Anda di halaman 1dari 12

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA (EUW 233)

BAB 5 : Tamadun India

THURSDAY, MAY 20, 2010 Tamadun Awal : *Tamadun India bermula sejak 4500 thn dahulu. *Lahirnya tamadun Mohenjodaro dan tamadun Harappa yg terletak di satu wilayah yg luas antara India dan Pakistan. *Kekuatan tamadun ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya :

1.Agama : *mereka mempunyai pegangan agama yang kuat iaitu penyembahan kepada Dewa Shiva (tuhan tiga muka). *Mereka juga menyembah pokok dan haiwan.

2.Kota Raya : *mempunyai kota raya yang besar, terancang & tersusun rapi. *Telah mencapai taraf hidup yang tinggi. *Mempunyai pengkhususan kerja.

3.Ekonomi : *mempunyai sumber ekonomi yang kukuh & lumayan.

4.Perdagangan Antarabangsa : *mempunyai hubungan yang erat dengan tamadun lain di dunia seperti tamadun Sumeria & tamadun Mesir. *Antara barang dagangan utama ialah jagung & kurma.

5.Tulisan : *mempunyai tulisan @ skrip yang tersendiri yang menggunakan simbol dan gambar-gambar.

6.Matematik : *memperkenalkan nombor sifar dan algebra.

7.Kesenian : *sangat mahir dalam hal-hal kesenian seperti barangan ukiran Perak & batu permata. *mempunyai tukang-tukang emas yang mahir.

Agama : Terdapat tiga Agama yang utama dalam tamadun India iaitu :

1.Hindu : *Merupakan salah satu agama yang tertua didunia. *Ia dibawa oleh org2 aryan yg menakluki Lembah Indus kira-kira tahun 1500 sm. *Mengamalkan kepercayaan terhadap dewa-dewa. *Agama terawal org2 aryan ialah Brahmana yg dibawa oleh kelas pendeta. *Perkataan Hindu berasal drpd perkataan Lembah Sungai Indus iaitu Sindha.

*Peringkat awal mrk menyembah dewa org Aryan iaitu Surya ( dewa matahari), Agni (dewa api), Aruna ( dewa syurga) & Indra ( dewa peperangan). *Implikasi dr asimilasi sosial org Aryan dgn Dravidian tlh melahirkan penyembahan Trimuthi iaitu tiga dewa seperti Brahma (tuhan pencipta), Vishnu (tuhan pelindung) & Siva (tuhan pemusnah). *Agama Hindu terbahagi kpd dua iaitu Saivisme (penganut siva) & Vaishnavisme (penganut Vishnu). *Org2 Aryan dikatakan sebagai penganut agama Hindu yg pertama *Agama Hindu bertanggungjawab menyatukan kepercayaan org Aryan dgn penduduk lembah Indus & juga mengekalkan pengaruh org Aryan keatas orang Dravidian. *Kitab tertua agama Hindu ialah kitab Veda (buku pengetahuan). *Ditulis oleh org2 Aryan didlm bhs Sanskrit. *Terdapat 4 kitab Veda iaitu Rig-veda yg mengandungi 1000 buah lagu suci dewa, Yajur-veda, Sama veda & Tharva-veda. *Disamping kitab veda terdpt juga kitab2 lain seperti Brahmana (ajaran, amaln & undang undang hidup), Bhagavad Gita( nyanyian berkaitan dgn dewa Krishna & dewa arjuna), Upanishad (catatan pemikiran & pendapat terhadap kehidupan manusia & tuhan).

Ciri-ciri agama Hindu : a-Karma : *Mempunyai kepercayaan yg kukuh thdp karma iaitu tindakan manusia semasa hidup. *Kepercayaan kpd karma & dharma membolehkan mrk mencapai mokhsah iaitu sama ada bebas dr rangkaian kelahiran @ sblknya

b-Reinkarnasi: *Bermaksud proses kelahiran semula manusia selepas mati yg bergantung kpd kelakuan individu semasa hidup. *Merupakan satu proses berulang-ulang sehingga roh itu bertemu penciptanya. *Roh boleh meningkat & sampai ke tempat yg tinggi iaitu nirvana.

c-Kasta : *Org Aryan memperkenalkan 4 kastaiaitu Brahmin (ahli agama), Ksyatria (pahlawan), Vaishya (pedagang) & sundra ( org kebanyakkan & hamba) & Hairijian (yg tidak mempunyai kasta). *orang-orang ini tidak dibenarkan berkomunikasi dgn org2 yg mempunyai kasta. *Setiap org terikat dgn kasta & dilarang berkahwin dgn kasta yg berlainan. *Melalui sistem ini mereka dpt meningkatkan perpaduan, mengekalkan keamanan & menentukan pengkhususan kerja. *w/bgmnpun pada masa sekarang kasta telah berubah-ubah & meningkat melalui pendidikan, jawatan, pangkat & kekayaan.

2.Agama Buddha : *Lahir di India pada abad ke 6 sm. *Diasaskan oleh Sidharta Gautama Buddha yg dilahirkan pd thn 563 sm di Kapilavastu, Timur Laut India. *Berasal daripada kasta Ksyatriya, ttp beliau tlh meninggalkan kemewahan hidup di istana utk mengalami hidup org biasa. *Memulakan pengembaraan utk mencari kebenaran & tuj.hidup pd umur 29 thn. *Sering bertapa dan berpuasa utk melemahkan diri..

*Menerima ilham ajaran buddha ketika bertapa di Kitaka Purna Wesak (Mei), di Bawah pokok Bodhi, di Bohdgaya. *Antara ajaran utama agama Budhha ialah penderitaan manusia merupakan angkara diri mereka sendiri, & ia boleh diatasi dengan melalui jalan benar. *Gelaran Buddha yg diberikan bermaksud pemberi cahaya. *Mempunyai ramai pengikut di Lembah ganges shg blh membentuk kesatuan sami-sami Buddha . *Mempunyai dua mazhab iaitu Mahayana & Hinayana. *Mati pd thn 483 sm ketika berumur 80 thn. *Setelah kematiannya, ajarannya tlh dikumpulkan &ditulis kembali oleh pengikutnya dlm bahasa pali. *Dua kitab buddha yg ditulis semula itu ialah kitab Sutta & jataka. *Ajaran agama buddha menentang keras sistem kasta agama Hindu, ttp sebaliknya memperjuangkan persamaan taraf di kalangan manusia.

Empat kebenaran yg menjadi asas utama ajaran Buddha iaitu : a. Hidup penuh derita b. Derita kerana nafsu c. Kemewahan & keseronokan membawa penderitaan d. mengawal nafsu melalui lapan lapis.

*Jalan lapan lapis yg digariskan melarang perbuatan tercela seperti mencuri, berzina, menipu, membunuh dsbgnya. *Ajaran buddha menyeru mausia agar melakukan kebaikan seperti bersedekah, menuntut iilmu & hidup sederhana. *Mereka yg tlh berjaya menguasai jalan lapan lapis, memahami empat kebesaran mulia adalah

merupakan manusia yg tlh bebas drpd karma & mencapai nirvana.

3.Agama Jaina : *Diasaskan oleh Mahavira *Dilahirkan pd thn 599 sm, merupakan seorang anak lelaki drp golongan bangsawan. *Kerana merasa bosan dengan kemewahan & hiburan, beliau mula mengasingkan diri utk mencari kebenaran. *Jaina adalah merupakan gelaran yg diberikan utk diri mereka. *Agama ini tidak terpisah drp agama Hindu & terus mengekalkan prinsip tanpa kekerasan. *Agama ini menjelaskan bhw pada jasad akan adanya roh. *Roh wujud dlm semua jirim sprt batu, api atau angin. *Penyiksaan diri sendiri adalah merupakan jalan utk manusia itu mengawal nafsu. *Mengutamakan kepada estetika @ keindahan. *Meneruskan cara hidup yang ketat hingga kini. *Bersifat koservatif & tidak mahu menerima perubahan dari org lain serta mengekalkan hubungan dengan agama Hindu. *Kekuatan agama ini terletak pada org awam yg mengamalkan lima sumpah iaitu: 1.Jangan membunuh 2.Jangan cakap bohong 3.Jangan mencuri 4.Tolak semua nikmat kebendaan 5.Amal kesucian *Mahavira meninggal dunia pd tahun 527 sm. *Pengikutnya seramai 14,000 orang.

*Pada masa kini penganut agama Jaina ada yang memiliki harta kekayaan, berpengaruh & dihormati di dalam masyarakat.

Sumbangan Tamadun India :

Sains & Teknologi : Tamadun India telah mencapai kegemilangan dlm pelbagai bidang seterusnya memberikan sumbangan yang besar kpd peradaban dunia, seperti :

1.Matematik : a.Geometri: Digunakan dlm upacara keagamaan seperti upacara pengorbanan. b.Algebra: Mempunyai algebra sehingga mereka dpt membezakan diantara no.abstrak dgn nombor kuantiti objek @ keluasan ruang. Cth:utk mencipta cara kiraan algebra mrk menggunakan nombor asas dgn simbol 0 hg 9. c.Angka sifar : Tamadun India jg memperkenalkan angka sifar. Dpt dilihat dlm transkrip awal India yg ditemui di Gujerat thn 595 m membuktikan bhw tamadun India tlh menggunakan simbol Yunani, Romawi & Hebrew. d.Karya Matematik: mewariskan karya matematik iaitu Bakshali & Aryabhatiya y menggunakan nombor dlm cara 10 angka. e.Perpuluhan matematik: Tlh mencipta sistem perpuluhan matematik.

Ciptaan mereka tlh diambil oleh org arab. Bukti : ilmu matematik dinamakan oleh orang Arab sbg Hindisat.

2.Astronomi & Kalendar : a.digunakan utk menentukan masa upacara pengorbanan. b.kalendar matahari dicipta utk mengenal musim, tahun, bulan & hari. c.bidang Astrologi sgt berkembang di zmn Gupta. 9 planet & 27 bintang dipercayai dpt mempengaruhi kehidupan manusia.

3.Fizik : Perkembangan tamadun India sgt berkait rapat dgn agama & teknologi, antaranya: a.konsep jirim lahir bukan berdasarkan kpd eksperimen ttp berasaskan kpd institusi logik akal. b.alam semesta dijlskan oleh tamadun India mempunyai lima elemen iaitu tanah, angin, api, air & angkasa. Semua unsur alam adalah bercirikan atom. c.ilmu atom dlm tamadun india lbh tulen

4.Kimia : a.tamadun india menghasilkan ubat bertujuan utk memanjangkan usia, membuat racun dsbgnya. b.penciptaan beberapa bhn alkali utama, asid & garam logam dihasilkan melalui proses kimia perubatan. c.ubat bedil juga dihasilkan melalui proses yg mudah seperti pembakaran & penyulingan.

5.Logam : Tamadun India sgt mementingkan bahan besi dlm seni bina seperti :

a.tamadun India memperlihatkan kemahiran yg tinggi dlm pertukangan besi. Cthnya blh dilihat dgn jelas pd tiang besi di Delhi dlm abad ke 5m. Ia merupakan batang besi setinggi 7 meter. Kelebihannya ialah tahan karat. b.barangan keluaran tamadun India mendapat pengiktirafan drp tamadun lain seperti tamadun Romawi & Asia Barat.

6.Perubatan : a.sejak zaman Veda lg tamadun India mempunyai kemahiran dlm bidang perubatan. Bagi mereka ilmu perubatan merupakan ilmu sihir. b.perkembangan bidang fisiologi, pembedahan, seni pernafasan, reproduksi mausia, farmakologi & veterinari tlh berlaku sjk zmn sblm masihi lg. c.karya perubatan tlh byk dihasilkan cth Caraka yg dihasilkan pd abad 1-2m & Susruta yg dihasilkan dlm abad ke-4m. Karya ini dikatakan setanding dgn karya perubatan Hippocrates & Galen dr Yunani.

Pengaruh Tamadun India Cara penyebaran: 1.Perdagangan antara India dgn pusat2 perdagangan di seluruh dunia. 2.Penaklukan

Unsur : -Sistem huruf, bahasa, kesusasteraan, sistem politik yg berasas kpd raja, kepercayaan keagamaan, matematik, astronomi dan kemahiran teknikal.

Negara yg menerima pengaruh : 1-Indonesia Pusat penyebaran dan pusat pendidikan agama Buddha di Kutei (Borneo) Candi Borobodor di Pulau Jawa

2-Malaysia Penubuhan kerajaan Hindu di Lembah Bujang,Kedah

3-Indo China Penyembahan linga dan kuil Siva di Vietnam Peninggalan Angkor Watt oleh Raja Jayavarman II Posted by lirik lagu melayu at 6:44 AM 0 comments: Post a Comment

Newer Post Older Post Home

SPONSOR

ISI KANDUNGAN

BAB 1: Pengenalan Ilmu Ketamadunan BAB 2 : Tamadun Islam BAB 3 : Islam Dan Tamadun Melayu BAB 4 : Tamadun China BAB 5 : Tamadun India BAB 6 : Interaksi Antara Tamadun Dan Globalisasi MY BLOG LIST

mp3

Keselamatan & Kesihatan Perkerja

lirik lagu melayu terbaru

win7wallpaper

Engineering Skill II

Entrepreneurship Engineering

English Song Lyrics

Bahasa Melayu Universiti

WinXpWallpaper

SUBJEK LAIN BLOG ARCHIVE 2010 (6) May (6) BAB 6 : Interaksi Antara Tamadun Dan Globalisasi BAB 5 : Tamadun India BAB 4 : Tamadun China BAB 3 : Islam Dan Tamadun Melayu BAB 2 : Tamadun Islam BAB 1 : Pengenalan Ilmu Ketamadunan PELAWAT

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA (EUW 233) 2008 | History Chanel Theme by Web Host Choices and Loans Templates Novo Blogger

Anda mungkin juga menyukai