Anda di halaman 1dari 6

Pendidikan Dan Latihan Kepada Teknousahawan.

Dalam menuju ke era globalisasi ini, kebanyakkannya menggunakan teknologi yang terkini dan sedia ada. Selain daripada meningkatkan pengetahuan saintifik dan bukan saintifik , pendidikan dan latihan serta pendedahan pada teknologi ini penting untuk teknousahawan supaya mempunyai kemahiran dalam membuat reka bentuk produk yang efektif melaui penyelidikan dan pembangunan. Selaras yang terdapat dalam Rancangan Malaysia yang ke Sembilan (RMK9), antara teras strategi di bawah RMK9 adalah membangunkan usahawan berkualiti dan berdaya saing, menggalakkan usahawan menceburi sektor pertumbuhan baru, mewujudkan golongan menengah bumiputera (GMB) melalui Bina Upaya Sumber Manusia Capacity Building dan menggerakkan koperasi sebagai sektor ketiga bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara. Di mana Kerajaan juga akan menyediakan sokongan yang perlu dan mengambil tindakan terpilih untuk membantu usahawan Bumiputera yang berupaya dan berkebolehan termasuk melalui program peningkatan produk dan kualiti, latihan teknikal, pemasaran dan promosi serta pembangunan dan penyelidikan (R&D). Dengan memberi latihan dan pendidikan kepada usahawan untuk meningkatkan kualiti produk dan hasil pengeluaran. Program Pembangunan Usahawan adalah membantu mewujudkan usahawan bumiputera yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan Wawasan 2020.

Latihan keusahawanan yang sasarannya adalah siswazah dengan program skim usahawan siswazah. Wanita dengan program latihan keusahawanan wanita, umum dengan program latihan asas bimbingan, franchaisor dengan program kursus asas franchaisor, francaisi dengan program kursus asas francaisi, pengusaha kenderaan perdangan dengan program kursus

keusahawanan kenderaan perdagangan, kontraktor dengan program kursus pertengahan kontraktor, pra-kontraktor dengan program kursus asas kontraktor dan koperasi dengan program kursus keusahawanan, kakitangan kerajaan dengan program skim latihan galakan, penjaja dan peniaga kecil dengan program latihan keusahawanan dan orang kurang upaya dengan program latihan asas perniagaan. Terdapat ramai usahawan yang sememangnya mahu mengembangkan perniagaan dengan cara menambah nilai kepada produk keluaran mereka menerusi peningkatan teknologi yang diguna pakai supaya dapat mengekalkan daya saing di pasaran terbuka hari ini. Contohnya, Sebagai usaha untuk membantu usahawan khususnya pada Bumiputera untuk meningkatkan kapasiti dan kemampuan sedia ada kepada taraf kecil sederhana (PKS) dan besar mengikut kelas masing-masing, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan Program Pembangunan Teknousahawan yang dilaksanakan melalui kerjasama Rakan Pintar Teknologi bersama agensiagensi penyedia teknologi yang mempunyai kepakaran berasaskan penyelidikan dan teknologi strategik. Program ini bertujuan untuk meningkat dan mengukuhkan kedudukan teknousahawan sebagai peneraju atau pemain industri yang mampu menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Domestik Kasar (GDP) Negara oleh PKS Bumiputera. Beberapa dasar dan polisi kerajaan yang dijadikan asas dalam pelaksanaaan program ini termasuk Pelan Induk Perindustrian Negara (PIP), Dasar Sains dan Teknologi Kebangsaan II, Model Ba r u Ekonomi (MBE) , Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA). Pemilihan Rakan Pintar Teknologi dalam program ini adalah berasaskan kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang-bidang tertentu dan bermatlamat untuk menghasilkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang berteraskan teknologi gunaan; penyelidikan dan pembangunan serta prototaip yang boleh dikomersialkan; mempunyai nilai pasaran yang tinggi; mewujudkan peluang pekerjaan

berkompeten menjadikan perniagaan yang mampu diwarisi generasi seterusnya dan sentiasa relevan serta mampu mengadaptasi bidang bakal muncul.

Program Peningkatan Teknologi Strategik (PPTS) pula dilaksanakan melalui usaha sama di antara MARA dengan agensi dan badan kerajaan, penyedia teknologi atau sektor swasta yang mempunyai kepakaran berasaskan teknologi dan penyelidikan yang strategik seperti Sirim Berhad (SIRIM), Institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Universiti Putra Malaysia (UPM), Healing Chambers of Asia Sdn. BHd.(HCOA), Perbadanan Bioteknologi Melaka dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia(FRIM). Usaha sama penekanan kepada pewujudan dan pembangunan teknousahawan melalui bimbingan teknologi berbentuk praktikal dan teori, perundingan teknikal, reka bentuk dan pembangunan produk, kemudahan dan sokongan penyelidikan, ruang inkubator teknologi, sangkutan (attachment), rundingcara perniagaan, promosi dan pemasaran serta latihan keusahawanan. ini memberi

Bidang program dalam berasaskan teknologi ini ialah


1) Bioteknologi yang terbahagi kepada pemakanan, perubatan alternatif dan konservasi alam

sekitar 2) Agro-teknologi 3) Pengeluaran berteknologi tinggiyang terbahagi kepada fabrikasi logam; kejuruteraan marin, pembuatan produk berasaskan kulit dan ukiran kayu

4) Komunikasi, kandungan dan infrasruktur (CCI) yang dibahagikan kepada multimedia, animasi dan kandungan kreatif 5) Teknologi hijau 6) Teknologi nano dan fotonik (light emission) dan sebagainya.

Pelaksanaan Program Teknousahawan bermula daripada peringkat pembudayaan melalui seminarseminar kesedaran kepada kumpulan sasar iaitu pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institut Pendidikan MARA (IPMa) dan usahawan sedia ada yang berminat dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan taraf perniagaan mereka.

Melalui latihan teknousahawan, program teknousahawan ini boleh di dedahkan melalui program latiha seperti pengurusan projek, latihan pembangunan perisian dan perkakasan serta latihan dalam pengurusan kewangan dan sumber tenaga manusia. Program latihan adalah untuk memastikan seseorang itu dapat memahami apa yang di lakukannya, memnyesuaikan diri dalam bidang yang di pilih, tahu mengamil peluang dan lebih bersedia untuk berhadapan dengan ketidakpastian. Sementara pendekatan utama pelaksanaan program seterusnya adalah mewujudkan peluang perniagaan baru melalui program pembangunan teknousahawan bumiputera dan sektor pertumbuhan baru seperti automatif, ICT, bioteknologi dan industri halal. Pengunaan teknologi semakin meluas dari semasa ke semasa dan juga perubahan teknologi juga berlaku dengan pantas. Usahawan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan ini dan perlu mahir dengan pengaplikasian teknologi yang terkini.

Antara latihan, pendidikan dan pendedahan kepada usahawan untuk menjadi teknousahawan ialah: a) Menyediakan atau memberi kursus tentang teknologi yang dipilih sejajar dengan perniagaan yang ingin diusahakan.
b) Mewujudkan dan mengadakan program atau peluang pembelajaran dengan menubuhkan

kelas-kelas atau usahasama bagi usahawan atau yang ingin menjadi usahawan supaya mendapat pendedahan awal sebelum perniagaan di laksanakan. c) Memberi bantuan pada usahawan. Contohnya , memberi pantauan terutamanya pada teknologi yang digunakan.

Antara contohnya dalam teknologi bioteknologi dalam makanan, Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) menjadi antara rakan pintar teknologi dalam Program Teknousahawan MARA yang akan membantu usahawan memahami kepentingan keperluan ujian kimia dan teknologi makanan. Ujian-ujian tersebut perlu dilakukan bagi memenuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang digariskan oleh kerajaan untuk pasaran tempatan dan seterusnya ke pasaran global. Usahawan yang digalakkan membawa sampel produk makanan yang mereka keluarkan untuk dilakukan ujian kimia semasa berlangsungnya seminar dan latihan amali. Sesi seminar pula diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada golongan pengusaha produkproduk makanan khusus tentang kepentingan ujian yang perlu dilakukan ke atas produk keluaran mereka. Program ini disediakan adalah untuk membantu usahawan yang telah mempunyai produk bagi mendapatkan pengesahan ujian kimia ke atas produk makanan mereka. Usahawan akan dibimbing oleh pegawai-pegawai penyelidik terlatih PBM bagi menjalankan ujian ke atas sampel produk mereka sekali gus memberi peluang kepada usahawan

secara berterusan untuk mendapatkan perkhidmatan menggunakan makmal ujian kimia di PBM. Melalui program ini, ia dapat menjamin peningkatan mutu pengeluaran dan keselamatan penggunaan jangka hayat sesuatu produk makanan serta dapat memberi maklumat had penggunaan bahan kimia yang dibenarkan.

Kesimpulannya, latihan dan pendidikan penting pada usahawan yang menggunakan perniagaan dengan bantuan teknologi agar mendapat pendedahan terhadap teknologi yang digunakan atau yang diketengahkan dalam perniagaan yang di usahakan. Selain itu,hasil dari pendedahan dapat melahirkan tenaga mahir yang celik pada pengaplikasian teknologi yang

berubah dari masa ke semasa di mana teknologi yang semakin maju, berubah dan canggih.

Rujukan.

1) http://maragov.files.wordpress.com/2011/07/mm100711_teknousahawan.pdf 2) http://www.scribd.com/doc/61738833/TEKNO-USAHAWAN-1 3) http://www.mara.gov.my/web/guest/program-latihan-keusahawanan 4) http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=jun009-2008