Anda di halaman 1dari 78

PERSEPSI GURU PELATIH TAHUN LIMA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (AWAM, ELEKTRIK DAN JENTERA) TERHADAP TAHAP

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MEREKA DALAM KURSUS KEJURUTERAAN DI FAKULTI PENDIDIKAN

MUHAMAD GHAZALI BIN MOHD SAAID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

iii PERSEPSI GURU PELATIH TAHUN LIMA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (AWAM, ELEKTRIK DAN JENTERA) TERHADAP TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MEREKA DALAM KURSUS KEJURUTERAAN DI FAKULTI PENDIDIKAN

MUHAMAD GHAZALI BIN MOHD SAAID

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2006

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T dengan izin-Nya Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan. Selawat dan salam untuk junjungan Rasullullah S.A.W serta para sahabat baginda. Dalam usaha menjayakan projek ini, penulis ingin merakamkan ucapan setinggitinggi penghargaan dan sekalung budi kepada Cik Narina A. Samah yang berusaha memberi dorongan sepanjang penyediaan projek ini. Rasa penghargaan juga dihulurkan kepada rakan-rakan, tidak kurang juga kepada orang perseorangan yang telah membantu dan mendorong secara tidak langsung atau tidak langsung untuk menyempurnakan projek ini. Akhir sekali kepada ibu dan ayah yang banyak memberi semangat kepada penulis dalam apa jua keadaan. Segala jasa ibu dan ayah amat penulis hargai dan hanya Allah S.W.T yang dapat membalas. Sekian.

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru pelatih terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam kursus kejuruteraan di Fakulti Pendidikan Seramai 70 orang pelajar daripada kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/Elektrik/Jentera) telah terlibat dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan data daripada responden dan kemudiannya akan diproses menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 14. Analisis data dinyatakan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Nilai kebolehpercayaan item adalah = 0.85. Hasil daripada penyelidikan menunjukkan terdapat permasalahan dalam kemahiran. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan mengikut persepsi guru pelatih adalah pada tahap sederhana (min = 3.51). Manakala tahap kemahiran mengikut persepsi guru pelatih adalah pada tahap rendah (min = 2.32).

vii

ABSTRACT

This research was conducted to investigate teacher trainee perceptions level of their knowledge and skills in engineering course at Faculty of Education. A number of 70 respondents consist of students taking Bachelor Degree of Technology with Education (Civil Engineering/ Electrical Engineering/ Mechanical Engineering) courses were involved in this research. The researcher used the questionnaire method to collect the relevant information from the respondents and the later analyzed the finding using the Statistical Package For Social Science (SPSS) version 14 software. Data was presented in percentage, frequency and mean. The value of item was at = 0.85. Findings showed the perception on the level of knowledge was at moderate level (mean = 3.51). Where else the perception on the level of skills was at low level (mean = 2.32).

viii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL

i ii iii iv v vi vii viii xi

BAB I

PENDAHULUAN 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian Skop Kajian Batasan Kajian Definisi Istilah 1 3 7 8 8 9 10 10 11

ix

BAB II

SOROTAN PENULISAN 2.0 2.1 2.2 Pengenalan Pembelajaran Pengetahuan Pembelajaran Kemahiran 2.2.1. Pendedahan Kepada Industri 2.2.2. Pembelajaran Di Sekolah Dan Aplikasi Di Luar Bilik Darjah 20 13 14 16 18

BAB III

METODOLOGI KAJIAN 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 Pengenalan Rekabentuk Kajian Populasi Dan Sampel Instrumen Kajian Kesahan Soal Selidik Kajian Rintis Analisis Data 21 22 24 25 28 28 29

BAB IV

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 4.1 4.2 Pengenalan Analisis Bahagian A Analisis Bahagian B 4.2.1 4.2.2 Analisis Persoalan Kajian Pertama Analisis Persoalan Kajian Kedua 36 40 32 33

x BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 5.1 Pengenalan Perbincangan Persoalan Kajian 5.1.1 5.1.2 5.2 5.3 5.4 5.5 Rumusan Cadangan Kajian Cadangan Kajian Lanjutan Penutup Perbincangan Objektif Pertama Perbincangan Objektif Kedua 44 45 46 49 51 52 53 53

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

54 58

BAB 1

PENGENALAN

1.0

Pendahuluan

Bidang sains dan teknologi merupakan salah satu bidang yang memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat wawasan 2020. Kemahiran dan berilmu pengetahuan adalah salah satu eleman yang penting untuk seseorang individu dalam bidang sains dan teknologi. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merancang dan mengadakan beberapa program bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan dalam bidang teknologi.

KPM telah berusaha mewujudkan satu sistem pembelajaran yang kompetitif kepada semua rakyat Malaysia melalui pendidikan sepanjang hayat. Kerajaan Malaysia telah memberi sokongan sepenuhnya dalam memastikan semua rakyat mendapat pendidikan sebaiknya tidak kira apa peringkat umur sekalipun ke arah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu pengetahuan dan kemahiran ke arah Wawasan 2020.

2 Ini terkandung dalam cabaran No. 2 Wawasan 2020 iaitu melibatkan pembentukan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas dari segi psikologi, selamat dan maju yang memiliki kepercayaan dan keyakinan dalam dirinya sendiri, cukup kuat untuk menghadapi semua bentuk kesusahan sementara ia mengejar kecemerlangan (Ungku A. Aziz, 1991).

KPM melalui Jabatan Pendidikan Teknikal atau JPTek telah terlibat secara langsung dalam memberikan pendidikan berbentuk kemahiran kepada semua rakyat Malaysia bersama-sama industri lain yang berkait rapat dengan bidang kemahiran dan pengetahuan. Sebagai contoh pihak yang terlibat secara langsung dalam pendidikan kemahiran adalah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM). Terdapat banyak lagi pihak lain yang terlibat cuma skop mereka tidak sebesar seperti yang dinyatakan sebelum ini. Pihak ini bertanggungjawab memberikan rakyat Malaysia pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

Menurut Dato Loke Yuen Low, Malaysia masih memerlukan sekurangkurangnya 600,000 tenaga kerja profesional dan teknikal serta mahir dan separuh mahir menjelang tahun 2020. Ini bermakna negara perlu mengeluarkan kira-kira 100,000 pekerja separuh mahir dan mahir dalam tempoh enam tahun akan datang untuk menampung keperluan tersebut (Utusan Malaysia, 5 April 1995). Ini menunjukkan pendidikan kemahiran adalah penting seiring dengan kemajuan negara ke arah Wawasan 2020.

Sekolah dan institusi akademik ditubuhkan untuk melahirkan cerdik pandai dan cendiakawan yang akan menerus dan mengembangkan disiplin ilmu yang dianggap penting untuk tamadun manusia. Manakala sekolah dan pusat latihan vokasional ditubuhkan untuk menjaga kepentingan ekonomi di mana sesebuah negara yang ingin

3 maju harus menyediakan secara berterusan tenaga manusia yang diperlukan untuk membangun sektor ekonomi (Labaree 1997).

Pada tahun 1999, KPM telah memperkenalkan satu program yang diberi nama Sekolah Ke Kerjaya (SKK) untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang kemahiran. Konsep yang digunakan dalam SKK ialah program pendidikan dan latihan tempat kerja bagi mengembangkan potensi pelajar dengan membekalkan mereka pengetahuan dan kemahiran bolehguna melalui pengalaman tempat kerja (PPK,1999). Program latihan diadakan dengan kerjasama pihak swasta dan industri. Objektif SKK ialah untuk membolehkan pelajar mengikuti panduan pengajaran dan pembelajaran setaraf dengan kebolehan dan keupayaan mereka dari segi akademik.

Selain itu juga dapat mengembangkan potensi dan kemahiran bolehguna pelajar dengan melalui pengalaman tempat kerja dan akhir sekali ialah untuk memanfaatkan masa belajar diperingkat sekolah menengah terutama untuk mereka yang berpencapaian rendah dari segi akademik. Namun yang demikian pelaksanaannya kurang mendapat sambutan dan kerjasama dari pihak swasta dan industri, dan ini menunjukkan program ini kurang berjaya.

1.1

Latar Belakang Masalah

Matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian menjelang tahun 2020 menyebabkan pendidikan vokasional dan teknik berada pada tahap yang sangat penting pada masa kini. Untuk mencapai matlamat tersebut, satu rancangan bersistem dilaksanakan melalui Pelan Induk Perindustrian.

4 Dalam bidang Pendidikan dan Latihan, Sekolah Menengah Vokasional merupakan salah satu intitusi yang bertanggungjawab untuk menyediakan seberapa ramai tenaga buruh separuh mahir bagi memenuhi keperluan perindustrian negara, disamping juga institusiinstitusi lain seperti Politeknik, Institut Kemahiran Mara dan Institut latihan Perindustrian. ( Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM, 1991 ).

Hasrat KPM iaitu melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam pelbagai bidang yang relevan dan bermakna bagi membolehkan mereka merancang masa depan dalam pelbagai aspek seperti peluang kerjaya, perniagaan sendiri atau meneruskan pengajian latihan di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) (KPM, 2002).

Seseorang individu yang berhajat menjadi guru dikehendaki menjalani latihan dan pendidikan guru yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan dan Badan Berkanun (Esah, 2003). Latihan dan pendidikan guru diadakan di maktab perguruan dan universiti tempatan manakala yang menjalani latihan di luar negara mestilah yang menjadi tumpuan serta diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Menurut Hirst (dalam Jaludin, 1991) kurikulum ditakrifkan sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru atau tenaga pengajar untuk membolehkan pelajar mencapai objektif yang telah dirancangkan. Kurikulum yang baik hendaklah selari dengan kehendak semasa dan dapat melahirkan pekerja yang cekap, mahir dan produktif. Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus berkenaan akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari. Segala kemahiran dan pengetahuan yang telah dipelajari ini mereka perlu aplikasikan dalam persediaan latihan mengajar yang telah mereka hadapi.

5 Kurikulum pendidikan guru dinilai melalui proses penilaian kurikulum dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan guru. Dengan ini profesion perguruan memerlukan semua ahilnya yang terlibat dengan pendidikan guru adalah dilatih dan dididik dengan kurikulum yang berkualiti dan mantap. Kurikulum pendidikan guru menyediakan peluang bagi guru bagi memperoleh ilmu tentang pelbagai teori pengajaran dan amali yang membolehkannya menjadi guru yang profesional (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1984).

Selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan serta bertanggungjawab, pihak Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, telah menggariskan beberapa objektif, demi mencapai matlamat akhir pendidikan yang murni tersebut (Abu Hassan, 1999). Antara objektif khusus yang perlu dicapai dan dikuasai pelajar adalah untuk:

i.

Menghasilkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

ii.

Membentuk insan yang berupaya berfikir secara logis, analitis, kreatif, inovatif serta memiliki ilmu pengetahuan.

iii. iv.

Mengembangkan potensi dan keupayaan individu. Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan bagi membolehkan pembelajaran berlaku secara maksimum.

v.

Membolehkan pelajar mempelajari nilai-nilai murni melalui pelbagai jenis matapelajaran, secara bersepadu.

vi. vii.

Menghasilkan individu yang berakhlak mulia serta bersifat progresif. Menghasilkan rakyat Malaysia yang berilmu dan berketrampilan agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

viii.

Melahirkan insan yang beragama dan mempunyai kemantapan jiwa serta sedia untuk berbakti.

ix.

Melahirkan individu yang memahami serta menghayati cara hidup berdemokrasi.

6 x. Memenuhi keperluan pelajar terutamanya untuk mengembangkan potensi atau bakat dan keupayaan mereka.

Seseorang guru yang terlatih perlulah menjalankan tugas dan melaksanakannya dengan cekap serta memenuhi tuntutan masyarakat dan matlamat negara. Selaras dengan matlamat ini, guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang dapat mendidik pelajar dari segi akademik dan juga toleransi, serta tolong menolong untuk mewujudkan integrasi nasional di kalangan pelajar (Esah, 2003).

Oleh itu, persediaan guru-guru teknik dan vokasional seharusnya berbeza daripada persediaan guru-guru pendidikan am yang lain. Mereka haruslah memperkemaskan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk berhadapan dengan situasi atau suasana persekolahan yang mencabar. Sebagaimana pandangan Allen (1912) memberi fungsi guru vokasional yang meliputi perkara-perkara yang berikut:

1) Cekap dalam bidang yang diajar. 2) Mengetahui apa yang akan diajar. 3) Boleh menyelesaikan masalah dan dapat bekerja secara bijak dengan pelajar remaja dan dewasa. 4) Berpandangan jauh.

Guru yang hanya mahir dalam dalam bidang teknikal tetapi tidak mempunyai pengetahuan yang baik hanya memenuhi sebahagian daripada keperluan untuk menjadi guru yang baik dan begitu juga sebaliknya. Guru mestilah mempunyai kedua-dua kecekapan iaitu dalam teknikal atau kemahiran serta pengetahuan yang baik. Pandangan Newcomb tentang guru vokasional menggambarkan guru vokasional sebagai humanist (Rahman, 1994). Menurut Newcomb (1979):

Guru humanistik adalah lebih daripada penyampai maklumat. Mereka mengetahui perkembangan pesat teknologi untuk diajar kepada pelajar atau cuba belajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah di samping mengetahui cara penyelesaiannya untuk disampaikan kepada pelajar. Mereka adalah pembimbing, ahli falsafah dan rakan.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para bakal guru untuk mempersiapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran sama ada dalam bidang teknikal atau sebagainya untuk menjadi bakal pendidik kepada anak bangsa.

1.2

Penyataan Masalah

Kajian ini dijalankan untuk melihat apakah persepsi guru-guru pelatih tahun lima pendidikan teknik dan vokasional terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

8 1.3 Objektif Kajian

Beberapa objektif telah dikenalpasti dalam menjalankan kajian ini. Berikut ialah objektif yang telah ditetapkan.

1.3.1

Mengenalpasti persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.

1.3.2

Mengenalpasti persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.

1.4

Persoalan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Persoalan kajian yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut :

1.4.1

Apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan?

1.4.2

Apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan?

9 1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini dibuat adalah untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai persepsi pelajar-pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam kursus kejuruteraan di Fakulti Pendidikan. Kajian seumpama ini diharap dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan mempertingkatkan lagi usaha bagi memastikan pelajar dari aliran kejuruteraan dalam Jabatan Teknik dan Vokasional dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam kursus kejurutraan yang dipelajari sepenuhnya.

1.5.1

Fakulti Pendidikan

Hasil daripada dapatan kajian yang akan dijalankan boleh dijadikan landasan untuk merancang kurikulum yang lebih mantap dan memastikan pelajar dari aliran kejuruteraan dalam Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi sebagai persediaan dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.5.2

Bakal Guru

Hasil daripada kajian yang dijalankan diharap dapat membantu para bakal guru untuk meningkatkan serta memantapkan pengetahuan dan kemahiran mereka di dalam

10 kursus kejuruteraan supaya dapat menjadi pendidik yang berguna dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.6

Skop Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, skop kajian yang ditetapkan akan hanya melihat persepsi pelajar-pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari sepanjang mengikuti kursus serta aplikasi semasa latihan mengajar dijalankan. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)dalam Jabatan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan.

1.7

Batasan Kajian

Kajian ini tertakluk kepada batasan kajian seperti berikut :-

1.7.1

Kajian ini ditumpukan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

1.7.2

Kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus kejuruteraan di fakulti pendidikan dan pernah menjalani latihan mengajar.

11 1.8 Definisi

Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang perlu diberi penjelasan dengan terperinci kerana ia digunakan oleh pengkaji untuk keperluan kajian. Antaranya ialah:

1.8.1

Persepsi

Menurut Azizi et al. (2004) dalam bukunya Psikologi Sosial, persepsi sosial merujuk kepada satu proses untuk membuat penilaian terhadap tingkah laku orang lain.

1.8.2 Guru Pelatih

Merujuk kepada pelajar tahun lima jurusan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) di Fakulti Pendidikan. Pelajar-pelajar ini telah menjalani latihan mengajar pada tahun 2004.

12 1.8.3 Pengetahuan

Dalam kontek kajian ini, pengetahuan merangkumi cara kecekapan serta pengetahuan guru pelatih terhadap kursus kejuruteraan serta aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.8.4

Kemahiran

Menurut Ahmat (1997), kemahiran diertikan sebagai ketrampilan, kecekapan dan pengetahuan guna tenaga dalam dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif, psikomotor dan penggunaan sumber yang berkesan. Dalam kontek kajian ini, kemahiran bermaksud ketrampilan, kecekapan dan berpengetahuan.

1.8.5

Kursus Kejuruteraan

Matapelajaran kejuruteraan yang dipelajari oleh pelajar-pelajar tahun lima jurusan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) di Fakulti Pendidikan.

13

BAB II

SOROTAN PENULISAN

2.0

Pengenalan

Pendidikan teknik dan vokasional yang formal di Malaysia bermula dengan tertubuhnya Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 1974. Tujuan bahagian ini ditubuhkan adalah untuk merancang, menyediakan kurikulum dan sukatan latihan perguruan serta menyediakan pendidikan teknik dan vokasional di peringkat menengah rendah, menengah atas dan peringkat pengajian tinggi.

Matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang berpengetahuan, individu yang memiliki kemahiran yang murni, melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, serta mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, memupuk perpaduan negara disamping membantu membentuk tenaga kerja yang mempunyai kebolehan teknik yang akan meningkat daya saing ekonomi Malaysia (Mahathir Mohamed, 1991).

14 2.1 Pembelajaran Pengetahuan

Kejayaan seseorang pelajar dalam sesuatu matapelajaran dikaitkan dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di mana prestasi pencapaian pelajar dalam peperiksaan memberikan gambaran yang sebenar kepada mutu pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh seseorang guru. Dalam konteks ini, tugas guru adalah untuk menyebar atau memindahkan maklumat dengan menterjemahkan kandungan pelajaran kepada sesuatu bentuk yang boleh difahami oleh pelajar melalui aktiviti pembelajaran yang sesuai. Guru bertanggungjawab untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak tinggi serta pandai memanfaatkan ilmu untuk kehidupan yang cemerlang (Wan Rahimah, 1995).

Mohd Hasni (1996), dalam kajiannya mendapati guru yang berkualiti adalah guru yang berkebolehan menyampaikan isi kandungan mata pelajaran kepada pelajar supaya ia sentiasa menarik dan berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran ini akan membawa kepada pengajaran yang berkualiti dan mempunyai hubungkait dengan pencapaian pelajar dalam sesuatu pelajaran.

Guru berperanan sebagai penyampai ilmu pengetahuan yang penting dalam pengajaran secara tradisi. Pengetahuan merupakan kebolehan untuk mengingat atau mengenal semula sesuatu pelajaran yang telah dipelajari samada daripada buku, guru atau rakan (Sulaiman, 1997). Dalam konteks kajian ini, pengetahuan merujuk kepada pengetahuan guru tentang subjek yang diajarnya, pelajar, kurikulum, pengaruh faktor lain terhadap pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan mengenai kemahiran mengajar tersendiri pada seseorang.

15 Pembelajaran yang efektif boleh dicapai melalui integrasi proses berfikir dan dibantu oleh naluri-naluri melihat, mendengar, merasa dan menghidu (Zaidatol dan Habibahh, 1990). Ini bermakna penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sempurna dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran terutama kepada pelajar yang lemah dan rendah keupayaan berfikir.

BBM yang baik bukan saja dapat membantu guru mendidik dan membimbing pelajar menghayati ilmu yang disampaikan tetapi mampu membantu pelajar mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian (Zaidatol dan Habibah, 1990).

Menurut Mohd. Salleh (1996), dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar sepatutnya didedahkan kepada pelbagai sumber maklumat berkaitan kandungan sesuatu mata pelajaran dan tidak terhad kepada buku teks sahaja. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang mencapai matlamat kurikulum bergantung kepada banyak faktor, samada yang terdapat pada guru, pada pelajar mahupun pada keadaan fizikal bilik darjah (Rashidi dan Abdul Razak, 1996).

Menurut Atan Long (1991), untuk mendapatkan pengajaran yang berkesan seseorang guru perlu menyampaikan pengajarannya mengikut prinsip-prinsip yang tertentu. Guru yang merancang semua aspek pengajaran dengan teliti dapat menyampaikan pengetahuan ataupun kandungan dengan berkesan dalam tempoh yang ditetapkan (Rashidi dan Abdul Razak, 1996). Sekiranya kandungan sesuatu kurikulum itu dapat disampaikan dengan jayanya menurut kehendak objektif yang telah ditetapkan, matlamat suatu kurikulum semestinya dapat dicapai.

Billett (1994) membuat kesimpulan bahawa pembelajaran yang berkesan adalah hasil dari aktiviti yang berkaitan dan bermakna kepada pelajar, dilakukan dalam konteks

16 dan suasana yang sesuai; dibimbing oleh pengajar yang terlatih; dan pelajar mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan pelajar yang lain. Hasil penyelidikan menyokong peranan pembelajaran secara kontekstual (contextual learning) dalam pendidikan akademik dan vokasional. Pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada suasana yang sebenar di mana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara praktikal (Billett, 1993).

2.2

Pembelajaran Kemahiran

Oleh kerana pekerjaan penting dalam kehidupan manusia, Islam tidak menghalang umatnya mempelajari kemahiran dalam bidang pekerjaan yang dilakukan, asalkan bidang pekerjaan itu diredhai oleh Allah (s.w.t). Menurut Rahman dan Zakaria (1994), dalam usaha mempelajari kemahiran pekerjaan, Ibnu Sinna menegaskan:

Apabila seseorang anak itu selesai belajar al-Quran, menghafal pokok-pokok bahasa, setelah itu barulah dia mempelajari apa yang akan dilakukan untuk bidang pekerjaannya dan untuk itu dia haruslah diberi petunjuk.

Di samping mempelajari kemahiran, perhatian juga diberikan kepada minat dan kemampuan pelajar dalam melakukan pekerjaan yang akan dipelajarinya. Kepentingan mempelajari kemahiran pekerjaan juga boleh dipelajari daripada sirah Rasulullah (s.a.w). Semenjak kecil lagi baginda telah dididik menternak kambing, apabila berusia 13 tahun, baginda mempelajari selok-belok perniagaan daripada bapa saudara baginda. Hasil daripada didikan tersebut, baginda telah menjadi peniaga terkenal ketika berusia 25 tahun.

17 Menurut Ahmat (1997), kemahiran diertikan sebagai ketrampilan, kecekapan dan pengetahuan guna tenaga dalam dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif, psikomotor dan penggunaan sumber yang berkesan. Dalam kontek kajian ini, kemahiran bermaksud ketrampilan,kecekapan dan berpengetahuan. Ringkasnya, kemahiran merupakan aspek yang penting bagi melaksanakan tugas dalam bidang pendidikan.

Disamping itu, guru perlu menguasai kemahiran, terutama yang berkaitan dengan melibatkan penggunaan kerja tangan. Guru-guru akan dapat mengajar dengan penuh yakin jika mempunyai ilmu dan kemahiran yang lengkap. Kemahiran dan teknik pengajaran yang baik akan memastikan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran dapat ditingkatkan atau dikekalkan (Abdul Razak, 1997).

Menurut Gagne (1985) dalam bukunya The Conditions of Learning mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses rangsangan. Mengikut teori beliau rangsangan-rangsangan daripada persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat itu akan ditaksir dalam stor ingatan, kemudian akan dihantar ke stor ingatan jangka panjang dan kepada penggerak. Kemahiran dijana oleh rangsangan-rangsangan yang diterima oleh pelajar.

Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran kemahiran ialah perolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara baru untuk membuat sesuatu kerja dan ia bertugas dalam perubahan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Ia merupakan perubahan tingkahlaku yang positif sambil individu itu bertindak balas kepada situasi dalam usaha menyesuaikan tingkah laku dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia juga membolehkan individu itu memenuhi minat atau mencapai matlamatnya.

18 2.2.1 Pendedahan Kepada Industri

Pendedahan kepada industri boleh dilakukan melalui lawatan atau latihan industri. Kedua-dua aktiviti ini telah diakui oleh guru-guru akademik dan vokasional sebagai cara yang praktikal untuk meningkatkan pengetahunan mengenai alam pekerjaaan. Program ini juga boleh dipanggil sebagai balik-ke-industri yang perlu dikendalikan oleh pihak Kementerian, sekolah, instistusi pengajian tinggi, industri dan pihak-pihak lain yang berminat (Ramlee, 1999).

Untuk memenuhi tuntutan ini, partnership atau usahasama antara sekolah serta institusi pengajian tinggi dan industri hendaklah dijalinkan di mana peluang untuk pelajar melihat aplikasi pembelajaran di sekolah dan di institusi pengajian tinggi kepada proses yang berlaku di industri akan meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu karier. Latihan di industri untuk pelajar-pelajar mempunyai beberapa kelebihan seperti: belajar dalam suasana alam pekerjaan yang sebenar; mendapat bimbingan dari pekerja lain yang berpengalaman; belajar cara menyelesaikan masalah teknikal yang sebenar dan bukannya hypothetical seperti yang biasanya berlaku di dalam bilik darjah (Kramlee, Ruhizan, Hamdan, 2003).

Menurut Ahmad (1994), di negara- negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun, kolabrasi antara sekolah dan industri memang telah lama terjalin. Justeru itu, perancangan yang rapi dan sistematik diperlukan untuk menarik minat pihak industri untuk sama-sama terlibat dalam usahasama ini.

Ini penting kerana pelajar tidak akan dapat memahami suasana di industri hanya melalui pembelajaran melalui buku. Pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang dianggap penting oleh majikan. Penyelidikan

19 menunjukan bahawa majikan memilih pekerja yang mempunyai sikap yang positif, bermotivasi, dan mempunyai kemahiran yang sesuai (Custer & Claiborne 1995).

Menurut Kramlee, Ruhizan dan Hamdan (2003) dengan bekerja, belajar, dan bekerjasama antara satu sama lain, guru-guru akademik dan vokasional dapat melihat dan menilai kepentingan usahasama dan kolabratif ini melalui pengajaran berpasukan. Integrasi akademik dan vokasional juga boleh dilaksanakan secara kolabratif dalam menyediakan tugasan yang dirancang bersama. Contohnya, guru geografi dan guru perdagangan menyediakan tugasan bersama di mana pelajar dikehendaki merancang dan menyediakan aturcara lawatan ke beberapa tempat dengan kos yang terbaik untuk satu pakej pelancongan.

Di samping penglibatan pelajar dalam latihan industri, guru-guru akademik dan vokasional juga perlu menjalani latihan industri terutama guru-guru yang tidak mempunyai pengalaman bekerja dalam sesuatu industri. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa guru-guru yang menamatkan latihan industri adalah lebih berkesan dalam menghubungkan pengajaran di sekolah dengan alam perkerjaan (Finch 1999; Phelps, Hernandez-Gantes, Sargent, Ettinger, Pribbenow, Castelan & Copa 1998).

Beberapa buah syarikat di Malaysia telah mengadakan usahasama dengan sekolah dan politeknik di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (Ahmad 1994). Pihak syarikat menyediakan peralatan, bahan dan tenaga pengajar yang akan berkerjasama dengan guruguru. Usahasama antara sekolah dan pihak swasta ternyata memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Di bawah adalah beberapa contoh:

1.

Proton dan EON telah menyumbang kereta Proton dan injin kepada beberapa buah sekolah teknik dan vokasional sejak tahun 1993.

20 2. Toyota menyediakan Makmal Automotif Toyota di salah sebuah Institut Kemahiran MARA. 3. PETRONAS membiayai sebahagian daripada peralatan dan prasarana di Politeknik Sarawak untuk melatih pekerja mahir untuk keperluan syarikat tersebut. 4. Esso Malaysia Inc. menyediakan peralatan kepada beberapa buah Institut Kemahiran Mara untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar. 5. Shell Malaysia Inc. terlibat dalam Project LINK dengan sebuah sekolah vokasional di Miri, Sarawak untuk melatih pelajar dalam bidang kimpalan. 6. Satu program latihan bersama telah diadakan di antara POLIMAS dan Matsushita Electric Motor (MAEM) untuk melatih pekerja MAEM. 7. Toyota Motor telah menyumbang sistem automatif kepada CIAST untuk tujuan latihan.

2.2.2 Pembelajaran Di Sekolah dan Aplikasinya Di Luar Bilik Darjah

Seseorang guru perlu didedahkan kepada keadaan atau pun situasi sebenar supaya mereka akan mendapat pengetahuan dan kemahiran yang lebih baik. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada suasana yang sebenar di mana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara praktikal (Billet, 1993). Pendekatan ini memerlukan guru-guru adademik dan vokasional menghubungkan sekolah dengan alam pekerjaan secara kreatif dan produktif (Kramlee, Ruhizan, Hamdan, 2003).

21

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.0

Pengenalan

Sesuatu penyelidikan yang dijalankan adalah untuk mengesahkan objektif kajian. Menurut Kerlinger (1986), penyelidikan adalah satu usaha menganalisa data melalui kaedah saintifik dengan bertujuan mencari jawapan kepada persoalan masalah kajian yang dijalankan. Oleh itu, kaedah kajian adalah merupakan salah satu faktor penting bagi memperolehi keputusan yang mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan. Dalam bab ini penyelidik akan menerangkan bagaimana kajian dijalankan dari segi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, tempat kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, cara analisa data dan lain-lain yang berkaitan.

Penyelidikan adalah dianggap sebagai satu proses menyelesaikan masalah melalui perancangan, pengumpulan data, penganalisaan dan penafsiran data secara sistematik dengan mengikut reka bentuk yang tertentu yang difikirkan perlu dan sesuai oleh penyelidik.

22 Bab ini akan menghuraikan metodologi kajian yang dijalankan iaitu mengenalpasti persepsi guru-guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan

Oleh itu dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan tentang rancangan bagaimana penyelidikan akan dilakukan berdasarkan perkara-perkara berikut:

a) b) c) d) e) f)

Reka bentuk kajian Populasi dan Sampel Instrumen kajian Kajian rintis Keesahan soal selidik Penganalisaan data

3.1 .

Reka bentuk kajian

Untuk melakukan kajian ini, pengkaji telah mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah kajian deskriptif. Pemilihan kaedah ini bertujuan mengetahui persepsi guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) terhadap pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang mengikuti kursus kejuruteraan. Kaedah ini merupakan kaedah penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu keadaan

23 atau situasi yang sedang berlaku sepertimana guru-guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) yang menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah yang ditetapkan. Menurut Cates (1985), beliau menyatakan bahawa penyelidikan adalah bermatlamat untuk mengkaji dan menghuraikan individu, kumpulan, situasi atau keadaan yang menarik kepada penyelidik.

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik atau mengkaji fenomena di mana tidak dapat dijangka tapi dapat ditafsirkan melalui dapatan kajian yang akan diperolehi kelak. Kajian deskriptif ini akan melihat persepsi guru-guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam/Elektrik/Jentera) sendiri terhadap pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. Menurut Mohd Najib (1999), penyelidikan deskriptif ini bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji dan ini selari denagan matlamat kajian ini. Kadangkala sesetengah pihak kurang prihatin dengan apa yang dialami oleh guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar.

Oleh itu, kajian ini akan memperlihatkan dan memperjelaskan lagi situasi yang sedang berlaku terhadap guru-guru pelatih ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kajian deskriptif ini juga merupakan penyelidikan terhadap sesuatu fenomena dengan menganalisa data deskriptif yang diperolehi daripada soal selidik atau mediamedia lain (Mohd Najib, 1999). Fenomena yang diselidik boleh juga dikenalpasti dengan membuat perbandingan antara pembolehubah.

24 3.2 Populasi dan Sampel

Menurut Abu Hassan (1998), populasi adalah sekumpulan besar unsur-unsur tinjauan individu, objek, kes, rekod, peristiwa dan sebagainya yang ditentukan secara teori, di mana mempunyai ciri-ciri tertentu yang sama..

Sesuatu populasi boleh ditakrifkan sebagai terhad (finite) atau tidak terhad (infinite) bergantung pada sama ada unit pensampelannya terhad atau tidak terhad. Mengikut takrifan, sesuatu populasi terhad mengandungi bilangan unit pensampelan yang boleh dikira. Sebaliknya populasi tidak terhad mengandungi bilangan unit pensampelan yang yang terlalu banyak sehingga tidak mampu untuk mengiranya (Abu Hassan, 1998).

Oleh itu, jenis populasi yang telah dikenal pasti untuk dijalankan kajian ini merupakan populasi terhad kerana bilangan sebenar pelajarnya oleh diketahui. Persampelan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai beberapa ciri atau sifat bagi populasi terhad biasanya dikenali sebagai pensampelan tinjauan (Abu Hassan, 1998).

Jadual 3.1 : Taburan Populasi dan Sampel Kajian Bil 1 Kursus Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam) Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik) Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Jentera) Jumlah Populasi 36 Sampel 30

28

23

27 91

26 79

25 Populasi yang digunakan merupakan pelajar tahun lima jurusan Teknologi Serta pendidikan Kejuruteraan Awam, Elektrik Dan Elektronik dan Mekanikal dari Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Daripada 91 soal selidik yang diedarkan, penyelidik telah menerima 79 set. Menurut Abu Hassan (1998) keadaan ini disebabkan oleh ralat di mana responden tidak memberi sebarang respon (nonrespon). Nonrespon bermaksud pemerhatian tidak dapat dijalankan mungkin disebabkan oleh sampel yang dipilih tidak mahu terlibat dalam penyelidikan, responden tidak dapat dikesan (misalnya tiada di rumah), borang soal selidik yang diberi telah hilang, tidak mengembalikan borang soal selidik dan sebagainya. Aras keyakinan saiz sampel yang diperlukan berada pada aras 95%.

3.3

Instrumen Kajian

Kajian ini akan menggunakan kaedah soal selidik dalam usaha untuk meninjau persepsi pelajar pelajar tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) terhadap kursus kejuruteraan di Fakulti Pendidikan. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang diberikan kepada responden. Penggunaan soal selidik bertujuan untuk memudahkan penyelidik untuk menganalisis data yang diperolehi. Soal selidik dibentuk berdasarkan objektif kajian yang dibentuk. Menurut Abu Hassan (1998), kaedah soal selidik dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya bias akibat daripada sifat peribadi dan kemahiran penyelidik.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik bagi tujuan untuk mendapatkan maklumat dan mengumpul data. Ianya dapat menjawab persoalan-

26 persoalan kajian. Kaedah soal selidik merupakan kaedah yang biasa digunakan dalam kajian deskriptif (Colombo Plan Staff College for Technical Education, 1984). Kaedah soal selidik ini digunakan untuk mendapatkan maklumbalas daripada responden kerana pengambilan masa untuk mendapatkan maklumat adalah minimum dan mudah diuruskan.

Namun, ianya memerlukan beberapa langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan maklumbalas yang positif daripada responden dalam jangka waktu yang tertentu iaitu :-

i.

Responden yang menjawab soal selidik hendaklah secara ikhlas, jujur dan sukarela.

ii.

Soal selidik yang diberikan kepada responden hendaklah jelas dan mudah difahami.

iii.

Responden mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi untuk menjawab setiap soalan yang terdapat dalam soal selidik tersebut.

Soal selidik yang dibuat oleh pengkaji mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada 4 item iaitu berkaitan biodata responden iaitu jantina, bangsa, kursus dan jenis sekolah semasa latihan mengajar. Bahagian B pula terdiri daripada 20 item berkaitan dengan persepsi bakal guru tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) terhadap penggunaan bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah. Responden hanya perlu membulatkan mana-mana jawapan yang difikirkan sesuai pada setiap item yang terdapat dalam soal selidik tersebut. Dengan menggunakan teknik ini akan membolehkan pengkaji memperolehi data atau maklumat yang tepat seperti yang dikehendaki (Borg dan Gall, 1979).

27

Kaedah yang digunakan pada bahagian ini menggunakan skala Likert yang mempunyai 5 pilihan jawapan di mana responden dikehendaki memilih jawapan dari satu kontinum (ekstrem ke ekstrem). Responden perlu memberikan pendapat atau pandangan dengan menandakannya pada bahagian kaedah skala Likert samada bersetuju atau tidak berdasarkan skala pemeringkatan yang mempunyai lima aras yang berbeza iaitu daripada ekstrem negatif kepada ekstrem positif seperti berikut :-

Jadual 3.2 : 1 2 3 4 5

Pemilihan Tahap Jawapan Responden Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju STS TS TP S SS

Bahagian B dalam soal selidik ini mengandungi 20 item soalan yang dibina sendiri dan ada yang mendapat pandangan dan buah fikiran daripada rakan-rakan serta bimbingan daripada pensyarah pembimbing.

Jadual 3.3 : Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian Persoalan Kajian Persoalan Kajian 1: Pengetahuan Persoalan Kajian 2: Kemahiran Jumlah 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 17, 18, 19 1, 3, 5, 7, 9, 11, 13, 15, 16, 20 10 No. Item Jumlah Item

10 20

28 3.4 Kesahan Soal selidik

Soal selidik yang telah dibina perlu disahkan. Pengesahan soal selidik perlulah dilakukan oleh mereka yang arif tentang pembinaan soal selidik. Antara aspek yang ditekankan dalam pembinaan soal selidik ialah format penulisan, struktur ayat dan maksud yang jelas bagi setiap item. Dalam kajian ini, pengkaji telah melakukan pengesahan soal selidik melalui seorang pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

3.5

Kajian Rintis

Kajian ini dilakukan untuk memeriksa sejauh manakah responden memahami soalan yang dikemukakan iaitu satu kaedah biasa untuk menilai kebolehpercayaan dan keesahan soalan yang dibina. Sebenarnya, setiap soalan yang dibina akan mengalami masalah dari segi bahasa dan struktur ayat serta maksudnya dalam set soalan selidik.

Untuk mengelakkan masalah ini berlaku daripada penyelidikan yang sebenar, penulis telah memilih 5 orang secara rawak yang terdiri daripada responden yang bukan sampel kajian untuk menjawab item-item soal selidik sebagai pemeriksaan.

Keesahan dan kebolehpercayaan soal selidik diproses dengan menggunakan perisian SPSS 14.0. Nilai alpha cronbach yang diperolehi adalah 0.856 dan nilai ini berada pada tahap keesahan dan kebolehpercayaan soalan yang tinggi (Najib Ghafar, 1998).

29 3.6 Analisis Data

Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS for windows (Statistical Packages For Social Sciences). Keputusan kajian akan ditunjukkan dengan menggunakan jadual.

Dalam kajian ini, setiap pernyataan soalan adalah mengikut Skala Likert.

Jadual 3.4 : Taburan Skor Mengikut Skala Likert Skala 1 2 3 4 5 Skor Amat Tidak Setuju (ATS) Tidak Setuju (TS) Tidak Pasti (TP) Setuju (S) Amat Setuju (AS)

Skala yang paling tinggi adalah skala 5 yang menyatakan responden sangat setuju dengan kenyataan pernyataan soalan yang diajukan. Skala 3 menyatakan tidak pasti dan skala terendah iaitu skala 1 yang bermaksud pernyataan sangat tidak setuju.

Bagi tujuan kajian ini, penulis mengkelaskan skala permeringkatan Likert kepada tiga kategori sahaja iaitu sangat setuju dan setuju sebagai kategori setuju (S). tidak pasti sebagai kategori tidak pasti (TP), tidak setuju dan sangat tidak setuju pula sebagai kategori tidak setuju (TS).Pengkelasan Skala Likert dilakukan dengan tujuan untuk

30 mengumpul dan memproses data-data yang diperolehi dalam dua keadaan utama iaitu setuju dan tidak setuju sahaja.

Menurut Majid (1994), pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan, pengolahan, penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data. Data-data yang diperolehi daripada soalan merupakan data mentah dan seterusnya dianalisa untuk mendapatkan ilmu serta maklumat yang berguna.

Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science for Window Release 14.0 (SPSS/PC+). Kaedah yang digunakan untuk memproses data-data yang diperolehi adalah berdasarkan kepada kekerapan dan peratusan serta bagi mendapatkan nilai min.

Menurut Majid (1994), yang menyatakan bahawa meskipun fakta adalah hak semua orang, namun tafsiran terhadap fakta adalah hak individu pengkaji. Untuk membuat penilaian, pengkaji telah mengkategorikan penilaian responden dalam setiap pembolehubah pada tahap tertentu.

Responden dikehendaki menyatakan peringkat persetujuan terhadap soalan-soalan yang diedarkan. Mereka hanya perlu membulatkan jawapan yang terdapat di hujung setiap pernyataan. Tanggapan responden diukur dengan menggunakan skala Likert. Skala ini mengandungi lima peringkat yang perlu dipilih oleh responden.

Bagi memudahkan proses menganalisa data, pengkaji telah membuat pembahagian dari skala Likert lima mata kepada tiga mata sahaja. Kaedah ini sering digunakan oleh pengkaji bagi memudahkan penyelidik membuat pemberatan bagi setiap

31 kategori yang diukur atau membandingkannya dengan data lain (Abu Hassan, 1997). Ia bertujuan untuk memudahkan pentafsiran terhadap dapatan yang diperolehi. Berikutan itu, pengkaji telah mengkelaskan skala Likert lima mata kepada tiga mata. Ianya adalah seperti berikut :-

Jadual 3.5 : Perubahan Skala Likert Kepada Skala 3 Peringkat Skala 5 Point 3.68 5.00 2.34 3.67 1.00 2.33 Tahap 3 2 1 Peringkat Tinggi Sederhana Rendah

Berdasarkan kaedah ini, pengkaji telah mengkelaskan skor kepada tiga kategori jawapan iaitu setuju, tidak setuju dan tidak pasti. Min jawapan setuju diambil kira dengan menjumlahkan peratusan jawapan sangat setuju dan setuju. Min jawapan tidak setuju pula dikira dengan mengambil kira jawapan sangat tidak setuju dan tidak setuju. Min jawapan bagi tidak pasti, adalah dianggap berkecuali (sederhana).

Item-item pada Bahagian A dianalisa menggunakan penilaian peratusan dan frekuensi manakala pada Bahagian B pula akan dianalisa menggunakan peratusan, frekuensi dan min bagi keseluruhan item.

Jadual 3.6 : Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min Skor Min 1.00-2.33 2.34-3.67 3.68-5.00 Tahap Rendah Sederhana Tinggi

32

BAB IV

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.0

Pengenalan

Dalam bab ini penyelidik akan menerangkan segala analisis data yang telah dianalisa berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi dari soal selidik yang diedarkan. Sejumlah 70 borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar tahun 5 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik & Elektronik dan Jentera) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Analisis soal selidik ini adalah untuk meninjau persepsi guru pelatih terhadap penggunaan bahan bantu mengajar bagi matapelajaran Lukisan Kejuruteraan. Penyelidik telah menggunakan perisian Statistical Package For Science Social (SPSS 14.0) bagi menganalisis segala data yang diperolehi. Bagi persoalan kajian berikutnya, analisis dibuat berdasarkan kepada kaedah yang telah dijelaskan dalam bahagian tiga.

33 4.1. Analisis Bahagian A

Bahagian ini mengandungi empat soalan berkaitan dengan maklumat latar belakang responden. Soalan-soalannya merangkumi kursus, jantina, bangsa serta jenis sekolah yang ditempatkan semasa latihan mengajar. Analisis data yang diperolehi ditunjukkan dalam bentuk frekuensi (f) dan peratusan (%).

4.1.1

Kursus

Jadual 4.1 :

Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Kursus Frekuensi (f) 30 23 26 79 Peratus (%) 38.6 28.6 32.9 100

Kurus SPA SPE SPJ Jumlah

Jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut aliran kursus. Seramai 30 orang responden terdiri daripada kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) iaitu 38.6%. Seramai 23 orang responden pula terdiri daripada kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik & Elektronik) iaitu 28.6%. Selebihnya pula ialah responden yang terdiri daripada kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) dengan bilangan seramai 26 orang iaitu bersamaan 32.9%.

34 4.1.2 Jantina

Jadual 4.2 :

Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina Frekuensi (f) 32 47 79 Peratus (%) 40 60 100

Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut bilangan dan peratus mengikut jantina. Berdasarkan jadual responden yang terdiri daripada lelaki ialah seramai 32 orang iaitu 40% dan bilangan perempuan pula seramai 47 orang iaitu 60%. Ini menunjukkan bilangan perempuan lebih ramai berbanding lelaki dengan perbezaan sebanyak 20%. Jumlah keseluruhan responden ialah 70 orang.

4.1.3 Bangsa

Jadual 4.3 : Bangsa Melayu Cina India Lain-lain Jumlah

Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Bangsa Frekuensi (f) 48 18 7 6 79 Peratus (%) 61.4 22.9 8.6 7.1 100

35 Jadual 4.3 di atas menunjukkan taburan bilangan dan peratus mengikut bangsa. Berdasarkan jadual ini, seramai 48 orang responden berbangsa Melayu iaitu 61.4% dan di ikuti dengan 18 orang berbangsa cina (22.9%), 7 orang berbangsa India (8.6%) dan 6 orang berbangsa lain-lain (7.1%). Ini menunjukkan majoriti responden adalah berbangsa melayu dengan bilangan lebih daripada separuh jumlah responden.

4.1.4

Sekolah Semasa Latihan Mengajar

Jadual 4.4 :

Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jenis Sekolah Semasa Latihan Mengajar

Jenis Sekolah SMT SMA SMK Jumlah

Frekuensi (f) 29 9 41 79

Peratus (%) 37.1 11.4 51.4 100

Jadual 4.4 menunjukkan taburan bilangan dan peratus responden dan mengikut jenis sekolah yang responden jalani semasa latihan mengajar. Sebanyak 29 orang responden iaitu 37.1% menjalani latihan mengajar di sekolah jenis Sekolah Menengah Teknik (SMT). Bagi sekolah jenis Sekolah Menengah Agama (SMA) pula hanya 9 orang responden iaitu 11.4% menjalani latihan mengajar di sekolah tersebut. Responden paling ramai menjalani latihan mengajar di sekolah jenis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dengan bilangan seramai 41 orang responden iaitu 51.5%.

36 4.2 Analisis Bahagian B

4.2.1

Analisis Persoalan Kajian 1

Apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan?

Pada aspek ini perkara utama yang ingin dikenalpasti dari kajian yang telah dijalankan adalah untuk melihat apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.

Jadual 4.5 : Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Kursus Kejuruteraan No Item f Saya yakin isi pelajaran yang terkandung dalam kursus 2 kejuruteraan yang dipelajari dapat meningkatkan pengetahuan pelajar Saya memberi maklumat 4 terkini tentang isi pelajaran yang diajar 6 Saya sering mengaitkan isi pelajaran kepada pelajar 54 68.6 2 2.9 23 28.6 2.20 15 18.6 3 4.3 61 77.1 4.17 29 37.1 3 4.3 47 58.6 3.43 TS % f TP % f S % Min

37 dengan situasi sebenar Saya menyampaikan isi 8 pelajaran kejuruteraan dengan pelbagai kaedah supaya pelajar tidak bosan Saya mendapatkan maklumat bidang kejuruteraan 10 tambahan daripada sumber lain selain daripada modul yang disediakan. Pelajar dibawa melawat industri yang berkaitan bagi 12 membolehkan mereka melihat situasi pekerjaan sebenar 14 Pelajar mudah menguasai isi pelajaran yang disampaikan Saya dapat menerangkan 17 kepada pelajar mengenai subjek kejuruteraan dengan lancar Saya boleh menunjukkan 18 contoh kepada pelajar cara menggunakan peralatan kejuruteraan dengan betul. Saya memerlukan buku teks 19 atau buku rujukan ketika saya menyampaikan pengajaran. Purata Petunjuk : 34.9 4.7 60.4 3.51 17 21.4 8 10.0 54 68.6 3.94 32 40.0 7 10.0 40 50.0 3.20 50 62.8 3 4.3 26 32.9 2.40 21 27.1 0 0.0 58 72.9 3.91 15 18.6 3 4.3 61 77.1 4.17 26 32.9 2 2.9 51 64.3 3.63 17 21.4 3 4.3 59 74.3 4.06

TS tidak setuju, TP tidak pasti, S setuju, f frekuensi

38 Berdasarkan jadual 4.5 item 2 menyatakan responden yakin isi pelajaran yang terkandung dalam kursus kejuruteraan dapat meningkatkan pengetahuan responden menunjukkan bahawa 58.6% (47 orang) responden bersetuju, 4.3% (3 orang) responden tidak pasti dan 37.1% (29 orang) responden tidak setuju. Min bagi item ini adalah 3.43.

Bagi item 4 yang menyatakan responden memberi maklumat terkini tentang isi pelajaran yang diajar, didapati sebanyak 77.1% (61 orang) responden bersetuju dengan penyataan tersebut, 4.3% (3 orang) responden tidak pasti dan 18.6% (15 orang) responden tidak setuju. Min bagi item 4 adalah 4.17.

Berhubung dengan item 6 iaitu responden sering mengaitkan isi pelajaran kepada pelajar dengan situasi sebenar, sebanyak 28.6% (23 orang) responden bersetuju, 2.9% (2 orang) responden tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Manakala 68.6% (54 orang) responden menyatakan tidak setuju dengan pernyataan item 6. min bagi item ini adalah 2.20.

Mengenai item 8 yang menyatakan responden menyampaikan isi pelajaran kejuruteraan dengan pelbagai kaedah supaya pelajar tidak bosan, didapati bahawa 74.3% (59 orang) responden bersetuju dan 4.3% (3 orang) responden tidak pasti dengan penyataan tersebut. Manakala 21.4% (17 orang) responden tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Min bagi item ini adalah 4.06.

Seterusnya mengenai item 10 yang menyatakan responden mendapatkan maklumat bidang kejuruteraan tambahan daripada sumber lain selain daripada modul yang disediakan. Didapati daripada item 10, 64.3% (51 orang) responden bersetuju dengan penyataan tersebut, 2.9% (2 orang) responden tidak pasti manakala 32.9% (26 orang) responden tidak bersetuju dengan item 10. Min bagi item ini adalah 3.63.

39

Kenyataan item 12 iaitu responden dibawa melawat industri yang berkaitan bagi membolehkan mereka melihat situasi pekerjaan sebenar, didapati bahawa 77.1% (61 orang) responden bersetuju dengan dengan item 12, 4.3% (3 orang) responden tidak pasti dan 18.6% (15 orang) responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item ini adalah 4.17.

Sebanyak 72.9% (58 orang) responden bersetuju dengan item 14 yang menyatakan responden mudah menguasai isi pelajaran yang disampaikan dan 27.1% (21 orang) responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item ini adalah 3.91.

Berkenaan dengan item 17 yang meyatakan responden dapat menerangkan kepada pelajar mengenai subjek kejuruteraan dengan lancar, didapati sebanyak 32.9% (26 orang) responden bersetuju dan 4.3% (3 orang) responden tidak pasti. Manakala 62.8% (50 orang) responden menyatakan tidak bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 2.40.

Dalam item 18 menyatakan responden boleh menunjukkan contoh kepada pelajar cara menggunakan peralatan kejuruteraan dengan betul. Didapati sebanyak 50.0% (40 orang) responden bersetuju dengan item 18. 10% (7 orang) responden tidak pasti manakala 40% (32 orang) responden tidak bersetuju. Min bagi item ini adalah 3.20.

Bagi item terakhir iaitu item 19 iaitu responden memerlukan buku teks atau buku rujukan ketika saya menyampaikan pengajaran, didapati sebanyak 68.6% (54 orang) responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. 10.0% (8 orang) lagi tidak pasti dan 21.4% (17 orang) responden pula tidak bersetuju dengan item 19. Min bagi item ini

40 adalah 3.94. Bagi persoalan kajian pertama ini, purata min yang diperolehi adalah 3.51 iaitu berada pada paras sederhana. Jumlah peratus responden yang bersetuju adalah 60.4%

4.2.2

Analisis Persoalan Kajian 2

Apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan?

Pada aspek ini perkara utama yang ingin dikenalpasti dari kajian yang telah dijalankan adalah untuk melihat apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.

Jadual 4.6 : Kemahiran Guru Pelatih Dalam Kursus Kejuruteraan No Item f Saya akan menunjukkan cara 1 melaksanakan sesuatu aktiviti amali sebelum membenarkan pelajar mencubanya sendiri. Latihan dan kemahiran yang diberikan dalam kursus 3. kejuruteraan ini dapat digunakan jika bekerja dalam industri. 5. Saya menerangkan langkah 46 58.6 1 1.4 32 40.0 2.62 67 84.3 4 5.7 8 10.0 1.51 23 28.6 0 0.0 56 71.4 3.86 TS % f TP % f S % Min

41 kerja latihan atau kemahiran amali dengan jelas untuk meningkatkan kemahiran Saya dapat meningkatkan 7. kemahiran mengendalikan mesin dan peralatan menerusi modul yang disediakan. Pelajar didedahkan dengan 9. latihan atau kemahiran yang menyerupai situasi sebenar. Pelajar didedahkan dengan 11. kemahiran kejuruteraan bagi membantu mereka dalam bidang industri nanti. Pelajar diberikan kemahiran 13. menggunakan mesin-mesin sebenar yang menyerupai suasana tempat kerja. Pelajar dikehendaki membuat 15. projek menggunakan kemahiran yang telah diajar. Pelajar digalakkan 16. menggunakan kemahiran berkomunikasi semasa membuat latihan amali. Saya memerlukan pembantu 20. bengkel untuk membantu saya menggunakan peralatan kejuruteraan. 63.3 Petunjuk : 7.14 29.6 2.32 16 20.0 20 25.7 43 54.3 3.69 64 81.4 3 4.3 12 14.3 1.66 21 27.1 9 11.4 49 61.4 3.69 68 85.7 0 0.0 11 14.3 1.57 65 82.9 7 8.6 7 8.6 1.51 67 84.3 4 5.7 8 10.0 1.51 63 80.0 7 8.6 9 11.4 1.63

TS tidak setuju, TP tidak pasti, S setuju, f frekuensi

42 Berdasarkan jadual 4.6 dalam item 1 yang menyatakan responden akan menunjukkan cara melaksanakan sesuatu aktiviti amali sebelum membenarkan pelajar mencubanya sendiri. Seramai 71.4% (56 orang)responden bersetuju dengan penyataan tersebut. Manakala 28.6% (23 orang) lagi tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Min bagi item 1 adalah 3.86.

Bagi menjelaskan item 3 iaitu latihan dan kemahiran yang diberikan dalam kursus kejuruteraan ini dapat digunakan jika bekerja dalam industri, didapati sebanyak 10% (8 orang) responden bersetuju dan 5.7% (4 orang) responden tidak pasti. Manakala 84.3% (67 orang) responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item 3 adalah 1.51.

Berhubung dengan item 5 iaitu responden menerangkan langkah kerja latihan atau kemahiran amali dengan jelas untuk meningkatkan kemahiran, didapati sebanyak 40% (32 orang) responden bersetuju dengan item 5. 1.4% (1 orang) responden tidak pasti manakala 58.6% (46 orang) tidak bersetuju. Min bagi item 5 adalah 2.62.

Dalam item 7 yang menyatakan responden dapat meningkatkan kemahiran mengendalikan mesin dan peralatan menerusi modul yang disediakan. Sebanyak 11.4% (9 orang) responden bersetuju. 8.6% (7 orang) responden tidak pasti manakala 80.0% (63 orang) responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item 7 adalah 1.63.

Kenyataan dalam item 9 iaitu responden didedahkan dengan latihan atau kemahiran yang menyerupai situasi sebenar, didapati sebanyak 10.0% (8 orang) responden bersetuju, 5.7% (4 orang) responden tidak pasti manakala 84.3% (67 orang) tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item 9 adalah 1.51.

43 Seterusnya mengenai kenyataan responden didedahkan dengan kemahiran kejuruteraan bagi membantu mereka dalam bidang industri nanti dalam item 11 didapati 8.6% (7 orang) responden setuju dan 8.6% (7 orang) tidak pasti. Manakala selebihnya iaitu 82.9% (65 orang) responden tidak setuju. Min bagi item 11 adalah 1.51.

Sebanyak 14.3% (11 orang) responden setuju dengan item 13 iaitu responden diberikan kemahiran menggunakan mesin-mesin sebenar yang menyerupai suasana tempat kerja. Manakala 85.7% (68 orang) responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item 13 adalah 1.57.

Bagi item 15 iaitu responden dikehendaki membuat projek menggunakan kemahiran yang telah diajar, didapati bahawa 61.4% (49 orang) responden setuju dengan pernyataan tersebut. Manakala 11.4% (9 orang) responden tidak pasti dan 27.1% (21 orang) responden tidak setuju. Min bagi item 15 adalah 3.69.

Untuk item 16 iaitu responden digalakkan menggunakan kemahiran berkomunikasi semasa membuat latihan amali, sebanyak 14.3% (12 orang) responden setuju dengan pernyataan tersebut. 4.3% (3 orang) responden tidak pasti manakala 81.4% (64 orang) responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item 16 adalah 1.66.

Bagi item terakhir iaitu item 20, 54.3% (43 orang) responden setuju dengan pernyataan responden memerlukan pembantu bengkel untuk membantu saya menggunakan peralatan kejuruteraan. 25.7% (20 orang) responden tidak pasti manakala 20.0% (16 orang) responden tidak setuju. Min bagi item 20 adalah 3.69.

44 Bagi persoalan kajian kedua ini, purata min yang diperolehi adalah paras rendah iaitu 2.32. Ini menunjukkan secara keseluruhannya responden tidak bersetuju dengan persoalan kajian kedua iaitu. Peratus responden yang tidak bersetuju adalah sebanyak 63.3%.

45

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0

Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan membuat perbincangan dengan lebih lanjut lagi dan merumuskan maklumat yang diperolehi secara keseluruhan daripada dapatan kajian yang didapati daripada Bab 4. ianya akan menyentuh aspek rumusan, perbincangan dan cadangan yang menekankan kepada tajuk kajian iaitu Persepsi guru-guru pelatih tahun lima pendidikan teknik dan vokasional terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi memperolehi maklumat yang dikehendaki manakala sampel kajian adalah terdiri daripada 79 orang pelajar tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

46 Kajian yang dilakukan adalah dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Soalselidik yang digunakan mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A yang merangkumi latar belakang responden, Bahagian B yang merangkumi dua persoalan kajian dengan 20 item yang disusun secara rawak.

5.1

Perbincangan Persoalan Kajian

Penyelidik akan memberikan penumpuan yang selanjutnya kepada keseluruhan kajian yang merangkumi dua objektif kajian iaitu :

1.

Mengenalpasti tahap persepsi guru pelatih terhadap tahap pengetahuan yang diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

2.

Mengenalpasti tahap persepsi guru pelatih terhadap tahap kemahiran yang diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

47 5.1.1 Perbincangan Objektif Pertama : Mengenalpasti persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.

Perbincangan objektif kajian pertama ini adalah hasil daripada dapatan kajian yang didapati daripada borang soal selidik bahagian B iaitu apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan. Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi mendapati min berada pada tahap sederhana berdasarkan kepada item-item yang berkaitan dengan objektif kajian yang pertama. Ini menunjukkan bahawa responden mempunyai pengetahuan dalam kursus kejuruteraan. Perkara ini disokong oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam perutusan beliau sempena sambutan hari kemerdekaan ke 48 tahun 2005, Generasi muda, terutamanya murid-murid adalah harapan negara dan merupakan aset negara yang paling berharga. Mereka perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kepakaran dan kemahiran pelbagai bidang untuk memajukan diri sendiri dan negara.

Majoriti responden yakin dengan item 2 iaitu isi pelajaran yang terkandung dalam kursus kejuruteraan dapat meningkatkan pengetahuan responden walaupun hanya 58.6% responden bersetuju. Pada pendapat pengkaji, modul kursus kejuruteraan yang disediakan kurang meluas yang menjadi faktor keyakinan sebahagian responden terhadap isi pelajaran kejuruteraan. Ini menyebabkan responden kurang mengaitkan isi pelajaran kepada pelajar dengan situasi sebenar berdasarkan kepada item 6 yang menunjukkan 68.6% responden tidak bersetuju dengan item tersebut.

48 Responden mempunyai pengetahuan dalam memberi maklumat terkini tentang isi pelajaran yang diajar kepada pelajar. Ini ditunjukkan dalam item 4 di mana 77.1% responden bersetuju dan item ini disokong lagi oleh Sulaiman (1997) dengan kenyataan bahawa guru perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang banyak dan terkini, pengetahuan guru terhadap isi pelajaran akan mempengaruhi bagaimana guru menyampaikan isi pelajarannya dengan berkesan dan pelajar dapat mengikuti pelajarannya dengan penuh minat.

Kenyataan Sulaiman tersebut juga dapat menyokong item 10 berkenaan dengan responden mendapatkan maklumat bidang kejuruteraan tambahan daripada sumber lain selain daripada modul yang disediakan di mana 64.3% responden bersetuju. Pelajar seharusnya tidak bergantung kepada maklumat yang diberikan dan perlu mendapatkannya daripada sumber lai seperti pembacaan majalah, buku selain daripada menonton televisyen serta mendapatkan jurnal-jurnal serta lawatan ke industri yang berkaitan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada suasana yang sebenar di mana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara praktikal (Billett 1993). Kenyataan ini menyokong kepada item 12 iaitu responden dibawa melawat industri yang berkaitan bagi membolehkan mereka melihat situasi pekerjaan sebenar di mana seramai 77.1% responden bersetuju. Ini juga disokong oleh Mohd. Salleh (1996), dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar sepatutnya didedahkan kepada pelbagai sumber maklumat berkaitan kandungan sesuatu pelajaran dan tidak terhad kepada buku teks sahaja.

Ransangan dalam pembelajaran merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh guru dalam proses pengajaran bagi memastikan pelajar faham isi pelajaran yang disampaikan. Salah satu ransangan yang paling berkesan dapat membantu pelajar

49 faham isi pelajaran guru ialah pendedahan kepada situasi sebenar atau tempat kerja. Mengikut Gagne (1985) dalam bukunya The Conditions of Learning mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses rangsangan. Mengikut teori beliau, rangsangan-rangsangan daripada persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.

Kenyataan ini menyokong item 18 iaitu responden boleh menunjukkan contoh kepada pelajar cara menggunakan peralatan kejuruteraan dengan betul di mana separuh jumlah responden bersetuju. Teori Gagne juga menyokong kenyataan item 8 iaitu responden menyampaikan isi pelajaran kejuruteraan dengan pelbagai kaedah supaya pelajar tidak bosan, di mana 74.3% responden bersetuju. Teori ini juga turut menyokong item 14.

Kesimpulannya yang boleh dibuat di sini, pelajar mempunyai pengetahuan dalam kursus kejuruteraan. Namun yang demikian, hasil dapatan kajian objektif yang pertama ini didapati tahap pengetahuan pelajar boleh lagi dipertingkatkan dengan memperkukuhkan lagi modul kursus kejuruteraan.

50 5.1.2 Perbincangan Objektif Kedua : Mengenalpasti persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.

Perbincangan objektif kajian kedua ini adalah hasil daripada dapatan kajian yang didapati daripada borang soal selidik bahagian B iaitu apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan. Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi mendapati min berada pada tahap rendah iaitu 2.32 berdasarkan kepada item-item yang berkaitan dengan objektif kajian yang kedua.

Menurut Ahmad (1997) ketrampilan, kecekapan dan pengetahuan guna tenaga dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif, psikomotor dan penggunaan sumber yang berkesan akan mewujudkan kemahiran yang dapat menjana pengetahuan. Kenyataan ini menyokong item 1 iaitu responden akan menunjukkan cara melaksanakan sesuatu aktiviti amali sebelum membenarkan pelajar mencubanya sendiri dimana 71.4% responden bersetuju. Kenyataan Ahmad juga dapat menyokong item 5 iaitu responden menerangkan langkah kerja latihan atau kemahiran amali dengan jelas untuk meningkatkan kemahiran. Dapatan kajian ini dikukuhkan lagi dengan item 15 dimana responden dikehendaki membuat projek menggunakan kemahiran yang telah diajar dan 61.4% responden bersetuju. Ini disokong pula oleh Stevenson (1994) yang menyatakan fokus dalam pendekatan ini adalah pelajar, maka pendidikan hendaklah dilihat sebagai proses pembelajaran lebih daripada proses pengajaran. Maka, peranan guru bukanlah sekadar menyediakan resepi untuk pelajar ikuti tetapi ialah untuk mengatur aktiviti-

51 aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar membina pengetahuan, pemahaman dan kemahiran yang dikehendaki.

Majoriti responden tidak mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin-mesin atau peralatan kejuruteraan serta tidak didedahkan kepada latihan kemahiran yang diperlukan. Ini dinyatakan dalam item 3, 7, 9, 11, 13 dan item 16. Pada pendapat pengkaji, responden tidak diberikan kemahiran pengendalian mesin-mesin kejuruteraan atau peralatan kejuruteraan selain daripada tidak didedahkan kepada latihan kemahiran kerana kurangnya peralatan atau mesin-mesin di Fakulti yang dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran. Selain daripada itu, responden juga tidak didehkan kepada laihan kemahiran oleh orang yang berpengalaman serta pendedahan kepada latihan kemahiran di luar.

Ini disokong oleh kenyataan Kramlee, Ruhizan, Hamdan (2003), latihan di industri untuk pelajar-pelajar mempunyai beberapa kelebihan seperti: belajar dalam suasana alam pekerjaan yang sebenar; mendapat bimbingan dari pekerja lain yang berpengalaman; belajar cara menyelesaikan masalah teknikal yang sebenar dan bukannya hypothetical seperti yang biasanya berlaku di dalam bilik darjah. Kenyataan Kramlee, Ruhizan dan hamdan juga menyokong item 20 iaitu responden memerlukan pembantu bengkel untuk membantu responden menggunakan peralatan kejuruteraan.

Kesimpulan yang boleh dibuat di sini adalah responden kurang mempunyai kemahiran dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari. Oleh yang demikian, pendedahan pelajar kepada pihak lain seperti sektor industri dapat meningkatkan kefahaman pelajar kerana dengan melihat dan mencuba sendiri sesuatu kemahiran itu akan lebih meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar. Menurut Dato Hassan Harun (1997),

52 pendedahan pelajar kepada industri akan memudahkan pelajar membiasakan diri dengan suasana tempat kerja sebelum mereka menceburi alam pekerjaan.

5.2

Rumusan

Hasil daripada penganalisaan data serta perbincangan dapatan kajian dapat dirumuskan bahawa:

Guru-guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) mempunyai pengetahuan dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan. Ini disebabkan oleh faktor penyediaan modul kursus kejuruteraan yang bersesuaian tetapi boleh dipertingkatkan kerana hasil daripada dapatan kajian didapati guru pelatih kurang mempunyai kemahiran dalam modul kursus kejuruteraan.

Salah satu sebab utama mengapa mereka kurang berkemahiran adalah kerana kurang diberikan pendedahan terhadap kemahiran walaupun diberikan pendedahan pengetahuan. Mereka tidak diberikan atau didedahkan kepada proses yang berlaku di industri yang mempunyai kelebihan seperti belajar dalam keadaan alam pekerjaan sebenar. Selain daripada itu, pelajar perlu didedahkan kepada kemahiran pengendalian mesin-mesin seperti yang terdapat di industri. Mereka juga perlukan bantuan daripada orang yang berkemahiran dan pakar dalam pengendalian peralatan dan mesin-mesin disamping mereka dapat mempelajari kemahiran yang akan didapati daripada pendedahan yang diberikan.

53

5.3

Cadangan

Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan serta rumusan yang telah dibuat, pengkaji ingin membuat beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk membantu meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran pelajar. Antara cadangan yang ingin dikemukakan adalah:

1. Pelajar kerap didedahkan kepada industri berkaitan untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka sekaligus menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada. 2. Menjemput mereka yang arif dalam bidang tertentu untuk memberikan maklumat-maklumat dalam bidang kejuruteraan. 3. Meluaskan lagi skop pembelajaran kursus kejuruteraan dan tidak hanya tertumpu kepada pengetahuan semata-mata. 4. Mengadakan kursus-kursus kemahiran mengendalikan mesin atau peralatan yang berkaitan bagi memastikan pelajar dapat meningkatkan kemahiran serta pengetahuan mereka. 5. Mengadakan usahasama lebih meluas lagi dengan pihak industri bagi menempatkan pelajar seperti menjalani latihan industri. 6. Memanjangkan tempoh latihan industri supaya pelajar lebih terdedah dengan situasi pekerjaan sebenar.

54 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Hasil daripada kajian ini akan lebih kukuh dan bermakna sekiranya disusuli dengan kajian-kajian lanjutan oleh pengkaji-pengkaji lain. Oleh itu terdapat beberapa cadangan yang boleh dibuat sebagai kajian lanjutan oleh pengkaji-pengkaji lain yang berminat. Antara cadangan yang ingin diketengahkan adalah:

1. Kajian ini diluaskan skop lagi kepada guru-guru pelatih yang mengambil kursus yang sama dari institusi pengajian yang lain, maktab-maktab perguruan, institut kemahiran ataupun pelajar-pelajar sekolah menengah teknik dan vokasional. 2. Kajian berkenaan masalah yang selalu pelajar hadapi dalam mengambil kursus ini khususnya yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran. 3. Skop kajian dipecahkan lagi kepada persepsi terhadap kemahiran pengendalian peralatan kejuruteraan.

5.5

Penutup

Dalam bab ini pengkaji telah membuat rumusan berdasarkan dapatan untuk persoalan kajian yang dikaji dan seterusnya pengkaji telah membuat rumusan secara keseluruhan serta mengemukakan beberapa cadangan berkaitan kajian yang telah dijalankan dan untuk tujuan kajian lanjutan.

55 Bibliografi Ahmad (1994). Vocational Training in Malaysia: An overview. Dalam P. Pillai & R. Othman (pnyt). Learning to work. Working to learn: Vocational training in Germany and Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: ISIS Malaysia. 77-90.

Abu Hassan dan Ainon Mohd (1997). Daya Pengaruh dan Daya Peubahan Sikap. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abu Hassan bin Kassim (1998). Panduan Penyelidikan Dalam Sains Sosial. Ogos 1998. Tidak Diterbitkan.

Ainuddin bin Yacob (2000). Persepsi Pelajar Kursus Kejuruteraan Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Murni Di Sepanjang Mengikuti Pengajian Di UTM. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Atan Long (1991). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn. Bhd.

Azizi Yahya, Yusof Boon, Jamaludin Ramli, Jaafar Sidek Latif, Fawziah Yahya dan Amir Hamzah Abdul (2004). Psikologi Sosial. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

Azmi Bin Othman & Lokman B. Mohd Tahir (2002). Persepsi Pelajar Orang Asli Di Asrama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli/ Kementerian Pendidikan Di Daerah Bentong Terhadap Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Billett, S. (1993). Whats in a setting? Learning in a workplace. Australian Journal of Adult 33(1): 4-14

56 Billett, S. (1994). Situated learning A workplace experience. Australian Journal of Adult and Community Education 34(2): 112-130.

Crow, L.D. dan Crow, L. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Custer, R. L. & Claiborne, D. M. (1995). Critical skills clusters for vocational education. The employers perspective A replication study. Journal of Vocational Education Research 20(1): 7-33.

Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad (1991). Malaysia Melangkah Ke Hadapan. Dalam: Abu Hassan Adam. Menghala Wawasan 2020. Edisi 2. Kuala Lumpur : Arena Ilmu (M) Sdn. Bhd. ; m.s. 210.

Esah Sulaiman (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Edisi 1. Johor; Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 65-105.

Finch, C. (1999), February 2. Using professional development to meet teachers changing needs: What we have learned. Center Point 2: 1-14.

Gagne, R.M. (1985). The Conditions of Learning. New York : Holt, Rinehart and Winston.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Education In Malaysia; A Journey To Excellence, AG Grafik Sdn. Bhd. (2001)

Kementerian Pendidikan Malaysia. Perangkaan Pendidikan Malaysia 2002, Kuala Lumpur, KPM (2002)

57 Kramlee Mustafa, Ruhizan Mohd Yasin, Hamdan Mohd Ali (2003). Integrasi Akademik dan Vokasional: Rasional dan Cabaran Jurnal Pendidikan 28. 77-90. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Labaree, D. F. (1997). Public goods, private goods : The American struggle over educational. 28(3): 47-63.

Mahathir Mohamad (1991). Kertas Kerja Malaysia The Way Forward

Mahathir Mohamad (1991). Malaysia : Melangkah Ke Hadapan (wawasan 2020). Kertas kerja dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama Majlis Perniagaan Malaysia pada 28 Februari 1991. Kuala Lumpur : Jabatan Percetakan Negara.

Mohd Hasni Mohd Adnan (1996). Kelemahan Pelajar Menguasai Pelajaran Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara di Dua SMV Negeri Kelantan : Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Mohd. Jahib Johari (2001). Etika Profesional Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Kaedah Penyelidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Salleh Lebar (1996). Perkembangan Dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn. Bhd.

Mohd. Salleh Abu dan Zaitun Tasui (2001). Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0 For Window. Kuala Lumpur: Venton.

58 Patrick Ningkan Anak Uban & Abdul Razak B. Idris (2003). Persepsi Pelajar Iban Di Sekolah Menengah Kerajaan Subis, Sarawak Terhadap Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Ramlee, M. (1999). The role of vocational and technical education in the industrialization of Malaysia as perceived by educators and employers. Disertasi Ph.D. Purdue University.

Rashidi dan Abd Razak (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah dan Strategi. Kajang Selangor : Penerbit Masa Enterprise.

Sulaiman Ngah Razali (1997). Pedagogi: Teori dan Praktik. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Universiti Teknologi Malaysia (2001). Panduan Menulis Tesis. Universiti Teknologi Malaysia.

Wan Rahimah Wan Abdul Kadir (1995). Pendidikan Masa Kini: Kaedah Melahirkan Generasi Berkualiti. Jurnal Guru. Mei. 426-436

Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias (1990). Strategi Pengajaran Kemahiran Hidup dan Perdagangan Keusahawanan KBSM, Petaling Jaya : Fajar Bakti.

______________(1995). Keperluan Tenaga Kerja Negara. Utusan Malaysia, 5 April.

59

LAMPIRAN

60 LAMPIRAN 1

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR DARUL TAKZIM


BORANG SOAL SELIDIK UNTUK PELAJAR
Borang soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai

PERSEPSI GURU PELATIH TAHUN 5 SPA/E/J TERHADAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN DALAM KURSUS KEJURUTERAAN

Soal selidik ini mengandungi (4) muka surat, terbahagi kepada dua (2) bahagian.Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A : Bahagian B : Latar belakang pelajar. Set soal selidik mengenai kemahiran pelajar terhadap kejuruteraan, pengetahuan pelajar terhadap kursus kejuruteraan dan aplikasi semasa latihan mengajar. Pelajar dikehendaki menjawab semua pernyataan dalam setiap bahagian, sebagaimana yang diarahkan.

Segala maklumat yang anda beri akan dirahsiakan. Sila berikan jawapan anda dengan ikhlas. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih Penyelidik MUHAMAD GHAZALI MOHD SAAID AP000308 FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSII TEKNOLOGI MALAYSIA

61

BAHAGIAN A MAKLUMAT LATAR BELAKANG PELAJAR ARAHAN: Tandakan (x) pada ruangan yang disediakan;

1. Nama kursus yang diikuti;

SPA (Awam) SPE (Elektrik) SPJ (Jentera)

( ( (

) ) )

2. Jantina;

Lelaki Perempuan

( (

) )

3. Bangsa;

Melayu Cina India Lain-lain

( ( ( (

) ) ) )

4. Jenis sekolah semasa Latihan Mengajar

Kebangsaan Teknik Agama Lain-lain

( ( ( (

) ) ) )

62 BAHAGIAN B Arahan: Untuk setiap pernyataan di bawah, anda dikehendaki memilih salah satu daripada lima (5) aras persetujuan. Sila bulatkan pilihan anda.

Kenyataan Amat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Amat Setuju

Ringkasan ATS TS TP S AS

Skor 1 2 3 4 5

. Bil. 1 Item Saya akan menunjukkan cara melaksanakan sesuatu aktiviti amali sebelum membenarkan pelajar mencubanya sendiri. 2. Saya yakin isi pelajaran yang terkandung dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari dapat meningkatkan pengetahuan pelajar 3. Latihan dan kemahiran yang diberikan dalam kursus kejuruteraan ini dapat digunakan jika bekerja dalam industri. 4. Saya memberi maklumat terkini tentang isi pelajaran yang diajar 5. Saya menerangkan langkah kerja latihan atau kemahiran amali dengan jelas untuk meningkatkan kemahiran 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 STS TS TP S SS

63 6. Saya sering mengaitkan isi pelajaran kepada pelajar dengan situasi sebenar 7. Saya dapat meningkatkan kemahiran mengendalikan mesin dan peralatan menerusi modul yang disediakan. 8. Saya menyampaikan isi pelajaran kejuruteraan dengan pelbagai kaedah supaya pelajar tidak bosan 9. Pelajar didedahkan dengan latihan atau kemahiran yang menyerupai situasi sebenar. 10. Saya mendapatkan maklumat bidang kejuruteraan tambahan daripada sumber lain selain daripada modul yang disediakan. 11. Pelajar didedahkan dengan kemahiran kejuruteraan bagi membantu mereka dalam bidang industri nanti. 12. Pelajar dibawa melawat industri yang berkaitan bagi membolehkan mereka melihat situasi pekerjaan sebenar 13. Pelajar diberikan kemahiran menggunakan mesin-mesin sebenar yang menyerupai suasana tempat kerja. 14. Pelajar mudah menguasai isi pelajaran yang disampaikan 15. Pelajar dikehendaki membuat projek menggunakan kemahiran yang telah diajar. 16. Pelajar digalakkan menggunakan kemahiran berkomunikasi semasa membuat latihan amali. 17. Saya dapat menerangkan kepada pelajar mengenai subjek kejuruteraan dengan lancar 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

64 18. Saya boleh menunjukkan contoh kepada pelajar cara menggunakan peralatan kejuruteraan dengan betul. 19. Saya memerlukan buku teks atau buku rujukan ketika saya menyampaikan pengajaran. 20. Saya memerlukan pembantu bengkel untuk membantu saya menggunakan peralatan kejuruteraan. 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

65

LAMPIRAN 2: BILANGAN SAIZ SAMPEL YANG DIPERLUKAN

Bilangan Populasi 50 55 60 65 70 75 80 85 90 95 100 110 120 130 140 150 160 170 180 190 200 210 220 230 240 250 260 270 280 290 300 320 340 360 380 400 420 440 460 480 500 95%

Aras Keyakinan 97% 48 53 57 63 67 72 76 82 84 89 93 100 110 116 125 133 140 150 155 165 168 180 184 191 199 204 214 216 225 233 234 250 265 272 284 299 302 316 327 333 350 99 % 49 55 59 65 69 75 79 85 89 95 99 108 118 128 138 148 157 167 177 187 197 206 216 226 236 246 253 263 273 283 293 310 330 350 367 387 402 422 442 457 477

Bilangan Populasi 650 700 750 800 850 900 950 1,000 1,100 1,200 1,300 1,400 1,500 1,600 1,700 1,800 1,900 2,000 2,200 2,400 2,600 2,800 3,000 3,500 4,000 4,500 5,000 6,000 7,000 8,000 9,000 10,000 15,000 20,000 30,000 40,000 50,000 75,000 100,000 200,000 300,000

Aras Keyakinan 95% 250 250 259 259 270 270 279 279 290 299 299 310 310 310 319 319 319 330 330 339 339 339 339 350 359 359 359 359 370 370 370 370 379 379 379 379 379 390 399 399 399 97% 414 433 450 467 484 499 516 516 550 567 599 616 633 650 667 684 699 699 733 750 767 784 799 833 850 867 884 916 933 950 967 967 999 1,016 1,033 1,050 1,050 1,067 1,084 1,084 1,084 99% 610 653 699 744 787 828 867 906 995 1,071 1,150 1,228 1,229 1,379 1,450 1,522 1,599 1,657 1,799 1,932 2,050 2,183 2,299 2,581 2,850 3,089 3,299 3,699 4,050 4,399 4650 4,899 5,899 6,499 7,299 7,750 8,099 8,550 8,799 9,199 9,350

46 50 53 59 59 64 68 71 75 79 79 90 93 99 106 110 117 119 126 130 135 139 140 150 150 155 159 159 170 170 170 179 184 190 199 199 210 210 210 219 219

66 550 600 230 240 367 385 522 567 400,000 500,000 399 399 1,084 1,084 9,399 9,499

Sumber : Abu Hassan bin Kassim

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6

Taburan Populasi Dan Sampel Kajian Pemilihan Tahap Jawapan Responden Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian : Taburan Skor Mengikut Skala Likert Perubahan Skala Likert Kepada Skala 3 Peringkat Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Kursus Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Bangsa Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jenis Sekolah Semasa Latihan Mengajar Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Kursus Kejuruteraan Kemahiran Guru Pelatih Dalam Kursus Kejuruteraan

24 27 27 29 31 31 33 34 34 35 36 40