Anda di halaman 1dari 3

Ujian Iodin untuk karbohidrat Tajuk : menentukan kehadiran kaji dalam makanan Radas dan bahan : piring petri,

larutan iodin dan tepung ubi kayu Prosedur :

1. Sespatula tepung ubi kayu dimasukkan dalam sebuah piring petri 2. Beberapa titik larutan iodin dititiskan ke dalamnya. 3. Sebarang perubahan dicatatkan.

Pemerhatian: Di akhir eksperimen, warna biru tua terbentuk pada teping ubi kayu perbincangan : 1. Ujian iodin juga boleh dilakukan ke atas ubi kentang dan sekeping roti, hanya titiskan larutan iodin ke atas sampel makanan. Pembentukan warna biru tua mengesahkan kehadiran kanji 2. Apabila ujian iodine dijalankan ke atas sampel makanan yang tidak mengandungi kanji, warna kuning iodin tidak akan berubah. Kesimpulan : Tepung ubi kayu mengandungi kanji

Ujian Millon untuk protein Tajuk : Menentukan kehadiran protein dalam makanan Radas dan bahan : Pemegang tabung uji, kukus air, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, bahan uji Millon dan larutan albumen

Bahan uji Millon

Larutan albumen yang dipanaskan

Prosedur : 1. Kira-kira 5 ml larutan albumen dimasukkan ke dalam tabung uji 2. Beberapa titisan bahan uji Millon ditambahkan ke dalam tabung uji 3. Campuran tersebut dipanaskan dalam rendaman air. 4. Sebarang pemerhatian diperhatikan dan pemerhatian dicatatkan Pemerhatian :

Di akhir eksperimen, mendakan merah bata terbentuk pada larutan albumen.

Perbincangan : 1. Dalam ujian Millon , sebarang perubahan mendakan merah, sama ada merah bata atau merah muda diterima sebagai keputusan positif.

2. Mendakan terhasil kerana protein dinyahaslikan oleh suhu tinggi dan menjadi tidak terlarut. Kesimpulan : Larutan albumen mengandungi protein. Ujian tompok gris untuk lipid Tajuk : menentukan kehadiran lipid dalam sampel makanan. Radas dan bahan : kertas turas, penitis dan minyak masak Prosedur : 1. Setitik minyak masak dititiskan ke atas kertas turas. Setitik air pula dititiskan ke atas ketas turas yang lain. 2. Kedua-dua helai kertas turas dibiarkan kering di bawah kipas selama kirakira 30 minit. 3. Kertas turas dipegang menentang cahaya. Sebarang perbezaan pada kedua-dua helai kertas turas diperhatikan. 4. Pemerhatian dicatatkan

Pemerhatian : Tompok lutsinar dapat diperhatikan pada kertas turas yang telah dititiskan dengan minyak masak. Kesimpulan : Minyak masak mengandungi lipid

Anda mungkin juga menyukai