Anda di halaman 1dari 2

Jika darah terlalu banyak hilang (tumpah darah) dari tubuh disebabkan luka atau sebarang kecederaan, pesakit

mungkin akan meninggal dunia. Sentiasalah beringat supaya memberhentikan pendarahan secara serta-merta.

Apa yang perlu dilakukan?

Bersihkan luka daripada kekotoran. Bersihkan bahagian luka dengan cucuran air jika boleh, sehingga bersih Tangan anda perlu dicuci sebelum atau selepas memberi bantuan kecemasan kepada pesakit untuk menghindar infeksi. Guna kain bebat suci hama (sterial bandage) jika boleh. Hentikan pengaliran darah dengan menekan kemas atas luka, atau tautkan rapat-rapat bahagian luka. Letakkan kain bebat yang tebal kemaskemas pada bahagian luka. Jika tiada kain bebat sesuai, gunakan sebarang pembalut lapik atau bahan-bahan yang serupa dengannya atau kertas tisu. Beri tekanan yang kemas untuk 10 minit . Sebaik-baiknya terlentangkan pesakit yang dirawat.

Jika luka berlaku pada anggota tangan atau kaki, tinggikan bahagian tersebut untuk meredakan pendarahan. Selesakan dan yakinkan pesakit.

Jika darah masih mengalir meresapi pada bebatan pertama, pastikan bebatannya berada di tempat yang betul. Jika masih berdarah, tambahkan selapis lagi tanpa membuang kain bebat pertama.

Biarkan bahagian luka berada dalam kedudukan tinggi beberapa ketika selepas pendarahan berjaya dihentikan. Doktor harus memeriksa semua luka yang teruk. Jahitan luka perlu dilakukan supaya cepat sembuh.

Luka tusukan seperti tertusuk paku karat atau gigitan kucing ataupun anjing boleh menyebabkan jangkitan. Suntikan anti-tatanus (kancing gigi) mungkin perlu untuk kes ini.

Anda mungkin juga menyukai