Anda di halaman 1dari 5

ARCHITECTURAL STRUCTURE (DCA 3232) TEMBOK GALAS (LOAD BEARING WALL) DEFINASI Struktur yang menyebarkan beban secara

ra beransur-ansur melalui jisim yang pugak atau hampir pugak kepada penyangga. Beban menyebabkan terhasilnya daya dan tegasan mampatan di dalam tembok.

SEBARAN BEBAN Berat tembok galas semakin bertambah pada bahagian dasar. Jika tegasan terhasil dalam tembok adalah sekata pada setiap bahagian maka tembok tersebut mesti lebih tebal pada dasar (f=P/A). Tembok battered Bentuk tembok ini sesuai untuk bahan-bahan yang agak lemah dalam mampatan. Dengan dasar yang lebih besar, jumlah berat tembok dapat diagihkan kepada kawasan yang lebih besar. Oleh itu, berat tembok tidak melebihi keupayaan tanggungan beban tanah

Tembok battered Tembok batu tegak

Tembok batu tegak

Tembok galas boleh dibentuk dari bahan yang kuat dalam mampatan. Tegasan bertambah di bahagian dasar kerana tebal tembok tidak berubah.

Jenis tembok ini tidak seberkesan dari segi struktur berbanding dengan tembok battered kerana bahan di bahagian atas tidak ditegaskan sepenuhnya.

Keluasan dasar tembok ini lebih kecil daripada jenis tembok atas dan bebannya mungkin melebihi keupayaan tanggung beban tanah. Asas dapat membesarkan bahagian dasar tembok untuk tujuan menyebarkan beban kepada kawasan yang lebih besar. Rajah 2.5 menunjukkan tegasan di dalam tembok galas biasa. Untuk keberkesanan struktur yang maksimum, balak disusun rapat supaya beban dapat diagihkan dengan sama rata seluruh bahagian tembok. Sebaran beban bertambah secara seragam dari bahagian atas hingga ke bawah pada seluruh tembok. Rajah 2.6 menunjukkan bukaan pada struktur. Tegasan tidak akan bertambah secara seragam di seluruh tembok dan beban pada asas juga tidak akan seragam. Tembok galas jenis ini kurang berkesan dari rajah 2.5 kerana beban-beban tidak dipindahkan secara terus dan seragam kepada asas.

Rajah 2.5 Tegasan dalam tembok galas biasa

Rajah 2.6 Bukaan pada tembok galas

Rajah 2.7 menunjukkan beban-beban yang diletakkan pada jarak yang jauh pada suatu tembok galas. Tembok jenis ini kurang berkesan untuk menyebarkan beban dan melawan daya-daya jika dibandingkan dengan rajah 2.5. Rajah 2.8 menunjukkan dengan bertambahnya jarak di antara balak, beban berat yang setumpu dipindahkan kepada tembok. Beban-beban ini boleh menghancurkan tembok di bahagian bawah balak. Untuk menyebarkan beban ini kepada kawasan yang lebih luas, plat alas digunakan.

Rajah 2.7 Balak di atas tembok galas

Rajah 2.8 Balak berjarak jauh di atas tembok galas

Rajah 2.9 menunjukkan tebal tembok tersebutdi bahagaian yang terdapat beban bertindak boleh ditambah untuk memperbaiki keberkesanan penggunaan bahan. Bahagian tembok yang ditambah ketebalannya dipanggil sendi tembok. Asas di bawah sendi ini juga bertambah untuk menyebarkan beban sama rata kepada bahagian tanah. Tembok di bahagian sendi boleh dianggap sebagai tidak menanggung beban. Ia hanya perlu menanggung beratnya sendiri.

Rajah 2.9 Beban setumpu di atas sendi tembok

KESTABILAN SISI Rajah 2.10 membandingkan kestabilan di antara 2 bentuk geometri. Bentuk segitiga mempunyai pusat gravity yang lebih rendah daripada segiempat dan lebih tahan kepada overturning. Bentuk segitiga juga mendapat kestabilan dari dasarnya yang besar.

Rajah 2.10 Kestabilan segitiga dan segiempat

Cara mendapat kestabilan sisi: 1. Penggunaan tembok battered 2. Penggunaan sagang- menambah kestabilan tembok melalui penigasegian sebahagian daripada tembok. Kurang berkesan kerana bahan ditambah lebih daripada yang diperlukan untuk menanggung beban. ( rajah 2.11)

Rajah 2.11 Tembok galas bersagang

3. Geometri- Penggunaan geometri secara berhati-hati dapat memberi kestabilan kepada tembok galas.(rujuk rajah 2.12,2.13,2.14)

Rajah 2.12 Tembok stabil

Rajah 2.13 Tembok lengkung

Rajah 2.14 Tembok lengkung

ANALISA REKABENTUK 1. Old Tithe Barn-Badrord On Avon (rujuk rajah 2.16) Sagang digunakan pada bahagian dinding bangunan ini untuk kestabilan. Lebih ekonomi daripada penggunaan tembok battered.

Sagang yang terdapat pada bahagian dinding tebar layar bertindak untuk menghalang dari overturning, manakala yang terdapat di bahagian sisi menyangga bebanbeban setumpu dan juga mengatasi daya tujahan daripada bumbung. Dinding di antara sagang-sagang tidak bertindak sebagai tembok galas.

Rajah 2.16 Old Tithe Barn

2. Inter-Faith Center-Bramdeis University (rujuk rajah 2.17) Bangunan ini mendapat kestabilan daripada bentuk geometrinya yang melengkung. Oleh itu, dinding bangunan tidak perlu tebal dan seterusnya menjimatkan penggunaan bahan. Bata tahan api merupakan bahan yang kuat dalam mampatan serta mempunyai saiz dan kualiti yang seragam digunakan untuk membina dua dinding yang tinggi. Geometri struktur menghasilkan dua pembukaan semulajadi yang tidak menjejaskan keselanjaran struktur.

Rajah 2.17 Inter Faith Centre

KESIMPULAN Tembok galas ialah sistem penyanggaan yang terdiri daripada bahan yang kuat dalam mampatan. Ianya tidak menutupi sesuatu ruang tetapi boleh memberi definasi kepada ruang. Struktur ini paling berkesan jika menanggung beban yang seragam. Untuk mendapatkan kestabilan, cara geometri lebih berkesan daripada jisim. Bukaan di tembok menjejaskan keselanjaran sistem dan patut dikawal dari segi saiz dan bilangan. Bukaan asli terhasil di antara sepasang tembok yang bertentangan. Sistem menghadkan kebebasan dalam perancangan.