Anda di halaman 1dari 9

TEH NUR IDAYU ABD GHAFAR SITI NUR HAMIZAH ISMAIL

Burns(1978), dalam Abdul Aziz Yusof (2003), telah mentakrifkan

kepimpinan

transformational

sebagaimana

berikut:

Leadership as leaders inducing follower to act for certain goals that represent the values and motivations-the wants and the need, the Aspirations and expectation of both leaders and followers, and the Genius of leadership lies in the manner in which leaders see and act On their own and their followers values motivations (pg.19) .

Bass (l990) dalam Abdul Aziz Yusof ,2003, telah mendefinisikan

kepimpinan transformational sebagai kepimpinan yang menunjukkan


kecemarlangan yang luar biasa kerana mereka berjaya meluaskan dan mengembangkan minat subordinat dalam membangunkan kesedaran dan penerimaan terhadap tujuan dan misi kumpulan. Pemimpin juga bukan hanya mempunyai kebolehan membangunakan minat

subordinat, tetapi minat yang dibangunkan melangkaui minat peribadi subordinat itu sendiri.

PERTIMBANGAN INDIVIDU

STIMULASI INTELEKTUAL

INSPIRASI MOTIVASI

PENGARUH IDEAL

Seseorang pemimpin transformational memberi perhatian terhadap

keperluan para subordinatnya yang unik sama ada dari aspek jangkaan,
aspirasi dan matlamat.

Pemimpin seperti ini bersedia mendengar segala masalah dan

pendapat yang dikemukakan oleh subordinatnya dan sentiasa bersedia untuk memberi maklum balas serta membantu untuk membina keyakinan diri terhadap sebarang perubahan yang dilakukan. Dalam hal ini, seseorang pemimpin transformational perlu memainkan peranan sebagai seorang rakan pembimbing.

Bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada subordinat dalam

mengubah cara berfikir terutama mengenai masalah teknikal, masalah


hubungan sesama sendiri dan pihak luar, dan tidak kurang pentingnya masalah-masalah peribadi.

Mereka bersedia berkongsi idea, pengalaman dan kekuatan bersama

subordinat. Sikap keterbukaan menyebabkan subordinat tidak kekok

untuk menyuarakan pandangan kerana subordinat tahu terdapatnya


saling percaya (mutual trust) yang tinggi di antara mereka.

Dalam hal ini, pemimpin transformational akan memotivasikan

subordinat dengan berkongsi visi dan matlamat organisasi. Pemimpin


akan menunjukkan contoh-contoh terbaik dengan berkerja keras, bersikap optimistic apabila berhadapan dengan krisis, kesediaan untuk memikul tanggungjawab jika berlakunya sesuatu kesilapan dan tidak membebankan subordinat dengan perkara-perkara remeh. Apa yang penting bagi mereka ialah bagaimana hendak membangkitkan dan mengekalkan semangat kerja yang tinggi serta memaksimakan penggunaan setiap potensi yang ada di kalangan subordinat.

Dengan menunjukkan rasa hormat di antara pemimpin dengan

subordinat, akan membantu meningkatkan keyakinan subordinat terhadap pemimpin dan keadaan in akan membolehkan pemimpin meningkatkan pengaruhnya terhadap subordinat. Pemimpin

transformational akan mempengaruhi para subordinatnya untuk mempercayai bahawa mereka mempunyai potensi, peluang dan kehebatan yang sama untuk mencapai kejayaan. Mereka sentiasa mencabar subordiant, aku mampu melaksanakannya mengapa tidak

kamu?. Pengaruh sedemikian amat penting bagi membolehkan


subordinat mengambil inisiatif menjalankan tugas yang lebih mencabar kerana mereka mempunyai yang layak dicontohi (role

model) untuk diikuti dalam usaha mencapai kejayaan.

http://kulanzsalleh.com/model-kepimpinan/
http://en.wikipedia.org/wiki/Transformational_leader

ship

Anda mungkin juga menyukai