Anda di halaman 1dari 7

FORUM 2012 DAKWAH BILHAL ;JAWAPAN KEPADA PENYAKIT SOSIAL HARI INI

PEGERUSI; BURUNG MERPATI TERBANG KE UDARA, HINGGAP SEEKOR DI TENGAH TAMAN, KATA MULIA PEMBUKA BICARA, SALAM SEJAHTERA SAYA UCAPKAN.

Para hakim dan tetamu-tetamu jemputan ahli-ahli panel serta hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Selamat datang dan selamat bertandang ke arena forum pada malam ini. Sebelum bermula eloklah saya memperkenalkan ahli panel kita pada malam ini. Saya mohd ikbal hakimi akan mempengerusikan forum kita pada malam ini dan menemani saya 3 orang ahli panel. Panel yang pertama ialah ketua kaunseling sekolah. Apa khabar saudari aiza anatasya? PANEL 1; Alhamdulillahbaik-baik sahaja tuan pengerusi. PENGERUSI; Sekarang saya memperkenalkan pula ahli panel yang kedua iaitu sidang media sekolah nurul amira. Saudari pula apa khabar? PANEL 2; Alhamdulillah..sihat-sihat sahaja. Tuan pengerusi kita pula bagaimana?

PENGERUSI; Saya sihat sahaja, jika tidak manakan pula saya boleh mempengerusikan forum kita malam ini. Dan yang terakhir ahli panel kita yang ketiga iaitu seorang lelaki yang berbaju kuning dan berbadan sasa tidak lain tidak bukan mohd shafie sebagai seorang ketua pelajar sekolah. Apa khabar saudara di sana? PANEL 3; Khabar baik..lama saya menunggu giliran. PENGERUSI; Memperkenalkan diri sudah, memperkenalkan ahli-ahli panel pun sudah. Sekarang kita akan memulakan perbincangan kita pada malam ini tentang jawapan kepada penyakit sosial pada hari ini. Nampaknya, ahli panel kita telah bersemangat untuk membicarakan soal soaial pada hari ini. dipersilakan saudari anatasya. PANEL 1; Terima kasih tuan pengerusi, Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada sidang hadirin sekalian. Jika kita lihat masalah sosial pada hari ini bukanlah satu isu baru di Malaysia. Malah, isu ini hanya hangat dibincangkan oleh media massa. Menurut kamus Melayu dewan bahasa dan pustaka definisi masalah sosial sebagai kegiatan yang tidak sihat dan tidak bermoral. Masalah sosial ini diinterpretasikan sebagai fenomena vandalisme, gejala buli, melanggar peraturan sekolah dan sebagainya. Jadi jelaslah hadirin sekalian akan maksud sosial ini. Sekarang saya serahkan kepada pengerusi. PENERUSI; 0h begitu ya ahli panel kita ini nampak nya. Begitulah sedikit sebanyak maklumat yang telah diberikan oleh aiza anatasya kepada kita. Kita mungkin sudah jelas dengan definisi masalah sosial ini. Untuk nenghangatkan lagi perbincangan kita pada malam ini, kita teruskannya dengan ahli panel kedua iaitu nurul amira. Dipersilakan..

PANEL 2; Terima kasih tuan pengarusi yang kacak lagi bergaya, assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada hadirin sekalian. Panel pertama telah menjelaskan serba sedikit tentang maksud masalah sosial. Oleh itu izinkan saya mengulas lebih lanjut lagi tentang permasalan ini. Secara rasionalnya masalah sosial contohnya gejala membuli dapat mendatangkan banyak keburukan kepada sesiapa sahaja yang dibuli. kes buli yang meningkat secara mendadak dari tahun ke tahun ini telah merisaukan kita. Sering kali juga kita mendengar berita tentang kejadian buli yang disiarkan oleh media massa. Punca utama kejadian buli di kawasan sekolah ialah kelonggaran undang-undang sekolah pada masa ini. sekian saya serahkan kembali kepada pengerusi. PENGERUSI; Terima kasih saudari atas ulasan yang panjang lebar, Bolehkah saudari nurul amira sambung isu ini dan menjelaskan dengan lebih terperinci? PANEL 3; secara umumnya masalah penyakit sosial ini merangkumi berbagai-bagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dealam sesuatu masyarakat ataupun negara. PENGERUSI; Bolehkah saudari anatasya menerangkan gejala ponteng sekolah dikalangan pelajar?

PANEL 1; assalamualaikum dan salam sejahtera hadirin sekalian. Di sini saya ingin membincangkan masalah sosial yang sering berlaku iaitu gejala ponteng sekolah. Selak kebelakangan ini masalah ponteng sekolah semakin meningkat di negara kita. Faktor utama yang menyebabkan masalah ini ialah pengaruh rakan sebaya. Selain itu, sikap terlalu percaya kepada rakan- rakan akan menyebabkan tindakan yang tidak rasional diambil. Masalah ponteng sekolah juga wujud kerana tekanan yang dialami oleh pelajar di sekolah. Saya kembalikan semula kepada pengerusi. PENGERUSI; Terima kasih kepada ahli panel yang ketiga kita. Bolehkah ahli panel kita yang kedua menjelaskan lebih dalam tentang penyalahgunaan dadah? PANEL 2;Boleh,tiada masalah..hadirin dan hadirat sekalian, masalah remaja sekarang ini sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah. Penagihan dadah ditakrifkan sebagai pergantungan seseorang kepada semua lapisan masyarakat semenjak penemuan pohon ketum yang digunakan untuk tujuan ubat-ubatan suatu masa dahulu. Setiap hari juga isu ini sering menjadi buah mulut di sekolah, di media parlimen malah di warung-warung kopi sekalipun. Hal ini kerana amalan merokok merupakan anak kunci utama sebelum seseorang itu mencuba sesuatu yang lain .kembali kepada pengerusi. PENGERUSI; Begitulah penerangan yang diberikan oleh shafie tentang penyalahgunaan dadah. Bagi meneruskan perbincangan ini, bolehkah saya meminta ahli panel kita yang ketiga untuk menerangkan masalah sosial tentang vandalisme?

PANEL 3; Ya, sudah pasti..terima kasih tuan pengerusi atas soalan tersebut. Ahli panel kita yang pertama sudah menjelaskan tentang masalah-masalah sosial. Saya pula akan membicarakan tentang penyakit sosial yang berkaitan dengan gejala vandalisme. Secara rasionalnya perbuatan vandalisme dapat mendatangkan bahaya kepada orang awam dan pastinya boleh melibatkan nyawa yang tidak berdosa. Oleh itu, perbuatan ini boleh dianggap jenayah. Tidak dinafikan bahawa selain remaja, kutu rayau, penagih dadah juga terlibat dalam vandalisme ini. .. jika diperhatikan golongan yang melakukan perbuatan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai pemikiran yang tidak waras seperti tekanan jiwa, masalah keluarga, murung dan sebagainya. Kembali kepada pengerusi. PENGERUSI; Terima kasih kepada ahli panel kita yang ketiga..sungguh tidak sangka kesan vandalisme ini. Kita haruslah mencegahnya secepat mungkin. Bagaimanakah cara untuk mengatasi penyakit sosial pada hari ini saudari anatasya? PANEL 1; Terima kasih sekali lagi tuan pengerusi. Agak sukar juga soalan yang ditujukan kepada saya. Tetapi saya akan cuba untuk menjawabnya. Cara-cara untuk mengatasi penyakit sosial ini ialah peranan ibu bapa amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa juga hendaklah mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Selain itu, ibu bapa perlulah menigkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilainilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, dan sebagainya. Pokoknya ibu bapa haruslah menunjukkan cara yang baik pada anakanak mereka. Bak pepatah Melayu bagaimana acuan ,begitulah kuihnya.

PANEL 2; Izinkan saya mencelah tuan pengerusi. PENGERUSI; Silakan amira. PANEL 2;Selain daripada pandangan ahli panel pertama sebentar tadi, saya akan menyatakan langkah-langkah yang lebih sesuai. Pencegahan yang sesuai hendaklah diadakan kepada pelajar seperti bimbingan kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselorkaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga, dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. Ibu bapa janganlah jadi umpama kucing tak bergigi, tikus lompat tinggi-tinggi.terima kasih pengerusi. PENGERUSI;Sama-sama amira. Bolehkah saudara syafie mengulaskan kepada kami serba sedikit tentang penyakit sosial pada hari ini?

PANEL 3;Sudah tentu tuan pengerusi. Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Rasulullah s.a.w telah bersabda ajarlah anakmu dengan rotan selepas anakmu berumur 10 tahun, sekiranya ia enggan bersolat. Demikianlah nasihat rasulullah s.a.w yang mengigatkan setiap ibu bapa supaya tidak leka dalam menerapkan diri anak-anak dengan ilmu agama dan kerohanian. Dalam konteks ini setiap ibu bapa diwajibkan mengajar anak-anak dengan ilmu agama seperti bersolat dan berpuasa. Hal ini demikian kerana , hidup seseorang insan akan lebih sempurna seandainya ilmu agama terisi di dalam dada. Justeru, itu anak- anak dapat dididik untuk membezakan antara yang baik dan yang buruk. Sudah tiba masanya saya mengundur diri, dengan itu saya serahkan kembali majlis ini kepada tuan pengerusi. PENGERUSI; Terima kasih. Begitulah perbicaraan ketiga-tiga ahli panel kita pada malam ini yang begitu panjang lebar sebentar tadi. Maka sampailah kita di penghujung majlis. Saya berharap agar hadirin dan hadirat sekalian dapat mengaut sebanyak mungkin maklumat dan teladan daripada forum kita pada malam ini. Semoga dengan berakhirnya forum ini, hadirin sekalian dapat meluaskan pengetahuan supaya dapat diaplikasikan pada masa hadapan. Sebelum saya mengakhiri forum pada malam ini, izinkan saya memetik kata-kata bijak bestari ibarat orang yang berilmu, Jika menjadi pohon,biarlah dapat ditumpangi teduhnya, Jika menjadi buah, biarlah boleh dimakan isinya, Jika menjadi perigi, biarlah boleh diminum airnya. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai