Anda di halaman 1dari 3

Sejak merdeka lagi pertanian merupakan salah satu sektor yang penting dalam pertumbuhan ekonomi negara dan

merupakan nadi pengerak kepada pembangunan ekonomi. Namun, setelah negara mula mengorak langkah menjadi sebuah negara maju, ekonomi negara lebih tertumpu kepada bidang perindustrian dan perkhidmatan. Hal ini menjadi sektor pertanian sedikit diketepikan dalam pertubuhan ekonomi negara. Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini sektor pertanian mula mendapat tempat dipasaran ekonomi negara dan menjadi sebuah sektor ketiga terpenting kepada negara selepas sektor perindustrian dan perkhidmatan. Jika dilihat sinario pertanian negara, kebanyakkan petani di Malaysia terdiri daripada petani kecil-kecilan ataupun lebih dikenali sebagai petani Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Pertanian sebegini harus diubah kepada pertanian yang lebih moden yang mementingkan ciri-ciri pertanian moden dan komersial, berteknologi tinggi, penggunaan bioteknologi dan teknologi maklumat serta melahirkan usahawan dan produk berkualiti untuk pasaran eksport (Amriah Buang dan Ratnawati Yuni Suryandari,2009). Hal ini selaras dengan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) yang dilancarkan pada 9 Jun 1999 yang menekankan kepada pembangunan mapan sektor pertanian. Oleh itu, sektor pertanian negara tidak seharusnya hanya menjadi industri sampingan dalam pembangunan ekomoni negara sahaja malah menjadi sebuah industri yang kukuh dalam ekonomi negara (Nik Yahya, 2002).

Sebenarnya, sektor pertanian di Malaysia dilihat sbagai sektor yang hanya diusahakan oleh petani tua dikampung-kampung. Contohnya, produktiviti dalam sktor prtanian masih rendah dan statistik menunjukkan majoriti ptani negara berusia 45 tahun ke atas (Abdul Malik, 1998). Hal ini terjadi kerana kebanykakan anak muda telah berhijrah ke Bandarbandar untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih mudah dan mendapat gaji yang lebih lumayan berbanding menjadi petani yang perlu berpanas dan penat membanting tulang. Kekurangan tenaga buruh dalam sektor prtanian memperlihatkan pengurangan daripada 1.42 juta orang pada tahun 2000 kepada 13.2 juta orang pada tahun 2010 (Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006). Pengurangan penglibatan golongan muda dalam sektor pertanain telah menyebaban penguncupan dari segi hasil pertanian, inovasi dan sebagainya. Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Badawi telah memperkenalkan konsep pertanian baru iaitu Pertanian adalah Perniagaan namun, tidak mudah untuk merealisasikan hasrat beliau ini bagi menjadikan Pertanian sebagai Perniagaan kepada para petani terutamanya petani kecil. Hal ini disebabkan terdapat golongan orang tengah yang sering memonopoli pasaran dalam aktiviti pemasaran produk hasil pertanian petani. Golongan orang tengah ini adalah pihak-pihak seperti pemborong dan peruncit yang hanya mengaut keuntungan dengan hanya menjadi orang tengah sahaja diantara petani dan pengguna. Pemasaran produk pertanian kini kebanyakkannya melibatkan saluran pemasaran yang panjang ataupun melibatkan pelbagai tahap sebelum produk pertanian sampai ke pengguna. Hal ini menyerupai sektor pemasaran hasil tangkapan ikan dimana ia turun melibatkan pihak ketiga sebelum ia sampai kepada pengguna.

Contohnya, komoditi pertanian sebagai contoh ikan misalnya perlu melalui sekurangkurangnya 3 jenis perantara sebelum ia sampai ke tangan pengguna. Perantara yang ramai hanya meningkatkan kos pemasaran dan seterusnya harga kepada pengguna. Dalam jangka masa panjang, penggunaan sumber adalah tidak cekap hal ini dimana agihan keuntungan adalah tidak setara dan lebih tertumpu kepada beberapa sebilangan kecil firma dan sistem pemasaran terperangkap dalam ketidakcekapan (Fatimah Mohd Arshad, 1999).

Jadual 1

Menerusi jadual 1 dapat dilihat bahawa nelayan perlu menggunakan perantara sama ada pemborong atau orang-orang tengah untuk membeli hasil tangkapan mereke dan pemborong atau orang tengah akan menjual hasil tangkapan kepada pasaraya atau pemborong pasar. Kemudiannya, peruncit akan memberi hasil tangkapan nelayan daripada pemborong di pasar dan kemudiannya menjualnya kepada pengguna. Tahap atau susun lapis yang bertingkat-tingkat ini sebenarnya telah meningkatkan harga sesuatu produk dan kesannya akan dirasai oleh pengguna dan pengeluar asalnya iaitu nelayan.

Kesimpulannya, penggunaan orang tengah dalam pemasaran telah menyebabkan golongan petani dan pengguna ditindas dan kemudiannya pihak ketiga atau orang tengah dapat mengaut keuntung diatas angin dengan sewenang-wenangnya. Oleh hal yang demikian, penghapusan golongan tengah perlu supaya petani atau nelayan dapat mengeluar dan memasarkan hasil pertanian dan tangkapan mereka terus kepada pengguna dan mendapat keuntungan yang setimpal disamping pengguna tidak akan ditindas dengan penaikkan harga barangan dengan sesuka hati oleh pihak ketiga.

Abdul Malik Ismail. 1998. Transformasi ekonomi: Masalah dan kesan terhadap sektor pertanian. Dlm Reformasi Pertanian Malaysia ke Arah Wawasan 2020. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Rancangan Malaysia Ke Sembilan 2006. Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi Fatimah Mohd Arshad. 1999. Kertas projek prospek pemasara secara terus komoditi pertanian pekebun kecil. Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Nik Yahya Ab. Rahman 2002. Transformasi pertanian melalui teknologi. Berita Harian (11 Oktober)

Anda mungkin juga menyukai