Anda di halaman 1dari 2

Rumusan Rekabentuk Kajian 1.

Kaedah Tinjauan

Digunakan untuk menjelaskan sikap, pandangan dan tingkahlaku populasi tertentu.

Contoh soalan kajian: Apakah tahap penggunaan teori Kognitif Ad-Deen dalam kalangan kaunselor sekolah menengah di Selangor?

2. Kaedah Ex Post Facto Digunakan untuk mengkaji faktor-faktor yang telah berlaku yang menyebabkan perbezaan di antara pembolehubah bersandar. Faktor-faktor yang dikaji merupakan faktor sedia ada yang tidak dimanipulasi. Contoh soalan kajian: Adakah faktor status ekonomi sosial (SES) mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar?
3. Kaedah Causal Comparative

Digunakan untuk mengkaji hubungan sebab akibat yang melibatkan dua atau lebih kumpulan menggunakan pembolehubah yang tidak dimanipulasi. Walaubagaimanapun hubungan sebab akibat adalah tidak muktamad. Contoh soalan kajian: Apakah kesan bilangan rokok yang dihisap setiap hari dengan kekerapan tingkahlaku ganas remaja? 4. Kaedah Eksperimen Digunakan untuk menentukan hubungan sebba akibat yang pasti. Rawatan atau intervensi dijalankan untuk menguji hipotesis kajian. Contoh hipotesis kajian: Kekerapan menghadiri perkhidmatan kaunseling kelompok mampu meningkatkan tahap motivasi pelajar. 5. Kaedah Korelasi Digunakan untuk melihat bentuk hubungan antara pembolehubah. Contoh soalan kajian: Adakah terdapat hubungan antara komunikasi dan kepuasan perkahwinan?

6. Kaedah Kajian Kes Digunakan untuk menghuraikan secara terperinci sesuatu peristiwa atau fenomena melalui sampel yang kecil. Contoh soalan kajian: Bagaimanakah kesan emosi kanak-kanak mangsa dera? 7. Etnografi Digunakan untuk menerangkan, menganalisa dan menginterpretasi budaya masyarakat tertentu seperti tingkahlaku, kepercayaan, bahasa, ekonomi, struktur politik, interaksi dan gaya dalam hubungan. Contoh soalan kajian: Bagaimanakah aktiviti kehidupan seharian penduduk di Acheh selepas lima tahun peristiwa Tsunami? 8. Analisis Dokumen Digunakan untuk membuat inferens atau kesimpulan berkenaan mesej dalam teks, penulis, audien, budaya mahupun zaman berdasarkan perkataan atau konsep tertentu dalam teks. Contoh soalan kajian: Apakah makna telefon bimbit dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi? 9. Grounded Theory Digunakan untuk membina teori baru bagi menerangkan proses atau fenomena yang tidak dapat dijelaskan melalui teori sedia ada. Contoh soalan kajian: Apakah punca gadis Malaysia mengikut pemuda Lombok? 10. Kajian Tindakan Digunakan unutk mendapatkan penyelesaian bagi masalah yang timbul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Contoh soalan kajian: Apakah punca dan penyelesaian bagi masalah mengenal kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar kelas Tingkatan 3 Perdana? 11. Mix Method Digunakan bagi kajian yang memerlukan kedua-dua kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk menjawab persoalan kajian. Contoh soalan kajian: Apakah indikator kepuasan kerja menurut perspektif Islam (kualitatif) dan membina instrumen pengukuran kepuasan kerja menurut perspektif Islam (kuantitatif).