Anda di halaman 1dari 5

Kuliah Dasar 5 BAIAH DAN INTIMA DEFINISI Secara Umum: Janji setia dan ikatan setia daripada seseorang

pengikut untuk mentaati, mematuhi arahan dan peraturan yang diberikan oleh pihak berkuasa atau ketua. Pengertian sebenar Baiah: Dari segi bahasa baiah bermaksud jual beli iaitu ikrar ataupun akad yang dilakukan untuk menjual dan membeli sesuatu barang. Ikrar ini berkekalan sehinggalah barang tersebut habis kita gunakan atau telah tamat tempohnya. Manakala maksud sebenar Baiah adalah 'berjanji setia kepada seseorang (amir) untuk amar maaruf dan nahi mungkar bagi memastikan kelansungan Islam berkuasa dibumi Allah ini. Firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah meredhai terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memeri balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir. Al-fath 18 Secara Umum: Janji setia dan ikatan setia daripada seseorang pengikut untuk mentaati, mematuhi arahan dan peraturan yang diberikan oleh pihak berkuasa atau ketua. Pengertian sebenar Baiah: Dari segi bahasa baiah bermaksud jual beli iaitu ikrar ataupun akad yang dilakukan untuk menjual dan membeli sesuatu barang. Ikrar ini berkekalan sehinggalah barang tersebut habis kita gunakan atau telah tamat tempohnya. Manakala maksud sebenar Baiah adalah 'berjanji setia kepada seseorang (amir) untuk amar maaruf dan nahi mungkar bagi memastikan kelangsungan Islam berkuasa dibumi Allah ini. Tujuan Dan Kepentingan Baiah Petikan daripada ayat-ayat di atas, Allah s.w.t telah menerangkan kepada hamba-hambanya yang beriman bahawasanya dialah Allah yang membeli dan orang-orang beriman itu sebagai penjualnya dan bayarannya adalah syurga di akhirat kelak.Dan apabila selesainya baiah diantara seseorang mukmin dan tuhannya maka tiadalah harta dan jiwa raganya itu menjadi halangan untuk berjihad dijalan Allah s.w.t bagi menegakkan kalimatullah. Daripada konsep baiah inilah satu-satunya cara untuk mengembalikan semula kemulian dan kedaulatan Islam yang telah lama dihapuskan oleh golongan kuffar yang ingin melihat Islam itu hanya berkisar pada ibadat semata-mata. Baiah Dalam Jemaah Baiah dalam jemaah iaitu di atas jihad pada jalan Allah s.w.t untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t dengan diperolehi ganjaran syurga daripada Allah s.w.t pada hari pertemuan nanti berserta kelebihan-kelebihan dan

rahmat-rahmatnya. Sebagaimana satu ibarat yang telah disebut oleh Assyahid Imam Hassan Al Banna () Iaitulah baiah Ikhwan kepada ketua mereka untuk berjihad pada jalan Allah s.w.t dengan harta benda dan jiwa raga mereka, sehinggalah ia mengemudinya dengan manhaj-manhaj Islam dan sistem-sistemnya dalam kehidupan seharian. SYARAT-SYARAT SAH BAIAH Islam Baligh Berakal Redha dan atas pilihan RUKUN BAIAH Menurut Imam asy-Syahid Hassan al-Banna terdapat sepuluh rukun baiah iaitu: Pertama: FAHAM

Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah swt. kebaikan nescaya Ia diberi faham tentang agama. Fahami ( Islam secara mendalam ) sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin . (Ucapan Saiyidina Umar Al Khattab r.a.) Bermaksud memahami agama Islam dengan kefahaman yang betul,syumul lagi sempurna tanpa sebarang penambahan dan pengurangan . Daripada rukun ini dibina 20 usul untuk difahami dan daripada 20 usul ini pula di ringkaskan kepada 11 asas kefahaman mengenai Islam : 1- Kesyumulan Islam 2- Sumber asas rukun Islam 3- Hakikat Iman 4- Siasah syar`iyyah 5- Masalah khilafiyah 6- Cara-cara menangani perkara-perkara bida`h 7- Martabat orang-orang soleh dan para ulama 8- Cara berintraksi dengan Al-Quran dan Sunnah 9- Asas amal 10- Martabat ilmu dan fungsi akal 11- Isu kafir-mengkafir Kedua: IKHLAS Al Ikhlas (ikhlas) bermaksud mestilah mengharapkan keredhaan Allah dari semua perkataan, perbuatan dan jihad dengan tidak mengharapkan keuntungan, pandangan, kemegahan atau gelaran. Dengan itulah seseorang anggota akan menjadi tentera fikrah dan aqidah, bukannya tentera keduniaan. Ketiga: AMAL Iaitu melakukan gerak-kerja kerana agama (Islam) dengan mengislahkan diri dan keluarga seterusnya masyarakat dan negara. Al Amal (amal), akan mengatasi masalah penindanan tugas dan krisis tenaga dalam jamaah . Ianya turut mengaktifkan jamaah dalam pelbagai lapangan amal Islami. Keempat: JIHAD

Iaitu mengeluarkan sepenuh kesungguhan terhadap Islam samaada melalui gerak kerja,sumbangan harta benda dan seumpama denganya. Rukun Al-Jihad ini dapat melahirkan pejuang yang meletakkan Islam di atas segala kepentingan hidup yang lain serta bermati-matian mempertahankan kesuciannya.

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orangorang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; (Surah an-Nisa : 95) Kelima : PENGORBANAN

Iaitu mengorbankan jiwa raga, harta benda dan juga masa semata-mata kerana Allah s.w.t. Daripada rukun Tadhiyyah ini, ia dapat menguatkan jemaah dengan kesediaan pejuang-pejuang untuk mewaqafkan diri dan berkorban apa saja kerana Islam. Hal ini dapat melancarkan gerak kerja jemaah dan dapat menyelesaikan masalah main alasan yang sering mengundang ketergendalaan operasi dan strategi. Keenam : TAAT

Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla dan dengar serta taat sekalipun pemimpin yang dilantik dikalangan kamu hanyalah seorang hamba abdi . (al-Hadis , Matan Al Arbain ) Taat, patuh, setia terhadap arahan Allah s.w.t dan rasulnya s.a.w semasa senang dan susah, dan semasa rajin dan malas. Ianya dapat menghidupkan jentera jemaah dan mengemaskini pergerakan sehingga mencapai hadaf dengan jaya. Ia juga bererti segala lubang musuh untuk memecah kesatuan jamaei tertutup rapat. Segala arahan dan peraturan jemaah dapat direalisasikan sebagaimana yang dirancang. Ketujuh : THABAT

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun (Surah al-Ahzaab: 23) Teguh di atas agama Islam dari segi aqidah, syariat dan amalan,meskipun memakan masa terlalu lama untuk sampai kepada hadaf atau tujuan sebenar. Rukun ini dapat memanjangkan hayat perjuangan sehingga tujuan yang sebenar dapat dicapai, sekalipun perjuangan itu berlangsung dalam lingkungan mustakbirin yang sentiasa menanti peluang untuk menghancurkan gerakan Islam dengan usaha mereka yang bertubi-tubi. Kelapan : TAJARRUD

Iaitu bebas daripada fikrah-fikrah yang bertentangan dengan ajaran Islam dan juga bebas daripada orang perseorangan ataupun mana-mana pemimpin sehinggakan semua pekerjaan dan amalan tulen semata-mata kerana Islam. Rukun ini membawa pejuang-pejuang Islam keluar dari krisis wala dan dilema fikrah dan selamat dari lambaiaan ``Duatun ala abwabi jahannam sehingga minda, fizikal dan roh mereka tulen kerana Allah s.w.t.

Kesembilan :

UKHUWWAH

Persaudaraan di atas dasar Islam yang melihat kepada asal-usul kejadian manusia daripada seorang ibu dan ayah yang satu iaitu nabi Adam a.s dan Hawwa. Rukun ini dapat menyelamatkan daripada binaasaa angkara perbalahaan dan pertelingkahan sesama sendiri dan juga krisis beribadi anggota jemaah.Sekaligus ianya membina kasih sayang diantara satu sama lain dan mencetus kombinasi kerja yang jitu setelah mengikis prasangka dan su zhon dengan semangat persaudaraan Islam yang tinggi. Kesepuluh : THIQAH

Percaya diantara satu sama lain di dalam segala gerak kerja yang berteraskan Islam dan juga melahirkan kethiqahan di dalam kepimpinan amal kerana Islam. Rukun ini dapat menutup ruang musuh untuk memporak-perandakan jemaah,serentak itu terbentuk suasana tenang dan harmoni yang memungkinkan rahsia jemaah terpelihara dan gerak kerja jemaah secara detail dapat dihalusi dan dinilai dengan bijaksana, pengagihan tugas dan pengarahan tanggungjawab dapat dilangsungkan sebaik mungkin sedang ia antara asas kekuatan dalaman. TUNTUTAN BERILTIZAM DENGAN JAMAAH ISLAM Asy-Syeikh Said Hawwa menyatakan: Sesungguhnya menyertai dan mengikat diri dengan jemaah Islam dan Imamnya adalah kewajipan yang besar dalam Islam. Kewajipan langsung tidak memberi peluang kepada seorang muslim untuk mengelakkan diri daripadanya kecualilah di dalam keadaan di mana orang-orang Islam tidak mempunyai jamaah Islam dan imamnya. Berkata Imam Ali: Oleh itu kita akan mendapati bahawa di sana amat jarang sekali kedapatan suatu keadaan di mana seseorang muslim itu mendapati dirinya keseorangan tanpa ada seorang pun orang Islam yang bersimpati dengannya dan beriltizam pula dengannya walaupun dalamm ketiadaan satu sistem kekuasaan politik Khilafah Islamiah. CIRI JEMAAH ISLAM YANG DIWAJIBKAN KE ATAS UMAT ISLAM UNTUK BERILTIZAM DENGANNYA Sebenarnya ciri-ciri jemaah islamiah telah ditentukan oleh Allah dan Rasulullah s.a.w. Terdapat nas-nas daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang menerangkan ciri jemaah Islamiah. Diantara ciri-ciri yang ada pada sebuah jemaah Islamiyyah ialah: Jemaah yang menyakini bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan yang dapat membangunkan semula ummah, dapat membebaskan semula golongan mustadhafin dan menyelamatkan dunia daripada huru-hara dan kehancuran. Jemaah yang lahir dari kesedaran sendiri, tidak dipengaruhi oleh mana-mana golongan sama ada timur ataupun barat. Lahirnya kerana tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah. Jemaah yang menyakini akan kesejagatan (universal) Islam Jemaah yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh. Jemaah yang mengutarakan kebenaran yang tunggal dalam sejarah perjuangan umat Islam. Ia terus-terang di dalam menyatakan kebenaran biarpun tindakan demi tindakan dikenakan terhadap anggotanya. Jemaah yang tidak melupai wadah perjuangan yang bersifat keterbukaan yang boleh menyatukan para anggotnya pada prinsip dan dasar sekalipun merek berbeza di dalam masalahfuru. Jemaah yang terdapat dikalangan anggotnya sifat-sifat Hizbullah, antaranya ialah: o Cintakan Allah s.w.t dan Allah s.w.t cintakan mereka. o Merendahkan diri sesama mukmin. o Bersikap tegas terhadap orang kafir.

o Berjihad di jalan Allah s.w.t dan tidak takut celaan orang-orang yang mencelanya. o Memberi kesetian kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w, orang mukmin (pimpinan). o Mendirikan sembahyang . o Menunaikan zakat. o Sentiasa ruku kepada Allah s.w.t. o Bertafakur kepada kebesaran Allah s.w.t dan kejadianNya. o Takut hanya kepada Allah s.w.t. o Taat kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. o Kembali kepada hukum Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. o Berkasih-sayang kerana Allah s.w.t dan benci kerana Allah s.w.t o Bertawakkal kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar tawakkal. o Berbudi pekerti mulia. o Bergembira apabila melakukan taat dan berdukacita apabila melakukan maksiat. Jemaah yang berjuang secara amali, tidak hanya teori semata-mata dan ia turun ke medan tidak hanya di tempat-tempat tertentu sahaja.

Berdasarkan kepada prinsip-prinsip gerakan Islam seperti yang dibentangkan di atas maka dapatlah kita membuat keputusan bahawa mana-mana gerakan Islam yang wujud mestilah mempunyai asas dan matlamat penubuhannya. Ia ditubuhkan di atas kesedaran sendiri bukan didorong oleh rasa tidak puas hati kepada gerakan Islam yang telah sedia ada.