Anda di halaman 1dari 21

KERJA KURSUS GEOGRAFI PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2012

PERNIAGAAN PASAR MALAM DI BUKIT PASIR MUAR JOHOR DARUL TAKZIM


NAMA:MUHAMMAD SHAHRIZZAT BIN MD SUKOR KELAS:3 BAIDURI GURU PENILAI:HARIATI BINTI OSMAN

12

2 ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAWASAN KAJIAN

KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN

RUMUSAN

LAMPIRAN

PENDAHULUAN
Kajian Geografi Tempatan ini merupakan syarat wajib untuk lulus subjek Geografi dalam Penilaian Menengah Rendah.Kajian ini memerlukan murid turun ke lapangan untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya untuk menghasilkan laporan yang lengkap. Saya memilih tajuk kajian iaitu Perniagaan Pasar Malam di Kawasan Bukit Pasir,Muar Johor Darul Takzimsebagai tajuk kajian kerja kursus Geografi saya kerana perniagaan pasar malam yang dibuka di kawasan kajian pada pukul 5.30 petang hingga 9.00 malam itu menyumbang peranan yang penting kepada penduduk sekitar.Contohnya,memudahkan penduduk untuk membeli barangan runcit dan barangan dapur.Selain itu,kawasan kajian terletak berhampiran sekolah saya iaitu kira-kira 2 kilometer sahaja.Ini memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat untuk dapatan kajian. Saya menjalankan laporan ini kira-kira 6 bulan(feb-julai) iaitu meliputI kerja-kerja pemerhatian,soal selidik,rujukan dan menulis laporan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

3 Penghargaan
Saya Muhammad Shahrizzat Bin Md Sukor ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepadabeberapa pihak yang telah banyak membantu saya dari banyak aspek. Pertama sekali kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberikan dorongan dan kata-kata Semangat kepada saya sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini. Seterusnya,kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan Hariati Osman kerana banyak tunjuk ajar yang diberikannya untuk menyempurnakan tugas yang penting ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan-rakan yang banyak menyumbangkan idea dan pendapat kepada saya. Penghargaan saya juga diberikan kepada pengetua dan pihak responden yang sanggupbekerjasama dalam memberikan pengetahuan am kepada saya sekaligus meringankan bebanan daya fikir yang sesak ini. Sekian terima kasih.

5 Objektif Kajian
Objektif kajian yang akan diperoleh daripada kajian ini ialah: 1.Mengetahui konsep dan jenis perniagaan runcit di Bukit Pasir 2.Mengetahui kepentingan perniagaan runcit di Bukit Pasir 3.Mengetahui faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di Bukit Pasir 4.Mencari kesan negatif perniagaan runcit Bukit Pasir 5.Memperoleh cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit Bukit Pasir 6. Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajianBukit Pasir

6. KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian yang saya kaji bernama Bukit Pasir.Kawasan ini terletak di daerah Muar,Johor Darul Takzim.Kawasan ini berkeluasan kira-kira 0.25 km persegi dan dimajukan sebagai pusat perniagaan seperti kedai perabot,klinik,restoren,bank dan butik. Kawasan Bukit Pasir pada asalnya merupakan sebuah pekan kecil.Kawasan ini mula dimajukan sekitar tahun 2000 .Kawasan ini mula dimajukan kerana pertambahan penduduk yang semakin meningkat hasil daripada pembinaan sebuah taman perumahan yang dibina di sekitar kawasan ini. Kawasan ini terletak di Barat Laut Muar.Kawasan ini terletak 10 km daripada Bandar Muar.

7
KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian yang telah digunakan untuk menghasilkan kajian ini ialah : 1.Pemerhatian Saya telah memperhatikan bentuk muka bumi kawasan kajian.Saya juga telah memperhatikan jenis barangan yang dijual di Pasar Malam 2.Temu Bual Saya telah menemu bual 3 orang penduduk di kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat tentang kesan perniagaan pasar malam 3.Rujukan Saya telahmembuat rujukan melalui internet untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang kawasan kajian.SILA RUJUK LAMPIRAN 4.Soal Selidik Saya telah membuat soal selidik terhadap 20 orang responden dengan menggunakan borang soal selidik.SILA RUJUK LAMPIRAN

8
DAPATAN KAJIAN Konsep kajian saya merupakan Perniagaan Pasar Malam Di Kawasan Bukit Pasir.Dapatan yang saya peroleh daripada kajian ini ialah: Pasar malam merupakan konsep pasar atau bazaar yang perniagaannya dimulakan pada waktu petang sehingga kepada waktu malam. Ia merupakan sejenis pasar jalanan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang biasanya berada di kawasan perumahan. Di pasar malam terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barangan seperti makanan dan hasil tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan, buku, baju dan sebagainya ada dijual. Ia menarik banyak orang mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan. Pasar malam hanya dibuka beberapa malam dalam seminggu, kerana peniaga berpindah-randah ke kawasan berlainan setiap hari sepanjang minggu. Tawar menawar merupakan amalan biasa di pasar sedemikian. Di Malaysia peniaga mendapat lesen peniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan. 8.2Kepentingan Pasar Malam di Bukit Pasir Muar,Johor Darul Takzim Kepentingan perniagaan pasar malam di kawasan Bukit Pasir ialah seperti berikut : 1.Menyedikan barangan yang segar Melalui pemerhatian,saya dapati barangan yang dijual di pasar malam di kawasan Bukit Pasir tersebut seperti sayur dan ikan serta buah-buahan dijual dalam keadaan yang segar.Daging ayam dan

lembu juga dijual dalam keadaan segar.Melalui temu bual dengan .............................. beliau lebih suka membeli barangan basah di pasar tani ini kerana barangan yang dijual di pasaraya berdekatan tidak segar dan daging yang dijual dalam keadaan beku. 2.Menjimatkan kos pengguna Melalui temu bual,encik ....................... menyatakan barangan yang dijual seperti ikan ,daging makanan dan pakaian dijual dengan harga yang murah berbanding dengan pasaraya berdekatan. 3.Menyediakan peluang pekerjaan Pasar malam ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.menurut salah seorang peniaga,..................... beliau telah tinggal di kawasan Bukit Pasir dengan berniaga air di pasar malam.Oleh itu,peluang pekerjaan itu telah memberikan peluang pekerjaan kepada dirinya. untuk menyara keluarga Peluang pekerjaan seperti itu dapat mengurangkan kos pengangguran di kawasan kajian. 4.Memudahkan penduduk tempatan memberi barang keperluan Melaui soal selidik,sebanyak ......% responden menyatakan kewujudan pasar malam tersebut memudahkan mereka membeli barangan kerana kedudukannya yang berhampiran dengan rumah mereka.Pelanggan tetap pasar malam ini ialah penduduk di Bukit Pasir.Mereka lebih suka membeli barangan basah dan kering kerana lokasinya yang dekat berbanding pasaraya lain seperti ASTAKA atau FRESCO yang terletak lebih kurang 3km dan perlu menempuh kesesakan jalan raya.Saya selaku penduduk di kawasan Bukit Pasir berasa bersyukur kerana kewujudan pasar malam di kawasan bukit pasir dapat memudahkan urusan dan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan berhampiran.

8.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERNIAGAAN PASAR MALAM DI KAWASAN BUKIT PASIR.

Faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam di Bukit Pasir ialah: 1.Governan Faktor governan telah menyedikan menggalakkan kewujudan pasar malamdi Bukit Pasir.Hal ini demikian kerana Majlis Perbandaran Daerah Muar telah menyediakan tapak yang sesuai untuk pasar malam ini.Tapak ini pada siangnya ialah kawasan parkir kereta tetapi pada hari rabu menjelang malam,tapak ini akan dijadikan kawasan pasar malam. 2.Pertambahan penduduk Jumlah penduduk di kawasan Bukit Pasir telah bertambah kerana pembinaan beberapa buah taman perumahan seperti Taman Permatang Pasir,Taman Bintang Emas dan Taman Bukit Pasir.Dianggarkan kira-kira 10000-15000 orang telah menetap di Bukit Pasir.Jumlah penduduk yang tinggi ini sememangnya akan meluaskan pasaran barangan yang dijual di pasar tersebut. 3.Darjah ketersampaian Darjah ketersampaian yang tinggi di kawasan tersebut telah menggalakkan kewujudan pasar malam.Pasar malam tersebut sangat mudah dihubungi dengan menggunakan jalan raya.

4.Kesesuaian waktu berniaga Melalui temu bual dengan Encik ..............,beliau suka pergi ke pasar tersebut kerana waktunya yang dibuka pada waktu malam kerana pada siang hari,beliau sibuk bekerja.Pada hari ahad pula ,beliau ingin meluangkan masanya bersama keluarga.Hari Rabu merupakan hari yang sesuai untuknya membeli barangan keperluan. 8.4 Kesan Negatif Perniagaan Runcit Di Pekan BukitPasir 1. Kesesakan lalu lintas ~ Tapak pasar malam di kawasan Bukit Pasir yang terletak di laluan masuk ke kawasan perumahan Taman Bukit Pasir telah menyekat laluan orang ramai. Sikap pengunjungpengunjung yang meletak kenderaan di bahu-bahu jalan telah memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan kesesakan teruk pada laluan ini. Keadaan bertambah teruk ketika waktu kemuncak aktiviti perniagaan iaitu bermula dari jam 6.00 petang hingga 8.00 malam. 2. Pencemaran ~ Kekurangan tong-tong sampah di kawasan pasar malam, menyebabkan bekasbekas makanan dan minuman dibuang di merata-rata tempat seperti dilonggokkan di tepi-tepi longkang atau bahu-bahu jalan. Keadaan ini diburukkan dengan sikap peniaga dan pengunjung pasar malam yang tiada kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan kawasan sekitar. Oleh sebab itu, selepas berakhirnya aktiviti pasar malam ini, kawasan ini dipenuhi longgokan sampah sarap dengan pemandangan yang menyakitkan mata! Bau busuk juga menyelubungi kawasan itu. 3. Wabak penyakit ~ Longgokan sampah-sarap di kawasan pasar malam ini telah menggalakkan pembiakan lalat, tikus dan tempat tumpuan anjing-anjing liar mencarikan makanan. Keadaan tidak sihat ini boleh mengundang kepada perebakan penyakit kepada penduduk sekitar.

Selain itu, terdapat gerai-gerai penjualan makanan yang tidak menutup makanan jualan dengan sempurna. Makanan yang terdedah dan dihinggapi lalat boleh menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan.

3. Kempen kesedaran ~ Setiap pengunjung pasar malam seharusnya mempunyai kesedaran untuk menjaga persekitaran pasar malam supaya bersih, bebas daripada pencemaran sampah-sarap. Melalui kempen yang disiarkan di televisyen, seperti kunjungi gerai yang bersih boleh menyemaikan dalam diri pengunjung supaya berhati-hati ketika membeli makanan di pasar malam. Dengan cara ini, kes keracunan makanan mungkin dapat dikurangkan. Sebenarnya, kita perlu bekerjasama bagi memastikan kawasan pasar malam dan sekitarnya bersih. Muafakat membawa berkat!. 4. Harga tanpa kawalan ~ Apabila kurangnya pemantauan dari pihak PBT, peniaga sewenangwenangnya menaikkan harga barangan. Contohnya, peniaga gerai minuman telah menaikkan harga air minuman dari RM1.50 kepada RM2.00 untuk minuman yang mahu diisi dalam plastik. Tambahan pula tiadanya tanda harga dipaparkan di sesetengah gerai, menyebabkan pengunjung tidak tahu harga sebenar barangan yang dijual. Pengunjung merasa tertipu apabila terpaksa membayar lebih sedangkan barangan yang dibeli tidak berkualiti. 8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Pasar Malam Di Bukit Pasir 1. Menyediakan Kemudahan Asas ~ Bagi mengelakkan pencemaran sampah-sarap di kawasan perniagaan pasar malam, pihak PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan boleh meletakkan lebih

banyak tong-tong sampah di sekitar pasar malam ini. Dengan ini, bungkusan plastik minuman dan makanan akan dibuang ke dalam tong sampah itu. 2. Pengawalan harga ~ Pihak berwajib seperti PBT mesti selalu meronda atau melakukan pemantauan mengejut ke kawasan pasar malam untuk memastikan harga barangan dapat dikawal dan tidak dinaikkan sewenang-wenangnya oleh peniaga. Di samping itu, pegawai PBT juga boleh mengadakan pemeriksaan terhadap lesen perniagaan dan memastikan semua peniaga telah menerima suntikan yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan. Ini bertujuan memastikan barangan yang dijual terutama makanan dan minuman adalah selamat kepada pembeli. 3. Kempen kesedaran ~ Setiap pengunjung pasar malam seharusnya mempunyai kesedaran untuk menjaga persekitaran pasar malam supaya bersih, bebas daripada pencemaran sampah-sarap. Melalui kempen yang disiarkan di televisyen, seperti kunjungi gerai yang bersih boleh menyemaikan dalam diri pengunjung supaya berhati-hati ketika membeli makanan di pasar malam. Dengan cara ini, kes keracunan makanan mungkin dapat dikurangkan.

Sebenarnya, kita perlu bekerjasama bagi memastikan kawasan pasar malam dan sekitarnya bersih. Muafakat membawa berkat! http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/03/cadangan-mengurangkan-kesannegatif.html

JADUAL 1 (DAPATAN SOAL SELIDIK) (Sumber:Soal Selidik yang dijalankan terhadap peniaga pasar malam) Bil Nama Bangsa Status Perniagaan Jan Barang Jualan Pengala man (tahun) 1. Syukor Melayu Sepenuh masa Barang dapur 2. 3 4. Arizam Suryani Saiful Melayu Sepenuh masa Melayu Sepenuh masa Melayu Sepenuh masa Ayam Rojak Daging, Ayam 5. 6. 7. Muthu Kamala Pak Uteh India India Sambilan Sepenuh masa Kacang Wadeh Barang aksesori (badan) 8. 9. 10. Kim Minn Mak Jemah Mak Temah Cina Sepenuh masa Mainan Air Mihun Sup 11. Pak Ngah Melayu Sepenuh masa Apam balek 15 3000 10 15 12 3000 3500 3000 10 15 6 2000 2500 2500 10 5 10 1500 1500 2500 15 Pendap atan (RM) 1500

Melayu Sambilan

Melayu Sepenuh masa Melayu Sepenuh masa

12.

Azizah

Melayu Sepenuh masa

Char Kuey Tiaw

4000

13.

Pak Morit

Melayu Sepenuh masa

Nasi ayam

10

4000

14.

Pak Munawer

Melayu Sepenuh masa

Roti John

4500

15.

Hj Salleh Pumpong

Melayu Sepenuh masa

Roti canai

5000

16.

Hjh Tom

Melayu Sepenuh masa

Buku agama

5000

17. 18.

Pak Akob Haris

Melayu Sepenuh masa Melayu Sepenuh masa

Ikan BuahBuahan

10 10

3000 4500

19. 20.

Johan Juanita

Melayu Sepenuh masa Melayu Sepenuh masa

Burger Pakaian

5 10

3000 2500

Bilangan Pendapatan (orang) 4 9 3 4

Pendapatan (RM) 1000 - 2000 2000 - 3000 3000 - 4000 4000 - 5000

Pendapatan

1000 - 2000 2000 - 3000 3000 - 4000 4000 - 5000

9.Rumusan - perniagaan runcit pasar malam ini banyak memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung. - dapat menambah pendapatan mereka manakala pembeli dapat membeli barangan keperluan harian dengan mudah dan dapat menjimatkan masa. - amat penting kepada sesebuah tempat/kawasan

11.RUJUKAN INTERNET: http://www.smkpuchongutama1.com/geografi/contoh-jawapan-kerja-kursus-geografi-pmr-2012 http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/03/kerja-kursus-geografi-lampiran.html http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2012/02/kesan-negatif-perniagaan-pasar-malam.html http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2012/03/kelip-kelipan-contest-cadangan.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasar_malam BUKU TEKS: Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus PMR Geografi pada halaman 17

(gambar kesan negatif pasar malam)

Soalan Temu Bual Siapakah nama encik? Berapa lamakah encik bekerja di pasar malam bukit pasir? Apakah status perniagaan encik? Apakah barang jualan encik? Berapa lamakah encik telah berniaga di pasar malam ini? Pada pandangan encik,apakah kesan kesan pasar malam di kawasan ini? Apakah cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan pasar malam di Bukit Pasir ?

Anda mungkin juga menyukai