Anda di halaman 1dari 3

Rancangan pengajaran harian bahasa Melayu tahun 4

TARIKH MASA TAHUN TAJUK

: : : :

26 April 2012 ( Khamis ) 12.00 1.00 tengah hari 4 Tiger Membina ayat berdasrkan gambar tunggal. ( Penulisan A )

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pelajaran, murid dapat: i) Membina 5 kata kerja berdasarkan gambar ii) Membina ayat berpandukan jadual SIBUK. iii) Menulis lima ayat lengkap berpandukan jadual SIBUK. FOKUS UTAMA : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk. Aras 1 Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan. FOKUS SAMPINGAN : 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 1 Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. SISTEM BAHASA PENGISIAN ILMU NILAI : Kata kerja : i. Kajian tempatan : Kasaih sayang,kerjasama

BAHAN BANTU MENGAJAR : Lembaran kerja, kad perkataan,

LANGKAH SET INDUKSI ( 5 MINIT)

ISI KANDUNGAN Gambar berkaitan hidup bergotong -royong -

AKTIVITI Guru bertanya murid tentang gambar Guru meminta murid menyenaraikan aktiviti di dalam gambar Guru menulis jawapan murid dipapan tulis Guru mengaitkan aktiviti dalamgambar dengan pelajaran hari ini

CATATAN

LANGKAH 1 (15 MINIT)

Gambar tunggal Kad perkataan - Menyuap makanan - Menyapu daun kering - Membersihkan longkang - Mencuci basikal - Membasuh kereta

Guru meminta murid melihat dan membulatkan 5 aktiviti dalam gambar. Guru menyuruh murid mencari 5 aktiviti dengan menggunakn kata kerja Guru meminta seorang murid untuk mencari kad perkataan yang sesuai berdasarkan gambar Guru menyuruh murid menyebut perkataan yang ada dipapan tulis

LANGKAH 2 (20 MINIT )

Membina Jadual SIBUK (APA, BUAT APA,KETERANGAN) - Lajur pertama APA - Lajur kedua BUAT APA(kata kerja) - Lajur ketiga KETERANGAN

Guru menyuruh murid membina jadual SIBUK Guru menerangkan bagaimana membina jadual dan apa yang perlu diisi dalam jadual SIBUK Guru berbincang dengan murid bagaimana mengisi jadual SIBUK Guru menerangkan fungsi setiap lajur dalam jadual Guru memanggil murid untuk mengisi dalam lajur Murid membaca semula apa yang ditulis oleh murid lain di dalam jadual SIBUK

LANGKAH 3 (15 MINIT )

Menulis semula 5 ayat lengkap berdasarkan Jadual SIBUK

Guru meminta murid menulis semula perkataan yang terdapat dalam jadual SIBUK Guru meminta murid membaca secara kelas dan individu apa yang telah ditulis di dalam buku latihan. Guru membetulkan kesilapan jika ada Murid menulis semula lima ayat lengkap berdasarkan jadual SIBUK di dalam buku penulisan.

PENUTUP (5 MINIT)

Nilai-nilai murni: 1. Kerjasama 2. Rajin 3. Kasih sayang

Guru menerangkan nilai-nilai murni di dalam gambar tunggal.