Anda di halaman 1dari 4

Menurut Mok Soon Sang dalam bukunya Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran mengatakan mengenai konsep bilik

darjah yang pada dasarnya ia sebuah bilik darjah biasa yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti kerusi-meja yang disusun mengikut kehendak aktiviti pengajaran dan pembelajaran, papan tulis dan alat bantu mengajar termasuklah dua puluh hingga lima puluh orang murid dalam lingkungan umur yang lebih kurang sama yang berada di bawah jagaan seorang guru. Jadi, berdasarkan lampiran 1 yang mempunyai satu pelan susunan bilik darjah dapat saya kaji dengan menggunakan konsep tersebut sebagai garis panduan yang umum agar memudahkan saya dalam menganalisis pelan tersebut.

Berdasarkan lampiran 1 tersebut, saya telah mengkaji pelan susunan bilik darjah tersebut dan telah mendapati beberapa masalah dalam penyusunannya yang berkemungkinan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak

berkesan.Masalah yang pertama ialah pengaliran udara dan pencahayaan dalam bilik darjah tersebut tidak begitu kondusif kerana susunan almari yang penuh menutupi pada bahagian kedua-dua cermin di dalam bilik darjah menghalangkan pencahayaan ke dalam kelas sekaligus menyebabkan kelas menjadi muram. Apabila keadaan menjadi muram membuatkan para pelajar berasa tidak bersemangat untuk belajar malah pelajar juga kurang udara kerana ditutupi dengan almari tersebut sekaligus akan menyebakan para pelajar cepat berasa mengantuk dan berasa tidak selesa kerana keadaan yang panas.

Seterusnya, masalah yang kedua pula ialah kehadiran dua tandas di dalam bilik darjah yang bagi saya tidak sesuai diletakkan kerana akan membuatkan pelajar sering berulang-alik ke tandas malah berkemungkinan akan meningkatkan risiko keselamatan para pelajar ketika berada di dalam tandas ketika ketiadaan guru. Masalah yang ketiga pula mengenai tempat pembuangan sampah dan tempat mengasah pensel yang disediakan ruang yang agak besar di dalam kelas sehingga menyebabkan ruang lain menjadi sempit.Walhal, aktiviti pembuangan sampah atau mengasah pensel tidak dilakukan selalu oleh para pelajar di dalam kelas serta keadaan ruang yang terlampau banyak ini memudahkan murid untuk

disalahgunakan.

Selain itu, masalah yang keempat dan masalah yang paling jelas kelihatan ialah kedudukan meja guru di dalam kelas tersebut yang berada di belakang kelas serta jauh daripada tempat papan hitan yang diletakkan.Hal ini sangat menyukarkan kepada guru untuk berulang alik ke hadapan untuk mengajar pada sesi pengajaran dan pembelajaran.Masalah yang terakhir ialah susunan meja murid-murid yang sangat tidak teratur dan sistematik di dalam kelas tersebut di mana ada meja murid yang jauh dari pandangan meja guru yang berkemungkinan akan meningkatkan risiko sebarang kemalangan berlaku.Malah, keadaan susunan seperti ini

membuatkan guru itu mengajar murid tidak sama rata atau pilih kasih kerana kedudukan meja yang disusun membuatkan guru sukar untuk bergerak ataupun malas untuk bergerak.

Bagi memahami konsep pengurusan bilik darjah ini, saya telah merujuk beberapa buah buku yang memberikan maklumat mengenainya agar saya dapat mengkaji dengan mendalam pelan bilik darjah tersebut. Menurut Boon Poong Ying dalam buku Pedagogi 1 mengatakan bahawa bilik darjah berbeza dari segi fizikal, social dan emosi.Dari segi fizikal bermaksud kelengkapan alat kemudahan pengajaran dan pembelajaran, dari segi social pula masyarakat yang berpendidikan tinggi dan serba berada akan menggalakkan pembelajaran manakala dari segi emosi bergantung kepada taraf sosio ekonomi keluarga, keadaan social keluarga dan keadaan sekolah.

Namun begitu, saya menekankan pencarian maklumat saya terhadap persekitaran fizikal kerana menurut Marland (1975) dalam buku Ee Ah Meng mengatakan bahawa suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran.Jadi, menurut Haliza Hamzah dalam buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku mengatakan aspek yang terangkum dalam persekitaran fizikal bilik darjah iaitu susunan dan reka bentuk fizikal, sumber bahan pembelajaran,ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding,

pencahayaan,pengudaraan dan perabot serta aspek kebersihan.

Dalam persekitaran fizikal bilik darjah ini amat mementingkan mengenai penggunaan ruang yang mempengaruhi semua aspek tadi.Jadi, beberapa garis panduan diberikan oleh Haliza Hamzah dalam bukunya iaitu susunan bilik darjah yang membenarkan guru memantau dengan mudah dan cepat, kedudukan guru berhampiran dengan murid, pemandangan murid mesti jelas dan tidak terhalang, ruang trafik yang selesa, akses mudah kepada sumber bahan pembelajaran, ruang pada dinding, kenal pasti ruang di dalam bilik darjah untuk aktiviti tertentu, beri pencahayaan,pengudaraan dan perabot, kebersihan dan susunan kerusi meja murid mesti fleksibel.

Melalui konsep pengurusan bilik darjah yang saya telah pelajari telah membantu saya dalam menyelesaikan masalah yang didapati dalam pelan tersebut dengan menyatakan strategi-strategi yang boleh diambil.Bagi masalah pertama iaitu pengaliran udara dan pencahayaan di dalam bilik darjah tersebut boleh diselesaikan dengan membetulkan susunan perabot di dalam bilik tersebut tidak menghalang pengudaraan dan pencahayaan daripada cermin tersebut.Maksudnya disini, almari yang terdapat di keliling kelas boleh digunakan sekiranya saiz almari tersebut tidak menutup cermin di keliling kelas tersebut. Pencahayaan ini penting untuk menyegarkan mood para pelajar untuk menghadapi sesi pengajaran dan pembelajaran.

Masalah yang kedua iaitu kehadiran tandas di dalam bilik darjah tersebut dapat diatasi dengan strategi membuat peraturan am penggunaan tandas tersebut agar murid tidak sewenang-wenangnya menggunakan tandas tersebut bagi mengelakkan risiko kemalangan berlaku.Maksudnya, guru boleh menetapkan pertauran bahawa pelajar hanya boleh menggunakan tandas dengan kehadiran guru di dalam kelas dan mengunci tandas tersebut untuk mengelakkan pelajar bermain di dalamnya.Strategi bagi mengatasi masalah ketiga pula ialah dengan

menggabungkan tempat pembuangan sampah dengan tempat mengasah pensel untuk mengurangkan penggunaan ruang yang besar pada tempat tersebut. Maksudnya, pelajar boleh membuang sampah dan mengasah pensel pada tempat yang sama.

Seterusnya, strategi untuk kedudukan meja guru ialah dengan mengalihkan meja guru tersebut agar berada berhampiran dengan kesemua pelajar di dalam kelas supaya dapat memberikan peluang kepada guru berinteraksi dengan muridmuridnya secara sama rata.Masalah yang terakhir pula dapat diatasi dengan strategi menyusun meja para pelajar yang membuatkan ruang trafik yang selesa dan yang penting pemandangan pelajar mesti jelas dan tidak terhalang kepada guru mahupun papan hitam.Susunan kedudukan yang akan diubah ini juga dapat memudahkan aktiviti seperti berbincang dilakukan di dalam kelas tanpa melakukan perubahan yang besar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan bilik darjah terutamanya sangat penting dalam pengajaran dan pengajaran kerana sebahagian besar masa persekolah pelajar dihabiskan di dalam bilik darjah.Jadi, bilik darjah mestilah suatu tempat yang menarik dan selesa kerana ianya akan dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih berkesan.Bagi saya, persekitaran fizikal yang memainkan peranan utama ataupun sebagai media utama dalam pengurusan bilik darjah barulah social dan emosi kerana pelajar akan berada di dalam kelas dahulu yang menentukan social dan emosi sesorang pelajar.

Kesimpulannya,

sebagai

seorang

guru

kelak

harus

mementingkan

pengurusan bilik darjah ini kerana ia memberikan pengaruh besar dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan secara berkesan ataupun tidak.Insyaallah...

Anda mungkin juga menyukai