Anda di halaman 1dari 5

Menanam sayuran di dalam bekas 1. Sayuran dapat ditanam di dalam bekas sekiranya kawasan tanah terhad 2.

Bekas yang sesuai digunakan sebagai bekas menanam adalah seperti : Pasu Kotak polistrena Kotak plastik Tin kenduli Beg polistrena Dan pelbagai lain Cara menanam sayuran di dalam bekas 1) Menanam sayuran di dalam bekas dapat dilakukan mengituk langkah seperti yang berikut:1. Tentukan jenis sayuran yang akan ditanam dalam bekas 2. Sediakan bekas tanaman 3. Sedikan campuran medium dengan nisbah seperti yang berikut: 7 bahagian tanah loam 3 bahagian bahan organic 2 bahagian pasir sungai 4. Gaulkan bahan-bahan tersebut supaya sebati 5. Tutupkan lubang saliran dengan pecahan batu atau seripan pasu 6. Isikan medium menanam di dalam bekas menanam

7. Anak benih boleh juga ditanam terus ke dalam bekas. Ia dilakukan seperti yang berikut:I. Korek lubang pada medium menanam di dalam bekas II. Masukkan beberapa biji benih ke dalam lubang III. Kambuskan lubang tersebut IV. Siram medium

Menyiram dengan kaedah dan kuantiti yang sesuai 1. Tanaman sayuran memerlukan air untuk hidup dan membesar. 2. Air penting untuk melarutkan nutrien supaya mudah diserap oleh akar tanaman. 3. Namun demikian , tanaman sayuran mudah kehilangan air kerana proses transpirasi (penyejatan) 4. Menyiram sayuran dilakukan sekurang-kurungnya sekali sehari dengan menggunakan tong siraman atau hos getah 5. Siraman perlu dibuat secara sama rata supaya semua tanaman mendapat air yang cukupi.

6. Siraman perlu ditumpukan pada bahagian akar sayuran. Siraman dibuat sehingga tanah cukup basah. Penyiraman yang tidak baik hanya lapisan tanah atas yang basah. Penyiraman yang baik keseluruhan tanah di dalam pasu dibasahi.

Membuat Penjarangan 1. Apabila anak benih tanaman sayuran tumbuh, jarak tanaman menjadi terlalu rapat. 2. Penjarangan dilalukan untuk membuang anak benih sayuran yang tumbuh terlalu rapat, yang tidak subur dan berpenyakit. 3. Penjarangan biasanya dilakukan bagi sayuran disemai terus ke batas, seperti sawi, bayam, salad dan lobak. 4. Tujuan penjarangan dibuat ialah untuk : a. mengurangkan persaingan bagi mendapatkan cahaya matahari, air dan nutrien. b. Membuang anak benih yang lemah, rosak atau berpenyakit. Menyulam 1. Menyulam ialah proses menggantikan anak benih yang mati atau tidak subur dengan anak benih baru. 2. Proses menyulam boleh dilakukan pada anak benih yang ditanam dibatas atau dalam bekas. Merumput 1. Merumput ialah proses membuang rumpai yang tumbuh di sekeliling tanaman. 2. Merumput dilakukan dengan menggunakan : a. Tajak b. Serampang tangan c. Mencabut dengan tangan d. Menggunakan racun rumput 3. Merumput perlu dilakukan untuk :

a. Menggelakkan persaingan bagi mendapatkan cahaya matahari, air dan nutrien b. Menghapuskan tempat pembiakan serangga dan punca penyakit sayuran.

Membaja 1. Membaja bertujuan untuk membekalkan nutrien pada sayuran. 2. Baja yang digunakan ialah baja organik dan baja kimia. 3. Biasanya proses membaja dilakukan dengan cara seperti yang berikut:a) Cara menebur di atas batas b) Carameletak baja di sekeliling pokok c) Cara menyebur larutan baja ke daun 4. Setiap kali selepas membaja secara manabur, siram sayuran untuk melarutkan baja. 5. Membaja perlu dilakukan secara berkala (dua minggu sekali atau sebulan sekali) mengikut jenis sayuran. Mengawal perosak 1. 2. 3. 4. Tanaman sayuran biasanya akan menghadapi masalah serangan serangga perosak. Perosak ini dapat mengurangkan kualiti dan kuantiti sayur yang ditanam. Perosak sayuran terdiri daripada kumbang, ulat bulu, belalang, koya, kutu dan lalat buah. Serangga perosak menyerang dan merosakkan bahagian-bahagian sayuran seperti daun, batang, dan akar. Contohnya adalah seperti yang berikut :

daun berlubang

daun bergulung

5. Terdapat juga haiwan-haiwan lain yang menjadi agen perosak seperti tikus dan siput babi. 6. Mahluk-mahluk perosak ini perlu dikawal dengan menggunakan racun serangga. 7. Ada tiga jenis racun serangga perosak. Jadual yang berikut menunjukkan jenis-jenis racun serangga dan tindakannya. Jenis racun 1. Racun sentuh 2. Racun perut 3. Racun sistemik Tindakan membunuh serangga yang menyentuh racun ini. Membunuh serangga yang memakan bahagian tanaman yang disembur racun. Racun ini akan meresap ke seluruh bahagian pokok tanaman selepas disembur, serangga yang menyerang mana-mana bahagian tanaman akan mati.

Mengawal penyakit 1. Penyakit sayuran biasanya disebabkan oleh virus, bakteria, kulat dan serangga. 2. Antara penyakit yang biasa menyerang sayuran adalah seperti yang berikut :

3. Reput akar 4. Lecuh anah benih 5. Bintik daun Memilih jenis sayuran yang sesuai ditanam dalam bekas 1. Sayuran boleh juga ditanam di dalam bekas atau pasu. 2. Menanam tanaman dalam bekas sesuai dilakukan sekiranya tidak mempunyai kawasan menanam yang luas. Menanam sayuran dalam pasu 1. Pasu sesuai untuk menanam sayuran jrnis buah seperti cili, tomato, kacang bendi dan terung. 2. Hanya sebatang pokok sesuai ditanam di dalam sebuah pasu. Menanam sayuran dalam bekas 1. Bekas sesuai digunakan untuk menanam sayuran jenis daun seperti bayam, sawi, kangkung dan kobis. 2. Bekas dapat digunakan untuk menanam beberapa pokok sayuran mengikut kotak. Menyediakan campuran tanah untuk penanaman sayuran di dalam bekas 1. Sayuran dapat hidup subur jika ditanam pada medium yang sesuai. 2. Medium yang sesuai adalah yang mampu menyimpan dan menyerap air serta mempunyai pengudaraan yang baik. 3. Campuran tanah atau medium di dalam pasu atau bekas adalah mengikutkn5sbah ca0p4ran seperti yang berikut : a. 7 bahagian tanah loam b. 3 bahagian bahan organik c. 2 bahagian pasir sungai. 4. Campuran medium disediakan mengikut langkah-langkah yang berikut : a. Menyediakan campuran medium b. Medium digaul c. Masukkan medium ke dalam bekas menanam

Menjaga sayuran dalam pasu atau bekas 1. Sayuran di dalam bekas atau pasu memerlukan penjagaan yang rapi sama seperti menjaga tanaman yang lain. 2. Namun, tanaman sayuran dalam pasu atau bekas lebih mudah dijaga berbanding tanaman sayuran di atas batas. 3. Menjaga tanaman sayuran dalam pasu atau bekas melibatkan aktiviti seperti yang berikut : a. Merumput - membuang rumpai yang tumbuh di sekitar tanaman sayuran dengan menggunakan tangan atau serampang tangan. Menyiram harus dilakukan sehari sekali. b. Menggembur dilakukan untuk memudahkan pengaliran udara, air dan cahaya matahari dengan menggunakan serampang tangan. c. Membaja membekalkan baja kimia yang mencukupi kepada tanaman. Sayuran di dalam bekas perlu dibaja dua atau tiga minggu sekali. d. Menyiram-membekalkan air yang mencukupi kepada tanaman. Sayuran di dalm bekas perlu disiram dua kali sehari.

e. Mengawal perosak dan penyakit menyembur atau menaburkan racun perosak atau racun kulat untuk mengawal perosak dan penyakit. Hal ini dilakukan apabila terdaat tanda-tanda serangan perosak atau penyakit pada sayuran yang ditanam.

Anda mungkin juga menyukai