Anda di halaman 1dari 2

4.

KELEBIHAN / KEKUATAN INOVASI

Ulik mayang, wayang kulit dan gamelan merupakan kebudayaan berbentuk kesenian yang sememangnya sinonim dengan masyarakat Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Jika dilihat dari sudut sejarah, ketiga-tiga kesenian ini telah pun berakar umbi dan begitu rapat dengan jiwa masyarakat Pantai Timur sejak zaman-berzaman. Justeru, pemilihan ketiga-tiga kesenian ini untuk diaplikasikan dalam inovasi kami difikirkan wajar agar generasi muda mengenali kesenian warisan bangsa, berbangga dan seterusnya berusaha mempertahankannya kemodenan. Memandangkan inovasi ini disasarkan kepada murid-murid yang belajar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, kami berpendapat tiada sebarang masalah besar akan timbul kerana masyarakat pantai timur sememangnya terkenal sebagai masyarakat yang meminati, menghargai dan menyanjungi warisan kebudayaan mereka tanpa mengira peringkat umur. Tambahan pula, setidak-tidaknya mereka mempunyai sedikit pengalaman atau pernah didedahkan dengan salah satu daripada kesenian tersebut. Antara faktor yang menjadikan inovasi ini menarik ialah kerana ketiga-tiga kesenian ini digabungkan dalam satu inovasi. Dari sudut visual, konsep pengajaran berbantukan bahan bantu mengajar iaitu set wayang kulit digunakan. Penggunaan set wayang kulit ini akan membantu memudahkan murid untuk mengikuti perjalanan cerita yang akan disampaikan oleh guru. Dengan ini, murid dapat memahami konsep yang ingin diterapkan oleh guru secara lebih jelas. Selain itu, audio turut digunakan dalam inovasi ini. Hal ini kerana selain bahan berasaskan visual , audio turut membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sejarah juga telah telah membuktikan bahawa manusia sejak dari dahulu lagi mudah tertarik dengan bunyibunyian. Justeru , muzik gamelan dan ulik mayang telah dipilih bagi melatari inovasi ini. Menerusi penggunaan bahan audio ini, pelajar akan lebih menumpukan perhatian kepada perkara yang bakal diajar oleh guru. supaya tidak hilang ditelan arus

Pemilihan muzik gamelan dan ulik mayang ini tidak dilakukan secara semberono sebaliknya kerana peranan yang mampu digerakkan olehnya ibarat serampang dua mata. Di samping berperanan sebagai muzik latar yang menghiasi perjalanan cerita inovasi, muzik gamelan dan ulik mayang dilihat mampu menyuburkan kecintaan murid terhadap muzik tradisional warisan bangsa. Selain itu, murid juga turut dilibatkan dalam persembahan inovasi ini. Penglibatan murid dilihat semakin penting dalam memastikan keberhasilan dalam sesuatu sesi P&P mutakhir ini. Antara bentuk penglibatan murid ialah perlaksanaan aktiviti yang telah ditetapkan, sesi soal jawab dan . Ini bermakna bahawa inovasi

ini tidak hanya berfokuskan kepada penggunaan bahan semata-mata, sebaliknya turut memerlukan kerjasama murid untuk menjayakannya. Watak-watak seperti nelayan dan tujuh orang puteri yang ditonjolkan menerusi inovasi ini juga berupaya menambat hati murid. Hal ini kerana murid-murid atau kanak-kanak sememangnya suka dengan bahan maujud yang diperlihatkan secara terus kepada mereka. Bagi inovasi ini, watak-watak yang dihasilkan tidak seperti watak-watak wayang kulit tradisional seratus-peratus sebaliknya disesuaikan dengan peredaran semasa. Ini bermaksud elemen-elemen moden turut diselitkan untuk mewujudkan satu pembaharuan dalam kesenian wayang kulit. Meskipun begitu, keaslian wayang asli tetap dipelihara dan beberapa elemen yang berkaitan dengannya turut diterapkan dalam proses penghasilan watak-watak ini. Perkara terakhir yang membuatkan inovasi ini berupaya untuk menarik minat dan memotivasikan murid untuk mengikuti sesi P&P ialah kewujudan unsur saspens. Menerusi penggunaan unsur saspens, murid-murid akan tertanya-tanya dan berasa teruja untuk mengikuti perkembangan cerita selanjutnya. Untuk menjayakan matlamat tersebut, unsur saspens telah diletakkan di setiap penghujung hentian sesuatu aktiviti. Unsur saspens yang diwujudkan menerusi penceritaan inovasi ini boleh disifatkan sebagai kunci atau strategi utama untuk memastikan guru berjaya mewujudkan sesi P&P yang menghiburkan, seterusnya membuatkan murid-murid tidak berganjak dan kekal mengikuti sesi pengajaran sehingga tamat.

Anda mungkin juga menyukai