubah bagi membolehkan cahaya memasuki masjid.

Beliau menambah tingkap pada dinding masjid bagi membenarkan lebih banyak cahaya menerangi ruang dalamnya.Sistem pencahayaan semula jadi Sinan pada kubah masjid memberi suasana selesa kepada jemaah menerusi kepelbagaian warna kaca pada tingkapnya.Sinan bukan sekadar membina, malah memikirkan sistem bagi keselesaan pengunjung Masjid Suleymaniyye melakukan ibadat, selain menjadikan masjid sebagai pusat utama kepada rangkaian binaan lain.

Contohnya, pembinaan

Masjid Suleymaniyye

bukan

binaan

tunggal,

sebaliknya Sinan membangunkan sebuah kompleks kombinasi beberapa bangunan dengan fungsi berbeza, tetapi berhubung dengan struktur meganya yang utama iaitu masjid.Ini adalah kaedah perancangan bandar dalam seni bina Islam yang dipertahankan oleh Sinan pada zamannya ketika era seni bina Renaissance berkembang pesat dengan struktur berbeza.

Umumnya, Sinan meletakkan kedudukan masjid sebagai pusat kegiatan


85 9

pendidikan, menganggotai

kebudayaan, janissary

perniagaan, iaitu pasukan

kebajikan tentera

dan

pembinaan

rohani.

Kebolehan Sinan sebagai seorang arkitek menyerlah apabila beliau terpilih elit kerajaan Uthmaniyah.

Beliau telah menunjukkan bakatnya sebagai seorang arkitek dan jurutera dalam pasukan itu.Sejak itu, Sinan mula membangunkan pelbagai binaan prasarana seperti jambatan di Buyukcekmece, merentasi teluk berhampiran Laut Marmara yang mengambil masa setahun untuk disiapkan selepas mendapat arahan Sultan Suleyman. Beliau turut membina Caravanserai sebagai tempat persinggahan pedagang dan haiwan tunggangan serta tujuh akueduk atau saliran air untuk kemudahan penduduk Istanbul ketika itu.

Beliau yang juga dikenali sebagai Mimar Sinan merupakan seorang arkitek yang merekacipta 360 struktur bangunan termasuklah 84 buah masjid, 51 buah masjid-masjid kecil, 57 buah sekolah, 7 buah madrasah untuk penghafal al-Quran yang dikenali sebagai darulkurra, 22 buah , 17 buah rumah api , 3 buah hospital, 7 buah jambatan , 48 buah rumah tumpangan, 35 tempat tempat dan rumah penginapan yang besar, 8 buah bumbung melengkung dan 46 tempat takungan air / kolam mandi. Dengan perkataan lain, beliau menjadi pengurus terkenal dalam kerjakerja pembinaan pada zaman kerajaan Othmaniah selama hampir 50 tahun dan

mendirikan lebih 360 struktur binaan sama ada seni bina bersifat kerohanian, prasarana awam dan ketenteraan. 2. Al Jazari Al-Jazari atau nama sebenarnya Abu al-iz ibn Ismail ibn al-Razaz al-Jazari. Beliau digelar Al-Jazari mengambil sempena nama tempat kelahirannya di Al-Jazira, sebuah wilayah yang terletak di antara Tigris dan Efrat, Iraq.Beliau dinamakan bersempena dengan nama

kawasan kelahirannya; Al-Jazira, utara Mesopotamia

85 9

Seperti ayahnya, beliau merupakan seorang artis seni pertukangan, oleh itu beliau sebenarnya lebih kepada jurutera praktikal berbanding jurutera yang mementingkan toeri dan kira-kira.Menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices.Dalam buku tersebut,beliau mempamerkan 50 alat mesin dan cara pembuatannya. Antara hasil kerjanya yang terkenal ialah dalam pembuatan mesin Automata (mesin yang bergerak sendiri melalui kesinambungan mekanisma peralihan tenaga dalam sesuatu sistem).Mesin-mesin automata ini pula

digabungkan dengan konsep keseniaan yang akhirnya menghasilkan konsep teknikal yang indah. Dalam sejarah Barat;beliau dikenali dengan nama Father of Robotics. Kegemilangan Al-Jazari adalah hasil manuskrip beliau berjudul Kitab fi marifat al-hiyal al-handasiyya yang bermaksud buku mengenai ilmu alat mekanikal yang bijak.Manuskrip itu menjadi bukti catatan terawal penggunaan engkol, piston dan injap yang digunakan untuk menghasilkan produk yang menjadi kegunaan harian masyarakat pada waktu itu seperti mesin pengepam air. Sememangnya masyarakat dulu memang sudah lama memanfaatkan peralatan untuk mendapatkan air menggunakan shaduf, alat yang terdiri daripada blok panjang diletakkan antara dua tiang dengan blok kayu mendatar.Peralatan lain ialah saqiya, di mana mekanisma tengahnya terdiri dari dua gigi dan mesin itu menggunakan tenaga haiwan seperti unta atau keldai. Ilmuwan Muslim melakukan penyelidikan mengenai peralatan berkenaan untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan termasuk Al-Jazari yang merintis jalan menghasilkan mesin mengepam air. Dua mesin pertama ciptaannya adalah hasil pengubahsuaian shaduf dan yang ketiga saqiya di mana tenaga air digunakan menggantikan tenaga binatang.

85 9

Mesin yang sama seperti saqiya di letakkan di sungai Yazid di Damsyik bagi kegunaan rumah sakit yang terletak berdekatan sungai itu. KINCIR air atau noria di Fayyoum,Mesir, adalah

sebahagian kecil pembaharuan yang berlaku pada zaman kegemilangan empayar Islam yang menjana pertumbuhan penduduk di kawasan pedalaman daripada tradisi nomad kepada penempatan tetap. Di bawah empayar Islam, perkembangan sistem saliran
diperbaiki sehingga tidak lagi bergantung kepada tenaga manusia atau haiwan.

Mekanisme kejuruteraan inilah melahirkan istilah baru, automata atau automatik yang bermakna berjalan dengan sendiri oleh tabii alam.Menerusi mekanisma itu, penggunaan air dibentuk dalam dwifungsi, arus air menjadi penolak alat takungan ke kedudukan atas berulang kali dengan bantuan graviti, sambil saliran air disalurkan untuk keperluan diri dan tanaman. Ilmu pengetahuan dan ciptaan kincir air yang kemudiannya memberi inspirasi kepada bidang kejuruteraan moden ini adalah hasil kepakaran tokoh terkenal. Hasil ciptaannya kelima ialah mesin yang menggunakan engkol, alat yang menghasilkan gerakan berterusan dan penemuan itu berjaya mencipta sejarah kerana engkol adalah peralatan mekanik paling penting bagi orang Eropah awal abad ke15.Al-Jazari mengembangkan mesin engkol yang dihubungkan dengan sistem rod pada mesin pengepam air dan ini dilakukan beliau pada 1206. Beliau juga menghasilkan mesin yang digerakkan oleh air bagi menggerakkan piston yang saling berhubungan dengan paip penyedut pada dan ia adalah contoh prinsip double acting yang pertama.Al Jazari kemudian mengumpulkan semua hasil karyanya berkaitan bidang teknikal yang lengkap dengan maklumat dari segi teori dan praktikal dalam buku berjudul Al-Jami Baim Al-Ilm wal Amal Al-Nafi Fi Sinatat Al Hiyal.

85 9

Reproduksi Jam Gajah setinggi 8.5m rekaan al-Jazari kini dipamerkan di Ibn Battuta Mall, Dubai.

Berkat kemampuan mekaniknya, al-Jazari tercatat mampu merakit beberapa jenis jam air. Salah satunya, sebuah jam dengan tenaga air yang tingginya satu meter dan lebarnya satu setengah meter. Jam itu berhasil direkonstruksi di Museum Ilmu Pengetahuan tahun 1976, ungkap Donald Routledge Hill dalam karyanya A History of Engineering in Classical and Medieval Times. Al-Jazari juga mampu membuat jam air berbentuk gajah. Bahkan, jam buatan al-Jazari sudah mampu menghasilkan suara. Dalam manuskrip al-Jazari, jam itu merupakan jam terawal yang menggunakan flow regulator, sebuah sistem tutup-lubang dan sebuah otomaton seperti sebuah jam burung. Jam ini merupakan jam pertama dengan reaksi otomatis dalam interval waktu. Jam ini menggunakan sebuah robot manusia (humanoid) yang membentur gembreng dan sebuah robot burung mekanik secara otomatis bersiul. Jam air ini juga dikenal sebagai jam pertama yang bisa merekam waktu secara akurat untuk menyesuaikan lamanya hari yang tidak sama sepanjang tahun, imbuh al-Hassan dan Hill. Rancangan jam air buatan al-Jazari juga diakui sangat bagus. Jam alJazari penuh dengan ide-ide dan teknik-teknik yang penting bagi sejarah perancangan mesin.

85 9

Karyanya berbeza dengan karya ilmuwan lain kerana beliau memberi penerangan terperinci mengenai ilmu mekanikal yang mengandungi 50 peralatan yang dibahagikan kepada enam kategori.Antaranya, jam air, alat mencuci tangan dan mesin pengepam air. Jam air adalah hasil kerja gemilang Al-Jazari yang dikagumi pada acara World of Islam Festival pada 1976. Karya beliau juga dianggap sebagai sebuah manuskrip terkenal di dunia dan menjadi teks penting untuk mempelajari sejarah teknologi kerana dilengkapi ilustrasi menakjubkan. Dengan karya gemilangnya, ilmuwan dan jurutera Islam yang

mengabadikan diri di istana Artuqid di bawah naungan Sultan Nasir al-Din Mahmoud telah membawa masyarakat Islam pada abad ke-12 kepada kejayaan.Jurutera Inggeris, Donald Hill yang tertarik dengan karya Al-Jazari menterjemahkan bukunya pada 1974. Dua tokoh jurutera Islam sekitar kurun 12M, yang menguasai ilmu kejuruteraan ialah al Jazari dan Taqi al Din. Mereka telah berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedah penggunaannya di dalam kitab-kitab karangan mereka. Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus. Di mana mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam di dalam sungai dan berputar disebabkan oleh aliran sungai tersebut. Pendekatan Al-Jazari yang menjadi asas kepada perkembangan teknologi industri pada abad ke-18.

Automata Musik Apa yang antum lihat ialah patung-patung kayu tersebut akan memainkan alat muzik masing-masing apabila air dialirkan.

85 9

alat untuk mengangkut air Kincir air

3.

Taqi al Din lmuwan Muslim agung dari abad XVI itu bernama lengkap Taqi Al-Din Abu Bakar Muhammad bin Zayn AlDin Maruf Al-Dimashqi Al-Hanafi. Namun, ilmuwan itu lebih masyhur dengan nama panggilan Taqi Al-Din AlRasid. Taqi Al-Din terlahir pada 1521 M di Damaskus, Suriah. Ia mengabdikan dirinya untuk pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi di Kekhalifahan Usmani Turki.

85 9

Guru pertama Taqi Al-Din adalah ayahnya sendiri. Dari ayahnya, dia mempelajari ilmu agama Islam. Setelah dianggap memiliki asas agama yang kuat, ayahnya telah mengirimkannya untuk belajar ilmu pengetahuan umum di Damaskus dan Mesir. Ia mempelajari ilmu matematik dari Shihab Al-Di-n Al-Ghazzi. Sedangkan, guru astronominya yang paling berpengaruh adalah Muhammad bin Abi Al-Fath Al-Sufi. Sekitar tahun 1550 M, ia bersama ayahnya, Maruf Efendi, bertandang ke Istanbul--ibu kota pemerintahan Ottoman Turki. Selama berada di kota itu, Taqi Al-Din menjalin hubungan dengan para ilmuwan Turki, seperti Chivi-zada, Abu al-Su`ud, Qutb al-Di-n-zada Mahmad, dan Sajli Amir. Tak lama kemudian, dia kembali semula ke Mesir dan mengajar di Madrasah Shayhuniyya dan Surgatmishiyya di kota itu. Taqi Al-Din sempat mengunjungi Istanbul untuk waktu yang tak terlalu lama. Di kota itu, ia sempat dipercaya untuk mengajar di Madrasah Edirnekapi Madrasa. Saat itu, Perdana Menteri Kerajaan Usmani Turki dijabat Sami-z Ali Pasha. Selama mengajar di Madrasah Edirnekapi, Taqi Al-Din menggunakan perpustakaan pribadi Ali Pasha dan koleksi jamnya untuk penelitian.

Mendapat joloklan sebagai''Ilmuwan terbesar di muka bumi'', begitulah Kekhalifahan Usmani Turki di abad ke-16 M. Pada era tersebut, tidak ada ilmuwan di Eropah yang mampu menandingi kehebatannya. dia adalah seorang tokoh ilmu pengetahuan yang menguasai pelbagai disiplin ilmu.

Dia tidak hanya dikenal sebagai seorang saintis legendaris. Ilmuwan Muslim kebanggaan Kerajaan Ottoman itu juga terkenal sebagai seorang astronom, astrolog, ahli fizik, matematik, doktor, hakim Islam, ahli botani, , ahli agama, dan guru madrasah. Dunia ilmu pengetahuan modern juga mengakuinya sebagai ilmuwan yang sangat produktif. Tak kurang dari 90 judul buku dengan beragam bidang kajian telah ditulisnya. Namun, hanya tinggal 24 karya monumentalnya yang masih wujud. Pencapaiannya dalam pelbagai penemuan mampu mendahului para ilmuwan Barat. Jauh sebelum Giovani Branca pada 1629 M menemukan tenaga wap air, ilmuwan Muslim ini dalam bukunya berjudul, Al-Turuq al-samiyya fi al-alat al-ruhaniyya, telah

85 9

lebih dulu memaparkan cara kerja mesin wap air dan turbin wap air. Pada 1559 M, dia menjadi semakin terkenal ekoran peneemuannya,iaitu pompa six-cylinder 'Monobloc'.

dia juga telah mencipta beragam jam yang amat. Jam alarm mekanis pertama merupakaan karyanya. Ia juga menemukan jam pertama yang diukur dalam minit dan saat. Pada 1556 M hingga 1580 M, ilmuwan ini juga menemukan teleskop yang baru dikenal peradaban Barat pada abad ke-17 M. Sebagai seorang astronom, dia mendirikan Observatorium Istanbul pada 1577 M. Sementara di dalam kitabnya,dia telah menerangkan tentang alat mengepam air dengan menggunakan roda berskoop. Satu perkara yang menakjubkan tentang alat ini ialah kemampuan juruteranya mencipta silinder piston yang dapat mengepam air ke atas. Silinder piston telah digunakan oleh Taqi al Din pada alatnya untuk menghasilkan satu paduan daya tolakan mengepam air ke atas

Manakala Banu Musa bersaudara pula telah berjaya mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin. Di mana ciptaan mereka ini digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air. Mereka juga berjaya mencipta satu bejana automatik yang boleh mengisi bejananya sendiri. Sementara itu, kejuruteraan awam juga memberikan sumbangan yang cukup besar terhadap perkembangan teknologi Islam di zaman kegemilangannya.
85 9

Teknologi bangunan yang mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina Islam yang mengkagumkan seperti Masjid al Aqsa di Jurusalem, dan juga Masjid Umayyad di Damascus, yang kedua-duanya dibina pada kurun ke 7M. Teknologi kejuruteraan jalanraya dan jambatan Islam yang boleh dikagumi ialah pembinaan jambatan Shahristan di Isfahan, Iran pada kurun ke 12M, yang mempunyai gerbang yang berbilang-bilang atau bersegmen. Dalam kejuruteraan hidrologi pula, sumbangan orang Islam juga sangat besar. Contohnya, ketika pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10 km, untuk mengalirkan air sungai Furat ke Basrah sebagai sumber air disebabkan kemarau yang panjang. Terusan lain yang dibina oleh khalifah Umar Abdul Aziz ialah yang menyambungkan sungai Nil dengan Laut Merah yang panjangnya melebihi 100 km, dengan tujuan pengangkutan yang lebih cepat dapat dilakukan berbanding dengan pengangkutan darat. Manakala di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling bandar Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud. Air daripada sungai ini telah dialirkan ke anak-anak sungai yang lain bagi kegunaan pertanian dan perumahan. Pembinaan sistem air bawah ini yang juga dikenali sebagai "qanat" yang direka oleh jurutera awam Parsi ini adalah di antara sistem pembinaan yang mengkagumkan. Kaedah pembinaannya telah diterangkan oleh seorang ahli matematik Parsi yang bernama al Karaji. Teknologi ini amat berguna untuk mengelakkan berlakunya pengewapan air di padang pasir yang panas, di mana perancangan dan penyelenggaraan projek ini memerlukan penelitian yang rapi dan tersusun. Menurut Wan Ramli, apa yang diperlukan sekarang ialah menyuntik semula semangat yang dijelmakan oleh ilmuwan seperti Al-Jazari, dengan menghasilkan ciptaan untuk kesejahteraan sejagat.

85 9

Kesimpulan Begitulah sebahagian di antara sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh jurutera-jurutera Islam pada masa lampau. Terdapat beberapa faktor yang

menggalakkkan penemuan baru dalam teknologi Islam terutamanya sekitar kurun ke 8 hingga ke 12 M. Pertamanya, ialah peranan yang dimainkan oleh Islam melalui ajarannya merupakan satu daya dorongan yang tinggi dalam pencapaian teknologi pada kurun tersebut. Sebagai contoh, ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah pendorong kepada umat untuk menimba ilmu, iaitu, surah al Alaq, ayat 1 hingga 5, yang bermaksud;

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Dia telah menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Paling Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." Faktor kedua ialah meningkatnya taraf kehidupan dalam bandar-bandar yang didiami oleh orang-oang Islam. Keperluan-keperluan kepada alatan-alatan baru dan canggih pada masa itu perlu dicari dan direka bagi memenuhi suasana dan keperluan kehidupan pada masa itu. Seiring dengan itu juga, kesemua kejayaan ini telah berjaya membentuk budaya dan tamadun Islam yang tinggi dan gemilang serta tersebar jauh ke setiap pelusuk dunia. Menerusi kejayaan inilah juga ahli-ahli saintis dan sarjanasarjana Islam bebas bergerak dan mengembara untuk bertemu dengan pakar-pakar ilmuan yang lain. Dengan cara ini ilmu itu terus berkembang dan dimanfaatkan.
85 9

Demikianlah secara ringkas kejayaan umat Islam terdahulu dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. Sebagai kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlulah memahami bahawa sains dan teknologi tidak pernah bercanggah dengan ajaran Islam. Bahkan pencapaian dan penerokaan sains membolehkan umat Islam lebih memahami dan meyakini akan keagungan Allah s.w.t. Oleh itu, umat Islam perlulah berusaha melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan menguasainya, sehingga kita sekali lagi mampu untuk mencapai zaman kegemilangan Islam.

Kesimpulan Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia (2)


Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah dan aspek agama kerana agama Islam membawa akidah, iaitu kepercayaan terhadap Allah Yang Maha Esa. Menerusi akidah, manusia bebas hidup tanpa ada sesuatu yang ditakutinya kecuali Tuhan. Akidah juga menjadi aspirasi bagi manusia untuk bekerja secara ikhlas dan jujur. Oleh sebab sifatnya sarwajagat dan tidak terbatas-batas bangsa, kaum, keturunan dan geografi menyebabkan agama Islam dapat diterima oleh semua bangsa di dunia. Inilah antara sebab agama dan tamadun Islam berkembang di seluruh dunia. Di samping itu, agama Islam juga menyediakan undang-undang dan peraturan hidup manusia yang dinamakan Undang-undang Syariat yang dilaksanakan setiap masa dan tempat. Sekiranya akidah menjadi aspirasi dan motif penggerak ke arah tamadun, maka peranan syariat itu ialah menunjuk ajar serta memberi kaedah yang jelas kepada asas pembinaan tamadun. Antara asas itu ialah ilmu, iman dan amal. Ini ditambah pula dengan aspek akhlak, iaitu asas kepada pembinaan peribadi yang luhur. Kesepaduan ketiga-ketiga aspek itu akan membentuk insan yang sempurna yang merangkumi roh, akal dan jasad. Dengan ketibaan ajaran Islam, masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan Paus gereja Rom. Bukan sahaja mereka tidak menghormati institusi gereja, bahkan mereka menentangnya. Seruan agama secara paksaan yang selama mi diamalkan oleh pihak gereja telah diubah kepada cara diplomasi dan damai. Dalam bidang falsafah dan pemikiran, daripada pengaruh Islam, orang Eropah dapat membebaskan pemikiran mereka yang selama mi dibelenggu oleh pelbagai doktrin Kristian terutama sekali hubungan manusia dengan alam. Manusia tidak lagi dipandang sebagai makhluk yang pasif lantaran dosa warisan. Demikian juga sikap mereka terhadap kehidupan di dunia, bukan lagi sesuatu yang dibenci lantaran ia merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi dengan aktiviti kehidupan yang bermakna. Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan intelektual yang dikenali sebagai faham humanisme pada abad ke-13M. Tokoh-tokoh falsafah
85 9

Islam yang dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671. Seterusnya karya tersebut diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain. Bukan setakat menterjemah, malahan orang Eropah juga menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah Robinson Crusoe yang dihasilkan pada abad ke 18M. Begitu juga idea falsafah Ibn Rushd telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah sejak abad ke12M lagi. Pada abad ke-16M, falsafah Ibn Rushd, menurut Renan, telah diamalkan secara rasmi oleh golongan terpelajar di Itali. Dalam bidang kemasyarakatan konsep keadilan, hak individu serta penyertaan rakyat memberi pendapat, memberi layanan baik terhadap tawanan perang, etika peperangan seperti melindungi nyawa kanak-kanak, orang tua dan kaum wanita yang dianjurkan oleh Islam merupakan nilai baru bagi mereka. Tokoh-tokoh yang dicontohi dalam aspek keadilan sosial ialah Nabi Muhammad (saw) dan para sahabatnya termasuk Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Orang Eropah juga mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti kegiatan perdagangan, perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan. Teknik tanaman seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau telah dipelajari daripada orang Islam. Tokoh-tokoh Islam yang dicontohi ialah Ibn Baytar dan al-Ghafiqi. Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi dan al-Asrar. AlRazi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sina berjudul al-Qanun menjadi bahan rujukan di Eropah. Dalam bidang perkilangan, misalnya kilang membuat senjata di kota-kota besar Islam seperti Cordova dan Baghdad telah memberikan sumbangan besar kepada Eropah. Dalam bidang matematik pula, ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley dari Britain. Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Seorang lagi tokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam di Andalus. Karya-karya beliau antaranya Liberabci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah. Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abad ke-15M banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam matematik rajah segi tiga.

85 9

Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu Masyar dan alKhawarizmi. Karya mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintangbintang dan matahari. Dalam bahasa Eropah terdapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir). Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam matahari). Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke-12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam. Dalam bidang botani pula, umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani. Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut menghasilkan sebuah buku yang mengulas tentang tumbuhtumbuhan. Ibn al-Baytar yang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian. Karyanya yang berjudul Kitab alMughni fi al-Adwiyah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling perpengaruh dalam bidang farmakologi. Berikutnya, karya-karya botani yang berkaitan dengan perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang tinggi di wilayah-wilayah Islam. Segala kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidang perubatan. Umat Islam turut menghasilkan kain dan kertas bermutu tinggi melalui kemajuan teknologi yang mereka miliki. Dalam bidang pertanian, mereka telah membina kincir air dan kincir angin. Dalam bidang seni muzik pula, pada abad ke-12, didapati karya-karya penting yang dihasilkan oleh orang Islam tentang muzik telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Terjemahan ini dilakukan di Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco of Cobogne (1190M) telah mengikut jejak alKindi dalam bidang seni muzik. Setelah itu muncul pula John of Garland dengan karyanya berjudul Ochetus yang mengkaji tentang nada suara yang diambil daripada kaedah nada suara muzik Arab. Dalam bidang bahasa, sastera dan seni ukir, banyak karya bahasa dan sastera dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah. Istilah-istilah Arab seperti sukkar (sugar), kimia (alchemy), arsyek (cheque) dan banyak lagi telah dipinjam oleh bahasa Eropah. Tidak kurang pentingnya tentang ilmu pelayaran Islam. Ramai tokoh ahli pelayaran Islam yang menjadi terkenal antaranya ialah al-Masudi, Ibn Jubayr dan Ibn Battutah.

85 9

Dalam bidang ketenteraan pula, taktik peperangan yang digunakan oleh tentera Islam sejak zaman Nabi Muhammad (saw) banyak mempengaruhi taktik dan strategi peperangan pada zaman moden. Ringkasnya, banyak aspek keintelektualan Islam telah ditiru oleh bangsa Eropah sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di Eropah. Namun begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalam tamadun Islam tidak dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi tamadun mereka, malah mereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata. Justeru, lahirlah era penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas dan sempadan.

Dalam bidang perkilangan, misalnya kilang membuat senjata di kota-kota besar Islam seperti Cordova dan Baghdad telah memberikan sumbangan besar kepada Eropah.

Meneruskan Kegemilangan Saintis Islam


Wan Roslili Binti Majid Pegawai Penyelidik 23/01/2007 Amat mendalam masudnya ungkapan yang dinyatakan oleh al-Biruni, (m.d. 440H./1048M.) "Sesungguhnya yang kulakukan ini ialah apa yang wajib bagi setiap insan untuk dilaksanakan dalam kerjayanya, iaitu menerima pencapaian masyarakat terdahulu dengan penuh kesyukuran dan memperbaiki kesilapan yang ditemui tanpa rasa silu serta mengabadikan apa yang kelihatan berharga sebagai kenang-kenangan bagi orang yang datang selepasnya dan mereka yang terkemudian." Kata-kata yang dilafazkan oleh tokoh kelahiran Birun, ibu negeri Khawarizm (Turkestan) ini jelas dibuktikannya melalui usaha bagi meneladan jejak orang yang terdahulu, bukan sahaja dengan menguasai ilmu-ilmu dari Eropah bahkan juga dari Timur, terutamanya dari India. Itulah tanda kesyukuran dan penghargaan yang diberikannya terhadap kegigihan masyarakat sebelumnya. Malah, selain usahanya yang hebat itu, al-Biruni juga membuktikan kata-katanya melalui sumbangan besarnya yang dikagumi hingga hari ini dalam pelbagai bidang seperti falsafah, matematik, falak dan geometri. Pencapaian besar al-Biruni termasuklah penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dengan menggunakan angka sifar, penentuan garis bujur serta garis lintang bumi dan penjelasan tentang hakikat kelajuan perjalanan cahaya mengatasi perjalanan bumi. Malah al-Biruni juga mewariskan banyak hasil penulisan yang sangat berharga termasuklah "AlSaidalah fi al-Tibb" (ubat-ubatan) dan "Al-Qanun" (falak). Selain membuktikan kecintaan yang mendalam terhadap ilmu, al-Biruni dan juga sarjana-sarjana agung Islam zaman silam ternyata menunjukkan banyak teladan yang selayaknya dicontohi oleh umat Islam kini. Antaranya termasuklah usaha yang dilakukan dengan membuka pintu pengajian di seluruh dunia; timur serta barat dan bagi kemasukan segala bentuk warisan tamadun manusia sejagat. Proses penerimaan, penyerapan, penterjemahan, pengembangan semula

85 9

dan pengubahsuaian ilmu asing menurut asas yang ditentukan Islam demi kepentingan masyarakat Islam, tidak terhenti di situ sahaja, malah ditingkatkan sehingga mereka berjaya mencapai tahap kreativiti dan inovasi yang sebenar, iaitu pada kurun ke-3H./9M. Di samping itu, hubungan yang dijalin dengan bangsa-bangsa maju di dunia ketika itu dijadikan penggerak usaha untuk memanfaatkan kemajuan dan pengetahuan yang dimiliki oleh bangsa-bangsa tersebut. Lebih utama daripada itu, tokoh-tokoh agung kebanggaan Islam ini membuktikan bahawa pencapaian hebat dan sumbangan besar lagi terbilang mereka itu hanyalah dengan satu tujuan yang suci, iaitu demi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada kehidupan manusia sejagat, bukan sahaja yang sezaman dengan mereka tetapi juga selepas mereka. Ini terbukti dengan penghasilan karya-karya agung yang dapat dimanfaatkan hingga pada zaman kini. Amat menarik juga jika diteliti bahawa kegigihan tokoh-tokoh agung Islam dalam pelbagai bidang itu sebenarnya turut didorong oleh pemerintah yang berilmu dan juga memiliki kecintaan yang mendalam terhadap ilmu seperti Khalifah al-Ma'mun (yang memerintah dari tahun 198-218H./813-833M.). Antara usaha penting khalifah `Abbasiyyah ini termasuklah titah baginda kepada sekumpulan besar ahli geografi dan ahli astronomi untuk menghasilkan sebuah buku geografi yang lengkap dan peta dunia yang baharu. Demikianlah pula dengan usaha untuk menentukan ukur lilit bumi di khatulistiwa. Pada awal kurun ke-3H./9M., Khalifah al-Ma'mun menitahkan supaya sekumpulan besar ahli astronomi menajdikan ukuran darjah longitud sebagai asas bagi penghasilan peta dunia. Kumpulan ahli astronomi ini melaksanakan titah baginda di Padang Pasir Sinjar, di utara Iraq dan juga di Tadmur dengan menggunakan pelbagai alat pengukuran, iaitu astrolab, rod serta tali pintal untuk menentukan permulaan dan penghujung darjah latitud serta jarak di antara kedua-duanya. Kesimpulan yang dicapai oleh mereka ialah darjah longitud mencapai 56 2/3 batu Arab dan dengan demikian, longitud khatulistiwa adalah hampir 40,000 km. Pada hakikatnya, longitud khatulistiwa yang diiktiraf oleh ahli geografi moden berpandukan hasil ilmiah yang cemerlang dan terperinci ini. Sesungguhnya usaha menghayati serta menyuburkan semula ingatan terhadap sumbangan besar cendekiawan Islam yang terbilang itu di samping menjadikannya sebagai pencetus semangat dan inspirasi merupakan sesuatu yang harus dipuji. Ia diharapkan dapat menimbulkan kesedaran yang tinggi tentang kepentingan penguasaan ilmu sains dan teknologi yang dapat membantu usaha membentuk sejumlah besar cendekiawan dan pakar bagi memacu kecemerlangan negara. Sehubungan itu juga, penglibatan aktif cendekiawan serta pakar ini dalam kegiatan penyelidikan dan pembangunan, membolehkan negara mencipta teknologi sendiri yang bukan sahaja dapat mengelakkan pergantungan pada teknologi asing. Bahkan sebaliknya dapat merancakkan perkembangan iktisad ummah seluruhnya. Inilah yang kelihatan dijadikan sebahagian matlamat "Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam" yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Januari yang lalu. Namun demikian, seharusnya pula kesedaran, minat, semangat serta inspirasi yang berhasil dipupuk sepanjang pameran yang dijadualkan berlangsung lebih dua bulan ini tidak terhenti di situ sahaja. Lebih banyak langkah susulan yang perlu dirancang dan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan. Ini misalnya dengan memperkenalkan tokoh ilmuwan Islam silam ini secara berterusan dan melalui pendekatan yang berkesan. Salah satunya ialah melalui kurikulum atau sukatan pelajaran dan pengajaran di sekolah, khususnya di peringkat rendah. Misalnya melalui mata pelajaran matematik, pelajarpelajar diberikan maklumat tentang peribadi dan sumbangan al-Khawarizmi, antaranya bagaimana beliau menggunakan angka sifar sebagai gandaan puluh, ratus dan juta selain

85 9

mengasaskan algebra (al-jabr) dan menjadikannya sebagai cabang ilmu yang terpisah daripada ilmu hisab dan geometri. Demikian juga melalui mata pelajaran sains, kegigihan dan sumbangan Ibn al-Haitham dalam bidang ini wajar didedahkan kepada pelajar-pelajar, apatah lagi kejayaan beliau untuk menguasai bidang sains, falsafah dan geometri bermula sejak usia remaja lagi. Bagi penuntut-penuntut di institusi pengajian tinggi pula, keagungan tamadun Islam dan sumbangan ilmuwannya seharusnya tidak dibataskan hanya melalui pembelajaran subjek tamadun Islam semata-mata. Sebagai contoh, pensyarah boleh memainkan peranan dalam memberikan pendedahan dan pengetahuan yang mendalam tentang sumbangan tidak terhingga nilainya oleh ilmuwan agung Islam terhadap bidang atau kursus yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Kehebatan dan pencapaian mengagumkan ilmuwan Islam dalam seni bina (seperti Istana al-Hamra'/al-Hambra serta Taj Mahal), astronomi, geografi, pengembaraan dan pelayaran (misalnya jam matahari, astrolab dan kompas), teknologi dan penciptaan dalam bidang pertanian, pembinaan serta kejuruteraan (sebagai contoh, pam air automatik), penciptaan dan penemuan dalam bidang perubatan (misalnya kelalang tanah liat yang digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan), pasti dapat menyuntik semangat yang luar biasa sifatnya di kalangan penuntut, sekurang-kurangnya untuk mencipta kejayaan tersendiri. Selain kurikulum dan kegiatan pembelajaran, peranan media elektronik juga dilihat sangat berkesan dalam menjayakan hasrat besar ini. Usaha yang dirintis oleh TV3 dalam menerbitkan rancangan berkualiti seperti "Ilmuwan Islam" seharusnya diteladani dan diberikan sokongan yang tiada taranya. Ternyata melalui rancangan tersebut, masyarakat negara ini memperoleh maklumat sebenar tentang sumbangan dan usaha yang dirintis oleh ilmuwan atau sarjana agung Islam. Sekadar menyebut contoh, pendedahan "Ilmuwan Islam" tentang sumbangan Ibn Firnas dalam kejuruteraan penerbangan dan merupakan orang pertama yang membuat percubaan untuk terbang pada tahun 875 (sebagaimana yang juga disebut oleh Philip Hitti, History of Arabs) membetulkan tanggapan orang ramai yang sebelumnya hanya mengetahui pencapaian Wilbur dan Orville Wright dalam bidang yang sama sekitar tahun 1900. Rancangan bermutu seumpama ini seharusnya mendapat sokongan dalam pelbagai bentuk, khususnya tajaan dan pengiklanan yang memungkinkan ia terus berperanan memberikan manfaat yang tidak terbanding nilainya kepada segenap lapisan masyarakat negara ini. Dalam hubungan ini, pihak pengiklan seharusnya menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap usaha kerajaan menyemarakkan budaya keilmuan dan tradisi menyelidik serta menghasilkan teknologi dan penciptaan di kalangan rakyat. Bahkan inilah juga sebahagian daripada tanggungjawab kemasyarakatan yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Telah tiba masanya juga untuk pengiklan-pengiklan mengutamakan rancangan keilmuan berbanding dengan minat, tumpuan serta sasaran mendapatkan keuntungan melalui rancangan berbentuk hiburan semata-mata. Secara peribadi, setiap kita perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan usaha menimbulkan minat mengikuti jejak dan pencapaian ilmuwan Islam silam. Sekurang-kurangnya inilah tandanya kita menyokong penuh dan menghargai kegigihan Prof Dr Fuat Sezgin, pemilik 148 model atau replika pameran yang bertemakan "Sains Islam Mendahului Zaman" itu. Memetik inti pati ucapan beliau pada hari pelancaran pameran, "Meskipun hanya sebahagian kecil sahaja sumbangan ilmuwan agung Islam zaman silam yang diketahui oleh kita kini disebabkan sebahagian besar karya asal mereka tidak sampai ke tangan kita kini dan jika ada pun, hanya sejumlah kecil sahaja yang

85 9

berjaya diselidiki, namun kita selayaknya mampu membentuk tasawwur yang tepat tentang kedudukan penting mereka dalam sejarah sains dunia. Sains moden yang bermula di Eropah beberapa kurun silam sebenarnya begitu biasa dan dekat dengan kita. Justeru itu, umat Islam tidak harus sama sekali berasa terasing daripadanya kerana sebahagian besarnya merupakan cabang bagi tahap awal perkembangan dalam dunia Islam. Sebaliknya kini telah tiba masanya bagi kita mempelajari dan menyerap pencapaian dalam tamadun barat sehingga kita berkeupayaan menyumbang pencapaian kita sendiri."

Secara peribadi, setiap kita perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan usaha menimbulkan minat mengikuti jejak dan pencapaian ilmuwan Islam silam. Sekurang-kurangnya inilah tandanya kita menyokong penuh dan menghargai kegigihan Prof Dr Fuat Sezgin, pemilik 148 model atau replika pameran yang bertemakan "Sains Islam Mendahului Zaman" itu. Memetik inti pati ucapan beliau pada hari pelancaran pameran, "Meskipun hanya sebahagian kecil sahaja sumbangan ilmuwan agung Islam zaman silam yang diketahui oleh kita kini disebabkan sebahagian besar karya asal mereka tidak sampai ke tangan kita kini dan jika ada pun, hanya sejumlah kecil sahaja yang berjaya diselidiki, namun kita selayaknya mampu membentuk tasawwur yang tepat tentang kedudukan penting mereka dalam sejarah sains dunia. Sains moden yang bermula di Eropah beberapa kurun silam sebenarnya begitu biasa dan dekat dengan kita. Justeru itu, umat Islam tidak harus sama sekali berasa terasing daripadanya kerana sebahagian besarnya merupakan cabang bagi tahap awal perkembangan dalam dunia Islam. Sebaliknya kini telah tiba masanya bagi kita mempelajari dan menyerap pencapaian dalam tamadun barat sehingga kita berkeupayaan menyumbang pencapaian kita sendiri."

KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

1. Untuk tujuan ibadah, cthnya tujuan mengusai ilmu astronomi untuk menentukan waktu solat, dan arah kiblat.

2. Untuk tujuan perdagangan, cthnya dgn mengetahui ilmu astronomi mereka dapat mengembara dan mengharungi lautan luas dengan panduan bintang di langit.

3. Untuk tujuan dakwah, cthnya dengan mengetahui ilmu sains dan teknologi umat Islam dapat menyebarkan mesej dakwah dgn lebih mudah, jika dulu dgn terhasilnya perjilidan al-Quran, dan sebagainya.

85 9

SUMBANGAN SAINS & TEKNOLOGI ISLAM

1. Astronomi Ilmu tentang agihan, pergerakan cakrawala dan bintang. Antara ilmu tertua dalam kalangan ilmu sains. Terdpt banyak ayat al-Quran mengenai ilmu astronomi dan telah meransang sarjana Muslim utk membuat kajian

85 9

85 9

85 9

Anda mungkin juga menyukai