Anda di halaman 1dari 5

Tajuk : Nabi Nuh Dan Bahteranya

Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, seterusnya kawan-kawan yang saya kasihi sekelian. (lagu/ rentak cinta muka buku) Mari kita semua dengar ini cerita, Kisah Nabi Nuh dan bahteranya, Nabi Nuh berdakwah bertahun lama, Namun umatnya ingkar jua

Wahai kawan-kawan, Nabi Nuh a.s adalah nabi yang ketiga sesudah Nabi Adam a.s dan Nabi Idris a.s. Baginda merupakan keturunan kesembilan dari Nabi Adam a.s. Ayahnya bernama Lamak bin Mattusyalikh.

Firman Allah s.w.t.


Maksudnya : Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus Nuh kepada kaumnya, (Dia berkata): "Sesungguhnya Aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu (Surah Hud: ayat 25)

Kawan-kawan tahukah? Setelah nabi Idris a.s. wafat, umat ketika itu telah menjadi golongan orang alim sebagai ikutan mereka. Namun setelah orang alim tersebut meninggal dunia, syaitan mula menghasut supaya dibina patung-patung yang mirip dengan wajah orang alim tersebut. Hari berganti hari, syaitan laknatullah mula meniupkan hasutan mereka, patung yang dibina sebagai tanda kasih sayang kepada orang alim tersebut bertukar menjadi berhala yang disembah. Ya kawan-kawan sekelian, begitu liciknya agenda syaitan untuk menyesatkan manusia di muka bumi. Lihatlah pada hari ini manusia ramai yang berada di dalam zon bahaya. Apa maknanya itu? Maknanya ada berhala di dalam rumah kita?

)laungan azan) Wah, masih menonton televisyen? Itulah berhala di dalam rumah.

Hadirin sekelian, Nabi Nuh tetap terus berusaha menyelamatkan umatnya. Sehingga 950 tahun lamanya nabi Nuh dengan penuh kesabaran berdakwah agar kaumnya meninggalkan amalan menyembah berhalaisk,isk tapi sayang kawan-kawan hanya sedikit sahaja yang beriman. Malah anak dan isteri baginda tidak beriman dengan ajaran yang baginda sampaikan. Mereka mengejek, mencerca dan menghina nabi Nuh a.s.

Firman Allah :


Maksudnya: Maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran).

(Surah Nuh: 6) Iman tak diwarisi, Dari seorang ayah yang bertaqwa, Ia tak dapat dijual beli, Ia tiada di tepian pantai, Walau apa pun caranya jua, Engkau mendaki gunung yang tinggi, Engkau merentas lautan api, Ia juga tak dapat dimiliki Oleh itu kembali pada Allah (3x)

Kawan-kawan sekelian, iman itu memang tidak boleh diwaris, Sekiranya ayah kita seorang yang baik, belum tentu kita juga akan menjadi seorang yang baik. Kita perlu sentiasa menjaga akhlak dan tingkahlaku kita agar sentiasa terpelihara daripada perkara yang ditegah oleh Allah. Lihatlah dewasa ini seperti yang dipaparkan di dada akhbar.seorang anak kepada seorang guru agama ditangkap kerana mencuri sebuah basikal isk..isk kasihan..

Pendengar yang budiman dan berakhlak mulia, Hari demi hari, tahun bersilih ganti nabi Nuh a.s. terus berdakwah kepada kaumnya, dan nabi Nuh menyeru kepada kaumnya buat kali yang terakhir supaya beriman kepada Allah s.w.t. Akan tetapi, mereka tetap berdegil, keras kepala, malah menghina nabi. Setelah usaha memujuk umatnya kembali kepada Allah menemui kegagalan. Allah telah memerintahkan Nabi Nuh a.s. untuk menanam pokok bagi membina bahtera yang sangat besar di atas bukit. Apabila Kaum nabi Nuh a.s. mengetahui akan perkara ini, mereka mengejek dan menghina nabi. Hei Nuh!, Orang Gila sahaja yang membina bahtera di atas bukit..hahaha. Mereka terus mengejek dan mentertawakan nabi Nuh dan pengikutnya yang setia.

Nabi Nuh a.s. tetap bersabar menjalankan perintah Allah. Sedarlah kawan-kawan, janganlah kita menghina nabi dan rasul kerana mereka adalah utusan Allah yang membawa kita ke jalan yang benar. Lihatlah penghinaan kaum kuffar masa kini yang sengaja menganggu sensitiviti dan sanubari umat Islam seperti yang dilakukan oleh

seorang penyanyi daripada Amerika Syarikat yang mengukir tattoo nama Allah di dadanya. Firman Allah:


Maksudnya: Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan.

Pendengar sekelian,

Setelah bahtera siap dibina, Allah pun memerintahkan nabi Nuh a.s serta umatnya yang beriman agar menaiki bahtera tersebut.

Firman Allah:


Maksudnya: berfirman: "Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang Telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkan pula) orang-orang yang beriman." dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit.

Ya Kawan-kawan, setelah golongan yang beriman menaiki bahtera tersebut, secara tiba-tiba, angin bertiup kencang, hujan turun dengan lebatnya, maka banjir sangat besar dalam sejarah peradaban manusia pun berlaku. Walaupun begitu, nabi Nuh dengan penuh kasih sayangnya masih terus mengajak umatnya terutama isteri dan anaknya agar masuk ke dalam bahtera, namun mereka masih berdegil. Akhirnya mereka yang ingkar mati kelemasan tidak mampu melawan kekuasaan Ilahi. Lihatlah bagaimana apabila Allah menunjukkan kekuasaanya, pasti tidak akan ada sesiapa pun
-

yang mampu menghalangnya sepertimana kita pernah dikejutkan dengan peristiwa Tsunami di Acheh pada tahun 2004 dan di Jepun pada tahun 2011 yang lalu.

Hadirin yang dirahmati Allah, Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini ialah, hendaklah kita sentiasa melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Kita perlu sedar, sekiranya Allah ingin menurunkan azab kita pasti tidak mampu untuk menghadapinya. Ingatlah pepatah Melayu ada menyebut sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Renung-renungkan dan selamat beramal. Sekian wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum wb.t.

Anda mungkin juga menyukai