Anda di halaman 1dari 3

DOA SEORANG ISTERI Bismillahhirrahmannirrahim~

Ya Allah... Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat, Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas, Kau berikanlah aku kekuatan mental, Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista, Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu, Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah... Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash, Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya, Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu, Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya, Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu, Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya, Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untuk ku di Dunia Mu, Peliharalah tingkah laku ku serta kata-kata ku dari menyakitkan perasaannya, Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu, Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya,

Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diri ku seorang, Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu, Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu, Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya, Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya, Sekiranya suami ku menyintai kesesatan, Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah... Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untuk ku, Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuran ku, Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai, Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab ku sebagai isteri, Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu, Sekiranya aku ingkar dan derhaka, Berilah aku petunjukkan ke arah rahmat Mu.

Ya Allah sesungguhnya... Aku lemah tanpa petunjukMu, Aku buta tanpa bimbinganMu, Aku cacat tanpa hidayahMu, Aku hina tanpa RahmatMu.

Ya Allah... Kuatkan hati dan semangatku, Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu, Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami, Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu, Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.

Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan, Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu, Kerana aku sedar hinanya aku, Kerana aku insan lemah yang kerap keliru, Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu, Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu, Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu.

Ya Allah Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa dihati suamiku.

Amin Ya Rabbi Allamin..